Memaparkan catatan dengan label perkongsian ilmu. Papar semua catatan

Anda Penggila Makanan Pedas?

Makan kalau tak pedas rasa macam tak sempurna, macam mana sedap pun makan mesti nak pedas terutama bagi orang Melayu tetapi zaman sekarang semua bangsa pun suka makan pedas Melayu, India, Cina, Kadazan dan lain-lain bangsa tidak akan menolak kepada rasa pedas. Walaupun rasa pedas menyengat tetapi masih makan juga sebab rasa menyengat itulah yang membantu menambah naiknya selera makan. Sambal tumis, sambal belacan siap tambah cili potong bersama kicap setiap kali makan, makanan pedas turut dihidangkan dalam pelbagai versi. Mari kita tengok sama ada ‘Anda PenggilaMakanan Pedas’ atau tidak.





Biasanya cili akan diproses dan dimasukkan ke dalam masakan untuk menaikkan rasa pedas yang mempunyai pelbagai khasiat yang jarang-jarang kita ambil tahu seperti antikanser, melancarkan pernafasan boleh membantu pesakit asthma dan penyakit berkaitan pernafasan, melawan penyakit ulser tetapi bila ulser sudah mula menyerang di bahagian perut cili sudah tidak dapat membantu, meningkatkan fungsi pencernaan, paling menarik cili mampu menurunkan berat badan,menyihatkan jantung serta melancarkan peredaran darah di dalam tubuh serta banyak lagi manaafaatnya. Setiap satu tumbuhan yang tumbuh di muka bumi ini pasti ada kegunaannya. 


Pokok cili juga amat mudah ditanam selain perusahaan secara ladang kita juga boleh menanam  di dalam pasu di rumah, rumah zaman sekarang tanahnya terhad lagilah kalua tinggal di apartment atau flat. Mengikut kaedah yang betul tanah campuran digunakan dengan pembahagian 3 bahagian tanah, 1 bahagian kompos  dan 1 bahagian pasir. Semai 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu bila tumbuh cabut anak pokok dan tinggalkan sepokok sahaja di dalamp pasu untuk mengelakkan persaingan. Pekebun zaman moden manafaatkan ruang yang kecil untuk tanam pokok kegunaan asas di dapur.



Bagi saya pesakit gastrik cili adalah antara hidangan yang perlu diminimakan pengambilannya untuk mengelakkan berlakunya luka di dalam perut yang boleh mengakibatkan gastrik dan ulser. Pesakit gastrik boleh megambil makanan pedas tetapi dalam kuantiti yang sedikit tetapi sekiranya berlaku serangan gastrik pesakit langsung tidak boleh mengambil cili sehinggalah perut pulih sepenuhnya.


Bagi penggemar pedas hidup tidak sempurna tanpa cili dan hidup akan lebih bermakna dengan warna-warna merah didalam pinggan yang mungkin orang lain tak mampu untuk menanggung kepedasan makanan di dalam pinggan anda.



GST Emas


Wanita dekat dengan perhiasan terutama barangan kemas walaupun kadang-kadang kita kata tak suka tapi kalau tiba-tiba seseorang hadiahkan mesti kita gembira. Ada juga yang kegemarannya mengumpul barangan kemas selain tukar-tukar pakai boleh di jadikan aset manalah tahu tiba-tiba suatu hari kita terdesak memerlukan duit tak perlulah tebalkan muka minta pinjam sana-sini. Hari esok tiada siapa pun tahu di mana rezeki kita. 1 April bermula GST atau Good & Service Tax sebanyak 6% yang tengah hangat di perkatakan sana-sini. GST Emas pun ada tau…


Cuma nak kongsi tak perlulah hari ini berpusu-pusu pergi kedai emas berebut-rebut sampai pitam sebab nak beli barangan kemas untuk elakkan GST esok. Bagi yang nak tukar barang kemas lama dan beli yang baru tak perlu risau sebab yang tu tak ada GST kalau ada kedai yang charge GST untuk `trade in’ sila report. Ada juga kedai emas yang mengamalkan win-win situation di mana tuan kedai boleh memberi kelonggaran unuk mengelakkan GST bagi emas baru. Nak tahu kedai mana sila email saya dan saya akan bagi alamat supaya anda dapat membeli barang kemas tanpa perlu emmbayar 6% tersebut selepas 1 April terutama sekali buat bakal-bakal pengantin.


Masa muda-muda saya tidak suka  memakai barangan kemas tetapi bila umur mula meningkat kalau keluar rumah tak pakai cincin rasa serba tak kena rasa tidak sempurna. Saya tidaklah menjadi pengumpul tegar barangan kemas sekadar serba satu sahaja yang ada tetapi kalau saya banyak duit mungkin saya akan beli juga yang lain bagi menambah koleksi yang ada. Agaknya itulah tanda-tanda penuaan bila suka kumpul barangan emas.


GST adalah benda baru yang terpaksa kita hadap tetapi setiap satu perkara mesti ada pro dan kontranya, ada kebaikan ada keburukan tidak semua perkara buruk dan tidak semua perkara baik seperti kita juga. Jadi membacalah supaya kita dapat menambah pengetahuan tentang GST. Ilmu mengelakkan kita dari menjadi dungu mahupun didungukan oleh orang lain. GST Emas? Tak perlu risau sebab bukan tiap-tiap hari kita beli emas seperti kita makan nasi berlaukkan ikan mahupun ayam.





Cincin baru saya tukar cincin lama sebab patah beli design yang simple tak perlu berkerawang bagai untuk mengelakkan patah lagi. Orang lasak macam saya tak boleh pakai design yang canggih-canggih ikut hati beli sahaja cincin belah rotan. Cincin ini tak ada GST ya sebab tukar yang lama beli yang baru cuma tambah duit sikit supaya dapat beli yang padu dengan harapan tak akan patah lagi.


Tuhan Lembutkan Hati Dia


Kata Ustaz.


Bacakan doa dan hembuskan dari jauh kepada kawan, bos atau saudara mara yang bersifat bakhil serta kedekut contohnya 'Ya-Allah kau lembutkan lah hati dia agar menjadi pemurah di jalan Mu'. Jangan pulak dok pi hembus depan muka dia kot mau kena penampaq.


Saya naik motor tiap-tiap hari pergi kerja duduk di belakang jadinya saya gunakan nasihat ustaz sepenuhnya. Selepas bertasbih, bertahmid, bertakbir, berselawat dan membaca Surah Al-Ikhlas saya akan doa yang baik-baik buat suami saya dan hembukan dari belakang. Bertawakal dengan Allah, moga setiap doa saya akan di makbul oleh Allah.



BOMBA


Nama penuh BOMBA adalah Badan Organisasi Mencegah Bencana Alam.

Korang tahu itu adalah maksud BOMBA.

Berapa orang yang tahu?

Saya pun tak tahu sebelum ni.

Kesian abam-abam BOMBA cuti kena beku. Terbakar sana terbakar sini. Jadi hisap rokok tu telan jelah dengan puting rokok tu sekali ye supaya perbuatan buang puting rokok tu tak susahkan orang lain.


Melembutkan Daging Menggunakan Pemanggang Ajaib


Tahun lepas saya beli Pemanggang Ajaib Happy Call dengan harapan agar mudah saya hendak bakar-membakar tanpa perlu memedihkan mata menahan asap. Alhamdulillah impian termakbul jadi setiap minggu akan ada hidangan berasakan bakar. Ayam menjadi pilihan utama untuk dibakar.


Sejak mula persekolahan 2014 ketiga-tiga anak bersekolah pagi jadi aktiviti pagi sangat padat. Bangun pada pukul 4.30am saya memasak lauk makan tengahari sambil itu juga menyediakan sarapan pagi buat anak-anak. Sarapan mudah sebab biasanya adik lebih gemar sarapan ala-barat. Kalau saya menggoreng nasi pastinya perlu sekurang-kurangnya goreng kentang untuk dia.


Suatu hari bila badan keletihan minda terlebih rehat lalu saya terbabas. Jam 5.15am semua masih keras di peti sejuk. Sambil menguruskan dapur otak ligat berfikir dan akhirnya daging menjadi pilihan. Saya keluarkan daging potong dua dan rebus di dalam pemanggang ajaib. Sesekali saya buka dan pastikan ketulan daging terpisah. Alhamdulillah dalam masa 20 minit daging sudah empuk. Sejukkan sekejap dan potong nipis.


Kebiasaannya cili saya masak dan simpan di dalam peti sejuk. Saya panaskan sedikit cili tambah air masukkan daging biar mesra. Masukkan serai, daun limau purut dan bawang holland, nah dah siap 'paprik daging' segera saya. Mudah dan cepat.


Lepas ini boleh bereksperimen menggunakan pemanggang ajaib dengan cara lain pula. Suatu hari saya teringin mencuba buat kek menggunakan pemanggang ajaib pula.



Air Mani Tu Apa?


Persediaan bagi ibubapa yang ada anak lelaki yang sedang membesar, bakal melalui alam remaja. Malam tadi hampir pengsan mama yang sedang baring-baring tengok 7th Grade Civil Servant. Terus terduduk. Soalan yang buat mama berdebar. Saya rasa seperti dia masih kecil untuk bertanya soalan sebegitu.


Hikram sedang memilih buku mengikut jadual hari ini di dalam bilik. Tiba-tiba dia bertanya. "Mama air mani tu apa?." Saya yang sedang baring terus bangun. Pandang abah yang sedang baca surat khabar. Entah kat mana pula lah yang ditengoknya tu, tiba-tiba saya teringat mungkin buku teks agama. "Cuba adik bawa buku tu bagi mama". Dia keluar menghulurkan buku teks Pendidikan Kesihatan Tahun 4 dengan tajuk yang dibacanya Alam Remaja. Lega.


Saya minta abah terangkan, dia kata mama sahajalah. Haisshhh...ini cerita lelakilah macam mana pula nak pusing ayat. Saya baca apa yang di tulis di buku. Saya buat kesimpulan paling mudah dengan tahap pemikiran Hikram. 
"Air mani tu akan keluar dari situ (saya tunjukkan anu dia)"
"Itu air kencinglah mama"
"Bukan. Selain air kencing akan ada air mani juga tetapi dalam keadaan tertentu sahaja iaitu bila adik dah baligh"
"Baligh tu apa?"
Di dalam buku dia bercerita berkenaan mimpi budak lelaki.
"Baligh itu cukup umur. Kalau adik sudah ada air mani bermakna adik sudah dewasa. Tak boleh tinggal solat, tak boleh tinggal puasa sesuka hati (saya bagi contoh mudah). Suara adik akan berubah jadi macam suara abang dan suara abah jadi garau macam jantan...ahahhaaa..."
"Ehhh...tak naklah adik. Pelik ja."
"Lepas tu bila besar sikit akan tumbuh bulu-bulu di anu, di ketiak dan misai."
"Macam abang ye mama?"
"Bila adik dah besar adik akan jadi macam abanglah dan nanti boleh ada girlfriend (saya usik dia)."
Girlfriend tu menyusahkanlah mama"


Sebab dia pernah tengok baju sekolah kakak terkena darah haid masa pertama kali kakak melaluinya saya terangkan juga tentang itu. Saya terangkan bagi perempuan baligh bila datangnya darah haid dan bagi lelaki bila datang mimpi (keluar air mani).


Saya lega bila dia tak tanya banyak-banyak dan bagi soalan-soalan pelik yang lain lagi lepas tu.Ibubapa yang ada anak-anak yang bakal menempuhi alam remaja perlu bersedia dengan jawapan atau mungkin kita boleh terangkan sebagai ilmu kepada mereka walaupun tidak ditanya. Bagi Hikram penerangan secara khusus adalah perlu supaya dia faham.



Semak Saman-Tetiba Kot


Bagi sesiapa yang mempunyai lesen memandu mesti biasa kena saman, tak kiralah JPJ, PDRM mahupun pihak berkuasa tempatan. Selama ini memang jarang nak semak saman ni tapi gatai tangan pulak sebab tiba-tiba ada surat berdaftar yang perlu di tuntut, takut juga balik kampung baru-baru ini ter'over' speed.



Ini adalah kes saman saya sepanjang dok bawak motor selama dah berbelas tahun dan kereta pula dalam 7 tahun cam tu la. Terkejut berok kejap sebab satu saman tu kompaun dia Rm300 padahal motor kecik tu ja pon yang kena saman bukan kereta. 7 tahun bawak kereta ada 1 saman kiranya pemandu berhemah jugaklah. Lain-lain saman Kriss buruk saya tapi kebanyakannya Pak Tuan yang bawak, suka hati sahaja parking sampai kena saman dengan DBKL.


Nak semak saman sila ke rilek.com.



Tip Membeli Rumah

Tajuk gempaq gitukan. Tak adalah cuma nak syer gembiranya dalam hati ini. Dua bulan lepas kami dah buat keputusan untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat. Keputusan ini memang agak berat kerana bayaran bulanan yang agak banyak. Bila difikirkan kalau tak beli sekarang bermakna masa akan datang pun belum tentu kami dapat beli rumah teres dengan trend harga rumah yang tak masuk akal sekarang. Jadi keputusan terpaksa diambil jugak dengan menghadkan lain-lain perbelanjaan.

rumah untuk di sewa, double story
Inilah rumah yang sedang dalam proses tu. Teres dua tingkat empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selesalah untuk keluarga kecil kami. Depan tu dah plan nak pasang tiles semua dan mungkin akan buat bumbung separuh sebab tak nak dalam rumah gelap kalau tutup semua (owhhh verangan).

Sebelum beli rumah tersebut ada jugak la buat research sikit-sikit dan kebanyakannya melalu internet. Belajar sebelum ditipu dan mungkin juga akan ada yang ingin mengambil kesempatan. Banyak blog yang boleh di rujuk. Salah satunya Aina pernah ambik tip dari blog Abang Ensem. Bukan untuk menceburkan diri dalah bidang hartanah cuma ilmu untuk kegunaan sendiri je.

Ikut procedure semuanya akan di selesaikan dalam masa 4 bulan. Biasanya peguam akan bagi tempoh 3+1 untuk selesaikan segala documentation. Kalau lebih dari tempoh tersebut bermakna sebagai pembeli kita terpaksa membayar penjual 8% setahun kira macam denda la. Bayangkan kalau rumah tu harga Rm300k. Banyak jugak. So sebelum rasa tertipu Aina awal-awal dah warning peguam (macam pandai sangatlah kan...ngeee).

Pas tu kalau nak beli untuk investment cuba study kawasan yang kita nak beli dulu. Kemudahan yang ada dan paling penting demand. Sebab Aina beli untuk duduk tak ambik kisah sangat pasai tu. Cuma yang penting dekat dengan sekolah, surau dan kedai (rumah yang dibeli ini walking distance to surau dan Giant, best!). Dua bulan dah berlalu. Rajin-rajinlah push peguam coz kalau dapat yang betul-betul buat kerja oklah, kalau dak prepare duit untuk bayar yang 8% tu. Dua bulan lepas sign segala documentation call peguam dan katanya owner punya bank dan bayar separuh kepada Aina punya bank, dah boleh proceed untuk MOT. Insyaallah lagi dua bulan boleh selesai. Hope so...

Tip membeli rumah yang Aina ada baca dulu tu tentang buat iklan. Kalau nak beli rumah buat iklan untuk tengok demand sesuatu kawasan. Paling senang cari 7-Eleven beli iklan kat situ iklankan rumah untuk di sewa. Tunggu call sahajalah lepas tu. Kalau banyak panggilan tanya pasal rumah tu bermakna kawasan tu memang high demand. Terus grablah that house. Kalau ada yang call sedangkan rumah tu bukan kita punya pun cakap jelah sori dik rumah tu dah ada yang sewa, bukan dia orang tau pun (tipu sunat...kehkehkehhh...).

Dua hari lepas Aina guna tip membeli rumah yang sama untuk cari penyewa kerana Aina tak akan duduk lagi rumah tersebut untuk setahun dua atau mungkin tiga tahun ini. Tak nak hipokrit masalah utamanya tentulah keewangan. Selain tu masalah si kecik tu nanti tak ada yang nak jaga coz dia memang tak boleh berdikari. Sekarang adik yang take care of him. Jalan paling senang guna internetlah. Sambil duduk-duduk je buat iklan kat Mudah.com. Aina hanya menggunakan khidmat iklan percuma jadi mengambil masa 24 jam untuk diiklankan di Mudah.com. Memasukkan harga sewa hampir maksimum kawasan tersebut sebagai percubaan. Alhamdulillah. Sebaik diiklankan Aina menerima tiga panggilan bertanyakan rumah tersebut.

Mengikut kata peguam semuanya akan selesai dalam masa lagi dua bulan. Itu janji dia. Bermakna bulan Febuari akan dapat kunci. Memberi tempoh sebulan untuk cuci rumah, cat pagar dan tembok depan. Rumah berada dalam keadaan baik kerana pemilik baru sahaja berpindah 4 bulan. Masa pergi tengok dulu rumah bersih. Siap dengan kabinet dapur. Jadi Aina iklankan kemasukan untuk bulan April.

Jauh berjalan luas pemandangan banyak membaca luas pengetahuan. Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam apa juga sebab ambil tahulah pengalaman orang lain samada membaca atau meminta pandangan orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Kita tidak akan hebat dalam semua bidang, mungkin kita seorang jurutera hanya hebat dalam dunia seorang jurutera dan tidak akan hebat dalam bidang keewangan tetapi dengan belajar sedikit sebanyak walaupun tidak menjadi pakar sekurang-kurangnya kita ada ilmu supaya tidak ditipu.

Kamal Affandi Hashim Don't Be The Next

6 Disember 2012.

Penganalisis jenayah tersohor Kamal Affandi Hashim menjadi jemputan dalam aktiviti syarikat kali ini. Memenuhi salah satu slot dalam Health Safety Enviroment Day dengan memberikan ceramah bertajuk Don't Be The Next.

Fokus ceramah adalah menjirus kepada keselamatan individu terutama bila berada di luar pejabat. Jenayah yang tak pernah mengenal mangsa mahupun status. Penjenayah yang sentiasa celik dengan persekitaran umpama 'Jerat Yang Tiadak Pernah Melupakan Pelanduk'.

The very happening that day. Ketawa yang tak sudah-sudah, pandai dia tackle audiance terutama sekali yang gugurl tapi yang boboi pun tak berganjak dengar celoteh dia. Pengalaman yang sangat-sangat best. Agaknya berapa bayaran untuk speech sepanjang dua jam tu? Kalau tak mahal boleh le invite untuk next gathering KKA...ngeee...

Sedikit sebanyak dalam gelak dan happy sambil tenung-tenung wajah Kamal Affandi Hashim tu banyak pengajaran yang dapat dikutip.
1. Bila berjalan elakkan berseorangan walaupun anda lelaki.
2. Elakkan bawa sling bag. Lagi pendek tangkai bag lagi bagus.
3. Bawak 2-3 beg bagi menimbulkan kecelaruan pada perompak. Di sambar beg tangan rupanya barang-barang penting dalam beg yang ala-ala beg telekung.
4. Penjenayah mengenali orang yang banyak duit melalui body langguage. Jadi belajarlah berjalan gaya orang yang sengkek walaupun bawak duit ribu-riban.
5. Bila kita diugut menyerahkan beg jangan terus hulur di tangan lemparlah beg sejauh mungkin dan bila penjenayah cuba mengambil beg larilah selaju mungkin.
6. Jangan sayang apa yang ada di dalam beg, sayangilah nyawa sendiri. Bila penjenayah menaiki moto menarik beg lepaskan sahaja kerana kelajuan mungkin akan membunuh kita bila jatuh dan kepala terhempas di jalan atau benda keras.
7. Apabila di serang perogol pastikan mata kita di buka seluasnya supaya kita dapat cam penyerang.
8. Jangan sibuk menendang kerana tendangan anda tidak akan banyak membantu. Kepit kaki (menyilang) untuk mengelakkan dari penyerang dapat bertindak mudah.
9. Serang bahagian-bahagian sensetif. Terutamnya bahagian kemaluan. Jolok hidung (jangan fikir kotor lagi yang penting selamat).
10. Gigit telinga sekuat-kuatnya.
11. Cucuk mata.
12. Serang bahagian kening.
13. Bertindak bila perogol mula membuka seluar sehingga paras kaki dengan menendang. Bila jatuh perogol akan sedikit lambat bertindak kerana seluar berada di kaki dan dalam keadaan tersebut lari selaju mungkin.
14. Serang bahagian kening.
15. Dalam apa juga keadaan jangan sibuk untuk menumbuk atau menutup aset. Selesakan tangan supaya dapat bergerak untuk bertindak.

Ini hanya sebahagian isi-isi penting yang dapat dicatat. Kamal Affandi Hashim lebih banyak menggunakan model untuk menggayakan setiap serangan dan tidakan yang sepatutnya kita buat.  Dalam gelak seribu ilmu dapat dicedok. Harap semua yang ada dapat mengaplikasikan setiap tip-tip yang di berikan olehnya. Paling penting tenangkan diri dan jangan gabra.

Aina berharap suatu hari nanti dapat berjumpa lagi dengan beliau. Menambah ilmu dan suatu hari mungkin dapat membantu kita semua. Dia terkenal, glamer tetapi dia sangat-sangat humble. Pandai meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya didalam komuniti. Kamal Affandi Hashim juga very friendly. Boleh layan cakap seorang aku yang dia langsung tidak kenali.





Gambar-gambar kat atas tu semasa Aina tengah buat pemeriksaan untuk derma darah. Kebetulan Kamal Affandi Hashim jugak hendak memeriksa tekanan darahnya (pendapat Aina mungkin itu cara dia nak hargai petugas Pusat Darah Negara yang bertungkus lumus buat kerja dan tiada kesempatan mendekatinya). Kami berborak mengenai kesihatannya. Santai. Walaupun aku hanyalah seorang aku yang tiada apa-apa kepentingan padanya dan langsung tidak di kenalinya Kamal Affandi Hashim dengan senang hati berkongsi masa-masa sakitnya bersama kami. Kalau boleh nak dating-dating lagi dengan dia!


Pendidikan Serangan Seksual

Bagi kita orang Melayu yang kuat memegang pada adat dan penuh norma Kemelayuan membicara soal seks adalah sesuatu yang luar biasa. Melagkaui adat dan budaya yang sepatutnya. Kata lainnya kita lebih tertutup dalam soal begini.

Mengikut perkembangan semasa juga keadaan semasa yang tidak begitu selamat untuk anak-anak kita mungkin sesuatu patut di lakukan supaya mereka sedikit sebanyak faham tentang apa itu pendidikan seks. Seringkali kita terdengar perbuatan rogol dan cabul. Kadangkala mangsa akan diam begitu sahaja dan meninggalkan kesan negatif dalam diri mereka untuk jangka masa panjang.

Mendidik gaya saya.

1. Anak perempuan sedari awal di didik dan di ajar agar anggota badan yang sensetif tidak di pegang oleh orang lain seperti orang yang tidak di kenali, kawan, bapa saudara, sepupu, abang mahu pun bapa sendiri tanpa alasan munasabah (contohnya doktor yang memegang untuk pemerikasaan kesihatan tetapi juga perlu ada orang lain bersama seperti ibu-bapa atau jururawat ). Kalau perempuan pun tak boleh pegang kecuali emak.

2. Anak lelaki di ajar supaya anggota sulit mereka tidak di pegang sewenang-wenangnya tak kira anggota depan mahu pun belakang. Tak kira oleh lelaki mahupun wanita.

3. Didik mereka supaya memberitahu apa-apa juga perbuatan melampau terhadap mereka mestilah di beritahu kepada kita sebagai ibu walaupun mereka di ugut.

4. Bina kepercayaan anak-anak terhadap kita sebagai pelindung supaya mereka tidak takut untuk mengadu walaupun telah diugut.

5. Terangkan kepada mereka kesan-kesannya jika terlibat dalam kes-kes seperti di atas. Jika dapat berilah contoh yang nyata supaya mereka lebih memahami.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri. Walau apa jugak caranya semuanya adalah untuk membantu anak-anak kita. Jangan letakkan diri kita di zon yang selesa dengan memikirkan perkara itu tidak akan berlaku kepada anak-anak kita sedangkan pelaku tidak akan mengira siapa.


Hari Kekasih

Perkongsian ini hanya disalin semula dari email yang masuk ke kotak email Aina. Minta tuan punya halalkan perkongsian semula ini. Sebagai peringatan buat diri sendiri dan sebagai pedoman buat semua yang membaca.

'Arafah berasal dari perkataan arab, 'arafa yang bermaksud kenal. Hari 'Arafah boleh diertikan sebagai hari perkenalan atau ta'aruf. Hari 'Arafah lebih signifikan buat para jemaah haji kerana ia melibatkan rukun haji yang kedua iaitu wuquf di 'Arafah. Wuquf di 'Arafah bermaksud berhenti seketika di 'Arafah antara waktu Zuhur 9 Dzulhijjah hingga terbit fajar hari Nahr iaitu 10 Dzulhijjah.

'Arafah adalah sebuah padang yang terletak di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer. Masa yang terbaik untuk berwuquf adalah antara sebahagian dari hari kesembilan hingga sebahagian malam kesepuluh Dzulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang berada di 'Arafah sebelum terbit fajar pada hari yang kesepuluh Dzulhijjah, maka dapatlah haji itu."

Kisah Cinta yang Diabadikan Allah

9 Dzulhijjah dinamakan sebagai hari 'Arafah sebagai simbolik kepada tarikh Nabi Adam a.s. 'diperkenalkan' (dipertemukan) semula dengan Siti Hawa a.s. setelah terpisah selama dua ratus tahun. Pertemuan tersebut berlaku di tempat yang bernama Jabal (bukit) Rahmah. Tarikh ini juga menjadi saksi pertemuan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar setelah kedua mereka ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir sehinggalah anaknya Ismail meningkat dewasa.


Jabal (bukit) Rahmah, dipuncak bukit inilah Nabi Adam a.s detemukan semula dengan isterinya Siti Hawa a.s setelah dipisahkan selama 200 tahun. Dua kisah cinta yang digabungkan pada satu tarikh, diabadikan oleh Ilahi sebagai pedoman buat seluruh umat Islam. Kisah ini sememangnya jauh lebih tragis dari cerita-cerita cinta yang sering diagung-agungkan masyarakat kini. Namun, masyarakat Islam hari ini lebih mengingati tanggal 14 Februari yang dianggap sebagai Hari Kekasih berbanding tanggal 9 Dzulhijjah yang sebenarnya jauh lebih layak untuk digelarkan sebagai Hari Kekasih buat seluruh umat Islam. Bukan sekadar pengabadian kepada sebuah kisah cinta, pada tarikh ini juga Allah menawarkan 'mega sale' buat seluruh
hamba-hambanya bermula seawal 1 Dzulhijjah sehingga hari ke-9 Dzulhijjah yang boleh dianggap sebagai hari kemuncak. Namun, berapa ramaikah di antara kita hari ini yang mengamati ruh di sebalik Hari 'Arafah?

Berbalik kepada sirah, terdapat 2 peristiwa besar yang telah diabadikan Allah pada tarikh ini. Kedua-duanya melibatkan kisah cinta antara dua pasangan suami isteri yang menggambarkan kesetiaan antara suami dan isteri dalam perjalanan mengejar redha Ilahi. Daripada kedua-dua kisah ini, saya ingin lebih menumpukan pada kisah pertama melibatkan pertemuan antara Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa a.s memandangkan peristiwa yang berlaku sebelumnya cukup signifikan sebagai suatu peringatan yang cukup jelas buat seluruh umat Islam.

Merujuk kepada analogi peristiwa yang telah diabadikan oleh Allah di dalam surah Al-A'raf bermula dari ayat 10 hingga ayat 25 diikuti dengan ayat-ayat yang seterusnya berupa peringatan khusus dari Allah buat seluruh anak cucu keturunan Nabi Adam. Antara surah yang paling meruntun hati dan seringkali saya bacakan setiap kali mengimami solat fardhu sebagai peringatan untuk diri sendiri dan buat semua makmum yang sama-sama mengikuti solat di sisi saya dengan harapan agar ruh Al-A'raf mengalir ke dalam jiwa-jiwa
mereka. Al-A'raf mengingatkan kita pada sumpahan iblis di hadapan Allah untuk menggoda setiap keturunan Nabi Adam a.s. selain turut mengabadikan kejayaan iblis yang pertama sehingga membawa kepada pengusiran Nabi Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa dari syurga.

Hari 'Arafah seharusnya menjadi hari peringatan buat semua umat Islam akan musuh sebenar mereka, iaitu iblis yang tidak pernah berputus asa untuk menghasut anak cucu keturunan Nabi Adam a.s.seperti mana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Iblis berkata, kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kiri
dan dari kanan mereka, dan Engkau tidak aka mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (Allah) berfirman, keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Seungguhnya barangsiapa di antara mereka yang mengikutimu, pasti akan Aku isi neraka

Jahannam dengan kamu semua." (Al-A'raf:16-18)

Dialog ini turut dirakamkan di dalam surah yang lain yang bermaksud:
"Ia (iblis) berkata: Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan bagi mereka kesemuanya. Kecuali hamba-hambaMu di antara mereka yang ikhlas." (Al-Hijr:39-40)

Oleh kerana itu, Hari 'Arafah adalah hari yang terbaik bagi umat Islam untk bermuhasabah diri, menganalisa kembali amalan-amalan yang telah dilakukan, apakah mungkin kita tergolong di kalangan orang-orang yang telah terperangkap dengan tipu daya iblis? Atau, adakah kita sudah tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang ikhlas? Yang telah disebut oleh iblis sebagai orang yang selamat dari tipu helahnya.

'Mega sale' dari Allah di Hari 'Arafah Menyelami ruh Hari 'Arafah buat mereka yang tidak pergi menunaikan haji. Berikut adalah keistimewaan Hari 'Arafah berdasarkan kepada hadith-hadith Nabi s.a.w:-

1. Hari Maghfirah ( keampunan)
Bagi mereka yang tidak menunaikan haji, adalah sangat dituntut untuk berpuasa di Hari 'Arafah berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w, "Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."

Di dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda:

صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده

والسنة التي قبله

"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya"

- [Hadith riwayat Tirmudzi].

Antara hadith lain, Habsah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah meninggalkan pusa 9 Dzulhijjah, bahkan baginda pernah menyebut: "Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa melainkan puasa bulan Ramadhan dan puasa pada 9 Dzulhijjah."

Jumhur ulama mengatakan bahawa adalah mustahab berpuasa bagi mereka yang bukan jemaah Haji dan tidak digalakkan bagi mereka yang sedang menunaikan haji berdasarkan kepada hadith dari Umm Fadhil (isteri al-Abbas):

أنهم شكوا في صوم النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، فأرسلت إليه

بلبن، فشرب، وهو يخطب الناس بعرفة

Maksudnya; "Bahawa mereka ragu akan puasa Nabi saw pada hari Arafah, maka dikirim kepada baginda susu lalu (baginda) meminumnya, dan beliau sedang berkhutbah di Arafah" - (Hadith riwayat Muttafaqun 'alaih)

Ia menunjukkan tidak disukai (tidak digalakkan) berpuasa bagi mereka yang berwuquf disaat yang agung ini, dan hikmah tidak berpuasa kerana kemungkinan akan melemahkan mereka dari melakukan zikir dan do'a, dan melakukan amalan-amalan haji.

2. Musatajab do'a

Daripada Sayyidatina 'Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiada daripada hari yang lebih ramai dibebaskan Allah hamba-hambaNya dari api neraka melainkan pada Hari 'Arafah, dan sesungguhnya Dia mengasihani dan bangga di hadapan malaikat sambil bertanya: Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?"

(Hadith riwayat Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan Al-Baihaqi)

Allah mendengar doa hamba-hambaNya dan memakbulkan doa-doa mereka yang memuliakan hari 'Arafah. Oleh itu, mintalah apa sahaja daripada Allah.

3. Terlepas daripada seksaan neraka

Daripada Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba Hari 'Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan para malaikat dan berfirman: "Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang
kepadaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi di hadapan kamu (malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka." Maka kata malikat: Sesungguhnya ada di kalangan mereka yang telah pun baligh. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka." Sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada Hari 'Arafah."

(Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

4. Turunnya rahmat Allah

Nabi s.a.w pernah menyatakan, hari 'Arafah adlah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan-syaita akan menjadi lemah kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hamba-hambaNya yang beramal soleh. Hari dibukanya pintu langit, dilimpahkan kerahmatan, dan dibukanya pintu penerimaan yang seluas-luasnya oleh Allah untuk hambaNya. Tidak ada hari yang lebih banyak rahmat dan berkat, lebih terang cahayanya serta lebih luas penerimaan dari Allah selain dari hari itu. Tidak ada waktu syaitan menjadi terlebih keji, terlampau hina, tersangat kecewa dari hari-hari tersebut kerana kurniaan yang sangat agung dari Allah Ta'ala terhadap hambaNya.

Demikianlah, besarnya makna 9 Dzulhijjah buat hamba-hamba Allah yang benar-benar menghayatinya. Sebuah kisah cinta dua insan yang diabadikan oleh Allah dan di hari itu juga Dia hadir untuk melimpahkan cintaNya buat seluruh hamba-hambaNya sama ada yang pergi menunaikan haji atau pun tidak. Namun, kebanyakan daripada kita hanya melihat hari 'Arafah sebagai ahri yang hanya signifkan buat jemaah haji semata-mata tanpa cuba untuk menyelami ruh haji bagi yang tidak perhi menunaikan haji. Semoga kita termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan.

Sama-samalah kita bermujahadah mendapatkan kelebihan hari 'Arafah pada 9 Dzulhijjah bersamaan hari SKhamis, 25 oktober 2012. Mudah-mudahan kita tergolog di kalangan orang-orang yang beruntung...

Fastabiqul khairat...

Otak Tepu I Bagaimana Tambah Iman Kepada Allah


Tak dak idea. Apa yang ada sekarang dalam kepala otak ini, nak siapkan kerja dan nak balik! Semalam booking overtime hanya untuk 6 jam sahaja tetapi terpaksa bekerja sehingga 8 jam. Hari ini merancang hanya 5 jam tetapi nampak gayanya terpaksa juga menambah sejam dua lagi. Beginilah bila beban untuk dua orang terpaksa ditanggung seorang. Cepatlah balik bos kecik, ceq dah penat!

Sabar. Sabar. Merancang juga nak bawak anak-anak pergi tengok MADAGASCAR 3. Memula nak pergi PETROSAINS kakak pulak merengek nak tengok wayang. Haishhh...mama korang ni dah 15 tahun tak pernah jejak panggung wayang. Terpaksa jugak le coz budak pompuan tu duduk dengan mak tok, sesekali balik layankan jelah permintaan dia.

Hari ini sekadar nak berkongsi email yang masuk ke inbox. Sama-samalah kita berkongsi dan buat yang terbaik. Pada empunya asal MFR STUDIO terima kasih. Terima kasih daun keladi atas perkongsian. Titik!




Cemerlang Dalam Pelajaran Tak Semestinya Berjaya Dalam Hidup

Sebagai ibu bapa kita selalu mengharapkan anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dalam pelajaran. Menjadi anak-anak yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mempunyai kerjaya yang bagus. Kita semua berusaha ke arah itu. Kita juga masih meletakkan agama sebagai asas utama selain kejayaan dalam pelajaran. Ilmu agama yang bakal menjadi pembimbing anak-anak dalam mengharungi kejayaan di masa depannya. Sebagai ibu bapa kita juga telah melakukannya sebaik mungkin.

Realiti kehidupan tidaklah sama seperti apa yang kita mimpikan. Suatu hari semasa kita kecil mungkin kita pernah meletakkan satu impian yang tinggi. Bekerja bagus, mempunyai kereta besar, rumah besar dan mempunyai wang yang banyak. Menjadi pendorong untuk kita belajar dengan lebih bagus. Pada masa yang sama dorongan ibu bapa juga perlu supaya anak-anak berada dilandasan yang betul dalam menuju cita-citanya.

Dewasa ini terlalu banyak cerita-cerita suka yang dipengakhirannya membawa khabar duka. Bagaimana anak-anak yang cemerlang atau genius kehilangan hidup sebenar mereka. Menumpukan pada pelajaran yang keterlaluan dan meninggalkan fasa kehidupan yang sepatutnya mereka lalui. Penekanan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak-anak ada ketikanya sehinggakan mengabaikan dunia kanak-kanak yang sepatutnya mereka lalui. Tiada keseimbangan terhadap hidup yang mereka lalui. Lama-kelamaan anak-anak ini akan memberontak tanpa kita sedari.

Mengambil iktibar dari cerita terdahulu. Pelajar genius Malaysia Sufiah Yusuf. Ibunya Halimahton berasal dari Muar, bapanyaYusof Farooq berasal dari Pakistan. Pada usia 13 tahun telah melayakkan diri untuk masuk ke Universiti Oxford kerana kepintarannya dalam Matematik. Cerita duka di pengakhirannya membuatkan kita semua terkedu. Memilih untuk menjadi pelacur sedangkan Allah (s.w.t) telah mengurniakan kecerdikan kepadanya.

Siapa tidak mengenali Adi Putra, kanak-kanak genius matematik seperti juga Sufiah. Allah (s.w.t) telah juga mengurniakan kepintaran kepadanya. Di harap suatu hari nanti bila dewasa dia akan tetap cemerlang. Cemerlang dunia dan akhirat. Pada pandangan peribadi, mungkin Adi Putra genius tetapi sepatutnya dia mengambil peperiksaan seperti anak-anak lain. Mungkin dia boleh sahaja melompat kelas. Mengambil masa yang pendek atau shortcut untuk menghabiskan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Adalah lebih baik. Genius yang di buktikan dengan kebolehan. Mungkin dia genius matematik tetapi bidang-bidang lain yang memerlukan juga pertimbangan dan pergaulan rakan sebaya juga adalah perlu. Adi Putra boleh dilawati di sini.
Allah memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya tetapi tidak mustahil Dia juga boleh menarik pada bila-bila masa juga rahmatnya. Semoga mereka menjadi orang-orang yang bersyukur.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary antara insan yang berjaya di dalam hidup kerana kegigihannya. Tidak dilahirkan sebagai genius tetapi berkat tidak kenal putus asa dia menjadi ahli perniagaan yang berjaya hanya dengan SPM. Berkat kegigihannya beliau menjadi antara orang terkaya di Malaysia dengan berada di tangga ke-7. Seorang usahawan yang tidak melupakan sisi-sisi lain dalam hidupnya dengan tertubuhnya Yayasan Al-Bukhary. Beliau juga tidak lokek untuk menaja penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk menunaikan haji.

Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Membentuk anak-anak menjadi yang terbaik. Kira mencorakkan mereka. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak menjadi yang terbaik tetapi kita juga perlu seimbangankan kehidupan anak-anak. Berjaya dalam pelajaran bukanlah jaminan untuk berjaya di dalam hidup. Bimbingan, dorongan dan menjadi contoh yang baik pada anak-anak adalah yang terbaik supaya mereka dapat membina sahsiah yang positif. Hidup dalam kesederhanaan dalam mengejar kehidupan dunia dan mendapat keberkatan akhirat.


Salam sayang buat semua.


Doa Pelembut Hati

Dunia serba moden serta canggih, dunia cyber tanpa sempadan. Semakin berkembang kemodenan dunia semakin juga hebatlah cabaran ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Setiap dari kita sentiasa mendambakan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Kejayaan dalam mengejar cita-cita dan kesempurnaan menjadi anak yang soleh serta solehah.

Tidak dinafikan walaupun kita sebagai ibu bapa telah menjalankan amanah Allah (s.w.t) terhadap anak sebaik mungkin masih ada ketirisan yang berlaku. Kesibukan kita terhadap tuntutan tugasan dalam meneruskan kelangsungan hidup kadangkala memberi ruang kepada anak-anak untuk meneroka dunia tersendiri. Maka bermulalah masalah-masalah sampingan di dalam keluarga yang mengundang masalah sosial.

Bila terasa ibu bapa semakin jauh anak-anak akan memilih rakan sebagai pengganti dan di zaman sekarang teknologi membawa anak-anak kita menemui rakan-rakan yang tidak sepatutnya. Mereka tidak perlu keluar dari rumah tetapi segalanya hanya di hujung jari sahaja.

Kadang-kadang dalam keletihan bekerja kita sering mengabaikan perhatian kepada anak-anak. Sedikit kesilapan anak-anak pasti mendapat habuan pukulan paling tidak tengkingan. Sudah tiada kata-kata semangat, sudah hilang kemesraan dalam mendidik mereka. Bermulalah juga didikan menjadikan anak-anak kita seorang yang keras hati tanpa kita sedari.

Sebelum terlambat sama-samalah kita memperbaiki diri juga ingat mengingati semoga kita akan menjadi ibu bapa yang cemerlang dan melahirkan anak-anak yang gemilang.

Antara doa-doa yang boleh diamalkan.

Surah Toha ayat 1-5. Surah ke 20 dan juzuk ke 16. Selain sebagai doa pelembut hati diamalkan juga sebagai ayat pendinding.


1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menaggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (s.w.t).
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman yang bersenayam di atas Arasy.

Surah Alam Nasyrah/Surah Al-Inshirah di baca dan di hembuskan ke bubun anak-anak. Juga di amalkan untuk menghilangkan gementar dan kerisauan. Bagi anak-anak juga bagus ketika hendak meghadapi peperiksaan dan menghadiri temuduga.


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan  daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam)
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Sama-samalah kita berikhtiar yang terbaik buat keluarga kita. Rajin-rajinkanlah diri kita untuk bangun malam meminta dan berdoa sesungguhnya Allah (s.w.t) Maha Pemurah. Tak pernah lekang rahmatnya kepada hamba yang meminta dariNya. Doa ibu bapa adalah yang terbaik buat anak-anak.

Entri ini adalah sebagai ingatan untuk diri sendiri. Mempunyai dua orang putera dan seorang puteri membuat hati ini terlalu gundah. Putera yang pertama sentiasa akur dengan cakap mama walaupun ada ketikanya dia juga memberontak. Senang meminta maaf dengan mama. Putera kedua 'like father like son' kalau dapat semua kehendaknya perlu dipenuhi tetapi bila dipujuk akan cepat lembut hatinya. Puteri yang satu membuat mama gundah. Kekadang hatinya sekeras kerikil, sedingin salju. Bila telah membuat keputusan tak siapa dapat mengubahnya. Cepat benar marahnya tetapi ada ketika cepat pula sejuk hatinya asal mama jangan menambah-nambah.



Ustaz Amin-Lailatul Qadar

Kuliah subuh 20 Ramadhan.
Ustaz Amin

 
(Gambar di copy dari laman web Ustaz Amin)

Beliau merupakan seorang pendakwah bebas dan Aina sangat suka mengikuti ceramah agamanya. Juga sering mengunjungi ke laman sesawangnya ustazamin mengikuti kembara dakwahnya ke serata pelusuk dunia.

Menarik pagi Ahad yang lepas berbicara tentang Lailatul Qadar yang bersiaran di TV9. Sambil menguruskan rumah telinga masih mampu menagkap bait-bait kata dari Ustaz Amin (walaupun TV hanya membebel sendirian dan orangnya di dapur mencuci pinggan).

Tertarik dengan jawapan kepada satu soalan dari hadirin pagi tersebut.
1. Amalan-amalan yang lebih afdal untuk kita lakukan semasa lailatul qadar.
2. Bagaimana dengan ibu-ibu yang uzur hendak mendapat pahala lailatu qadar.

Jawapan yang mudah di fahami telah diberi, Aina sangat tertarik dan bagi Aina Ustaz Amin memang mempunyai ketokohan tersendiri (kalau cakap dengan makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat kampung pun mereka akan faham).

1. Amalan-amalan ni umpama kita makan. Ada sesetengah orang dia kenyang makan nasi, ada yang kenyang makan sayur, ada yang kenyang makan roti, ada yang kenyang makan semua dan sebagainya. Begitu juga dengan amalan hari ni mungkin kita baca Al-Quran, besok kita buat sembahyang sunat lusa pulak amalan-amalan lain. Tetapi sekiranya sesuatu perkara itu menjagkaui orang lain ada lebih afdal mendahuinya seperti menziarah orang meninggal, melawat orang sakit maka lebih afdal melakukan yang menjankaui orang lain dahulu.

2. Bagi ibu-ibu yang keuzuran menjelang 10 malam terakhir, tidak perlu merasa runsing kerana rahmat Allah (s.w.t) sangat luas. Janji Allah (s.w.t) pahala amalan kita di malam lailatul qadar adalah bersamaan 1000 bulan. Makanya ibu-ibu akan mendapat pahala bangun malam menyusukan anak sebanyak 1000 bulan, pahala tukar langsir sebanyak 1000 bulan dan pahala masak sahur selama 1000 bulan.

Makanya perbanyakkanlah amalan di sepuluh malam terakhir Ramadhan, demi mengejar pahala 1000 bulan. Apa-apa juga amalan kebaikan kita dari waktu magrib sehingga menjelang subuh besoknya akan digandakan menjadi 1000 bulan. Bayangkanlah sekiranya kita berqiamullail di malam lailatul qadar seolah-olah kita telah berqiamullail selama 1000 bulan. Wallahuaqlam...

* Catatan ini di buat berdasarkan ceramah dari Ustaz Amin, mungkin apa yang tertulis tidak sama dengan setiap butir bicara ustaz. Aina sekadar berkongsi apa yang difahami untuk renungan kita bersama.


Lambaian Ramadhan


Sejarah Ramadhan
1)         Ramadhan: Ertinya panas terik
2)         Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3)         Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4)         Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5)         Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6)         Di pilih untuk ibadat puasa.
7)         Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)
 
Kelebihan Bulan Ramadhan

1)        Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2)        Bulan penuh keberkatan.
3)        Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4)        Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5)        Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6)        Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7)        Bulan menambah rezeki.
8 )       Memberi berbuka banyak pahala.
9)        Bulan keampunan :-
-        Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
-        10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
-        10 hari pertengahan - pengampunan,
-        10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1)           Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2)           Menempah pakaian untuk Ramadhan
3)           Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4)           Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5)           Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6)           Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7)           Solat berjemaah setiap waktu
8)           Solat jemaah di masjid/surau
9)           Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)         Sahur diwaktu akhir
11)         Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)         Mandi Janabat sebelum Imsak
13)         Kurangkan tidur
14)         Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)         Tunaikan Solat Dhuha
16)         Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)         Tunaikan solat Rawatib
18)         Jaga pacaindera
19)         Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20)         Hadiri majlis ilmu
21)         Buat baik kepada ibubapa
22)         Isteri hendaklah taat pada suami
23)         Banyakkan bersedekah
24)         Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25)         Berbuka bersama org tua
26)         Jemput tetamu berbuka
27)         Kurangkan berat badan
28)         Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)         Baiki hubungan suami isteri
30)         Baiki hubungan jiran
31)         Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)         Elakkan berbelanja berlebihan
33)         Kuatkan kesabaran
34)         Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35)         Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)         Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)         Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38)         Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39)         Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40)         Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41)         Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
42)         Melazimkan solat waktu
43)         Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)         Elakkan banyak berhutang
45)         Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan      Ramadhan akan datang
46)         Mengeluarkan zakat fitrah

Sekadar berkongsi.