Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan

Projek Biskut Raya 2015


Tahun ini memang sibuk dengan urusan kerja sehingga bermulanya Ramadhan jadinya banyak rutin yang terpaksa diabaikan. Nasib baik juga urusan membeli persiapan raya anak-anak tetap juga berlangsung sebelum Ramadhan bermula. Alhamdulillah. Sehinggalah berada disaat akhir Projek Biskut Raya 2015 baru bermula jadi terus memecut laju tanpa henti.


Kebiasaan bertahun yang tak pernah berubah Tart Nenas Gulung permintaan suami, Almond London dan Cornflake Coklat kegemaran anak-anak. Tahun ini walaupun sibuk urusan kerja tetapi memulakan projek biskut agak ringan sebab ada dua orang pembantu. Kerja-kerja membuat Almond London menganmbil tempat dahulu diikuti Tart Nenas Gulung dan akhirnya kerja-kerja meletakkan coklat untuk Almond London dan Cornflake Coklat. Semua resepi boleh didapati dari blog saya, hanya 'search' sahaja.


Walaupun hanya tiga jenis tetapi itu sudah cukup untuk menggembirakan insan-insan tersayang di sisi. Selain untuk di rumah ada juga bahagian adik dan emak. Saya gembira melihat mereka tersenyum dengan pemberian saya. 



Semua resepi boleh didapat di dalam blog saya.



Sesekali bila dpat makan percuma best jugak kan terutama di bulan puasa ni. Tak perlu kerja membanting tulang hanya reload dan guna, reload dan guna kemudian tebus. Semudah macam tu sahaja, siapa yang tak nak.
Nak buka puasa dengan KFC percuma. Jom try kat sini.

Projek Biskut Raya 2014

2014 menyaksikan saya sedikit rajin dengan menambah dua jenis biskut yang lain bagi 'Projek Biskut Raya 2014' yang kebiasaannya hanya Tart Nenas, Almond London dan Cornflake Coklat turut tersenarai kali ini Biskut Mazola dan Biskut Oat. Memenuhi permintaan insan-insan tersayang di sekeliling kita adalah sangat menggembirakan hati saya. Penat yang berbaloi.


Tahun ini saya sempat menyiapkan 5 balang Tart Gulung, 9 balang biskut Almond London, 7 bekas Coklat Cornflake, 4 balang Biskut Mazola dan 2 balang Biskut Oat. Biskut-biskut ini sebahagian besarnya akan di bawa balik ke rumah mak dan sedikit akan di agihkan kepada keluarga terdekat (dalam gambar 3 balang sudah di bawa balik oleh yang berhak). Semalam pula Kakak Hayani menyiapkan 6 bekas Cornflake Coklat  bersaiz sedang buat kawan-kawannya. Bersedekah di bulan Ramadhan walaupun sedikit.




Berbaloi mengerah tenaga membuat sendiri berbanding membeli lagipun saya punya pembantu tetap dan separuh masa untuk membantu. Abang Iqbal Hadi, Kakak Hayani, Adik Hikram dan Alya dengan senang hati membantu menyiapkan biskut tahun ini. Ringan sedikit beban. Jumlah modal yang saya keluarkan untuk membeli barang termasuk balang-balang untuk isi biskut adalah +-Rm180.00. Selebihnya adalah kegunaan elektrik dan tenaga.


Saya gembira bila semuanya telah siap. Sangat berbahagia bila suami tersenyum tart kegemaran tersusun kemas di dalam balang, tersenyum puas bila anak-anak makan dengan mulut tak henti memuji sedap Almond London yang mama buat. Kita bahagia bila dapat membahagiakan orang lain.


Secara rasminya Ahad lepas saya menutup tugas-tugas khas setiap kali Ramadhan menjelang Syawal yang bermaksud tiada lagi kerja-kerja menyepahkan rumah denga bahan-bahan membuat biskut. Kerja-kerja penyelenggaran dan mengemaskan dapur mengambil tempat. Sehari dua ini kerja-kerja mengemas ruamg tamu pula akan bermula. Walaupun kami tidak beraya di Kajang tetapi saya akan pastika rumah berada di dalam keadaan bersih dan teratur ketika Syawal nanti.


Muzik-muzik lagu raya berkumandang di corong-corong radio, bercampur-baur rasa hati. Gembira, sedih dan pilu. Moga satu hari aku mampu mencium tangannya di pagi raya, sesungguhnya aku redha dengan kehendakmu Allah. Bukankan orang yang redha itu adalah orang-orang yang berbahagia.



Resepi Tart Gulung Nenas Kegemaran Serasi Di Jiwa dan Di Mulut


Resepi saya copy dari yatiememories. Terima kasih Yatie kerana berkongsi resepi tart yang sedap ini. Saban tahun saya guna resepi inilah. Jadi kali ini saya syer di sini untuk ingatan diri sendiri dan mungkin dapat membantu kawan-kawan lain juga. Suami saya penggemar tart pun suka kulit tart ini yang sedekit gebu dan terasa kelemakan kerana menggunakan minyak sapi.



Tart Gulung



Tart Gulung Nenas

Bahan- Bahan 
  • 250 gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi 
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

  • jem nenas secukupnya ~ gentel sedikit bujur (saya biasa guna jem yang dibeli sahaja untuk jimatkan masa)

Hiasan: 
  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Cara
  1. Bancuh ketiga-tiga bahan hingga sebati.
Cara-cara: 
  1. Ayak ke tiga-tiga tepung.
  2. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (resipi asal) tujuan supaya doh mesra tapi saya terus sahaja buat
  7. Masukkan doh ke dalam acuab. Tekan memanjang. Letak jem nenas dan gulung. Sapu kuning telur.
  8. Bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. Yatie bakar dlm 25 minit.
  9. Angkat dan sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara


Doh akan sedikit lembik. Ambil sedikit doh masukkan ke dalam bekas berasingan, tambah sedikit tepung  gandum mengikut kesesuaian jangan terlalu keras takut susah nak tekan dari acuan. Part ini kena kreatif dan try and error. Mangkuk asal ditutup dengan tuala basah untuk elakkan doh mejadi kering dan keras.


Selamat mencuba.



Biskut Sepanjang Zaman


Biskut wajib ada di rumah telah siap, sedia untuk dimasukkan ke dalam balang untuk hidangan hari raya (saya tetap buat walaupun tak beraya di Kajang). Almond London, Tart Gulung Nenas dan Cornflake Coklat tersusun cantik di dalam balang dan bakal mengisi balang-balang kecil comel esok. Tahun ini hanya itu yang mampu dibuat kerana masa yang tidak mengizinkan (saya salah kira hari sebenarnya).


Esok pagi saya akan bergerak meninggalkan Kajang bersama anak-anak. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi, rindu sangat dengan Kakak Hayani. Baju raya anak-anak telah siap dipack untuk mengelakkan ada yang tertinggal termasuk baju raya kakak.



Cornflake Coklat. Sebenarnya satu balang sudah habis anak-anak kerjakan, satu balang si kecik Alya sudah kidnap bawak balik ke rumah dia. Itu sahaja yang tinggal, biskut paling laris di rumah bukan setakat anak-anak, abah pun suka. Malam tadi yang di dalam bekas oval tu pulak selamat. Resepi cara saya buat rujuk kat sini.



Biskut Almond London. Nak buat senang sahaja main gentel bujur sahaja lepas tu bakar, malam-malam lepas balik kerja saya celup coklat. Biskut ini saya dapat 9 bekas, satu kena cilok denga Alya juga. Resepi boleh sahaja google kat internet, banyak yang dikongsi.



Tart Gulung Nenas, biskut nostalgia sepanjang zaman. Pak tuan suka, setiap kali berbuka selepas makan nasi dia akan angkat balang kuih dan mengadap balang tu. Rasa berbaloi buat bila dia sudi makan sakan-sakan. Hanya 4 balang tu sahaja saya mampu buat sabtu lepas dan dalam tupware Alya dah bawak balik rumah dia juga. Resepi saya syer kemudian, saya memang tak tukar resepi lain dah inilah tiap-tiap tahun, percubaan pertama gagal kononnya nak guna resepi lain yang mencair kat mulut. Menyesal.



Inilah semuanya hasil penat lelah saya, yang dah habis pun dua balang jugak. Puas hati sangat walaupun saya penat sangat terutama cabaran buat tart gulung tu. Seharian nak dapatkan 4 balang tu. nasib baik tahun ini ada assistant nak tekan doh tart dan nak gentel Almod London.


Syukur alhamdulillah. Akhirnya Projek Biskut Raya 2013 saya berjaya jugak walaupun sepatutnya ada satu lagi biskut pilihan yang perlu saya buat tetapi tahun ini cukuplah tiga jenis. Jumlah modal yang saya keluarkan termasuk untuk membeli bahan-bahan serta balang biskut Rm146.00. Berbaloi sangat-sangat pelaburan saya ini. Bayangkan saya dapat lebih kurang 20 balang biskut termasuk yang telah depa kendurikan. Modal saya cuma Rm7.30 untuk sebalang dan saya buat gunakan buttercup bukan marjerin.


Saya tersenyum puas dalam keletihan mengejar 10 terakhir Ramadhan. Penat. Letih tetapi itulah pengorbanan paling manis buat suami, anak-anak serta keluarga. Mana tahu andai ini Ramadhan Terakahir saya.




Hari Tart Nenas Gulung


Cuti. Yehaaaaaa...
Bukan boleh balas dendam tido-tido peluk bantal busuk lelama pun.
Ada misi.
Misi menyiapkan Tart Nenas Gulung my laling.
Hari-hari asyik-asyik dok tanya ja. Mana tart abah tahun ni.
Alahai...keisn pulak dah macam anak-anak.
Makanlah tart yang ada sebalang tu abah oiii...
Tak habis lagi tu.


Pagi ni saya gigih gentel jem nenas, gigih tekan tepung tart dan gigih gulung.
Hasilnya nanti kita tayang-tayang deh.


Tart Nenas Gulung Tak Menjadi


Tengok resepi dalam blog sahaja, konon nak try resepi baru untuk tahun ini nak jadikan tart mencair di dalam mulut. Kononya. Resepi sudah cantik, gambar dalam blog tuan punya pun menggoda sesangat. Akhirnya saya jatuh cinta. Print resepi.


Jumaat saya gigih ke Yummy di Bandar Baru Bangi tetapi parking punyalah susah lepas tu masa lalu kat depan kedai orang punyalah ramai akhirnya saya pusing setereng kereta balik ke Kajang. Terus ke Mama Deli kat Jalan Reko, kedai biasa saya pergi. Lenggang sedikit cuma kat sini parking terhad dan bila nak keluar agak susah kerana berdekatan dengan traffic light.


Sabtu lepas sahur saya bertungkus lumus kemas rumah, kemudian keluarkan segala bahan-bahan. Di sebabkan Pak Tuan sudah bertanya Tart Nenas Gulung dia jadi saya start dengan itu dulu berbanding kebiasaan saya akan mulakan dengan Almond London (kalau tak menjadi sagat pun apa kisah biskut kat dalam orang tak nampak bila letak coklat semua sedap) yang saya biarkan bogel tanpa choclate coated buat sementara waktu.


Entah di mana silapnya 'Tart Nenas Gulung' saya kurang menjadi. Stress. Dulang pertama perang bila di keluarkan nasib baik tak hangus. Saya salahkan diri sendiri kerana lalai. Dulang kedua dan seterusnya saya lebih hati-hati tetapi saya tetap tak puas hati. Akhirnya saya kemas barang dan berkata kat Pak Tuan 'Jom kita pi shopping'. Agaknya tangan belum lembut lagi kot, faktor utama oven baru nak warming up, jarang-jarang guna macam tulah. Pewarna kuning pun tak ada jadinya tart saya nampak hambar.


Biskut ke tepi kami suami isteri keluar pergi service kereta kemudian jalan-jalan shopping ke AEON, Equine Park. Habis shopping (beli kasut sepasang untuk diri sendiri dan baju sehelai untuk Pk Tuan sahaja pun) ke Pasar Borong beli ayam dan sotong. Balik. Stok tak boleh beli banyak kerana minggu depan dah nak balik kampung.



Hasil Tart Nenas Gulung saya, dua tona warna. Saya tak puas hati tapi...