Beli handbag tangan terakhir secara rasmi
adalah pada tujuh tahun yang lalu, setelah mula membawa beg sandang ke pejabat
nafsu untuk membeli handbag seolah-olah telah mati. Handbag yang ada
sesekali sahaja dibawa ke majlis-majlis tertentu. Bersantai di hujung minggu
mahupun bercuti lebih selesa menggunakan beg sandang. Semua barang memang ada
di dalam beg tersebut jadi tak timbul isu terlupa barang atau tertinggal
barang. Beg yang sama untuk pelbagai situasi.
Ini merupakan tahun kelapan jadi
rasanya sudah terlalu ketinggalan zaman handbag yang ada, kadang-kadang terasa
malu pula hendak dibawa ke majlis-majlis keramaian. Bukan soal mampu atau tidak
tetapi kadang-kadang terasa sayang sangat nak belanjakan duit kepada perkara
yang tidak perlu sebab handbag sedia ada masih boleh digunakan dan masih
elok tanpa cacat cela. Lagi pun duit itu perlu disalurkan ke tempat yang lebih
diperlukan.
Sejak akhir-akhir ini hati teringin
sangat nak memilikihandbag yang baru, hajat di hati hendak beri ganjaran
kepada diri sendiri atas penat lelah bekerja. Bila difikirkan handbag pun
satu keperluan juga, bukan semua keadaan boleh dibawa beg sandang. Terdapat dua
tiga handbag yang sedang dipertimbangkan semampu poket sendiri tetapi masih
ditapis agak tidak berlaku pembaziran. Bagi yang berkemampuan bolehlah pergi ke
butik pilih-pilih dan bayar, bagi saya perlu banyak pertimbangan sebelum
membeli sesuatu barang.
Semua yang menjadi pilihan adalah
dari material kulit sebab ianya lebih tahan lasak. Tidak cepat rosak jadi alah
membeli menang memakai. Beg tangan pun mempunyai `value’ yang tersendiri
kadang-kadang kita boleh menjual dengan harga yang lebih baik dari yang kita
beli tetapi biasanya untuk model keluaran khas.
Tetapi zaman sekarang ni perlu
berhati-hati bila membeli barang sebab banyak sangat barangan tiruan, ada pula
yang kata barangan lari cukai pada hal semua itu kategori barang seludup. Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya? Bila dah baca baru kita
faham dengan kenyataan barangan seludup ini. Jangan menyesal kemudian hari bak
kata pepatah Melayu `Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya’.
`Bila terhantuk baru tergandah’ selagi belum kena pada diri sendiri selagi
itulah kita tidak sedar kesan terhadap barang seludup ini. Begitulah lumrah
hidup kita sebagai manusia.
Pak Tuan hantar Whatsapp yang kat bawah tu. Ahahahaaaa...susah saya nak jawab. Zaman sekolah umur 13 tahun manalah saya nak kenal dia, soalan menguji minda betul.
Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan, Perak.
Usia gambar ini 47 tahun dah boleh jadi barang antik. Kebanyakan dah bersara salah seorang menjadi Duta di Mexico, ramai yang menjadi guru dan Pak Tuan menjadi pegawai polis. Pertemuan raya yang lalu Pak Tuan tak dapat join sebab belum balik ke Bota Kiri.
Sudah 4 hari kita berpuasa juga entri pertama setelah Ramadahan yang sempat ditulis. Alhamdulillah. Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita. Sama-samalah kita meningkatkan ibadah di bulan mulia ini.
Berkat ujian yang akan datang bersama seribu rahmat. Setelah berpindah pejabat baru Ramadahan ini menjadi lebih teratur. Allah s.w.t melapangkan sedikit masa untuk memasak buat anak-anak setiap hari walaupun dengan hidangan yang sangat mudah tetapi anak-anak tetap makan dengan berselera. Berbanding tahun-tahun sebelumnya saya lebih banyak membeli dari memasak dek kekangan masa. Singgah di bazar pun sekadar membeli kuih, laksam atau roti john.
Sempena Ramadhan ini juga saya menetapkan satu cabaran untuk diri sendiri. “Cabaran Ramadhan Setiap Hari Rm10”. Insyaallah menjelang Syawal akan ada Rm300. Duit cabaran Ramadhan ini juga akan menjadi sebahagian daripada sedekah sempena Syawal nanti. Setiap hari saya akan memasukkan Rm10 yang biasanya digunakan untuk perbelanjaan sarapan dan makan tengahari ke dalam tabung cabaran ini. Ini adalah sebahagian dari insiatif untuk bersedekah di Ramadhan ini. Sedikit sebanyak mengajar diri untuk menabung di masa hadapan. Duit walau sebanyak mana pun akan habis begitu sahaja dan kadang-kadang kita tidak pasti ke mana alirannya.
Hari keempat. Insyaallah akan semakin bertambah kelak. Di dalam rezeki kita akan ada rezeki orang lain yang perlu kita agih-agihkan.
Cabaran ini juga mungkin dapat menjadi pencetus idea kepada kawan-kawan yang lain. Paling penting cabar diri ikut kemampuan, semampu yang ada selagi kita ada.
Syukur alhamdulillah percaturan Allah s.w.t itu adalah yang terbaik buat saya. Memulakan tugasan di syarikat baru sejak Isnin dalam keadaan sakit, incharge paksa saya balik untuk berehat pada hari pertama tetapi sebagai menghormati saya etap bertahan sehingga hari kedua yang saya masuk pukul 8.30am dan balik pada pukul 9am.
Perjuangan saya telah bermula di tempat baru dengan begitu manis. Rakan sekerja lama juga berada di sini memberi sambutan yang sangat membahagiakan hati saya begitu juga rakan-rakan baru yang sangat cepat mesra. Mungkin saya sudah sedikit tua untuk merasa kekok di tempat baru.
Masih ada baki pekerjaan yang perlu diuruskan, meninggalkan tugasan biarlah langsai tanpa esoknya kerja kita menjadi beban kepada mereka yang ditinggalkan. Harapnya begitulah. Walaupun dengan hati yang agak berat kerana 'mood' bekerja sudah hilang bersama masa namun tetap digagahi. Masih ada yang memerlukan kudrat empat kerat yang tersisa, lalu tanggungjawab tetap menjadi perkara pokok.
Hari ini dalam mengutip sedikit semangat yang bersisa saya ceriakan diri dengan jubah lip-lap saya ternyata ia dapat mengubah 'mood' yang kelam serta suram menjadi lebih positif. Natijahnya saya menjadi bahan kawan-kawan. Setiap kali berselisih pasti ada yang meneur baju blink-blink saya hari ini tapi apa saya kisah. Badan saya suka hatilah nak sarungkan baju apa kalau tak berbaju itu perlu jadi kisah! Ahahahaaaa...
Saya sedang berusaha gigih menyiapkan kerja-kerja yang saya abaikan sejak hampir 3 minggu lepas, sejak saya mendapat surat cinta kali pertama dan terakhir dari syarikat. Rasanya saya berjaya menguti kembali semangat yang hilang.
Saya telah hadzam dengan kisah tersebut, tetap redha kerana saya percaya perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat saya. Memberi keperluan berbanding kehendak kita. Khamis petang kami yang terpilih telah menerima surat retrenchment masing-masing yang tertulis butir-butir penting yang kami akan dapat dari syarikat.
Berbanding fasa pertama kali ini kami agak rugi dari segi notis pemberhentian. Fasa pertama sekiranya surat tawaran mula kerja pekerja terikat dengan tiga bulan notis maka mereka cuma perlu bekerja sebulan dan dua bulan lagi dibayar sebagai pampasan bermakna kalau berkhidmat 10 tahun akan dapat 10 kali gaji campur 2 bulan notis. Jumlah keseluruhan 12 kali gaji akan di bayar. Kali ini notis 3 bulan akan dibayar gaji penuh sekiranya meminta perlepasan awal bermakna mereka hanya akan membayar jumlah hari kita bekerja bersama jumlah tahun perkhidmatan sahaja.
Alhamdulillah. Saya masih ada 7 bulan masa untuk mencari kerja. Insyaallah sehingga akhir tahun saya akan mempunyai perbelanjaan yang mencukupi dari pampasan yang dibayar. Sekiranya saya mendapat kerja cepat bermakna duit tersebut adalah bonus buat saya, menjadi tabungan di masa hadapan pula. Ada harga yang harus kita bayar di atas apa jua yang terjadi. Duit yang ada haruslah berjimat-cermat.
Hidup harus di teruskan, perjuangan masih belum sampai kepenghujung, semngat masih membara lalu jangan biarkan hati digenggam emosi. Pakai baju merah untuk ceriakan diri.
Saya pernah lalui semua ini 13 tahun dulu. Lagi teruk, lagi lama. Sekejap gaji di bayar sekejap tidak, sekejap bayar separuh dan akhirnya saya berhijrah denga hutang syarikat beribu-ribu dengan saya. Tiga bulan saya bekerja di tempat baru saya tidak disahkan dalam perkhidmatan dan di berhentikan. Syarikat tersebut biasanya mengambil 2 orang pekerja dan akan pilih yang terbaik. Saya budak Mekanikal & Elektrikal masuk ke bidang Civil & Structure jadinya awal-awal lagi saya kalah. Saya rasa pengalam itu banyak mempengaruhi emosi saya bila dapat berita ini. Pengalaman yang mendewasakan saya.
Sebelum masuk semula ke bidang asal, saya pernah bekerja sebagai setiausaha di pejabat tapak sebuah syarikat pembinaan. Saya sangat fleksibel dalam soal kerja, selagi saya mampu melaksanakan tugas tersebut saya tak akan menolak rezeki yang datang.
Saya sedang mengalami stress berganda ketika ini dengan kerja dan sedikit masalah peribadi yang terlalu lama saya simpan. Rasanya saya sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Resah itu sudah sampai di penghujung dan kesabaran saya sudah seumpama kulit bawang kini. Doakan yang terbaik buat saya.
Balik kerja dengan keletihan kerana demam beserta hati yang tidak tenang. Saya perlu masa untuk diri sendiri tetapi saya juga tidak boleh mengabaikan anak-anak tersayang. Saya call minta anak-anak bersiap untuk bawa mereka keluar makan. Bila mama buat sesuatu yang bukan rutin mereka tertanya-tanya.
Saya minta anak-anak pilih tempat makan dan mereka memilih KFC. Bila makanan siap dihidang saya biarkan anak-anak makan walaupun ketika itu suasana sangat tidak ceria. Saya layan mereka seperti biasa tetapi anak-anak seolah-olah dapat menghidu derita hati mama. Saya perlu faham kan anak-anak dengan situasi yang bakal kami sekeluarga hadapi sebulan dari sekarang. Perlahan saya ceritakan situasi di pejabat. Kakak dan abang boleh memahami tetapi adik tetaplah begitu. Saya hanya mampu beritahu secara yang sangat mudah buat adik. 'Mama berhenti kerja dan kena cari kerja lain'.
Adik suka sangat dapat pergi KFC tetapi mata dia dah mengantuk walaupun jam beru menunjukkan pukul 8.15pm. Apa yang dia tahu setiap permintaannya mesti ditunaikan samaada cepat atau lambat.
Abang dan kakak yang sudah besar, sudah boleh memahami erti kehidupan mama sedikit sebanyak. Sebesar mana masalah saya anak-anak tetap utama, saya akan berkongsi masalah yang ada dengan anak-anak.
Saya masih mampu tersenyum ketika ini, kekuatan saya adalah semangat dari anak-anak tanpa saya anak-anak akan kehilangan arah.
Saya datang kerja dengan separuh jiwa tetapi hidup masih perlu diteruskan. Jalan yang masih panjang dilalui belum lagi sampai ke penghujungnya. Perjuangan demi hidup, demi kebahagiaan. Saya ada anak-anak yang sentiasa di sisi lalu apa lagi yang perlu saya cari.

Isninkan Monday Blues gitu (ini cerita Isnin lepas). Mood nak pergi kerja pun ala-ala suam kuku. Tunggu datang pemusnah je langsung tak pergi kerja. Kata orang cari sebab je. Tapi pemilik kereta ini memang layan blues betoi! Kereta bukan cap local punya, siap angkat wiper lagi tu tapi boleh dia tak perasan kepelikan di situ. Bertuah punya budak (ke bapak budak ke mak budak?). Bila menghala ke stesyen dia mesti lalu kat anak panah besar tu, pon dia tak nampak. Lampu terang benderang kot!
Kereta yang nak masuk dah tersangkut terpaksa mengelak dari kereta yang di parking kat tengah jalan tu. Alahaiiii...sapa punya keretalah tu.
Anak panah punya besar dia boleh tak nampak tapi parking di Komuter di Jalan Reko ni memang lane dia bertindih tapi yang baru tu terang sikit dan kat drive way tu ada sebesar alam anak panah. Bersangka baik mungkin dia pi kereja pukul 6am kot tapi saya balik kereja pukul 8.30am nampak ja anak panah drive way tu. Bersangka baik lagi mungkin tak biasa di situ dan tengah rushing kot.
Kadang-kadang kita pun tersasul tak dapat dinafikan sebab semalam masa nak keluar dari parking saya nampak palang diturunkan dan tertulis 'automatik gate'. Blur kejap. Macam mana nak keluar bukan ada orang tunggu. Undur kereta ketepi termanggu-manggu kejap. Datang kereta lain elok je depan palang terus terangkat. Terasa bodoh kejap! Padahal ini bukan pertama kali pon parking kat situ.
Saya dapat jemputan ke kenyataan akhbar
Pameran Herba Malaysia tetapi saya tidak dapat memenuhi jemputan yang sebenarnya memang saya tunggu sejak saya hadiri
soft launching dulu. Saya cuma terima email pada 10hb April 5.57 petang sedangkan majlis berlangsung keesokkan harinya 11hb April. Saya tidak sempat mengubah
schedule saya pada hari tersebut. Rasanya semua blogger yang pergi semasa
soft launching dulu turut dijemput. Bukan rezeki sebab saya percaya perancangan Allah s.w.t itu adalah yang terbaik buat saya.
Seminggu hanya satu entri setelah pemergian ibu mertua. Saya sedang mengutip semangat dalam kesakitan, gastrik saya kembali lagi.
Heritage Station akan jadi persinggahan kami suami isteri kala diri terasa malas untuk ke dapur bila balik kerja. Letaknya di Bangunan Stesyen Keretapi Lama. Bukan kerana kesedapan tetapi kerana mudah untuk singgah dan hidangan pun cepat sampai sesuai sangat bagi orang yang mengejar masa macam kami. Pelayan di situ pun sudah kenal dengan kami.
Sorang leka di telefon sorang lagi leka di akhbar, masing-masing layan diri. Tiba-tiba suara perempuan menegur.
"Tuan! Alaaaaa...sihat ke. Dating yeee...?"
Saya angkat muka, seorang perempuan tersenyum manis. Salam. Kemudian terus berborak tak ingat dunia dengan Pak Tuan, dulu kakitangan Pak Tuan sekarang dah naik satu takuk pangkatnya dari Pak Tuan tetapi masih lagi ,menghormati Pak Tuan sebagai bekas bos.
"Puan. Masih cantik macam dulu. Awet muda. Dari dulu jumpa kat function tak berubah"
Saya senyum. Haihhhh...balik kerja ni sapu bedak pun tidak jauh sekali celak dan lipstik boleh dia kata saya cantik. Confuse!
Telek-telek muka dalam cermin. Awet mudalah sangat. Sebenarnya saya memang sentiasa muda cumanya Pak Tuan tu ja lebih umur banyak dari saya.
Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku
(*)
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
(Ulang *)
Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semu
Sesungguhnya semangat untuk berkerja telah hilang kebelakangan ini, jika tidak mengenangkan tanggungjawab yang tergalas rasanya diri ini telah tersungkur menyembah bumi. Ku gagahi kaki untuk terus melangkah demi perjuangan sebuah kehidupan. Semangat bagaikan hilang seolah 'Separuh Jiwaku Pergi' meninggalkan diri ini.
Demi tanggungjawab diri ini terus akur, tak bisa terus bergantung dengan dia. Demi kelangsungan kami hangatnya semangat ku tiup setiap hari ke dalam diri. Suatu hari pasti ada sinar harapan di hujung kegelapan pasti ada cahaya.
Luahan perasaan saya yang 'semangat kian hilang' bersama masa. Setelah ada kawan-kawan yang terpaksa pergi, kelembapan projek pula melanda bukan hanya di syarikat tempat saya bekerja tetapi juga di semua syarikat di dalam aliran yang sama. Kuatkan hati, kuatkan hati...
Lirik Lagu Pusing - Atai
* Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Saya sejak dua minggu lepas pening-pening, kejap baik kejap pening berulang-ulang. Pertama kali kena selepas saya menghadiri majlis di
Saloma Bistro, balik rumah saya hanya terbaring. Rumah berpusing-pusing bila bangun. Gagahkan diri bepaut pada kerusi urus makan suami dan anak-anak. Esoknya saya langsung tak bangun dan anak-anak urus makan sendiri. Alhamdulillah. Abang Iqbal Hadi masak nasi goreng untuk makan tengahari. Paginya beli roti canai.
Hari ini kepala mula berpusing kala sedang menikmati sarapan, berjalan ke pejabat saya hampir jatuh nasib baik Pak Tuan sempat papah. Sempat juga kena marah supaya hentikan tabiat 'nescafee tarik' hidangan setiap pagi saya sejak 3 bulan lalu. 'Tabiat' susah nak buangkan? Rasa hidup tak sempurna tanpa kopi.
Nak jumpa doktor pun malas, sebab bila ambik ubat tak makan buat semak rumah je. Sudahnya tahan sendiri sakitnya. Sendiri cari pasal sendiri tanggung.

6hb Febuari lalu selepas puas merajuk-rajuk akhirnya saya dapat jam tangan seperti dalam gambar tu bukan yang berwarna emas tu ye sebab yang tu saya dpat semasa kami dinikahkan 13 tahun dulu, juga sila abaikan tangan yang sudah mula berkedut.
'Dia' tanya nak apa untuk hadiah harijadi dalam merajuk saya cakap nanti fikir dulu. Katanya 'kita pergi Jakel nak tak, kalau tak pun pergi Ariani'. Lepas lama memikir saya minta jam sebab jam yang lama sudah rosak. Lagi pun jam sentiasa saya pakai jadi bila tengok jam saya akan sentiasa ingatkan 'dia'.
Jam pilihan 'dia' buat saya. Tak mahal tapi itulah tanda kasih dia pada saya. 2 bentuk cincin, rantai tangan, rantai kaki, rantai leher semua saya pernah dapat untuk hari lahir saya lalu apa lagi yang perlu saya minta sedangkan semuanya sudah cukup sempurna.
Kecik dan menggiurkan....ahahhaaa... Derhaka kat cikgu weyyyy...ahahaaaa... Nampak kecik tapi suara dia punyalah kuat, garang pulak tu. Senyap je anak murid dalam kelas takut kena tembak. Adat cikgu dengan anak murid garang baru cepat dapat kalau baik sangat nanti anak murid pijak kepala tambahan pulak ada anak murid yang lagi tua dari cikgu.
Alhamdulillah saya selesai menghadiri Kelas Talam Bahagian 1 di
Chef Asma Culinary Studio pada hari Sabtu 15hb Febuari. Saya menghadiri kelas untuk menambah ilmu di samping itu dapat juga menambah kenalan. Saya dapat kawan-kawan sekelas yang sangat sporting dan baik-baik belaka. Insyaallah ukhwah yang ada tetap akan berpanjangan. Siapa tahu suatu hari kelak saya akan jadi taukeh kuih talam.
Kelas Talam Chef Asma adalah secara 'hands on' diajar dari menimbang barang, membancuh, teknik memasak, teknik menuang, mengukus, memotong sehinggalah teknik membungkus. Chef Asma juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan dia. Chef yang hebat sebab pernah bertugas di Istana Nurul Iman.
Saya pergi belajar di sinilah. Nak ilmu mesti kena ada pengorbanan tak kira duit mahupun masa.
Bukti saya bertungkus lumus belajar memasak kuih talam di sana, bukti juga ia adalah kelas hands on. Jadi jangan risau semua orang akan ada peluang untuk main masak-masak.
Kak Habsah beria-ia ajak saya pergi kelas talam sebab dah ada geng umpama orang mengantuk di surungkan bantallah saya. Minat dah lama tapi sorang-sorang nak pergi saya segan.
Kelas sedang berjalan, yang comey tulah Chef Asma. Kecik-kecik cili padi tapi menyengat! Hebat suara dan tangan sama-sama jalan. Hari tersebut chef siapkan 24 dulang kuih talam.
Teman sekelas. Shahrizan bertudung pink baju oren lupa pulaklah namanya dia mai jauh dari Aloq Staq semata-mata nak tuntut ilmu.
Chef Asma ajar memotong kuih talam. Semua gigih mendengar penjelasan dari chef.
Hasil penat lelah saya dan kawan-kawan bersama chef dapat bawak balik sekotak kuih talam...yeyyyy...
Chef Asma Culinary Studio bukan sahaja menyediakan kelas-kelas masakan yang best tetapi juga ada menjual pelbagai barang dan peralatan memasak. Saya dah berkenan dengan Trio Steamer yang di jual lebih murah dari harga pasaran selain itu ada juga pengukus khas yang di bawa masuk dari Indonesia. Target saya ada dua Trio Steamer dan Oven Trio. Jangan risau bila pergi kelas chef akan kenalkan satu-persatu barang dan boleh sahaja beli di sana jugak.
Insyaallah masa akan datang saya akan sertai lagi kelas-kelas Chef Asma. Ada 2-3 kelas yang menjadi target saya sepanjang tahun ini moga-moga murahlah rezeki saya untuk ikuti kelas chef nanti. Selain cari ilmu memasak manalah tahu tiba-tiba saya ingin berubah angin dari tekan-tekan keyboard kepada uli-uli tepung pulak.
Entri ini saya kongsi dengan izin dari Chef Asma.
Sehingga pukul 1.30pm 'dia' masih tak wish untuk saya. 'Dia' call bagitahu tak dapat nak ambik pergi makan tengahari sebab ada kerja lain pun dia masih tak ingat juga. Saya diam. Dah petang sikit baru saya sms dia bagitahu bertalu-talu sms saya dapat wish birthday begitu juga di dinding muka buku. Saya bagitahu bukan nak hadiah beribu-ribu yang saya minta cukuplah ingatan itu pun dah buat saya happy. Saya merajuk! Saya minta dipujuk tapi dia mana nak reti pujuk-pujuk.
Pagi ini dia buat muka kesian sebab saya tak layan....ahahhaa... Sarapan pagi seorang kawan join kami jadi hendak atau tidak terpaksa bercakap juga dengan 'dia'. Saya kalah lagi. Kata 'dia' kakak tu penyelamat keadaan dari muncung macam mulut ikan puyu saya boleh borak-borak dan gelak-gelak. Takkan nak muncung-muncung juga depan orang kan. Harga diri suami nak juga kena jaga.
Tengahari nanti 'dia' minta saya pilih sendiri hadiah dengan budget yang telah diberi tapi saya jual mahallah sikit. Tak apalah saya tak nak apa-apa. Pujuk punya pujuk saya pun setuju sahajalah tapi saya kata nantilah saya fikir dulu nak beli apa.
Sekeras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga. Lama mana pun nak gaduh, setakat gaduh-gaduh manja minta perhatian lebih dari suami je pun. Pesanan buat suami-suami yang lain sila perihatin kepada tarikh-tarik penting disekeliling anda terutama yang berkait rapat dengan isteri. Suami saya memang gitulah, ate orang tua mana dia nak ambik pusing semua tu!