Jelly Bunny KLCC Sale
Akhirnya saya terjebak. Jalan-jalan sambil makan-makan di KLCC (kemudian cerita) kata Ann kawan sepejabat seorang kakak kat pejabat ini borong kasut berbelas pasang di Jelly Bunny KLCC yang terletak di Ground Level. Sale dengan harga runtuh! Saya pun terkedek-kedek jalan ke sana lepas makan. Orang adalah ramai sebab lunch hour.
Saya jatuh chenta dengan kasut ini tetapi seribu kali sayang hanya ada saiz 5 yang sedikit sempit dengan kaki saya. Saiz mungkin agak kecil dari kasut biasa sebab biasanya saya pakai saiz lima tapi kat Jelly Bunny saya terpaksa ambik saiz enam. Warna yang bawah tu akan buat saya termimpi-mimpi malam nanti.
Pergi berenam, dua orang bekejar balik sebab ada meeting, dua orang lagi ke Memory Lane beli kad CNY dan kami berdua bermalasan di Jelly Bunny KLCC. Mungkin ini kali terakhir shopping dengan Ann sebab dia akan mula bekerja di tempat baru selepas CNY.
Saya sangat suka warnanya tetapi saya pilih ini untuk anak dara tetapi kalau tak muat kakinya nanti mama boleh pakai. Saiz paling besar ada adalah 7. Saiz memang terhad. 70% less. Rm49.90 dan saya hanya membayar Rm11.70! Berbaloi-baloi.
Saya hanya beli yang ini dengan potongan 50%. Beli sebab saya suka design cinta-cinta tu. Harga Rm29.90 tetapi saya hanya bayar Rm14.50. Gila tak nak beli dapat harga macam tu. Esok nak pergi lagi ada misi nak cari kasut Jelly Bunny lagi. Dah ada yang dok berkenan kat hati, hari ini masa terhad sebab awal tadi dah lepakking sambil makan-makan.
Saya @Jelly Bunny KLCC. Ya...dasar blogger!
Duit dalam purse hanya ada Rm50++ saya tanya ATM kad boleh guna tak, cashier kata debit kad dan kredit kad sahaja terima. Saya tanya minimum belian berapa guna kad kredit dia kata tak ada. Ok saya bayar 3 pasang kasut termasuk untuk Ann dengan kad kredit. Bila punch semua barang hanya Rm37.90 terkujat sekejapan. Terus keluar duit. Agaknya masa saya kata nak guna kad tu mesti dia gelakkan saya!







