Memaparkan catatan dengan label Cheese Cake Leleh. Papar semua catatan

Hati Berbunga dan Cheese Cake Leleh


Salam Jumaat.


Okey saya ulang sekali lagi hari ini saya balik pukul 12 tengahari yeeyyyyy... Sebelum balik nak singgah Pejabat MARA hantar surat rayuan Kakak Hayani ke MRSM. Kalau ada rezeki adalah kalau tak tunggulah Tingkatan 4 nanti. Dia nak sangat duduk asrama sebenarnya.


Syukur alhamdulillah. Semalam telefon Kakak Hayani dia minta uruskan perpindahan sekolah untuk balik duduk dengan mama. Hati gembira sangat tapi sedih juga sebab nanti mesti mak tok sedih tak ada cucu perempuan yang selalu balik sekolah sahaja lapar. Pujuk juga hati mak. Tak apa bila-bila mak teringat nak tengok anak-cucu kat kajang bagitau sahaja saya booking sahaja kapalterbangmerah bileh juga naik kapalterbangwaubulan sebab mak dah dapat harga warga emas.


Nampak gayanya Tahun Baru Cina nanti saya akan terpaksa mengharungi kesesakan lagi sekali. Ingat cuti 5 hari nak berehat sahaja kat rumah nak kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke atau gaya bebas kat rumah sahaja. Rezeki Allah dah tetapkan jalan sebegitu jadi amanah Allah adalah lebih penting.


Berdebar-debar juga sebab dah 2 tahun rumah tak kecoh dengan hiruk-pikuk suara anak-anak di pagi hari. Tahun lepas adik dan abang sekolah petang jadi pergi kerja mak rileks sikit. Tahun ini sekolah pagi tapi abang bagun awal sedikit dari adik jadi mak masih boleh bernafas. Tahun ini kalau Kakak Hayani duduk Kelas Amanah (Kelas Khas) bermakna dia akan bersekolah pagi walaupun kelas-kelas lain Tingkatan 1 bersekolah petang. Kecoh le mama pagi-pagi.


Akhir kalam, selamat berhujung minggu semua sebelum bercuti agak panjang minggu depan. Kuala Lumpur cuti extra sehari tetapi tempat saya cari makan akan cuti 5 hari bermula Khamis-Isnin sebab cuti umum jatuh pada Jumaat dan Sabtu. Sepatutnya bila cuti umum jatuh pada hari Sabtu kami akan bercuti ganti pada hari Jumaat sebab Jumaat jugak cuti umum bawa pada hari Khamis.


Bila tengok cheese cake leleh Mommy ZZZ isteri Doktor Faizi tu terasa macam dah ada kat tekak sahaja. Nak oder kena ambik sendiri, harus ada yang cekal hati buat sendiri nanti, jadi tak jadi belakang cerita yang penting rasa cheesenya tu...ahahahaa...