Diskaun Lost World Of Tambun 10-15%

9:57 PG JunAina 13 Comments


Tiket Masuk

Pembelian tiket masuk menggunakan on line booking akan diberikan diskaun 10%. Harga tiket adalah termasuk permainan yang ada di dalam kawasan tersebut. Adalah lebih baik membeli tiket melalui 'on line' kerana tidak perlu beratur panjang, kaunter tiket khas dibuka untuk pembelian melalui internet dibahagian kanan pintu masuk utama. Selepas membuat tempahan hanya print booking yang di hantar ke alamat email atau mungkin juga boleh buka email menggunakan hp dan tunjukkan sahaja nombor tempahan.

Kanak-kanak – Rm43 (Rm 38.70 selepas diskaun)
Dewasa – Rm50 (Rm45 selepas diskaun)

Pembelian tiket menggunakan Kad Mesra Petronas 15% diskaun
Kanak-kanak – Rm43 (Rm 36.60 selepas diskaun)
Dewasa – Rm50 (Rm42.50 selepas diskaun)


 

Harga Bilik

Potongan istimewa bagi harga bilik ini hanya untuk pemegang Kad Kredit Maybank dan pemegang kad kredit Citi bank boleh menikmati 68% diskaun (harga sila rujuk pejabat jualan.) 

Exotic Room

RM 280.00nett per room per night – Weekday (Sun-Thursday)
RM 330.00nett per room per night – Weekend (Friday-Saturday)

Classical Room

RM 322.00nett per room per night - Weekdays
RM 372.00nett per room per night - Weekend


Deluxe Suite

RM 406.00nett per room per night - Weekdays
RM 456.00nett per room per night - Weekend


Executive Suite

RM 448.00nett per room per night - Weekdays
RM 498.00nett per room per night - Weekend


Premier Suite

RM 490.00nett per room per night - Weekdays
RM 540.00nett per room per night - Weekend


Super Suite

RM 574.00nett per room per night - Weekdays
RM 624.00nett per room per night - Weekend


Remarks : Room rate included with surcharge and the room come with 2 person breakfast> and 2 voucher Hot Spring at night only. Theme Park ticket was not included.

Tel : +605 5408888
Fax : +605 5408930
Email: lwhreservation@sunway.com.my


Makanan

Sama seperti lain-lain taman tema makanan dari luar adalah tidak dibenarkan. Gerai makanan tersedia bersebelahan kolam kanak-kanak. Harga makanan agak mahal dan kuantiti pun agak sedikit dan bagi yang kuat makan memang tak mencukupi. Harga minuman the tarik, cappuccino, kopi, cendol, ABC dan air mineral botol kecil Rm4. Makanan tengahari kami Nasi ayam Rm6.50, Nasi Goreng Tom Yam Rm8, Nasi Vanggey Rm10 (berbaloi dengan harganya).


Pelampung (Tube)

Kemudahan pelampung gergasi boleh disewa di kaunter berhadapan dengan kolam air panas dengan harga Rm25 dan akan di kembalikan Rm10 semasa kita menghantar pelampung ke kaunter apabila ingin pulang. Jika teringin mencuba slide anda tidak perlu menyewa pelampung kerana mereka mempunyai pelampung sendiri hanya pergi ke bahagian belakang kolam utama beratur untuk tunggu giliran.




Sun Inn Hotel

Kami hanya memilih hotel bajet yang terletak berdekatan Lost World Of Tambun. Harga bilik Delux yang mempunyai ‘connection room’ Rm175 untuk 2 bilik dan tambahan Rm10 untuk tambahan tilam. Hanya untuk tidur kerana kesokan harinya kami ‘checkout’ awal untuk aktiviti seterusnya.


Restoran Kampung Ipoh

Sekiranya bermalam di Sunn Inn hotel bolehlah menikmati makan malam di Restoran Kampung Ipoh yang berada tidak jauh dari hotel hanya berjalan kaki. Berada di deretan kedai yang sama dengan dengan hotel. Restoren menghidangkan pelbagai masakan panas. Anda pasti berpuas hati. Esoknya hanya bersarapan direstoran bersebelahan hotel.




Pengembaraan seharian di Lost Worl Of Tambun pun bermula dari masuk pada pukul 11am sehingga dihalau oleh 'lifeguard' ketika hujan mulai lebat barulah anak-anak berhenti main air. Rupanya guruh sangat kuat di kawasan tersebut dan sesekali petir sabung menyabung. Puas hati bawak anak-anak ke sini, anak-anak gembira ibu-bapa lebih gembira sebab dapat menggembirakan anak-anak.





  



Cafe di dalam gua aroma kopi dan roti bakar bersatu dengan alam.





  



Aummm!!!!



Tin Valley. Boleh belajar cara-cara mendulang bijih timah secara tradisional di sini.





Jom lepak dengan geng pontianak! Tak kuat semangat rasanya nak melawat kawasan mak-mak pontianak. Ada seorang budak tu menangis sambil berlari-lari terkejutkan hantu!


Menghabiskan cuti sekolah dengan anak-anak adalah saat paling menggermbirakan, memberi 'token' setelah sepanjang tahun bertungkus lumus di sekolah dan sebagai ganjaran atas bantuan anak-anak membantu kerja-kerja rumah. Moga Allah terus memurahkan rezeki supaya masih dapat membawa nak-anak menikmati cuti dengan gembira. Syukur dengan rezeki Mu Allah yang tidak pernah putus-putus. Lost World Of Tambun adalah satu tempat yang cukup sesuai untuk membawa nak-anak bergembira. 




13 Rider Beraksi:

Model 2014

1:46 PTG JunAina 11 Comments



Hero dan heroin. Model 2014. Ada yang nak booking? 


11 Rider Beraksi:

Dari London, Paris ke Kajang

1:09 PTG JunAina 18 Comments



Bos kecik datang kat workstation dengan wajah serius.
'Awak bawak kereta tak?'
'Bawak tapi datang kerja tak bawaklah'
'Kereta apa?'
'Saga BLM je En. Rashid'
'Ohhh...ambik ni gantung kat kunci kereta lepas Tol Kajang je awak akan sampai ke London tak payah buang duit beli tiket MAS'
Fuhhhh...cuak kejap. Terus ketawa dan diketawakan dek budak-budak lain.

Bos saya baru balik dari London atas urusan kerja, alang-alang dah sampai sana dia sambung cuti seminggu dan bawa isterinya bersama. Menyelam sambil minum air. Keychain Paris tu pula pemberian kawan sepejabat yang pergi bercuti ke sana bersama isterinya, selepas bertahun-tahun menunggu akhirnya mereka bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi tetapi bukanlah jadi di Paris sebab masa ke sana doktor sahkan isterinya mengandung 3 minggu.


18 Rider Beraksi:

Sponge Bob Square Pants Jom Tangkap Obor-Obor

11:43 PG JunAina 12 Comments










12 Rider Beraksi:

Chocolate Fudge Secret Recipe

12:23 PTG JunAina 14 Comments



Abang haji dah balik dari Mekah pada 4hb November setelah berjauhan selama 43 hari dari keluarga. Alhamdulillah selain sihat walafiat cuma batuk dan selsema sikit sahaja juga sihat sepanjang menjalankan menjalankan ibadah haji kecuali kadang-kadang lutut sakit terkena serangan gout almaklumlah makanan yang disediakan bukanlah mengikut menu orang sakit. Bila makanan yang tak boleh di makan oleh pesakit gout dimakan juga maka bertongkatlah di sana.



Balik kebetulan baru sahaja selepas birthday Kakak Hayani yang memang tiada sambutan pun jadi abah minta masakkan kueateow sup dan belika kek. Menjadi pilihan anak kesayangan abah adalah Kek Choclate Fudge dari Secret Recipe yang membuatkan kak senyum tak sudah dan puaslah satu keluarga makan kek.



Suka sangat! Untung jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga menjadi kesayangan. Puas hati bila abah balik dari Mekah boleh raikan satu keluarga.



Bergambar sekeluarga.






Makan malam raikan ulangtahun kelahiran Kakak Hayani yang ke 13 tahun juga meraikan kepulangan abah setelah bermusafir lebih 40 hari. Mood rindu-rinduan masih tebal. Memenuhi permintaan Pak Tuan yang inginkan kuateow sup sebagai hidangan.


14 Rider Beraksi:

Pengeluaran KWSP Rumah Kedua

11:33 PG JunAina 17 Comments

Rata-rata pembeli rumah pasti akan mengeluarkan simpanan KWSP untuk membeli rumah tidak termasuk bagi golongan yang membeli rumah untuk pelaburan sebab biasanya mereka mempunyai ekonomi yang agak kukuh. Umum mengetahui pengeluaran boleh dilakukan pada rumah pertama selagi tidak dilupuskan nama pengeluaran tidak dapat dilakukan tanpa mengetahui pengeluaran KWSP rumah kedua juga boleh dilakukan kerana kebiasaannya apabila kita membawa dokumen kakitangan KWSP hanya memberitahu pengeluaran tidak dapat dilakukan kecuali menukar nama rumah sedia ada dalam sistem mereka.


Pilihan masih ada untuk kita menggunakan duit simpanan KWSP yang ada tidak kira untuk rumah pertama, kedua, ketiga ataupun seterusnya cuma cara pengeluaran sedikit berbeza. Bagi pengeluaran rumah pertama wang akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu untuk kali pertama manakala pengeluaran seterusnya akan dimasukkan terus ke dalam akaun rumah bermakna kita tidak akan menerima duit tunai lagi seperti kali pertama kecuali pilihan kita adalah bayaran bulanan.


Bagi pengeluaran rumah kedua tanpa melupuskan nama pada rumah pertama pula bayaran hanya akan dibuat ke atas akaun bank dan ditolak dari jumlah keseluruhan baki. Pilihan kedua pula pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan yang mana jumlah bayaran bulanan akan dimasukkan ke akaun individu setiap bulan. Akaun juga akan dipantau oleh pihak KWSP agar tidak berlaku penyelewengan dimana mereka berhak memberhentikan pengeluaran sekiranya bayaran tidak dilakukan kepada pihak bank.


Baru-baru ini saya juga telah memohon untuk pengeluaran KWSP untuk rumah kedua dengan memilih ansuran bulanan. Syarat pengeluaran anda perlulah ada surat pengesahan baki pinjaman dari pihak bank yang memberi pinjaman. Hanya isi sekeping borang dikaunter KWSP. Pegawai bertugas akan membuat pengesahan hanya dengan kad pengenalan, cap jari pada borang selesai dalam masa 10-15 minit sahaja di Pejabat KWSP Jalan Raja Laut.


Mengikut pegawai bertugas bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa 15 hari bekerja. Paling menggembirakan bayaran telah dilakukan cepat hanya empat hari bekerja. Tahniah kepada kaki tangan Pejabat KWSP Jalan Raja Laut yang memberi perkhidmatan cemerlang. Layanan pun cukup mesra dan bagus.



17 Rider Beraksi:

Big Apple Donut Mines Wonderland Raikan Ulangtahun Kelahiran

11:27 PG JunAina 15 Comments


Tiada acara tertentu untuk sambutan ulangtahun kelahiran anak-anak sejak mereka sudah besar cuma mungkin bawa mereka jalan-jalan dan penuhi permintaan mereka sahaja. Tahun ini Kakak Hayani memasuki usia 13 tahun, mula-mula dia minta masak dan jemput kawan-kawan ke rumah yang kemudiannya dia sendiri yang batalkan.


Memenuhi permintaan 'birthday girl' selepas memenuhi jemputan majlis perkahwinan di Meru kami terus ke Mines Wonderland dengan ayu berbaju kurung. Sudah lama saya tidak ke sini dan pertama kali Kakak Hayani datang ke sini. Sekadar berjalan-jalan tengok sekeliling, tengok ikan-ikan yang berenang di antara bangunan itu pun sudah cukup menggembirakan kami. Menghabiskan masa secara berkualiti bersama anak-anak.



Birthday girl yang cukup puas hati dapat jalan-jalan di Mines Wonderland, dapat makan Big Apple Donut dan Strawberry Blended.



Penyejuk hati mama.



Lepakking sambil makan donut.



Suka melihat dia tersenyum.



Pemanis hati pengubat jiwa tanpa kalian akan picanglah jiwa mama.



My hero!

Tiada apa yang palig menggembirakan bila anak-anak ada di sisi, menghabiskan masa masa bersama mereka walaupun sekadar berjalan-jalan dan hanya makan donut. Melihat mereka tersenyum sudah cukup membuat hati terasa dipayungi seribu bahagia lantas apa lagi yang perlu dicari di dalam hidup ini.



15 Rider Beraksi:

Gaji Oh Gaji

2:19 PTG JunAina 8 Comments

Bertabahlah.

Management tunjuk dekat bank, bank tunding kat company. Kononya internet banking bank berkenaan bermasalah jadinya dah 3hb pun gaji belum masuk. Gaji sepatutnya masuk setiap Jumaat terakhir tiap-tiap bulan yang sepatutnya pada 31hb Oktober.

Bos boleh tak pekerja buat kira-kira untuk late payment charges yang di kenakan ke atas pinjaman yang lewat dibayar kerana kebanyakan tarikh akhir bayaran pinjaman kami adalah 1hb berikutnya...



8 Rider Beraksi:

Happy Birthday Hayani

8:00 PG JunAina 7 Comments

01.11.2001 jam 12.01 minit tengahari dia dilahirkan. Membesar sebagai puteri tunggal dalam keluarga, menjadi anak kemanjaan serta kesayangan abah. Anak moga dirimu akan terus menjadi puteri di hati mama dan abah selamanya.





7 Rider Beraksi:

Kenangan Sunat Hikram

9:47 PG JunAina 20 Comments


Cuti sekolah bermula 28hb May 2014 dan merupakan hari terakhir saya bekerja di pejabat lama, saya mengambil peluang cuti seminggu sebelum memulakan kerja di tempat baru untuk sunatkan Hikram di kampung. Memilih salah sebuah klinik swasta yang terdapat di Perlis dan bersetuju untuk sunatkan Hikram pada hari Sabtu 31hb May 2014 manakala kenduri kesyukuran diadakan pada hari Isnin 2hb May 2014.



Peristiwa sedih berlaku bila Hikram buat perangai semasa hendak disunatkan, dia menangis tak mahu bersunat. Tak bersedia katanya. Satu ketika hati saya sangat pedih, hancur berkecai umpama cermin yang pecah. Sehingga malamnya saya tidak mampu melelapkan mata kerana asyik terdengar-dengar suara cemuhan doktor yang saya anggap seorang yang profesional lagi pulak penampilannya yang sangat Islamik dengan janggut mencecah dada. Saya sedih. Jika bukan kerana khidmatnya sudah separuh jalan memang saya angkat anak ajak balik.


Percubaan kali keempat baru dapat sunatkan Hikram, tiga kali keluar masuk dan akhirnya dia setuju dalam terpaksa bila teringatkan abah yang akan balik pada hari kendurinya iaitu hari Isnin. Kata-kata doktor yang bagi saya sangat kasar dan tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang yang profesional terhadap tugasnya tetapi saya akur dia juga manusia biasa ada perasaan dan tahap kesabaran.


'Pisikologi tak jalan mai sini aku bagi penampaq logi'
Bila Hikram dok ulang takut abahnya balik hari Isnin doktor tu tengking.
'Hang dok diam-diam sebelum abah hang balik kot sat ni aku boh penampang dulu kot' sambil tunjuk tangan dia depan muka Hikram.
Bila Hikram dok cakap banyak almaklumlah stress di tengkingnya.
'Kepala hotak hang aihhh...cakap pandai'
Bila nurse cuba tenangkan Hikram ditengkingnya nurse.
'Hang jangan dok layan dia, sat lagi jadi apa-apa mampoihh aku tau dak?'


Apa pun saya bersyukur sebab segalanya selamat. Anak seperti dia memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenahnya. Sebagai ibu walaupun sakit hati tetapi saya redha ini ujian buat saya.











Gambar-gambar sebelum jadi budak besar, dah boleh geng dengan abang. Dah boleh ada girlfriend. Paling tak best mama tak boleh gurau-gurau pegang bird macam biasa. Dah besar katanya. Kalau sebelum sunat dia selamba je bagi mama pegang bird.


20 Rider Beraksi: