Memaparkan catatan dengan label tip. Papar semua catatan

Tip Jimat Untuk Bershopping

Kat pejabat ini kami ada satu group Whatsapp yang tajuknya 'When women talk...hanbag, shoes, dress, food... Nama group yang tak boleh dipisahkan dengan aktiviti kaum wanita. Group ini asalnya untuk oder tudung Neloofar kemudian berkembang ke lain-lain jenama tudung dari semurah Rm10 sehingga beratus, berkembang lagi ke makanan, kasut, handbeg dan sebagainya tetapi setakat kawan-kawan pejabat sahajalah.


Bila seorang mula upload gambar kemudian akan ada yang start oder kemudian seorang demi sorang ikut serta. Maka untung lah vendor perniagaan tersebut dengan wujudnya group Whatsapp seperti kami ini. Alasan paling teguh kami semua bila bershopping 'jihad ekonomi muslim' sebab semua barangan yang kami beli adalah dari barang-barang kepunyaan orang Islam.


Shopping juga mampu meredakan stress bagi kaum wanita, dari bila balik rumah berleter tak henti baiklah redakan stress kat tempat lain. Ekonomi agak lembab sekarang gaji tetap sebegitu mungkin juga ada yang terpaksa dipotong sehingga 10% tetapi keinginan bershopping tetap kuat jadi mari kita sama-sama amalkan tip ini "6 Tips Jimat Cermat Paling Bijak ".





Tip yang cukup bagus untuk menampung perbelanjaan shopping bulanan, lepas berjimat boleh lah guna duit itu untuk shopping tanpa mengganggu duit bahagian simpanan. Jadilah seorang yang bijak.


Alya Batrisyia Pengidap Nephrotic Syndrome

Alya Batrisyia cinta hati, pengarang jantung dalam keluarga besar kami. Kehadiran dia menjadi penyeri penambah bahagia buat kami semua, menjadi ahli keluarga paling kecil ketika ini. Cucu mak tok yang bungsu, sekarang berusia 7 tahun sudah memulakan persekolahan di sekolah rendah berdekatan rumah. Pada usia 5 tahun doktor  telah mengesahkan buah pinggang telah dijangkiti kuman, protin keluar melalui air kencing yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrome atau buah pinggang bocor.



Menyibuk cat rumah dengan abah, kakak dan abang.


Dua bulan lebih di hospital 2 minggu di Hospital Kajang kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur, kami suami isteri menjadi pelawat setia saban hari tengahari dan petang. Tak pernah tidak, sebab itu dia menjadi kemanjaan abah walaupun hanya anak saudara. Sanggup tinggalkan ibu dan ayah kerana hendak berjalan dengan mama dan abah. Saya ada menulis tentang Alya Batrisyia di sini dan sini. Dengan hanya mempunyai satu buah pinggang dan yang satu lagi hanya mempunyai salur sahaj yang ada pula menghadapi masalah tentunya kami sangat memberi perhatian yang lebih tenang kesihatan dia.





Dapat kamera ada sahaja gaya yang hendak dibuatnya.


Alhamdulillah kini dia semakin pulih, selepas keluar dari hospital setiap dua minggu pergi checkup kemudian sebulan sekali sekarang 6 bulan sekali Cuma dua bulan sekali pergi ambil bekalan ubat sahaja. Tekanan darah kali terakhir jumpa doktor 90 tapi setelah memulakan persekolahan naik sehingga 100. Puncanya bersekolah ibu tak dapat kawal lagi pemakanan walaupun diberi bekal masih membeli makanan yang sepatutnya dia tak makan.



Dera abang!


Sebelum ini adik saya sangat menjaga pemakanan Alya Batrisyia, mula-mula keluar hospital sup ayam hanya direbus dan dimasukkan lobak merah untuk memberi rasa, sesekali ayam bakar yang dimasak tanpa garam atau perasa lain. Tiada garam, kicap, sos, rempah dan semua jenis makanan segera seperti burger, sosej atau nugget. Jadi kami sekeluarga pun turut berpantang makan bila Alya Batrisyia ada bersama. Sekiranya memasak di rumah pun kami hanya akan makan secara sembunyi-sembunyi. Sekarang sudah boleh makan makanan berempah tetapi dicampur air masak supaya sedikit cair, kari pula merupakan makanan kegemaran dia jadi bertambah-tambah makannya. Sos dan kicap masih belum dibenarkan.





Konvokesyen Tadika Perpaduan Taman Kajang Utama, Pusat Atom Negara.


Jadi ibu bapa yang perihatin dengan kesihatan anak-anak, sesibuk mana pun perhatikanlah anak-anak sebaik mungkin. Sekiranya ada kelainan jangan tunggu sehingga berlarutan cepat-cepat bawa ke hospital supaya sakit tidak semakin teruk. Walaupun hanya demam jangan dipandang ringan takut kita menyesal di kemudian hari. Baru-baru ini seorang kawan sekolah anak di Tahun enam meninggal dunia kerana demam panas. 

 

Intan payung, jantung hati, madu, racun semua ada kat dia!




Sarapan Segera

Hanya empat hari lagi cuti sekolah akan berakhir, bermakna ibu-ibu akan kembali sibuk dari pagi membawa ke malam ada sahaja yang hendak di buat. Bagi ibu-ibu yang bekerja masa sedikit santai di pagi hari akan berakhir sebab semasa cuti sekolah mungkin ibu-ibu yang bekerja mengambil peluang untuk bangun sedikit lewat dari kebiasaan. Cuti sekolah adalah masa untuk ibu-ibu dapat menarik nafas lega dek keributan pagi hari.


Anak-anak akan dipastikan bersarapan sebelum memulakan persekolahan, sarapan yang simple dan ringan irulah rutin hari sekolah manakala sarapan lebih berat seperti nasi bila hujung minggu. Ibu-ibu haruslah bijak merancang menu mudah dan cepat supaya menjimatkan masa di dapur. Pagi adalah masa kritikal jadi pengurusan masa adalah sangat penting.


Kadang-kadang ibu-ibu pun pening memikirkan menu untuk anak-anak setiap pagi paling penting untuk sesuaikan dengan kehendak anak-anak. Banyak tip-tip serta idea-idea sarapan mudah, cepat dan sihat dikongsi samada di buku, majalah mahupun yang paling senang zaman sekarang internet. Google kan ada. Salah satunya ibu-ibu boleh mencuba tips dan menu 15 Life-Saving Breakfast Hacks For The Busiest, Most Resourceful Mums Out There. Sedikit sebanyak akan membantu ibu-ibu yang gigih menyediakan sarapan sihat buat anak-anak..


Rutin saya juga akan mula berubah minggu hadapan, kalau sekarang bangun pagi pukul 6.15am kadang-kadang terlajak sehingga 6.30am makanya minggu depan seawal 5am dah kena bangun. Siapkan sarapan, kemas rumah sedikit, jadi driver ke sekolah dan pergi kerja. Setelah anak-anak semakin membesar bebanan tugasan rumah mula sedikit kurang. Anak-anak membantu yang mana perlu. 


Air tangan ibu akan sentiasa diingati anak-anak akan membelai jiwa mereka sentiasa, siapkanlah sarapan pagi anak-anak walau seringkas manapun. Memulakan pagi dengan penuh bertenaga moga-moga anak akan kekal cergas dan ammpu menumpukan sepenuh perhatian di sekolah serta mampu menyerap segala ilmu dengan baik.



Mereka semua panggil saya mama! Hikram dah nampak separuh sahaja, gambar cuti-cuti Kelantan lagi di Pantai Melawi.




Tip Mendidik Anak Remaja Cara Saya

Tip ini di adaptasikan dari pengalaman persekitaran, pembacaan dan dari kuliah-kulaih agama dan program motivasi yang setiap hari dapat diikuti walalupun hanya di televisyen dalam kesibukan mengejar masa. Tip-tip yang di sesuaikan mengikut kelapangan masa yang ada bersama anak-anak.

  • Memberi nasihat ketika bersama di dalam kereta ketika menghantar anak-anak ke sekolah atau semasa berjalan di hujung minggu bersama anak-anak. Bukan membebel tetapi sebaliknya apa yang dibualkan bukanlah berbentuk leteran, arahan atau meluahkan kemarahan tetapi lebih kepada apa yang perlu mereka buat dan apa yang perlu dielakkan sebagai seorang anak, pelajar dan ahli masyarakat.
  • Setiap kali anak bersalam untuk ke sekolah bisikkan kepada mereka kita sayang dia, minta anak jadi anak soleh/solehah, belajar dengan baik dan jaga diri serta maruah keluarga. Selain sebagai pesanan niatkan ia sebagai doa buat tiap-tiap hari.
  • Hadiahkan Al-Fatihah setiap kali solat buat anak-anak, sebutlah nama mereka satu persatu.

  • Memberi penghargaan kepada setiap bantuan yang mereka berikan, ucapan terima kasih amat bermakna buat mereka. Sesekali penuhilah permintaan mereka selagi tidak melampaui batas kemampuan, anak-anak akan terasa dihargai atas setiap pertolongan mereka. Contohnya apabila anak perempuan yang sibuk bersekolah membantu mengemas rumah setiap hari dan menguruskan hal-hal rumah ketika kita bekerja pada setiap akhir bulan saya akan beri ganjaran. 
  • Ingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu-bapa apabila mereka sudah besar dan berkeluarga sendiri kelak, masa ibu-bapa telah tua. Saya selalu berpesan pada anak-anak bila sudah bekerja berilah ibu-bapa duit walaupun sedikit walaupun ibu-bapa punya duit sendiri, gembirakanlah hati mereka. Bukan nilai duit dipandang setiap ibu-bapa tetapi nilai ingatan anak buat mereka dan kadangkala duit itu juga akan kembali kepada cucu-cucu.
  • Didik hati anak-anak supaya ada sifat ehsan pada ibu-bapa serta orang di persekitaran mereka.

Perjalanan mereka masih jauh tetapi ingatan-ingatan ini akan mempengaruhi kehidupan masa depan mereka disamping itu jadilah contoh yang baik buat anak-anak. Usah menjadi ketam mendidik anak. Santunilah anak-anak supaya mereka juga akan menyantuni kita sebagai ibu-bapa.



Tips Didik Anak Untuk Bersolat Dari Usia Bayi


Seminggu dua ini Masjid Jamek, Kuala Lumpur menjadi persinggahan saya untuk berjemaah solat Maghrib dan sesekali berlarutan sehingga ke solat Isyak. Kesetiaan isteri menunggu suami yang bertugas di bangunan berhadapan Masjid Jamek. Tika malam menjelma bilangan jemaah tidaklah seramai mana. Jemaah lelaki jarang sangat memenuhi satu saf tetapi ramailah jugak sebab saf itu memang sangat panjang. Jemaah wanita pula biasanya 6-7 orang sesekali bilangan melebihi jumlah tersebut.


Suatu hari mengejar masa kerana sedikit terlambat keluar dari pejabat untuk solat Maghrib sedangkan imam telah memulakan solat. Berdiri seorang wanita dengan mendokong anaknya yang berusia 11 bulan lalu memberi ruang kepada saya supaya dia dapat berada di hujung saf. Saya beralih tempat sambil tersenyum. Meletakkan semua barangan dihadapan saf dan saya mula mengikut imam. Dia meletakkan bayinya di hujung saf dan turut bersolat.


Kerabunan mata saya memang sangat teruk dengan power melebihi 700 termasuk silau di sebabkan bayi ini berada di hujung kepala saya dapat melihat dengan kaburnya dia sedang bermain cermin mata saya. Saya terus bersolat dan tidak memberi perhatian langsung pada bayi tersebut. Selepas solat ibunya meminta maaf kerana anak dia bermain cermin mata. Saya senyum.



Saya suka suasana dan pemandangan waktu malam di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Di tengah-tengah kesibukan bandaraya tersergam bangunan masjid yang sangat menarik.


Kagum. Anak berusia 11 bulan langsung tidak menyentuh sejadah yang kami gunakan untuk sembahyang. Sempat berborak dengan ibu muda ini berkongsi tip dan petua. Pandai betul ibu muda ini mendidik anaknya. Antara  tip yang di beri.

1. Ajak anak solat dari sejak dalam kandungan, biasanya dia akan bisikkan 'ibu solat anak solat ya'.
2. Aida mengamalkan satu doa (suatu hari saya akan cuba dapatkan doa ini darpada dia). Cuma satu sahaja yang saya kurang pasti sebab katanya selain mengamalkan doa tersebut dia juga menggantungkan doa tersebut sebagai rantai (mungkin kepercayaan keluarga sebelah suaminya yang bukan Malaysia).
3. Setiap kali waktu solat dia akan ajak bayi bersolat bersama dengan meletakkan di sebelahnya, sekiranya bayinya sedang tidur Aida akan kejutkan bayinya dan ajak bersolat.
4. Didik anak seawal lepas pantang.
5. Kebiasaan dia mendukung bayi apabila bersolat (saya tak pasti tentang ini walaupun pernah membaca di internet mungkin kita boleh rujuk kepada ustaz yang lebih arif).


Saya melihat dengan mata sendiri bayi berusia 11 bulan bernama Syifa Nur Jannah bermain sendirian sementara ibunya bersolat bersama kami. Langsung tidak menggangu atau memegang sejadah tempat kami bersujud. Dia cuma mendapatkan ibunya apabila kami sama-sama selesai memberi salam. Terasa nak peluk Syifa Nur Jannah. Beruntung Aida dapat anak setaat Syifa dan bertuahnya Syifa dapat ibu sehebat Aida dalam mendidik anaknya. Semoga Syifa Nur Jannah akan menjadi anak solehah.



Market Value Rumah Meningkat


Bulan November genap setahun urusan membeli rumah kami di Taman Taming Impian. Alhamdulillah semu a urusan jual beli berlangsung dengan baik walaupun proses pinjaman sedikit memakan masa di mana akhirnya bank yang sudi bagi adalah bank tempat tiap-tiap bulan gaji saya dimasukkan. Sebenarnya saya tak cuba dibanyak bank pun cuma 3 sahaja tu pun dah rasa penat. Allah s.w.t permudahkan urusan dari berjumpa agen (adik tuan rumah saya agak sebab Sir namenya sama) sehinggalah urusan dengan peguam semuanya very smooth. Saya bersyukur sangat sebab mendapat perkhidmatan dari sayarikat guaman yang sangat efisyen dan banyak membantu dalam urusan jual beli dan pada akhirnya penjual turut menggunakan peguam yang sama. Pegawai bank tempat saya uruskan pinjaman suggestkan saya guna khidmat syarikat guaman ini dan ini adalah pilihan yang terbaik!




Saya pernah bercerita di banyak entri di blog saya termasuk Panduan Membel  Rumah, Tip Membeli Rumah, Catatan Kenangan Impian Kami Sama, Impian Kami Sama Jumpa Peguam Untuk Urusan Seterusnya dan Rumah Baru Kami. Itulah antara kisah perjalanan yang memberi satu pengalaman baru kepada saya dalam urusan pembelian rumah memandangkan suami menyerahkan segala urusan pada saya. Lagipun inikan rumah saya!


Saya sangat beruntung kerana dapat membeli rumah tersebut dengan harga kurang dari Rm300k. Alhamdulillah. Mengikut harga kebanyakan rumah kawasan tersebut yang diikalankan adalah lebih Rm300k. Dalam masa 4 bulan dari tarikh saya membeli saya sudah boleh menjual rumah tersebut dengan harga tambahan  sebanyak 50k dari harga asal. Saya beli bukan nak invest tapi untuk duduk jadi nilai tersebut saya letak ke tepi.


Semalam saya intai-intai market value untuk rumah sekitar Taman Taming Impian yang diiklankan di internet. Gosok-gosok mata saya tengok, kalau saya tak grab rumah tu tahun lepas memang saya tak mampu lah nak beli tahun ini. Itulah di namakan rezeki. Rumah kalau naik sekitar Kajang sekarang memang tak ada yang murah lagi. Kajang 2 juga sudah tiada pembinaan rumah teres cuma yang ada semi-d dan super link yang berharga Rm750k dan ke atas. Gulp!



Tengok tu harga rumah semua melebihi Rm300k di taman perumahan yang sama, ada satu rumah tu saya tak dapat nak upload gambarnya Rm380k dan terjual pulak tu tapi mungkin yang tanah belakangnya ada 10 kaki kot rumah saya cuma ada 5 kaki tapi orang masih sanggup beli. Iklan penuh boleh tengok kat sini.




Buah Yang Menyihatkan Mata


Saya rabun, rabun tahap gaban. Bila saya buka cermin mata saya separuh buta, nikmat mata yang Allah s.w.t tarik sedikit demi sedikit sejak berusia 14 tahun. Tanpa bantuan cermin mata saya tidak dapat menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna. Setiap detik saya akan berkacamata tetapi saya bukanlah 'Budak Kacamata'. Waima nak tidur kekadang saya tertidur dengan kacamata di mata dan biasanya anak-anak akan cabut dan letak dihujung kepala. Asal celik mata benda pertama yang dicari tentulah kacamata. Keluarga saya yang perempuan akan mendapat masalah mata yang lelaki tidak, mungkin faktor keturunan.

Marilah sama-sama kita jaga kesihatan mata. Bantulah mata kita untuk terus sihat.

Wartapedia - Vitamin A merupakan salah satu jenis vitamin larut dalam lemak yang berperan penting dalam pembentukan sistem penglihatan yang baik. Selain terdapat di sayuran, Vitamin A ini juga banyak terkandung di beberapa jenis buah.

Buah-buah yang boleh kita amalkan sebagai penjagaan kesihatan mata yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C :

1. Tembikai

2. Rock Melon

3. Kiwi
Kandungan lutein dalam buah kiwi dapat mencegah penyakit katarak.

4. Strawberi
Kandungan vitamin C pada strawberi berfungsi untuk memperkuat jaringan ikat dan memelihara kesihatan pembuluh darah pada mata.

5. Limau
Dikenal sebagai penghasil vitamin C, serat, folat, kalsium, dan kalium, limau dipercaya dapat menjaga kesehatan mata.

6. Tomato
Bukan hanya sekedar bahan masakan , sebuah tomato  mengandung banyak vitamin A.

7. Pepaya
Buah pepaya banyak memiliki kandungan nutrisi, salah satunya vitamin A yang melimpah. Selain baik untuk pelawasan.

8. Mangga
Salah satu jenis buah bermusim ini juga sangat kaya dengan Vitamin A.

9. Apel
Selain baik untuk diet, kandungan vitamin A pada apel membantu dalam menjaga kesihatan mata, sehingga mata tetap jernih.

10. Belimbing
Selain memiliki kandungan air yang banyak, buah yang satu ini memiliki kandungan vitamin A dan C yang baik untuk mata.


Saya lupa di mana saya salin rencana ini. Saya berkongsi di sini supaya sama-sama dapat kita amalkan agar yang belum mempunyai masalah mata mampu menjaga nikmat Allah s.w.t yang satu ini. Mata saya semakin teruk sebab 12 jam saya akan bekerja menggunakan komputer dan balik ke rumah 2-3 jam pula saya akan mengadap tv.


Saya terbaca petua di satu laman yang menggunakan minyak habastussauda dan di campur maud lalu dititik ke dalam mata sehari dua kali bagi membantu memulihkan rabun. Sama-samalah kita berusaha.




Anak Lambat Belajar


Hari ini bermula Peperiksaan Akhir Tahun bagi adik dan abang, seorang di sekolah rendah seorang di sekolah menengah. Anak-anak rileks sahaja, tengok tv, main game dan bila petang main bola kat padang mau adik maupun abang sama sahaja perangainya. Sebagai ibubapa tentunya kita mahukan yang terbaik buat mereka, jadinya tak berhenti jugalah mulut bercakap tetapi anak begitulah juga suka ambil ringan setiap perkara.


Adik merupakan kategori anak lambat belajar. Mula membaca sepenuhnya bila berada di Tahun 3 tetapi tahap pemahamannya masih lemah. Setiap butir bicara kita adalah perlu kepada penjelasan yang lebih terperinci, begitu juga bila dia membaca penerangan yang lebih dalam adalah perlu. Tulisan juga sangat-sangat perlu di perbaiki.


Semasa ketiadaan penjaga selama seminggu setiap pagi saya akan meletakkan nota di atas meja sebagai pesanan kepada adik dan abang supaya mereka tidak leka apabila berada di rumah. Biasanya saya akan meletakkan dalam bentuk angka. Contohnya:

1. Rm5-belanja sekolah abang, Rm3 belanja sekolah adik, Rm 7 potong rambut adik, Rm5 sarapan (contoh perbelanjaan)
2. Jangan buli adik (ditujukan buat abang).
3. Jangan bergaduh dengan abang (ditujukan buat adik).
4. Jangan ponteng sekolah.


Jumaat saya berkerja separuh hari dan saya sangat tersentuh bila balik kerja terdapat satu nota tulisan tangan adik berbunyi 'Kenapa mama tiap-tiap hari tulis pesanan jangan ponteng sekolah?'. Walaupun ayatnya sangat tidak teratur dengan tulisan tangan yang sangat comot.


Adik nampak aktif seperti anak-anak lain tiada cacat cela dan kekurangannya. Di sebalik itu dia ada kelemahan tersendiri iaitu sukar untuk mengingati apa yang kita ajar. Dia akan 'hidup' dalam duninya yang tersendiri, boleh bermain denga kereta kecilnya seharian tanpa kawan, menonton tv seolah dia berada di dunia tv tersebut, bermain dengan belalang mahupun serangga lain yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol. Bila bercakap selalunya ayat-ayat yang di keluarkan sangat teratur tidak seperti anak-anak lain yang bercakap dengan lebih santai. Setiap arahan adalah perlu di beri dengan jelas umpanya perlulah menyebut namanya diikuti dengan arahan kalau tidak sampai esok pun dia hanya buat tak tahu.


Dia anak saya, buah hati dan bunga cinta kami. Kekurangan itu kami terima dengan redza. Mencuba untuk menjadi ibubapa terbaik buat dia. Mungkin nampak saya sangat memanjakan anak-anak dimata orang lain tetapi itulah cara saya terutama sekali dalam soal adik. Anak bongsu yang Allah beri sedikit kekurangan untuk menguji saya mungkin.


Saya pernah juga menulis tentang adik di sini, di sini dan sini.



Handsome tak saya? Ramai saudara mara dan kawan-kawan mama kata muka saya copy-paste muka abah tapi saya tetap sayang mama lebih dari abah tapi abah pun saya sayang lebih jugak.



Punca Sakit Belikat Dan Cara Penyembuhan


Saya pernah menulis berkenaan sakit urat belikat yang di alami pada awal tahun 2013 dulu. Boleh rujuk ke sini untuk entri terdahulu. Kesakitan yang teramat sangat membuatkan saya sanggup mencuba apa juga perubatan yang dapat membantu melegakan kesakitan tersebut. 


Antara penyebab utama ialah kebergantungan penggunaan yang terlalu banyak terhadap tangan kiri. Walaupun saya tidak kidal tetapi banyak kerja-kerja mengangkat benda-benda berat saya lebih selesa menggunakan tangan kiri.

Contoh :

1.  Menggalas handbeg/bagpack di bahu kiri.
2.  Lebih selesa mengangkat beg yang berisi barangan menggunakan tangan kiri.
3.  Mendokong anak di sebelah kiri.
4. Tidur mengiring sebelah kiri.
5. Anak suka tidur di atas lengan kiri.
6. Banyak menaip menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan pegang tetikus.

Tiga bulan saya menderita sakit di urat belikat ini, kadang-kadang kesakitan yang tak tertanggung di rasai sehingga memaksa saya mengambil pil penahan sakit. Ada masanya kesakitan itu tidak sangat terasa dan saya boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Banyak cara yang dicuba untuk menyembuhkan sakit urat belikat saya.

Antaranya:

1. Sapu minyak panas. Tindakan ini akan menghilangkan sekejap rasa sakit kerana rasa panas minyak tersebut terhadap kulit kita.
2. Berurut. Kebetulan semasa mengalami sakit urat belikat saya melalui proses berpantang kerana keguguran jadi saya juga mengurut dengan membanyakkan urutan pada bahagian yang sakit.
3. Bertungku. Saya hanya tuam menggunakan beg panas di bahagian tersebut. Bagi saya tuam menggunakan beg panas akan lebih menyakitkan kerana mengakibatkan keradangan pada otot-otot bahagian yang kita tuam.
4. Tuam menggunakan ais. Ini adalah antara cara terbaik yang saya gunakan setakat ini. Saya bungkuskan ais di dalam plastik, baring dan letakkan pada bahagian yang sakit (baring atas ais jadi kena anggarkan kedudukan ais dan kedudukan tempat yang sakit, biar kulit terasa kebas). 
5. Bersenam. Ini adalah penyelesian jangka panjang. Setiap pagi saya akan buat aktiviti regangan ringan selama 10 minit setiap kali bangun tidur, lebihkan aktiviti yang melibatkan bahagian tangan. Jalani ruti ini setiap hari.


Kebiasaannya sakit ini akan berulang jadi berhati-hatilah terhadap penggunaan tangan anda. Pilihlah makanan yang kita makan dengan tidak memakan makanan yang berunsur angin dan sejuk. Contohnya saya tidak makan sayuran menjalar seperti petola, kundur mahupun kangkung kecuali teringin sangat. Saya juga jarang minum ais. Makanan turut mempengaruhi kesihatan kita, jadi hati-hatilah semasa makan.


Pengurusan Makanan Di Dalam Peti Sejuk


Peti sejuk adalah salah satu barang paling penting di dapur setiap rumah zaman sekarang, almaklumlah wanita zaman moden kebanyakannya berkerjaya tetapi juga sangat penting bagi surirumah sepenuh masa. Mereka bos di dapur jadinya wanita lebih cenderung menguasai setiap ruang terutama peti sejuk. Pengetahuan pengurusan makanan di dalam peti sejuk sangat penting bagi wanita.


Masih ada wanita yang tertutup mindanya mengenai penggunaan peti sejuk. Masih ada yang mempercayai mengamalkan makanan disimpan atau dibekukan di dalam peti sejuk boleh memudaratkan kesihatan. Apa juga keadaan atau barangan jika disalah guna atau diguna tanpa mengikut peraturan pasti akan membawa mudarat. Jadi itu perlunya kita membaca menambahkan ilmu supaya kita melakukan praktikal yang betul untuk mengelakkan kesan jangka panjang.


Disetiap peti sejuk kita mempunyai dua ruang penting, ruang dingin serta dingin beku. Keduanya mempunyai fungsi berbeza dan makanan yang boleh di simpan di sini turut berbeza. Cara penyimpanan juga sangat berbeza. Bayangkan sekiranya anda menyimpan ikan di ruang dingin berapa lama ikan itu mampu bertahan? Cuba masukkan pula ikan ke bahagian dingin beku tentunya tempoh hayat ikan itu akan lebih lama.


Marilah sama-sama kita membuka minda dengan membaca entri0entri berikut Berapa Lama Anda Boleh Membekukan Makanan dan Tip Untuk Frozen Lauk.


Jangan sempitkan pemikiran serta minda, jangan hadkan juga pembacaan untuk mendapatkan ilmu. Ilmu ada di mana-mana waima pada sekeping kertas pembalut makanan itu sendiri. Kretif ada di dalm diri kita sendiri jadi gunakanlah kretif kita untuk memudahkan pengurusan masa supaya kita punya lebih banyak masa untuk bersama keluarga.




Hutang Baik Hutang Jahat



Ini istilah mudah yang diguna pakai oleh kebanyakan anak muda zaman sekarang, bukan anak muda sahaja tetapi ada juga golongan pertengahan umur yang turut kecundang dan kadang-kadang ada juga golongan tua turut menjadi mangsa keadaan. Bergaya biarlah berpada-pada kena pada tempat, kena pada poket. Apa guna bergaya sakan-sakan tepuk poket hanya bunyi duit syiling.


Beberapa hari lepas sewaktu menyusuri Jalan Reko, Kajang terpandang satu iklan yang agak menarik. Iklan menjual pelbagai beg tangan yang pastinya akan menarik wanita-wanita bergaya ke sana. Paling saya tertarik pada ayat paling bawah iaitu mereka turut menyediakan pelan pembayaran mudah selama 24 bulan. Semakin pelik mausia zaman sekarang hanya kerana sebuah beg tangan sebegitu sanggup berhutang, sanggup bayar bulan-bulan.


Hendak rumah cantik penuh dengan peralatan elektrik pilih sahaja mana-mana kedai elektrik yang menawarkan pelan pembayaran mudah, paling senang jengah sahaja mana-mana Court Mammoth. Pilih apa yang dikehendaki dari barangan elektrik sehinggalah ke perabot juga audio-video mahu pun telefon bimbit dari yang murah sehingga berharga ribuan ringgit. Tepuk dada tanya selera.


Janga tertipu bila kita tengok anak-anak muda zaman sekarang sibuk dengan telefon pintar di tangan, ada antara mereka berhutang kerana hendak bergaya. Tidak kurang juga yang terperangkap dengan hutang kad kredit yang bernilai ribuan ringgit. Semua ini hanya kerana hutang jahat.


Berhutang tidak salah tetapi berhutanglah kepada benda yang perlu bukan berhutang kerana kehendak. Buatlah hutang baik ke arah keperluan terutama sekali membeli rumah dan kereta yang menjadi keperluan. Semua orang ada kehendak tetapi cubalah berdikit-dikit untuk mencapai kehendak dengan mengutamakan keperlaun.



Misi Ahad


Ahad nan indah. Masih ada misi yang belum selesai.
Misi mengemas sebelum raya.
Biasanya sebelum balik kampung saya akan kemas rumah biar bersih.
Tinggal dalam keadaan teratur jadi bila balik semula ke Kajang walaupun letih tetapi hati aman je masuk rumah.


Ruang tamu yang perlu di susun atur semula. Buku-buku yang bertaburan merata-rata di dalam rumah, bawah meja kopi, bawah rak tv tiba-tiba bawah sofa pun ada. Alahai anak-anak tolonglah jaga barang memasing. Bilik belakang pula meriah dengan mainan Adik, keluar semua dari kotak sepahkan pas tu biar kat situ ja. Bilik utama sebeban baju-baju yang tak sempat dilipat (dah membukit!). Dapur tempat paling sedap mata memandang sebab hari-hari pun dikemaskan.


Nak kemas ruang tamu boleh rujuk Tip : Ubahsuai Ruang Tamu, boleh tambah idea yang ada mana tahu dapat membantu.



Tip : Ubahsuai Ruang Tamu


Menjelang perayaan yang bakal tiba pastinya wanita adalah paling pening memikirkan segalanya. Dari persiapan baju anak-anak, biskut yang bakal dihidang mahu pun juadah utama untuk hari lebaran yang bakal menjelma. Itu belum dikira kisah langsir yang pelu diganti, bunga dijambangan yang mula lusuh mahupun sofa yang telah lama diguna.


Walaupun tidaklah semua diganti kepada baru tetapi terasa juga ingin mengubaah selera mata diruang tamu rumah kerana tempat ini bakal diberi tumpuan utama oleh tetamu selain meja makan. Tatarias sebolehnya hendaklah sedap mata memandang dan tidak berserabut. Paling penting olahan yang dilakukan menampakkan perubahan dari tahun lepas walaupun kita hanya menggunakan barang-barang yang sama.


Idea tambahan mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalm mengurangkan kos perbelanjaan yang meningkat menjelang hari raya.

1. Mengubah kedudukan perabut di dalam rumah. Alihkan tv dari kebiasaan. Susun atur kembali sofa dan meja kopi. Sekiranya ada rak-rak hiasan alih ditempat yang bersesuaian tetapi jangan sehingga mengganggu pergerakan. Pastikan juga kedudukan perabot tidak menjadikan ruang semakin sempit dan terhad.

2. Menggantikan alas meja, meja kopi dan alas teleivesyen (beli baru tak mahal sangat berbading tukar meja baru).

3. Menggubah semula bunga sedia ada dengan gubahan yang lebih segar. Cucilah bunga-bunga lama di rumah dan rombak semula gubahan.

4. Langsir walaupun tidak diganti baru cucilah supaya bersih. Boleh juga menggunakan idea-idea bunga tisu yang berkembang dan gantungkan di bahagian atas untuk menambah seri. Kos membeli tisu sangatlah sedikit berbanding hasilnya nanti. Boleh juga dihias dengan gantungan rama-rama berterbangan, kos membelinya tidaklah semahal kos membuat langsir baru.



Ruang tamu ini typical setiap tahun tak pernah berubah, kalau ada perubahan pun selalunya perubahan besar yang bermaksud apa yang ada ditukar baru. Ruang untuk susun atur sangat terhad.


Berjimatlah selagi boleh berjimat. Menghabiskan duit kepada benda-benda yang bukan keperluan bukanlah tidakan yang bijak. Berhemahlah ketika berbelanja walaupun dimusim perayaan. Duit yang berlebihan mungkin boleh di simpan untuk perkara-perkara yang lebih penting dan mungkin mendesak suatu hari nanti.


Tip Jaga Kesihatan Buah Pinggang

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi. Ia memastikan tubuh kita bersih daripada sebarang toksin, selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh. Satu lagi fungsi penting buah pinggang ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah. Memandangkan fungsinya yang penting maka ia organ ini perlu dijaga. Jadikan perkara di bawah sebagai rutin anda menjaga kesihatan buat pinggang.

Mengatur pola makan.

Pilih makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran terutama sayuran organic serta jauhi makanan olahan. Paling penting, kurangkan pengambilan garam berlebihan serta ambil banyak ikan atau daging putih tanpa lemak.

Jaga pencernaan.

Menjaga pencernaan adalah langkah yang disarankan. Ini dapat dilakukan dengan menambah pengambilan makanan probiotik dan prebiotik serta makanan memiliki serat yang cukup tinggi.

Jauhi kebiasaan negatif.

Jauhi kebiasaan merokok mahupun minum minuman beralkohol. Ini kerana, kandungan nikotin dalam rokok mengganggu fungsi ginjal, manakala alcohol boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam tubuh.

Minum air putih.
Minumlah air putih dengan keperluan tubuh, sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Ini amat baik untuk mejaga dan merawat kesihatan buah pinggang anda.

Olahraga rutin.

Rajin berolahraga merupakan tip mudah menjaga kesihatan buah pinggang. Anda boleh melakukan aktiviti mudah seperti berjalan kaki atau berlari setiap hari.

Elakkan ubat-ubatan.

Usahakan agar tidak mengambil ubat-ubatan, ubat penahan sakit ataupun antibiotic selagi ammpu. Ini kerana, antara sebab masalah buah pinggang adalah ubat-ubatan ini. Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada doctor sebelum mengambil ubat-ubatan.

Sumber  :  Majalah Mingguan Wanita
                 07-13 Jun 2013.


Jangan Paksa Orang Jadi Macam Kita

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

Kalau kita ulat buku jangan paksa anak-anak jadi macam kita. Zaman sekarang zaman teknologi. Membaca bukan sahaja dengan buku banyak sumber boleh digunakan terutama internet. Jadi pepatah ‘ulat buku’ tu dah tak sesuai dengan zaman sekarang mungkin boleh tukar jadi ‘ulat internet’.

Andai kita suka ketawa besar-besar, cakap kuat-kuat tak kira tempat jangan tengok kawan yang hanya tersenyum simpul disebelah anda dengan bibir yang muncung umpama ikan puyu. Mungkin dia malu. Malu ada kawan yang agak kurang sopan seperti anda tapi dia masih mahu menjaga hati kawan tanpa menegur (takut kawan kecik hatilah!).

Jika kita suka bersihkan kawasan rumah dan kebetulan dapat jiran yang suka menambah kotoran depan rumah kita jangalah paksa dia jadi macam kita, pembersih. Mungkin dia tiada masa untuk melakukan semua itu kerana sibuk dengan urusan lain (makan hatilah dapat jiran macam ni).

Ada teman sepejabat suka lepas tangan terhadap tugasan, kadang-kadang kita pulak terpaksa habiskan kerja dia. Jangan paksa dia jadi macam kita yang terima saki baki kerjanya sambil senyum takut nanti dia kata kita bodoh! (ramai kawan-kawan yang macam ni suka ambik kesempatan).

Apa yang perlu kedua-belah pihak buat, terimalah seadanya, umpama pasangan suami isteri yang redha dengan jodohnya. Kadang-kadang walaupun tak suka telanlah jugak kerana bukan setiap masa tak suka, kadang-kadang dalam tak suka ada jugak sukanya. Pasrah.



Tip Menangani Anak Lambat Belajar

Bak kata pepatah 'Setandan kelapa bukan semua baik buahnya' bukan semua molek-molek mungkin ada yang komeng (sila rujuk kamus dewan). Begitu jugalah anak-anak. Tiga anak dengan tumbesaran dan perkembangan pembelajaran yang berlainan. Sebagai ibu-bapa kita perlu bersedia menangani setiap situasi sebaik mungkin.

Rujuklah pakar pembelajaran sekiranya kita menghadapi masalah tentang pembelajaran anak-anak itu adalah jalan terbaik tetapi kadangkala sebagai ibu-bapa kita ada ego tersendiri (terutama bapa) yang tidak mahu mengakui kelemahan anak. Sebagai jalan penyelesaian carilah buku-buku yang dapat membantu menambah pengetahuan kita dalam menangani anak sebegini. Paling mudah sekarang gunalah kemudahan internet yang ada. Banyak tip-tip yang di kongsi oleh mereka yang pakar dan juga pengalama-pengalaman orang lain yang telah melalui situasi yang sama supaya kita dapat membantu anak sebelum terlewat.

Ini gaya Aina. Tip Menangani Anak Lambat Belajar.


1. Flash kad berwarna-warni - buatlah sendiri mengikut kretiviti kita. Seboleh dapat gunakan warna-warna terang dan gambar-gambar yang menjadi kegemaran anak. Selitkan juga watak-watak kartun kegemaran anak.

2. Setiap kali keluar ke shopping komplek bawak anak ke kedai buku. Biar dia memilih buku kegemarannya (jangan berkira tentang duit selagi tidak keterlaluan).

3. Belikan buku-buku kegemaran anak walaupun ianya sekadar sebuah komik.

4. Belajar sambil bersantai. Sambil berbaring tengok televisyen, sambil bersantai minta anak ambilkan buku teks sekolah dan minta anak bacakan sehari satu muka surat.

5. Beri masa kepada anak untuk membaca komik-komik yang dibeli tanpa terlalu memaksa dia untuk terlalu fokus kepada pelajaran (melalui bacaan komik anak kita akan cepat mengenal suku kata, ia sangat membantu untuk melancarkan pembacaan-tolong ketepikan bab tatabahasa dalam keadaan ini).

6. Tidak memaksa. Semakin kita paksa semakin anak memberontak.

7. Cool. Jangan naik angin bila anak gagal membaca dengan baik atau gagal menyiapkan kerja sekolah dengan baik (jangan guna standard pemikiran kita sebaliknya gunalah standard pemikiran anak kita ketika itu).

Aina ada seorang anak yang lambat sedikit perkembangan pembelajaran. Entah di mana silapnya. Terlalai mungkin. Juga menganggap mudah bila kakak dan abang sudah mula membaca pada usia 5 tahun. Sehingga di tahun dua dia masih merangkak-rangkak mengeja untuk membaca. Pengorbanan akhirnya berbaloi apabila naik ke tahun 3 pembacaannya semakin lancar tanpa perlu mengeja lagi. sarikata di televisyen juga lancar sahaja bacaannya.

Sebagai ibu-bapa berilah perhatian terhadap perkembangan anak-anak sejak mereka kecil. Kita mungkin akan dapat mengesan kelainan mereka di peringkat awal dan dapat membantu sebelum terlambat. Jangan rasa rendah diri bila kita ada anak-anak yang sedikit tercorot dalam pelajaran. Bukankah mereka permata hati kita? Mereka patut dibangga. Tidak mustahil suatu hari nanti anak yang tercorot akan lebih berjaya dari anak-anak yang lain.


Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


Tip Tambah Berat Badan

Pagi-pagi seperti biasa seorang kakak ni telefon ajak pergi sarapan. Kat mamak je pun.
Roti telur 2 keping, kuih sagu satu dan kopi panas segelas.
Kekenyangan nak jalan pun rasa mengah. Terasa makan banyak sangat.
Berkerut-kerut muka dalam lif...hahaaaa...

Kebelakangan ini ramai yang menegur. Kurus. Muka cengkung.
Pelik orang lain susah hati berat badan naik depa bising pulak bila orang nampak kurus.
Belum lagi nampak cam jerangkung, ok lagi ni.
Katanya tak cantik bila kurus sangat. Biar berisi. Biar pipi nampak tembam sikit baru comel. Nampak gebus.
Hai kawan-kawan. Perihatin sungguh.

Ingat senang ke nak naikkan berat badan?
Sejak keguguran dan hilang 7 kilogram berat badan pola pemakanan tetap sama.
Tak pernah berubah. Lagi lebih makan adalah.
Tetapi tetap makan sesenduk. Masih sama makan sepinggan. Tak ada siapa pun makan 2-3 senduk mahupun 2-3 pinggan tetapi bila sesenduk tu cedok dua tiga kalilah masuk dalam sepinggan tu tak ada lah pulak berganti pinggan. Pening? Layan jelah.

Nak tambah berat badan pun bukanlah boleh makan ikut hati sahaja. Masih perlu ambik kira kalori dan neutrin yang kita ambik. Tau-tau nanti dapat penyakit lain pulak kalau main hentam sahaja. Sia-sia je. Buat masa sekarang walaupun masih dalam usaha untuk menambah berat badan apa yang di makan tetap sama sahaja. Kalau dulu tengahari kongsi nasi kandar sepinggan bahagi dua dengan Pak Tuan sekarang pun masih sama, tak berubah.

Makan masih kawal kalori, mesti ambik makanan yang berkabohidrat tinggi yang penting nasilah. Makan ikut masa. Sarapan, makan tengahari dan makan malam tak pernah skip. Kadang-kadang minum petang dan makan lewat malam pun buat jugak. Bergantung pada keadaan dan bergantung pada apa yang ada depan mata masa tu. Kalau sedap laju ja. Paling penting susu tak pernah tinggal (syaa penggemar susu dari dulu dan selamanya) dan sekarang mula menjadi penggemar jus, kalau dulu tengok jus buah-buahan apa lagi sayur-sayuran rasa tak boleh nak telan sahaja. Rutin senaman tak ada yang berat-berat pun, bangun pagi hanya ambik masa 10-15 minit untuk buat regangan terutama untuk bahagian bahu (hari tukan sakit belikat).

Bukan senang nak tambah berat badan. Kata orang ambik suppliment tertentu tapi saya hanya ambik suppliment untuk sihat. Bila sihat, emosi stabil. Emosi yang stabil akan mempengaruhi cara pemakanan dan selera kita. Kurus atau gemuk paling penting sihat. Paling utama kita enjoy our life.

Ada beza ke dua gambar ni? Mungkin cara pemakaian tudung tu mempengaruhi bentuk muka. Gambar kedua tu memang selepet rasa lemah lagi masa tu selepas 2 minggu keguguran. 


Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

Tip Membeli Rumah

Tajuk gempaq gitukan. Tak adalah cuma nak syer gembiranya dalam hati ini. Dua bulan lepas kami dah buat keputusan untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat. Keputusan ini memang agak berat kerana bayaran bulanan yang agak banyak. Bila difikirkan kalau tak beli sekarang bermakna masa akan datang pun belum tentu kami dapat beli rumah teres dengan trend harga rumah yang tak masuk akal sekarang. Jadi keputusan terpaksa diambil jugak dengan menghadkan lain-lain perbelanjaan.

rumah untuk di sewa, double story
Inilah rumah yang sedang dalam proses tu. Teres dua tingkat empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selesalah untuk keluarga kecil kami. Depan tu dah plan nak pasang tiles semua dan mungkin akan buat bumbung separuh sebab tak nak dalam rumah gelap kalau tutup semua (owhhh verangan).

Sebelum beli rumah tersebut ada jugak la buat research sikit-sikit dan kebanyakannya melalu internet. Belajar sebelum ditipu dan mungkin juga akan ada yang ingin mengambil kesempatan. Banyak blog yang boleh di rujuk. Salah satunya Aina pernah ambik tip dari blog Abang Ensem. Bukan untuk menceburkan diri dalah bidang hartanah cuma ilmu untuk kegunaan sendiri je.

Ikut procedure semuanya akan di selesaikan dalam masa 4 bulan. Biasanya peguam akan bagi tempoh 3+1 untuk selesaikan segala documentation. Kalau lebih dari tempoh tersebut bermakna sebagai pembeli kita terpaksa membayar penjual 8% setahun kira macam denda la. Bayangkan kalau rumah tu harga Rm300k. Banyak jugak. So sebelum rasa tertipu Aina awal-awal dah warning peguam (macam pandai sangatlah kan...ngeee).

Pas tu kalau nak beli untuk investment cuba study kawasan yang kita nak beli dulu. Kemudahan yang ada dan paling penting demand. Sebab Aina beli untuk duduk tak ambik kisah sangat pasai tu. Cuma yang penting dekat dengan sekolah, surau dan kedai (rumah yang dibeli ini walking distance to surau dan Giant, best!). Dua bulan dah berlalu. Rajin-rajinlah push peguam coz kalau dapat yang betul-betul buat kerja oklah, kalau dak prepare duit untuk bayar yang 8% tu. Dua bulan lepas sign segala documentation call peguam dan katanya owner punya bank dan bayar separuh kepada Aina punya bank, dah boleh proceed untuk MOT. Insyaallah lagi dua bulan boleh selesai. Hope so...

Tip membeli rumah yang Aina ada baca dulu tu tentang buat iklan. Kalau nak beli rumah buat iklan untuk tengok demand sesuatu kawasan. Paling senang cari 7-Eleven beli iklan kat situ iklankan rumah untuk di sewa. Tunggu call sahajalah lepas tu. Kalau banyak panggilan tanya pasal rumah tu bermakna kawasan tu memang high demand. Terus grablah that house. Kalau ada yang call sedangkan rumah tu bukan kita punya pun cakap jelah sori dik rumah tu dah ada yang sewa, bukan dia orang tau pun (tipu sunat...kehkehkehhh...).

Dua hari lepas Aina guna tip membeli rumah yang sama untuk cari penyewa kerana Aina tak akan duduk lagi rumah tersebut untuk setahun dua atau mungkin tiga tahun ini. Tak nak hipokrit masalah utamanya tentulah keewangan. Selain tu masalah si kecik tu nanti tak ada yang nak jaga coz dia memang tak boleh berdikari. Sekarang adik yang take care of him. Jalan paling senang guna internetlah. Sambil duduk-duduk je buat iklan kat Mudah.com. Aina hanya menggunakan khidmat iklan percuma jadi mengambil masa 24 jam untuk diiklankan di Mudah.com. Memasukkan harga sewa hampir maksimum kawasan tersebut sebagai percubaan. Alhamdulillah. Sebaik diiklankan Aina menerima tiga panggilan bertanyakan rumah tersebut.

Mengikut kata peguam semuanya akan selesai dalam masa lagi dua bulan. Itu janji dia. Bermakna bulan Febuari akan dapat kunci. Memberi tempoh sebulan untuk cuci rumah, cat pagar dan tembok depan. Rumah berada dalam keadaan baik kerana pemilik baru sahaja berpindah 4 bulan. Masa pergi tengok dulu rumah bersih. Siap dengan kabinet dapur. Jadi Aina iklankan kemasukan untuk bulan April.

Jauh berjalan luas pemandangan banyak membaca luas pengetahuan. Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam apa juga sebab ambil tahulah pengalaman orang lain samada membaca atau meminta pandangan orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Kita tidak akan hebat dalam semua bidang, mungkin kita seorang jurutera hanya hebat dalam dunia seorang jurutera dan tidak akan hebat dalam bidang keewangan tetapi dengan belajar sedikit sebanyak walaupun tidak menjadi pakar sekurang-kurangnya kita ada ilmu supaya tidak ditipu.

Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Peti sejuk adalah antara keperluan zaman sekarang. Fungsinya pun sangat banyak membantu tetapi kalau sudah banyak sangat yang kita simpan tentulah pelbagai bau yang ada. Daripada bau wangi sampailah bau ikan kering yang harum semerbak. Sama-sama kita kongsi petua ini.

1. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam belas kecil dan simpan di dalam peti sejuk.
    Peti sejuk akan berbau harum dan segar.

2. Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk.
    Arang ini akan menyerap bau busuk yang ada di dalamnya.

3. Letakkan sepotong nenas pada setiap tingkat di dalam peti ais. Bau yang tidak enak akan hilang.

4. Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di dalam peti ais.
    Bau peti sejuk akan harum seperti    daun pandan.

Salinan Asal : Harian Metro


Impian Kami Sama : Jumpa Peguam Untuk Urusan Seterusnya

Catatan Kenangan 2.

Sambungan dari Catatan Kenangan 1.

Tandatangan surat tawaran dari bank sudah. Menunggu pulak urusan guaman untuk hal-hal yang seterusnya. Pada petang yang sama pihak peguam telefon memaklumkan pihak bank telah melantik mereka untuk menyiapkan dokumentasi mewakili bank dan seperti telah dipersetujui sebelum ini dengan pegawai bank Aina jugak appoint peguam yang sama untuk urusan Sale & Purchase Agreement.

Oleh kerana rumah ini terletak di Kajang pihak bank juga mencadangkan firma guaman yang terdekat. Zana dari Zainal Ithnin & Partners menguruskan dokumentasi kami kat sini. Firma guaman ini terletak di Fasa 9, Bandar Baru Bangi. Jadinya segala urusan di Pejabat Tanah menjadi sedikit senang bagi mereka kerana terletak berdekatan.

Alhamdulillah pada 24hb Oktober 2012 semua dokumen siap ditandatangan. Perjanjian dengan bank juga dokumen Perjanjian Jual Beli atau Sales & Purchase Agreement. Dua jam kami menghabiskan masa menandatangan segala dokumen. Bayangkanlah every page untuk kedua-dua dokumen kena initial. Lenguh tangan. Pak Tuan tengok jelah kali ini kerana pinjam atas nama isteri rumah pun atas nama isteri sorang.

Menurut kata Zana tuan rumah juga menggunakan khidmat mereka. Aina macam terkejut jugak. Terus cakap dengan dia. Kebanyakan orang tak nak guna peguam yang sama takut buyers. Takut peguam berat sebelah. Risau jugak nih. Dia pun cepat-cepat terangkan yang semua tu untuk mempercepatkan urusan kerana dokumentasi satu tempat je.

Kalau beli rumah subsale ni korang kena tahu hak-hak kita sebagai pembeli. Biasanya urusan pembelian rumah ini berkuatkuasa dari tarikh kita tandatangan Perjanjian Jual Beli. Biasanya 3+1 iatu 3 bulan + 1 bulan. Kalau tak selesai dalam masa tu tuan rumah boleh claim dengan pembeli 8% setahun sehingga segala urusan rumah selesai. Kecuali ada budi bicara dari pihak tuan rumah lah kan. Pastika kena selalu telefon peguam tanya perkembangan dokumentasi.

Pastikan juga segala bil utility, cukai tanah dan cukai pintu dibayar oleh tuan rumah sepenuhnya. Dedulu buta main redah je masa beli rumah pertama yang juga subsale, akhirnya kami terpaksa tanggung Rm1000 cukai pintu yang tuan rumah tak bayar.

Harapan cuma satu. Segala proses moga akan berjalan dengan lancar, tanpa masalah. Penat tandangatan segala dokumen yang mengambil masa hampir dua jam.


Sambung lagi kemudian.