Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan dan makan-makan. Papar semua catatan

Best Beriani In Town

Pastinya ramai penggemar beriani samaada beriani gam Johor mahupun beriani di kedai mamak yang bagi saya memang ada sedikit perbezaan cara memasak mahupun dari segi rasanya. Beriani Batu Pahat tentulah menjadi pilihan penggemar beriani gam. Sekiranya di Kuala Lumpur saya paling suka beriani kambing Zam-Zam Restoran dan beriani gam Restoran Ruz Alladin di Ampang. Bagi selera saya itu pun dah cukup sedap, kena dengan standard tekak. Mungkin ada lagi ditempat lain yang lebih sedap yang belum pernah saya cuba.


Saya ingin berkongsi satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan buat penggemar-penggemar nasi beriani untuk mencuba sesuatu yang baru. 10 Best Restaurants For Briyani In Klang ValleySebelum ini mungkin kita tidak tahu yang restoran-restoran ini menghidangkan nasi beriani yang tip-top kesedapannya jadi dengan perkongsian ini kita boleh mencuba mengubah selera di restoran baru.


Saya bukan seorang pemakan yang sanggup bekejar ke sana-sini semata-mata untuk mencuba makanan sesebuah restoran namun sekiranya ada ruang dan kebetulan berada disekitar kawasan tersebut saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba. Sekiranya terbukti kesedapannya adalah sangat berbaloi saya mengambil risiko untuk singgah dan makan di situ. Keluarga kami sangat typical dalam soal makan, biasanya kami akan memilih restoran yang sama sahaja untuk makan bila sudah serasi namun sesekali perlu juga mengubah selera.








Cuti Panjang A'Famosa Resort


1hb-4hb Mei 2015 cuti umum dan hujung minggu yang agak panjang. Berkira-kira nak jalan-jalan keluar rumah tenangkan fikiran tetapi bila intai-intai tempat yang nak pergi tu kebanyakan hotel dan chalet dah penuh lagipun harga hotel melambung tinggi sehingga 50%-70% dari harga asal. Kos percutian pun akan meningkat. Itu belum ambil kira kesesakkan yang bakal berlaku tetapi bagi yang bekerja inilah masanya nak balik kampung menjengah ibubapa dan keluarga.


Pak Tuan ajak ke Kelantan namun disebabkan dia pergi bersama orang lain anak-anak rasa tak selesa jadi ambik keputusan untuk tidak pergi. Adik pula ajak ke kampung suaminya juga di Kelantan tapi masih berfikir-fikir nak memandu ke Kelantan tu sangat mencabar sebab kalau cuti umum nasib tak baik berbelas jam memandu. Cuti Tahun Baru Cina dah balik kampung kalau dapat nak bawak anak jalan-jalan hilangkan stress akhirnya mak yang stress dok pilih tempat.




Googel sana google, minta idea kawan-kawan di muka buku akhirnya dapat idea untuk bawa mereka jalan-jalan balik hari sahaja. Mula-mula nak bawak pergi main boling dan jalan-jalan makan-makan tetapi mengenangkan mereka sangat seronok semasa pergi ke Lost World Of Tambun dapatlah idea untuk membawa mereka untuk bermain air lagi. Paling dekat A'Famosa Resort selain yang ada di Lembah Klang. Jadi google jumpa pula promosi ni dan anak-anak pun setuju. Lega.


A'Famosa Theme Park tunggu kami datang, perjalanan 2 jam kemudian mandi-mandi sehingga biru lepas tu memandu balik Kajang. Nak buat tempahan bilik pun kebanyakannya sudah penuh dan yang tinggal pun hanya bilik yang mahal harganya. Paling penting anak-anak gembira dan boleh hilangkan tekanan belajar mereka.


Ada ke pilihan lain untuk bermalam di Alor Gajah?



Jalan-Jalan Zoo Taiping

Kisah Disember 2014 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bapa saudara di Redang Panjang, Perak. Kebiasaan keluarga besar kami bila ada majlis semua akan berusaha untuk ambil cuti sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis dan balik sehari selepas majlis tapi kali ini saya hanya dapat pergi pada hari kenduri dan esoknya sambung jalan-jalan bersama mak dan adik beradik yang lain. Kami jalan-jalan di Taiping.



Sebelum masuk bergambar beramai-ramai di depan zoo. Enam orang anak mak semua ada cucu 3 orang tak ada.









Kawan adik Syafiq yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami.







Menginjak setahun usia perkahwinan mereka bamun belum di kurniakan rezeki yang ada itulah jadi tempat bermanja angah. Sayang sangat kat ayah dia.



























Penat jalan-jalan di Zoo Taiping kami singgah makan di kedai makan Selera Malam walaupun pergi siang tukang masak sedia untuk memasak buat kami semua. Walaupun bukan tempat mewah semua makan dengan berselera almaklumlah makan tengahari yang lewat.




Mood sedih-sedih sebab dari Taping saya dan adik akan balik ke Kajang manakala mak, yong, angah, adik-adik dan anak saudara akan balik ke Perlis tapi sebelum tu singgah di UiTM Permatang Pauh menghantar anak saudara ke sana. Rupanya depa masih terus jalan-jalan ke Pantai Bersih pulak. Kami menghala ke KL jalan jem teruk tengah malam baru sampai.


Masa-masa begini merenung wajah mak yang semakin banyak kedutnya terlihat satu kepuasan di wajah tuanya bila semua anak-anak dapat berkumpul beriadah bersama, makan bersama. Selagi termampu selagi terdaya kami anak-anak akan cuba membuatkan dia bahagia walaupun sememangnya kami tak akan mampu membalas jasa dia membesarkan kami tanpa ayah.



Bercanda di Kebun Naga Di Tengah Sawah


Kisah seorang yang kreatif menggunakan tanah dan bijak menguruskan aset yang ada. Jauh mata memandang di penuhi kehijauan sawah padi yang semakin menunduk, di tengah sawah yang terbendang mata menangkap sekeping tanah dipenuhi pohon naga. Menongkah arus. Sawah di tebus guna menjadi ladang buah naga yang memberi pulangan yang berlipat kali ganda berbanding bersawah.


Pulangan Rm1200 sebulan purata pendapatan yang menjadikan pendapatan tahunan sebanyak Rm14,400 adalah lebih menguntungkan berbanding mengusahakan sawah setahun dua kali dengan keluasan terhad sebegitu. Dia berpandangan jauh. Hasil try and error dia berjaya menjadi contoh terbaik petani yang keluar dari kepompong bersawah.



Tuan punya kebun yang sangat peramah berbaju kuning, tidak berbaju adalah pembantunya menguruskan kebun buah naganya. Tidak lokek ilmu. Katanya lebih untung tanam buah naga dari tanam padi. Pernah masuk surat khabar Berita Harian jugak.


Dia sibuk suruh saya bergambar dekat pasu besar yang ditanam pokok naga, saya pulak malu-malu tapi sempat juga bapa saudara snap sekeping gambar saya. Katanya memang letak dalam pasu besar untuk orang bergambar.





Pokok naga yang ada sedikit rosak daun-daunnya kerana menerima hujan agak banyak, pokok ini jenis kaktus kalau air terlampau banyak cepat rosak. Buah di hujung-hujung katanya dah banyak yang kecik-kecik. Saya beli Rm20 tapi saya dapat yang di sedekah lagi banyak dari yang dibeli. Buah merah campur buah putih ikut rezeki tapi memang manis.



Saya suka pemandangan ini, jiwa saya dekat dengan padi dan bendang tetapi menjadi bersemangat bila melihat deretan pokok naga yang kemas ditengah bendang. Mula berangan-angan, kalaulah saya ada tanah!


Rezeki adan sentiasa ada buat yang berusaha. Setelah berusaha selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t. Walaupun nampak keluasan kebun ini adalah terhad dengan usaha yang gigih selain dapat menjana pendapatan dapat juga membantu orang lain mendapatkan pekerjaan. Menurut tuan punya permintaan buah naga adalah sangat tinggi, tak menang tangan menguruskan tempahan. Pasaran dalam kampung pun dah tak dapat nak tampung jangan kata nak dipasarkan diluar. Kalau teringin telefon sahaja nanti buah akan sampai di depan pintu kalau suka dan teringin nikmati buah di kebun juga dengan tangan terbuka tuan punya menerima tetamu.


Kebun ini terletak di Kampung Padang Kilang, Arau, Perlis.



Redup Rimbun Corner


Hari Sabtu saya jarang memasak sebab sepanjang minggu saya sudah masak untuk anak-anak sarapan dan makan tengahari. Jadi kebiasaannya hari cuti saya beli sarapan dan tengahari kalau rajin saya masak nasi dan lauk-pauk, kalau terasa tak rajin saya goreng nasi tetapi kalau dah malas memang makan luar. Tempat makan kegemaran kami buka tempat mewah tetapi hanya gerai tepi tasik iaitu Redup Rimbun Corner, di Tasik Cempaka yang bersebelahan Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi.


Beberapa kali saya pernah menulis tentang gerai ini antaranya cendol dan laksa sedap Bandar Baru Bangi. Kemudian ais kacang nikmat. Setelah mendapat info dari blog Kak Rahmah mengatakan di Redup Rimbun Corner satu ketika dulu sudah menghidangkan menu-menu lain selain laksa dan cendol kami terus mencuba dan sejak itu hati terus terpaut. Kalau nak makan-makan luar anak-anak terus ajak makan di sini sambil bersantai tepi tasik nikmati pemandangan.



Kueyteow goreng sangat sedap kerana cara masak dipengaruhi oleh masakan orang utara, jadi masakannya sangat kena dengan selera kami anak-beranak. Portion pun banyak. Dimasak bersama hirisan ayam, sayur sawi serta kubis dan pecahan telur. Tidak terlalu pedas terasa kelemakan terhasil dari telur yang dikacau bersama kueyteow. Hidangan kat atas tu dah kena tolak sana-sini dek anak-anak untuk kurangkan kepanasan supaya boleh cepat makan.



Abang Iqbal tak boleh lari dari Nasi Goreng Kampung sangat typical seleranya. Saya tak pandai nak bagi berbintang-bintang tetapi bagi kami sekeluarga memang memenuhi selera. Nasi goreng kampung ini ada kelainan sedikit sebab biasanya digoreng bersama ikan bilis tetapi nasi ini di goreng bersama hirisan ayam, sayur kangkung dan ada ikan bilis juga. Pedas cili api yang tidak menyengat. Masa kami pergi ini yang lain-lain order laksa dan minumannya cendol, cendol pulut dan adik hikram sangat typical dengan milo ais.


Pendapat peribadi saya makanan di sini memang berbaloi untuk dibayar. Cuma saya berharap mereka mengekalkan rasa, kualiti serta presentation makanan mereka walaupun sudah terkenal. Entah kali keberapa saya pergi cara mereka hidangkan cendol agak tidak menarik tetapi rasanya tetap sama dan apa yang saya perasan pekerja yang biasa ambil pesanan sudah berganti. Saya cuma berkongsi tempat makan ini untuk faedah bersama. Pandangan saya juga tidak mewakili lain-lain pendapat sebab lain orang lain seleranya lain pendapatnya.



Sehari di Bagan Lalang Dan Morib


Cuti persekolahan akhir tahun 2013 kami sekeluarga tidak ke mana-mana. Tiada perancanagan khusus untuk jalan-jalan sebab awal tahun sudah bawak anak-anak ke Bukit Tinggi, Indonesia. Jadi cuti persekolahan yang panjang hanya dipenuhi makan-makan dan jalan-jalan sekitar Selangor sahaja. Seperti biasa Bagan Lalang menjadi pilihan dan kali ini kami menyusur sehingga ke Morib. Cuti sekolah ramailah yang berkelah kat sini.



Macam biasa kami masak-masak dan makan-makan kat tepi pantai. Ikut cantik pantainya memang nak pergi Pulau Perhentian tapi dari tak ada bolehlah nak lepas gian tengok laut kat sini.




Mak tok senyum lebar. Mana taknya anak cucu sekeliling dia. Kami tak berlamaan di sini sebabnya mak tak tahan dengan cuaca panas dan kering. Kulit mak terasa pijar, lagipun air laut tengah surut.




Budak ni ada dia kisah air surut ke air pasang. Siap baring-baring dalam air yang cetek.




Sampai je masing-masing sibuk nak terjun laut. Sesekali lepas bebas mandi laut terujalah depa.




Main buih! Anak Yong si Mimi tengah enjoy main buih-buih sabun, sekarang sedang mengikuti krusus PLKN di Kem Wang Kelian.



Anak bujang minta nak bergambar dengan mama.



Ummi pon sibuk nak juga, jeles lah tu...ahahha...



Selepas itu kami jalan-jalan ke Morib. Orang ramai sebab hujung minggu tapi memang best boleh lepak-lepak. Adik dengan kakak.




Adik dengan abang.



Mama nak juga posing. Selendang dah hilang sebab layan adik yang merajuk. Nak tidur dalam kereta letih katanya, puas memujuk.




Mak tok nak juga bergambar dengan cengkerang-cengkerang di Pantai Morib. Puas hati dapat layan mak dan anak-anak.



Kami anak-cucu mak.



Pemandangan pesisir pantai Morib.



Dengan ayah. Air surut ada yang berani berjalan sehingga ke tengah, gerun tengok siapa tahu tiba-tiba air pasang.



Sepupu.



Di Pantai Morib juga ada ilmu yang dapat di garap. Ilmu hidupan laut juga ilmu sejarah yang terpahat di binaan di laluan pejalan kaki seperti di atas.


Ini adalah kunjungan semula selepas 16 tahun, banyak perubahan telah dilakukan di Pantai Morib. Lebih selesa dengan kemudahan surau dan bilik air yang bersih. Terdapat juga gerai-gerai makanan memudahkan pengunjung dan tentulah 'makanan laut' menjadi pilihan utama. Walau apa pun berhati-hatilah memilih gerai sebab bagi pengunjung tetap mungkin mereka arif gerai yang patut di pilih dan kami hari tersebut bernasib agak malang kerana tersalah memilih gerai.