Memaparkan catatan dengan label Jabatan Kerajaan. Papar semua catatan

Harga Minyak Jatuh Nilai Ringgit Merudum Mampu Ke Nak Senyum


Harga minyak jatuh lagi sehingga hari ini sudah melepasi kurang dari USD40/barrel. Rasa susah sangat hati ini sebab sektor pekerjaan saya amat bergantung kepada harga pasaran minyak dunia. Sudah beberapa syarikat yang sama aliran yang mengurangkan kakitangan selain syarikat yang saya pernah kerja dahulu berturut-turut pula syarikat lain mengurangkan pekerja. Projek yang site di dalam Malaysia pun sudah mula kecilkan skop kerja dan projek lain pun nampak sangat perlahan perkembangannya walaupun projek tersebut usahasama dengan Arab Saudi.


Bagi bidang kerjaya saya pula setiap 10 tahun memang kami akan melalui situasi yang hampir sama di dalam industry minyak dan gas. Setiap 10 tahun akan berlaku pengucupan dalam industry ini yang memaksa syarikat-syarikat mengurangkan pekerja. Suka atau pun tidak telanlah semuanya dengan hati yang terbuka. Berpeganglah dengan kata-kata `rezeki itu milik Allah s.w.t’. Masih menaruh harapan yang tinggi untuk kenaikan gaji dan bonus untuk FY2015 pada awal bulan Januari tahun hadapan. Jumlah kakitangan pun telah melebihi 300 orang berbanding tak sampai 150 orang semasa saya sertai syarikat ini tahun Jun tahun lalu.


Tukaran matawang Malaysia juga semakin merudum tanpa tanda-tanda untuk pulih. Ini bukan bidang saya jadi eloklah saya hanya menyuarakan kegusaran dihati tanpa membincangkan dengan lebih halus. Jika dilihat trend tukaran matawang asing dunia kebanyakan memang agak menurun jadi buat masa sekarang bersabar dengan ujian ini. Hati semakin bimbang bila tidak nampak usaha proaktif kerajaan dalam menangani isu RM yang kian jatuh.


Marilah kita sama-sama berdoa untuk Malaysia, untuk kita semua. Makian, cacian, umpatan, fitnah, tunding menunding tidak akan membantu ekonomi Malaysia bahkan semakin melemahkan. Baik pemimpin mahu pun rakyat belajarlah menjadi manusia yang berakal. Sama-sama kita berusaha membaiki diri agar menjadi insan yang doanya diterima Allah s.w.t.



Walau apa pun situasi kat luar sana kami masih tetap beraya sakan-sakan.





Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hormati Perubahan


Syukur alhamdulillah. Tidak ada erti terlewat untuk perubahan yang membawa kearah kebaikan. Malah kita sebagai rakyat jelata juga bergembira kerana akhirnya Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat selari dengan kedudukan baginda Tuanku dan Tuanku Permaisuri yang menjadi Ketua Ugama Islam.


Setelah melalui perubahan sekian lama adalah sangat mengecewakan bila masuk ke bank-bank atau pejabat-pejabat swasta kecuali Jabatan-Jabatan Kerajaan masih lagi menggantungkan gambar Tuanku Permaisuri tanpa mengenakan tudung. Tidak perihatin dengan perubahan. Sekurang-kurangnya hormatilah kedudukan baginda sebagai Permaisuri Agong ketika ini. Gantunglah gambar baginda yang megenakan tudung yang nampak lebih manis.



Saya ambil gambar ini di sebuah bank di Ampang Park pada 20hb Jun 2014. Selepas bertahun-tahun potret ini tidak berganti. Mahal sangatkah harga sebuah potret berbanding keuntungan yang dibuat syarikat setiap tahun?


Pada pandangan saya pihak bertanggungjawab terutama KSN/KSU perlu memberi perhatian kepada isu ini. Nampak kecil tetapi memberi impak yang sangat besar kepada pandangan masyarakat terhadap kedudukan Tuanku berdua.






BOMBA


Nama penuh BOMBA adalah Badan Organisasi Mencegah Bencana Alam.

Korang tahu itu adalah maksud BOMBA.

Berapa orang yang tahu?

Saya pun tak tahu sebelum ni.

Kesian abam-abam BOMBA cuti kena beku. Terbakar sana terbakar sini. Jadi hisap rokok tu telan jelah dengan puting rokok tu sekali ye supaya perbuatan buang puting rokok tu tak susahkan orang lain.


Prosedur Pindah Sekolah Menengah Dari Perlis Ke Selangor - Rimas Dengan Kerenah Kerani Sekolah


Tajuk sangat panjang.


Ini bukan kali pertama saya menguruskan perpindahan sekolah anak-anak. Pertama kali dulu Iqbal Hadi berpindah sekolah dari Kajang ke Perlis dan setahun kemudian menguruskan perpindahan dari Perlis kembali semula ke Kajang. Setahun kemudian menguruskan perpindahan Hayani anak ke dua ke Perlis. Kedua-duanya urusan pertukaran sekolah kebangsaan. Kini menguruskan semula pertukaran sekolah Hayani ke sekolah menengah di Kajang.


Kerenah birokrasi? Tidak bagi saya tetapi lebih kepada atitude kerja. Kakak saya telah pergi menguruskan perpindahan sekolah Hayani di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad tempat dia belajar sekarang. Di minta mengisi borang perpindahan, kepilkan salinan ic anak, ic mak (sebab duduk dengan nenek jadi ic neneklah), surat nikah (saya tak tahu apa fungsi surat nikah dalam urusan pertukaran sekolah). Anak saya bapanya sudah meninggal jadi tak ada surat nikah diberi.


Apa yang menjadi masalahnya sekarang kerani sekolah kata perpindahan mengambil masa 2 minggu. What? Mama dah naik hijau kejap sebab rasanya perpindahan sebelum ini hanya isi borang, kepilkan apa yang diminta dan dapatkan cop dan tandatangan pengetua dah selesai urusan sekolah asal. Kemudian bawa semua borang ke Pejabat Pendidikan Daerah tempat baru, bagi anak saya Pejabat Pendidikan Daerah Kajang. Dapatkan pengesahan dan tetapkan sekoalh pilihan kita. Bawa dokumen ke sekolah baru dan selesai. Anak boleh mulakan persekolahan di sekolah baru. Buku teks pun boleh bawa dari sekolah asal.


Hayani sudah beritahu guru kelas yang dia hendak tukar sekolah dan cikgu tiada masalah. Kata cikgu kelas Hayani nanti datang ambik fail pelajar sebelum balik ke Kajang untuk diberi pada guru sekolah baru. Saya tidak nampak ada masalah besar yang perlukan masa sehingga 2 minggu untuk uruskan perpindahan. Saya juga telah telefon ke Jabatan Pendidikan Kangar dan pastikan semua prosedur. Sepatutnya pengurusan hanya peringkat sekolah dan hanya melibatkan PPD sekolah baru sahaja.


Rasa nak marah! Kalau ya pun yang datang uruskan perpindahan sekolah itu orang kampung jangan anggap semua orang kampung tak reti berurusan dengan jabatan kerajaan. Kampung-kampung pun kampung ada ilmu tau!



Semak Saman-Tetiba Kot


Bagi sesiapa yang mempunyai lesen memandu mesti biasa kena saman, tak kiralah JPJ, PDRM mahupun pihak berkuasa tempatan. Selama ini memang jarang nak semak saman ni tapi gatai tangan pulak sebab tiba-tiba ada surat berdaftar yang perlu di tuntut, takut juga balik kampung baru-baru ini ter'over' speed.



Ini adalah kes saman saya sepanjang dok bawak motor selama dah berbelas tahun dan kereta pula dalam 7 tahun cam tu la. Terkejut berok kejap sebab satu saman tu kompaun dia Rm300 padahal motor kecik tu ja pon yang kena saman bukan kereta. 7 tahun bawak kereta ada 1 saman kiranya pemandu berhemah jugaklah. Lain-lain saman Kriss buruk saya tapi kebanyakannya Pak Tuan yang bawak, suka hati sahaja parking sampai kena saman dengan DBKL.


Nak semak saman sila ke rilek.com.



Perhimpunan Raksasa Hari ATM Ke-80 Part 2


Lama tak jejak Dataran Merdeka lalu tiap-tiap hari tapi...balik kerja. Tempat lepak-lepak malam minggu masa remaja dulu, dengan kata lain tempat lepak datinglah. Hari ini berkesempatan bertamu kat sini, mengutip kenangan separuh jalan zaman muda.

Klik sini untuk part 1.



Motif tunjuk gambar. Orang selalu kata kami kembar, itu dedululah tapi sejak adik saya mendapat suami yang pandai sangat menjaga isteri sehinggakan dia kembang bagai apam nan mekar tidak le lagi orang memandang kami dengan tanda soal.





Booth pertama kami lawati adalah 'Survival Village' kat sini menempatkan pelbagai info bagaimana askar-askar yang berada di dalam hutan mencari iktiar hidup mereka. Mempamerkan binatang-binatang yang biasa ditangkap untuk dijadikan hidangan sebagai ikhtiar hidup, ada ayam hutam, kura-kura, landak, ular sawa, burung hantu dan seekor binatang spesis momyet yang saya lupa namanya. Di pamerkan juga perangkap yang digunakan untuk menangkap haiwan tersebut. Juga di tunjukkan pansuh iaitu memasak menggunakan buluh.



Burung hantu. Tido je waktu siang tapi malam-malam mula aktif. Junior kata comel!



Ini pulak landak. Ngeri je tengok cam ner la nak makan dia tiba-tiba teringat kat Wahida yang teruja makan rendang landak.




Tumpang pegang senjata ye bang (nak angkat sendiri tak larat berat).





Booth Kor Risik DiRaja kebanyakan pameran mengisahkan zaman kominis, mempamerkan senjata serta barang-barang milik PKM. Tak lama di sini kerana banyak cerita-cerita sedih dan pilu menerpa di hati. Bukan keluarga mereka sahaja merasa tetapi kita sebagai rakyat Malaysia juga turut bersedih.





Demo memasak ration MRE (meal ready to eat) kala di dalam hutan. Guna lilin khas sebagai bahan api, buka pack dan panaskan untuk hidangan minum petang iaitu betik rebus dan sebelah lagi tengah masak nenas. Sebelah sana lagi tu tengah masak nasi dan lauk untuk hidangan tengahari.




Gerun tengok peluru walaupun dah tak aktif, boleh tanya apa sahaja info berkenaan peluru pada petugas yang ada. Kat dalam banyak lagi peluru-peluru yang besar-besar lagi. Ngeri!





Opocot! Tertejut mak jemah. Dok buat penyamaran tengah padang ni pulak. Ada sorang budak perempuan ni kekonon nak ambik gambar dengan agen penyamaran berdiri posing punya baik tetiba patung bergerak habis bertempiaran lari sambil menjerit  termasuk kawan dia yang tengah pegang kamera so penyamaran berjaya.




Antara senjata yang di pamerkan, boleh pegang-pegang dan try-try tak ada pelurulah tapi... Kalau ada mahu ramai yang menjadi mangsa kot!









Jangan pandang sebelah mata pada abang-abang yang gagah, perkasa dan berotot ini. Muka garang dan tegas tetapi sedikit ruang di hatinya tetap halus dan berseni. Hasil air tangan mereka seni ukiran ais dan seni ukiran buah. Korang boleh buat macam ni? Tabik-tabik...




Jom hikram bawak kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua naik helikopter. Pilot to be...tapi dik mama risaulah abah kecik hati nanti.




Parachute! Ada berani?




Sebab tak dapat tengok 'jet pejuang' jadi tangkap gambar Junior banyak-banyak dengan replika bagi dia happy sikit.




 Replika-replika aset Tentera Laut DiRaja Malaysia yang dipamerkan.  Kapal selam tu namanya Tun Razak dan yang bawah KD Jebat.




 Owhhh seperti biasa gambar akhir tentulah Cik Puan Blog yang turut nak cari glamour!


Pada hari yang sama juga di adakan sesi Pemilihan Awal Prajurit Muda Lelaki/Wanita Tentera Darat, mereka yang berjaya akan melalui Pemilihan Akhir untuk Prajurit Muda Lelaki Siri 174/2014 dan Prajurit Muda Wanita Siri 36/2014 dan yang terpilih akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Bersedialah mental dan fizikal wahai adik-adik sekelian.

  
Penat melayan kerenah anak tetapi hati tetap puas kerana dapat menggembirakan mereka. Menambah pengalaman serta pengetahuan buat mereka juga memupuk semangat patriotisma di dalam diri anak-anak. Menyemai semangat cintakan negara. Dataran yang luas memudahkan pergerakan walaupun agak ramai yang hadir, masih ada ruang untuk bergerak bebas dan selesa.



Perhimpunan Raksasa Hari ATM ke-80 Part 1



Sabtu yang indah tapi di Kajang tetap hingar-bingar dengan 'jet pejuang' kata Junior. Dia teruja pandang ke langit! Tanya dia nak tengok 'jet pejuang tak?'. Angguk-angguk. Kami pun pi sinilah, perarakan dah habis tapi... Perbarisan lintas hormat, 'jet pejuang', helikpopter serta pertunjukan payung terjun sudah tamat. Mood Junior bertukar jadi sedih. Sampai je makan ais krim sejukkan diri sikit sambil ambil mood balik. Kami naik komuter sahaja dari Kajang kendian ambik LRT turun Masjid Jamek dan jalan kaki ke Dataran Merdeka.





Kami pergi ke Perarakan Raksasa Hari ATM Ke-80. Ini kat pentas utama tempat PM, TPM, Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dan tetamu VIP lain terima lintas hormat. Masa ni kamilah jadi VVIP sebab bila masjlis dah habis semua tetamu melawat booth pameran yang ada serta hadiri jamuan yang disediakan. Suka pentas ni yang menggunakan warna-warna garang melambangkan keberanian ATM. 






Budak ni makan ais krim lepas penat dok dalam train dan jalan kaki ke Dataran Merdeka. Jalan yang di tutup memudahkan pergerakan, boleh berlari-lari di atas jalan raya. Masa ni mood dah mari walaupun tak dapat tengok 'jet pejuang' yang menjadi idaman hatinya.






Bergaya abang tu diri kat atas tu, teringin jugak nak panjat-panjat! Dia bergaya dengan uniform barulah!





Hati berbunga-bunga bila dapat pegang-pegang dan panjat-panjat.






Lagi ambik, ko glamer jap abang tu asik-asik jadi model. Terima kasih dik... Bergaya gagah!





Try-try tak ada peluru tapi... Dik kalau nak pakai uniform cam tu pasti abah kecik hati!






 Mak dan dak pompuan si Alya yang tak mau terkalah bergaya.




Akhir sekali. Cik Puan punya bloglah, VVIP of the day...ngeee...

.

Bersambung bahagian ke dua, nak jalan-jalan booth pameran pulak.



Festival Kuih Bulan


Junior berlari-lari masuk rumah sambil melompat girang,

Junior : Mama...! Mama...! Kok Meng kata sekarang tengah ada festival (Kok Meng adalah anak jiran depan rumah berbangsa Cina dan Junior pulak mesti ingatkan festival macam dalam kartun Dora The Explorer).

Mama : Festival apa?

Junior : Ala yang ada hantu-hantu tu.

Kok Meng : Bukan la acik, Amirul tipu (dia bersuara dari luar).

Mama : Kok Meng pesta tanglung ke?

Kok Meng : Main tanglung acik tapi festival kuih entah kuih apa (hahahaaa...ada ke pulak cam tu budak ni).

Mama : Oooo.. Festival kuih bulan (masa tu tiba-tiba teringat kat Nekcik yang dok cerita tentang kuih bulan pemberian seorang kawan di blognya)



Kuih bulan yang mempunyai pelbagai pilihan inti dan rasa. Cerita mengenai Pesta Kuih Bulan boleh di baca di blog idhamlim.com dan gambar ini juga di copy dari sana.



Perarakan tanglung yang cantik dengan pelbagai warna dan rupa akan di adakan pada malam perayaan Pesta Kuih Bulan. Pic credit here. Malam tadi budak-budak tumpang gembira main tanglung bersama Kok Meng, ada 2 tanglung macam kat atas tu berwarna merah dan oren.


Rupanya Junior dok koyak kertas buku banyak-banyak kononnya nak buat tanglung! Apalah anak ni, mama dulu buat benda tu dengan surat khabar lama ja. Buat bersegi kemudian bakar atas jalan depan rumah mak tok yang merupakan kawasan lapang almaklumlah sawah. Naik tinggi. Orang tua-tua tak bagi main sebabnya bila api di udara depa samakan dengan 'hantu tengelung'. Korang pernah dengar? Ceritanya hantu tu terbang bagai api di angkasa dengan perut terburai. Takutttt...larikkk... Sekarang dah ada lampu neon 'hantu tengelung' pun dah lari masuk hutan dia pulak yang takut. Budak-budak zaman sekarang dah tak pernah dengar cerira mitos sebegitu.


Malaysia terdiri pelbagai bangsa, begitu juga kaya dengan adat dan budaya bangsa masing-masing. Meraikan sambutan perayaan sesuatu kaum sebagai menghormati budaya mereka selagi tidak mengganggu aqidah dapat merapatkan silaturrahim sedia ada. Apa juga bangsa dan warna kulit kita tetap 1Malaysia yang hidup di dalam kepelbagaian budaya.


Raya Klinik Gigi Pun Cuti Panjang

Raya ke-4 gigi mula buat hal. Ngilu. Gusi bengkak. Depa bakar satay bagai pun jamah sikit-sikit sahaja. Hazab beno. Sabar!


Bertolak balik Kajang esoknya. Makan pun ala kadar sahaja kerana bila kunyah gigi sakit, kalau biasa tak makan oklah pulak. Selasa dalam keletihan memandu keluar jugaklah pukul 11am pergi Klinik Gigi Impiana belakang Tesco Kajang, malang sekali tutup sehingga 14 Ogos belum habis cuti raya agaknya. Kecewa. Masuk ke Pakan Kajang, tinjau-tinjau pun sama juga klinik gigi kebanyakannya ditutup. Terus ke Bandar Baru Bangi, depan Econsave klinik tutup. Klinik Lisa Alis pun sama satu lagi klinik kat Seksyen 8 tu tutup juga. Pusing-pusing tak jumpa juga yang buka termasuk Klinik Gigi An-Nur.


Akhirnya buat keputusan ke Econsave beli lauk, kemudian terus ke Klinik Kesihatan Kajang, Jalan Semenyih pilihan terakhirlah. Tengah berkobar-kobar nak cabut gigi katakan. Masa daftar jururawat kata petang untuk temujanji sahaja tetapi kalau nak juga jumpa doktor boleh, rawatan doktor akan bagi hari lain dan nombor akan dipanggil akhir sekali selepas nombor-nombor yang ada temujani. Bayangkannlah waktu itu saya orang pertama yang sampai. Muka dah berkeru-kerut jugalah menahan kerenah birokrasi ni.


Saya istighfar banyak-banyak minta Allah permudahkan. Tak lama tunggu saya orang ke tiga yang dipanggil. Syukur alhamdulillah. Doktor periksa gigi cuma ada karies tak nampak kerosakan lain, kemudia pergi x-ray. Tunggu kejap doktor panggil masuk dan tengok x-ray gigi berlubang dibahagian sisi antara gigi. Katanya gigi masih cantik dia tak mau simply buang jadi doktor nak tampal. Bius. Baru ja nak cucuk sebelah dalam gusi saya angkat tangan tanda sakit. Doktor tak boleh nak tampal, akhirnya terpaksa cabut jugak.


Bila nak cabut doktor pesan kalau terasa sakit angkat tangan kiri, kemudian dia akan tambah sikit bius. Stress dia dok tolak-tolak gigi tu terasalah tiba-tiba rasa macam sakit sikit, terus angkat tangan dan doktor pun tambah ubat bius dan try untuk kali ke dua. Berjaya. Ambik gigi bawak balik. Renung-renung dan korek bahagian dalam rupanya dah lompong berlubang di dalamnya.


Saya cuma nak bagi tahu selamatlah duit saya Rm100 lebih. Saya cuma bayar Rm1 masa daftar dan Rm2 untuk cabut gigi. Lagi satu perkara jangan takut untuk pergi jumpa doktor gigi di Klinik Kerajaan. Mentaliti kita perlu di ubah. Perkhidmatan doktor kat Klinik Kerajaan sama sahaja baiknya dengan doktor klinik swasta. Kadang-kadang doktor ok ja tetapi hat bawah-bawah pulak lebih-lebih. Sesekali mungkin mood depa pun tak baik juga stress agaknya pesakit ramai di Hospital Kerajaan.


Ribuan terima kasih kepada Dr. Choo Si Xuan yang comel dan sangat baik melayan saya hari itu. Sangat peramah dan sangat bertolak ansur melayan pesakit. Dia siap gelak-gelak katanya saya sangat stress ketika itu dan minta saya bertenang.



Pengeluaran Perumahan KWSP - Saya Terlepas Pandang

Apabila membuat sebarang urusan dan ianya berkaitan dengan kerajaan, separa kerajaan waima syarikat swasta sekalipun anda dinasihatkan menyelidik dan membaca segala terma serta peraturan yang ada. Jangan bila terhantuk baru tergandah.

Semalam ke KWSP untuk pengeluaran pembelian rumah kedua. Sebenarnya sebelum itu sudah pergi tetapi ada dokumen yang tidak lengkap dan terpaksa merujuk ke pejabat peguam. Jadinya terpaksa tangguhkan dan semalam ada kelapangan. Segalanya lengkap. Borang pengeluaran, salinan kad pengenalan, perjanjian jual beli dan perjanjian jual beli tuan sebelumnya (salinan dokumen ini yang terpaksa minta dengan peguam tapi ambik tanpa charge).

Pejabat KWSP Kuala Lumpur agak lengang diwaktu tengahari memandangkan kaunter yang banyak di buka, hanya empat orang dihadapan kami sedang menunggu. Tiba giliran semua dokumen asal dan salinan di beri. Petugas menyemak nama. Malang sekali pengeluaran tidak dapat dibuat. Rumah pertama adalah hak milik bersama suami dan pernah membuat pengeluaran akaun kedua KWSP Aina. Jadi syarat utamanya harta pertama harus dilupuskan. Samaada menjual atau menukar nama kepada nama suami sahaja atau nama anak atau keluarga terdekat. Bermakna tiada rumah atas nama kita.

Rumah pertama sudah habis bayar sejak 4 tahun lepas. Rumah kecik je rumah flat. Ingat nak cepat habis bayar keluar KWSP, rupanya timbul masalah lain pulak. Tempoh tiga tahun diberi sekiranya hendak mengeluarkan juga duit KWSP yang ada. Lepas setahun dari perjanjian jual beli kena pulak minta dokumen apa tah dengan bank (malas dah nak dengar budak tu cakap). Jadi dalam tempoh tiga tahun tu kenalah tukar nama rumah rumah pertama ke atas nama orang lain.

Aina terkedu. Ingat dengan pengeluaran pertama dari rumah kedua ini bolehlah disimpan menggantikan duit simpanan yang telah banyak digunakan untuk membeli rumah. Memang sangat-sangat tidak faham mengapa perlu ada peruntukan sebegitu sedangkan duit itu adalah duit kita. Rumah pula terang-terang atas nama kita. Itulah undang-undang. Mereka kebal. Lawanlah tak akan kalah.

Selama ini otak telah disetkan duit KWSP boleh di keluarkan untuk rumah kedua tanpa memikirkan terma-terma selanjutnya. Bayangkanlah untuk meukar nama rumah terlalu banyak urusan harus dilakukan. Terpaksa juga mengupah peguam dan tidak kurang juga duit yang terpaksa dikeluarkan. Lalu apa pilihan yang kita ada?


Jabatan Imigresen Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta

Hanya tinggal dua minggu lagi sebelum misi rahsia bermula. Sebelum ini ingat nak renew passport on line sahaja tetapi Pak Tuan pulak mintak pergi dengan dia sahaja kerana passportnya juga akan tamat tempoh pada bulan Jun. Menimbang-nimbang untuk ke Kajang sahaja tetapi memikirkan Imigresen Kajang sentaisa sibuk dan kadang-kadang kehabisan nombor giliran jadi kami tak ingin mengambil risiko. Lepas solat Jumaat Pak Tuan ambik di pejabat dan terus ke Jabatan Imigresen Bandar Pusat Damansara. Sekali pergi papan tanda semua dah tak ada. Sunyi! Rupa-rupanya Jabatan Imigresen telah berpindah ke Jalan Duta sejak Oktober 2011. Macam mana boleh ketinggalan nih.

Berpusing semula dan mengikut gadis yang kami tanya Jabatan Imigresen berpindah dekat Istana Negara yang baru. Menyusur dalam keadaan berhati-hati takut pulak terlepas jalan. Ternampak papan tanda Kementerian Dalam Negeri berhadapan dengan Duta Solaris. Korang jangan pulak cari papan tanda Jabatan Imigresen kerana sampai tahun depan pun tak akan berjumpa. Jabatan Imigresen berada di Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Di sini jugak letaknya Jabatan Pendaftaran Negara. Parking agak sesak tetapi masih mudah untuk mencari tempat meletak kereta kerana kawasan yang lebih luas dan tidak sesak dengan jabatan-jabatan lain. Disebabkan kita orang merempit dengan mudahnya mendapat parking.

Masuk sahaja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri nampak agak lengang. Papan tanda menunjukkan Jabatan Imigresen berada di tingkat 1 sebelah kanan manakala tingkat bawah menempatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Ramai betul orang. Beratur ambil borang dan kembali semula untuk mengambil nombor giliran apabila selesai mengisi borang.

Korang tengok ada dua nomor satu untuk Jun dan satu lagi untuk Pak Tuan. Garu-garu kepala pergi semula ke kaunter nombor giliran dan bila Pak Tuan datang semula katanya 2079 itu adalah khas untuk warga emas. Hahahaaa...Jun dah mula gelak guling-guling. Rupanya my hubby tergolong dalam warga emas macam mana boleh lupa! Hanya seorang berada di depan dia lepas tu giliran Pak Tuan. Nombor Jun pulak 1396 dan di depan nya ada 77 orang lagi. Giliran Pak Tuan pulak gelak guling-guling. Bila tiba giliran Pak Tuan kami meminta ehsan dari petugas kaunter untuk buat sekali harung. Alhamdulillah petugas Imigresen tersebut tersangatlah bertolak ansur tidak seperti petugas semasa kami mengambil nombor giliran tapi lupa pulak apa nama petugas di kaunter 20 pada hari tersebut.

Selepas selesai urusan membuat passport dan membayar kami menunggu untuk mengambil passport di kaunter 25. Lebih kurang sejam sementara menunggu kami turun makan kat cafe di sini. Banyak pilihan makanan tetapi agak mahal jika hendak dibandingkan dengan cafe di pejabat kerajaan yang lain. Mee goreng dan seangkatan Rm3.80. Nasi dan ayam Rm5 kalau tambah sayur Rm1.50 lagi. Ini udah rupanya makan kat International Food Hall, The Intermark. Mahal mungkin sebab selesa dan tiada pilihan lain. Jun makan kueteow goreng (memang le tak sedap...tak bersyukurnya aku) dan Pak Tuan makan bubur chacha - Rm3.


Pemandangan ruang legar di tingkat bawah. Memang selesa dan cantik. Kalau kebetulan kita ada urusan lain dan terpaksa membawa anak-anak jadi masih ada tempat untuk mereka berehat. Pokok paku-pakis yang bergantungan memang menarik perhatian. Kat bawah tu adalah Jabatan Pendaftaran.

Disebabkan Jun menggunakan jalan pintas (kemudahan untuk warga emas yang Pak Tuan dapat) maka urusan kami teramatlah cepat selesainya. Hanya mengambil masa 1 jam 15 minit. Kaunter ini jugak memberi layanan khas buat OKU, ibu mengandung dan kanak-kanak serta bayi. Keseluruhannya service cepat tetapi bilangan orang yang ramai memang membuatkan kita terpaksa menunggu agak lama. Dalam keadaan pejabat yang lebih selesa dan luas membuatkan kita lebih selesa untuk menunggu.

Satu lagi nak ingatkan bawaklah gambar berukuran passport yang berlatar belakang biru yang terbaru. Jangan cuba-cuba nak mengelat. Hari tu disebabkan malas nak ambil gambar (sebenarnya sayang nak bazirkan gambar lama tu) Jun bagi je gambar 2 tahun lepas yang manjadi masalahnya gambar itu sama dengan passport lama...hahahaaa... Tak pasal-pasal kena ambik gambar baru tapi jangan risau kat tingkat bawah ada kedai gambar hanya Rm10 untuk 4 keping gambar berukuran passport. Kedai-kedainya pun lebih teratur dan selesa dari tempat lama.

Mana-mana Jabatan Imigresen sekarang memang sesak dan ramai orang. Memang agak penat menunggu. Itu menunjukkan ekonomi rakyat Malaysia berkembang pesat sebab tu ramai yang mampu nak ke luar negara.