Memaparkan catatan dengan label airasia. Papar semua catatan

Apa Yang Best di Busan?


Beberapa hari lepas saya ada bercerita tentang keinginan anak-anak untuk jalan-jalan ke Korea dan salah satu tempat yang mereka nak lawati adalah Busan yang merupaka bandar ke dua terbesar di Korea entri tersebut ada di sini. Pemilihan Busan adalaha kerana di sana terdapat pelbagai tarikan pelancongan yang dapat dilawati dan dinikmati seperti pantai, gunung, rumah-rumah ibadat dan yang paling saya suka adalah makanan laut yang pastinya sangat segar di sana.






Selain tempat-tempat yang telah saya tulis di dalam entri yang lalu rupanya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Busan yang belum saya ketahui. Kita boleh meneroka lebih banyak info tempat-tempat pelancongan dengan merujuk ke sini `A ReasonsWhy Busan, Korea's The Ultimate Vacation To Eat, Chillax & Take BeautifulPics’






Sebelum membuat keputusan untuk ke sesuatu tempat eloklah kita membuat sedikit carian mengenai tempat tersebut. Selain membantu menjimatkan masa menguruskan perjalanan sedikit sebanyak kita boleh belajar budaya kehidupan masyarakat di sana selain supaya tidak kekok adalah sesekurang-kurangnya bila kita mengetahui cara hidup mereka kita boleh menghormati cara mereka. Ia juga akan banyak membantu kita untuk mencari tempat-tempat makanan halal sekiranya perlu, pengurup wang dan sebagainya sekurang-kurangnya amat membantu ketika kecemasan. Bila bercuti di luar negara perkara paling penting adalah sila simpan nombor telefon kedutaan Malaysia di sana.


Kebisaannya kalau berjalan saya jarang mengambil package sebab lebih senang jalan-jalan menggunakan itenery sendiri. Boleh pilih ke mana sahaja kita nak pergi, kalau rasa penat rehat, bila-bila masa lapar boleh berhenti makan seseuka hati, rasa best sesuatu tempat boleh lepak lebih lama pendek kata kita bebas menguruskan masa sendiri tanpa perlu terkejar-kejar. Bila berjalan dengan anak-anak banyak perkara terpaksa diambil kira sebab budak-budak kadang-kadang suka buat perangai.


Prosedur Airasia Bila Lupa Bawa MyKid Anak


Kisah Airasia lagi. Kali ini saya nak bercerita tentang 'prosedur Airasia bila lupa bawa MyKid atau surat beranak anak' ketika nak check in di lapangan terbang. Kadang-kadang dalam kesibukan kita terlepas pandang pengenalan anak ini. Bila sampai LCCT mulalah cemas. Oleh itu sila berada lebih awal di lapangan terbang untuk mengelakkan masalah.


Biasanya kita akan buat web check in dan print boarding pass, sampai LCCT kita akan ke kaunter scan dan daftar lagi sekali di kaunter disediakan juga untuk masukkan bagasi. Biasanya petugas Airasia akan minta boarding pass dan kad pengenalan atau surat beranak/MyKid bagi kanak-kanak. Petugas juga ada bertanya sekiranya ada sebarang pengenalan lain atau fotokopi surat beranak/MyKid sekiranya kita terlupa membawa yang original, bermakna salinan juga mereka terima.


Pengalaman sesetengah orang mungkin tak sama tetapi saya menulis atas pengalaman sendiri. Petugas meminta saya ke Pondok Polis LCCT untuk buat report pengesahan mengatakan MyKid tertinggal. Berlari mencari Pondok Polis seperti menyertai Amzing Race pon ada, tempat yang biasa tengok pun jadi lupa. Terpaksa bertanya arah.


Sampai Pondok Polis sila bagi tahu yang MyKid anak tertinggal, serahkan IC orang yang membuat report (saya IC tercicir yang ada lesen jadi dia terima jugaklah tetapi pihak Polis tetap membuat pengesahan alamat di Balai Polis berhampiran dengan alamat tertera di lesen). Setelah report siap ambil salinan report dan terus masuk ke balai berlepas (masa masuk kat dalam sana sebenarnya petugas hanya tengok boarding pass dah tak mintak IC bagai sebenarnya, jadi report yang kita buat tu sebenarnya hanya memenuhi prosedur sahaja).


Pengalaman kawan saya ke Pulau Langkawi pada November 2013 melalui LCCT pula bila bagi tahu petugas semasa check in bagasi surat beranak anak tak bawa di lepaskan tanpa masalah. Cuma bila penerbangan balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dia hanya diwajibkan mengisi borang pengakuan.


Mengikut standard yang tertulis sememangnya surat beranak atau MyKid menjadi pengenalan wajib ada untuk kanak-kanak dan mungkin ada budi-bicara bagi sesetengah kes mengikut petugas-petugas itu sendiri. Tetapi adalah diingatkan bagi penerbangan ke Sabah/Sarawak adalah wajig membawa surat beranak/MyKid sekiranya tidak anda tidak akan dilayan. Penerbangan antarabangsa pula hanya memerlukan passport antabangsa sebagai pengenalan.



Perkhidmatan Kerusi Roda AirAsia


Saya cuba mendapatkan perkhidmatan kerusi roda AirAsia untuk emak semasa penerbangan dia bersama Kakak Hayani balik ke Perlis cuti Tahun Baru nanti. Ini pertama kali saya cuba menggunakan khidmat kerusi roda sebab emak demam dan mungkin pada tarikh itu kesihatan emak masih belum stabil. Biasalah orang tua akan ada masalah bila perlu berjalan jauh sebab LCCT tu agak besar dan saya bimbang kapal terbang di parking jauh dari balai menunggu. Di Alor Star saya tak bimbang sangat sebab Lapangan Terbang Alor Star kecik sahaja.



Saya cuba 'mengurus' semula tempahan untuk memasukkan perkhidmatan kerusi roda tetapi saya sangat terkejut rupanya ada bayaran yang dikenakan. Pulak tu bagi saya Rm60 untuk khidmat sebegitu agak mahal. Pandangan peribadi saya tak boleh ke AirAsia buat sedikit khidmat sosial kepada penumpang kurang upaya mereka. 


Emak saya kata tak apalah mak jalan sahajalah pelan-pelan takkan depa nak tinggai mak pulak, lebih baik Rm60 tu bagi mak je buat belanja makan bila sampai Alor Star nanti...ahahaaa...


AirAsia Free Seat 2013

Dia mai dah...dia mai dah...Jom rhamai-rhamai klik-klik TANG NI. Air Asia promo awai taun. Syiokkk weyyy... Booking isok sampai 20hb Jan kalau tak silap. Travel pulak dari 20 August sampai 9 Febuari 2014.

Malam ni hampa jangan lupa no, bersedia depan apa sahaja yang membolehkan hangpa masuk laman web depa bermula 12 tengahmalam. Tawaran awai taun yang boleh menggoncang iman. Sabaqlah duhai hati. Rezeki yang lebih besaq nak mai hujung taun ni jadi jangan la nak gatai-gatai tangan nak booking tiket terebang pi mana-mana untuk taun ni bawak sampai taun depan. Kalau setakat nak bukak dan jamu mata menyibukkan trafik boleh tapi jangan nak tergoda dengan mainan depa.

Kadang-kadang beli tiket macam ni baguih jugak untuk kita. Boleh plan percutian dalam jangka masa panjang. Lepaih beli tiket kita masih ada masa untuk simpan duit beda buat belanja masa bercuti. Jalan-jalan tempat orang mesti banyak nak guna duit. Kalau buleh nak belanja dengan selesa. Nak beli buah tangan untuk orang-orang sekeliling terutama adik-beradik dan kawan-kawan opih.

Taun ni dah ada booking dok tunggu. Kami satu keluarga nak terbang tinggi-tinggi tapi dekat sahajalah. Bawak mak sekali tu yang best. Masa beli tiket murah macam ni jugak la. Alamaklumlah percutian bajet. Pelan-pelan simpan duit nak buat belanja pi sana.

Nampak gayanya taun depan kami anak beranak cuti-cuti Malaysia sambil memandu kereta sahajalah. Paling-paling ambik cuti balik kampung dok lama-lama. Syok wooo...


Air Asia FREE SEATS! - Jom Terbang Lagi

28hb October 2012 dapat email dari AirAsia. Ajak jalan-jalan. Bagi FREE SEATS lagi! Tak ada alasanlah nak kata tak mampu nak terbang tinggi-tinggikan. Percuma je.




Air Asia Promo.


Mula mencongak untuk ke Bandung berdua sebelum puasa. Ada siapa-siapa yang nak ikut? Tambang dapat cuma Rm92 returns. Cara Aina selalunya booking tiket dahulu. Bila ada duit baru booking benda-benda lain.



Promosi AirAsia : Tempat Duduk Percuma

Perghhh...korang nak terbang-terbang tak? Terbang tinggi-tinggi sampai pucuk awan.
Kalau nak peluangnya telah tiba kini. Cepat-cepat grab okeh.
Tak lama malam ni start pukul 12 tengah malam.
Make sure you all on lappy dan bersedia di laman serba merah tu ye.
Paling menarik yuran lapangan terbang cuma Rm26!

Peringatan : Promosi ini hanya untuk domestik sahaja yakni perjalanan yang tak memerlukan passport.
Kalau rasa-rasa nak pergi bercuti ke Langkawi free tu cepat-cepatlah booking.
Kot-kot nak merasa dinginnya Kundasang pun boleh.
Nak makan kerpok lekor bebanyak kat Kuala Terengganu sambil nikmati pantai nan indah ada juga.
Tak pun jom main-main dengan replika kucing yang besar di Bandaraya Kuching.
Sandakan makan seafood agaknya best tak?

Jenuh nak memilih. Tepuk dada tanyalah poket.
Jangan nanti bila dah nak terbang tinggi-tinggi poket dah bocor.
Tempahan bermula : 18hb-23hb September 2012
Penerbangan untuk : 1hb April - 30 September 2013
Tempah sekarang dan masih sempat simpan duit untuk terbang tinggi-tinggi rasanya.

Untuk maklumat lanjut korang klik-klik jelah airasia.com.