Ingin Ku Gapai Pelangi - Seni Mengawal Rumahtangga

10:09 PG JunAina 14 Comments

Terlepas siri asal rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dan hanya sempat megikuti siaran ulangan sahaja pada 28hb-29 Dec jam 12 malam selama sejam. Ustaz kegemaran Aina.

1. Sekufu. Bukan sahaja dari segi harta dan keturunan tetapi merangkumi education level, hobi, minat dan cara hidup. Selepas kahwin akal dan jiwa hendaklah sama, jangan dibiarkan pemikiran jadi berbeza. Contoh yang diberi suami isteri menuntut dan mempunyai kelulusan dibidang yang sama. Akhirnya suami memilih untuk menjadi bisnessman dan isteri menjadi cikgu. Selepas 5 tahun pasti pemikiran akan menjadi berbeza kerana suami sibuk dengan pertemuan-pertemuan bisness yang membuka mata kepada dunia luar sedangkan isteri sibuk di sekolah dan dunia rumahnya. Sebagai penyelesaian suami sepatutnya mengajak isteri untuk masuk ke dunianya berada di dalam lingkungan kehidupan suami dan memahaminya supaya mereka dapat berkongsi cara hidup bersama. Begitu juga suami perlu masuk kedalam dunia isteri.

2. Ilmu. Tingkatkan ilmu rumahtangga bagi suami mahupun isteri. Ilmu bukan sekadar segulung ijazah kerana ilmu berada di mana-mana. Banyakkan membaca. Belajarlah dari pengalaman-pengalaman orang yang terdahulu. Bertanyalah kepada yang lebih arif. Ilmu rumahtangga mempunyai bab yang tersendiri. Mesti mencari orang yang tahu bab ini untuk belajar kerana setiap cerdik pandai mempunyai jurusan yang tersendiri.

3. Merubah sikap, jiwa, attitude.Berusaha dari baik kepada lebih baik dan lebih bagus.

4. Doa. Keberkatan doa adalah penting. Doa dari suami untuk isteri, dari isteri untuk suami dan dari suami-isteri untuk anak-anak. Orang zaman sekarang membesarkan anak-anak dengan makian berbeza dengan orang zaman dahulu yang kuat berdoa. Hidup yang dikelilingi doa, imam doakan anak-anak dan masyarakat sekeliling begitu juga masyarakat jugak berdoa untuk anak. Doa ibubapa untuk anak-anak, doa cikgu untuk anak murid. Mereka dikelilingi doa. Berbeza dengan masyarakat zaman sekarang ibu maki anak, bapa maki anak, waima cikgu pun maki anak murid. Silap sedikit menengking sahaja.

Berbekas di hati.
"Allah menegur melalui ujian. Jadi kita kena menilai dan seterusnya memperbaiki diri kita"

Doa-doa yang mudah.

Al-Fatihah.
Setiap kali sudah sembahyang bacakan Al-Fatihah niatkan untuk dibaca atas nama suami/isteri kemudian berdoalah untuk mereka.

Al-Kauthar 
Amalkan surah ini. Elok dibaca semasa memasak atau semasa membancuh air untuk suami/isteri.

Maksudnya:
(Ni`mat Yang Banyak)
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni`mat yang banyak.
Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah .
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus .

Lahaula wala quwwata illa billahil aliyyil azim. Mencari kekuatan untuk berbuat sesuatu dan sekiranya kita memang telah buat kita akan mendapat keikhlasan.

Selawat
Membantu kita untuk menahan perasaan dalam mengharungi rumahtangga.

Antara yang dapat dikutip sepanjang kuliah.
1. Quratayun. 
Apa yang menyenangkan hati suami atau isteri. Kena belajar memahami dan penuhi. Jika suami suka kopi bila balik kerja cepat-cepat buatkan kopi. Isteri pula suka manja-manja suami kena penuhi, layan sebaik mungkin.
Quratayun di dunia yang bermanafaat sehingga keakhirat. Contohnya anak-anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya yang telah tiada.

2. Peranan mertua dalam rumahtangga anak-anak.
Sistem tidak adil dalam kehidupan seperti ibu akan protect anak tak kira anak buat salah atau tidak. Ibu yang baik bukan kaunselor yang baik. Takut kita meruntuhkan masjid apabila memberi nasihat yang tidak tepat.

3. Jodoh Lambat.
Islam tidak menolak faktor kemanusiaan. Kita kena ubah sikap. Betulkan cara memandang, betulkan sikap, betulkan akhlak.

4. Malas.
Malas bekerja boleh jatuh hukum haram terutama pada lelaki yang mempunyai tanggungjawab. 

5. Golden Rule
Jaga keharmonian rumahtangga. 
Paling penting tiga perkara untuk suami iaitu makan, pakai dan kehendak batin suami.
Hak isteri pada suami yang perlu di jaga pula ialah nafkah, lisan dan sentuhan. 
Sekiranya suami tidak mampu untuk memberi nafkah pada isteri suami kena minta redza isteri. Kena jelas lafaznya sekiranya isteri sanggup. Akad mesti jelas. Sekiranya menjadi hutang wajib pada suami untuk bayar. Jangan sesuka hati berbelanja diluar kerana takut terambil hak isteri dan anak-anak dan jika kita termakan akan jatuh haram.

6. Jangan bandingkan kebahagiaan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang lain. Mereka ada cara sendiri. Redza dan syukur. Perbaiki.

7. Kenali sihir.
Sihir wujud tetapi akan jadi hanya dengan izin Allah. Masuk rumah bagilah salam, syaitan akan tertahan dipintu sahaja tidak dapat memasuki rumah. Bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali sebelum masuk ke rumah.

8. Nabi Muhammad (s.a.w) banyak membaca Al-Quran untuk orang yang masih hidup. Orang yang meninggal bila kita bacakan Al-Quran untuknya hanya akan mendapat pahala tetapi manusia yang masih hidup masih ada peluang untuk berubah.

Huraian di atas hanyalah lahir dari kefahaman Aina sendiri. Ulasan sepenuhnya boleh ke SINI untuk siri satu dan  SINI untuk siri dua.

Photo credit.


14 Rider Beraksi:

Tip Untuk Kurus

9:38 PG JunAina 23 Comments

Tajuk memang tak hengat.
Ada ke tip untuk kurus?
Banyak yang boleh kita baca bila search kat internet. Macam-macam cara. Macam-macam produk. Macam-macam kegilaan kalau orang nak kurus. Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit tapi bukan Aina. Ada cerita seorang teman, menantunya sudah tiga tahun lebih tidak menjamah nasi hanya kerana ingin kurus tetapi hasilnya memang berbaloi-baloi.

Rentetan dari entri INI . Suatu hari bawa adik dan abang ke klinik kerana demam. Sementara doktor buat kerja Aina naik atas timbangan dalam bilik doktor. Sah kecelaruan yang dihadapi. Jarum penimbang telah naik melebihi 60. Menakutkan. Tidak. Cuma rasa tidak selesa bila terasa sesuatu menekan di dada. Kepenatan mendaki tangga. Paling ditakuti apabila kemalasan melanda (memang terjadi sejak akhir-akhir ini).

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Strategi di atur.
1. Jogging setiap hujung minggu (bukan berlari sangat hanya jalan-jalan keluarkan peluh).
2. Sit-up. Sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Ikut kemampuan (sedang berusaha).
3. Minum banyak air kosong (duduk dalam econ inilah cabaran paling kuat, malas minum air kosong).
4. Kurangkan gula (selama ini pun memang dah terkurang gula)
5. Kurangkan makanan berlemak, seeloknya rebus atau bakar je confirm boleh kurus (seminggu sekali menu kari tetap ada dalam senarai).
6. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan (satu lagi kelemahan).
7. Makan ikut keperluan bukan ikut nafsu (kalau dah pegi makan kat hotel boleh ke sekat-sekat, kat perjumpaan blogger je pun dah tak mampu nak tahan godaan).
8. Mendapatkan sokongan produk untuk menguruskan badan yang banyak terdapat di pasaran (dah dapat).

Tip ini adalah untuk ingatan diri sendiri. Bukan kerana cantik. Bukan takut dipandang sinis. Tidak juga takut di tertawa. Hanya untuk kepuasan diri. Memastikan kesihatan di tahap optima. Bertuah juga kerana Pak Tuan tetap memberi semangat dan sanggup juga menjadi sponsernya.

Montel tak semestinya tak comel. Montel tetap menarik. Montel pasti ada aura tersendiri.


Photo from Mr. Google.

Photo credit

Photo credit .


23 Rider Beraksi:

Roti Canai Durian

11:58 PG JunAina 15 Comments



Musim durian jom kita try menu ni pulak.


15 Rider Beraksi:

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan

2:48 PTG JunAina 19 Comments

Isnin.
26 Disember 2011.

Merintis kenangan 10 tahun lepas. Dijabkabulkan dalam susana yang paling sederhana. Diikuti doa agar selagi hayat dikandung badan kasih sayang kami akan terus bersatu.

Kini setelah 10 tahun pahit manis dilalui terasa terlalu cepat masa berlalu. Walaupun mungkin kami tidak sesempurna orang lain tetapi kami sama-sama bahagia dengan cara kami. Bertolak ansur dan berlebih kurang tanpa menyimpan sedikit pun perasaan kecil hati. Sesungguhnya ijab dan kabul itu merubah keseluruhan hidup yang dulunya terlalu banyak cerita-cerita duka.

Buat Pak Tuan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN. 10 tahun terlalu banyak mengajar erti sebuah kesabaran. Mendidik supaya menghargai setiap apa yang menjadi milik kita. Kita lebih tahu perjalanan hidup kita walaupun dimata orang lain mungkin kita tidak sehaluan bukan sepeguruan dan tidak sealiran. Syukur Ya-Allah sesungguhnya kali kedua itu lebih membahagiakan.

Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih juga kerana kasih sayang buat anak-anak yang tiada bezanya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana kasih sayang yang tidak pernah berkurang. Keranamu aku akan setia disini mengira bintang-bintang yang bertaburan dilangit, megutip bahagia di pantai tak bertepi, menggapai impian di langit tinggi. Terima kasih atas segalanya.






19 Rider Beraksi:

Entri Khas : Dato LF

10:53 PG JunAina 15 Comments

Terima kasih daun keladi buat Dato dan Datin kerana sudi menerima kami menyepahkan istana yang tersergam indah dengan pelbagai kemudahan. Entri ini di buat khas untuk Dato LF atas sebab yang agak mengejutkan (terasa kecil sangat dunia ini).

Sebulan sebelum GATHERING sudah booking Pak Tuan untuk acara 'Pertemuan Blogger' tetapi kita hanya mampu merancang bila sampai masanya dia tidak dapat bersama. Jadi Aina hanya bersama anak-anak sahaja.

Balik rumah bercerita dengan Pak Tuan.
Semalam mama pergi rumah Dato' Abdullah. Best...
Dato' Abdullah mana?
Ala...rumah dia kat Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Tenang je kat sana...selain besar tapi suasana tu rasa macam bestlah. Dato' dan Datin pun best, layan tetamu macam dah lama kenal.
Sebelum bercakap Dato' dah tergelak besar, very humble.
Pak Tuan senyum je, acuh tak acuh melayan.

Esoknya berborak lagi (sebenarnya Aina lupa nama penuh Dato' sebelum tu).
Abah! Dato' tu nama penuhnya Dato' Abdullah Al-Hadi.
Mukanya nampak berkerut.
'Laaa...Dato Abdullah Al-Hadi tu dulu Timbalan Naib Censlor UPM kan?

'Abah kenal dia very well (very well yang macam mana entah le). '

Aina gelak je ingatkan Pak Tuan main-main sahaja.

Dia mula bercerita.
Abah dah lama dulu kenal Dato'. Masa Dato' buat research pasal dadah untuk PHD (masa tu Pak Tuan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman).
Kami pernah beberapa kali menjadi penceramah bersama. Abah dengan tajuk DADAH. Dato' pulak PSIKOLOGI.
Dulu kerap juga abah dapat jemputan memberi ceramah di UPM.
Masa tahun 1990an abah dalam perjalanan ke Kluang kerana ada jemputan ceramah di sana. Kereta rosak dekat lebuhraya. Dato' juga yang berhenti dan membantu abah.
 Dato' ada beri abah senaskah tentang research yang dibuat. Naskah itu jugalah menjadi rujukan abah untuk syarahan selama 2 jam (tapi sayang naskah tu disimpan kat office kalau tak boleh snap masuk sini).


Insyaallah suatu hari Aina akan ajak Pak Tuan ziarah Dato'.
  

Gambar Pak Tuan ketika menghadiri convension di Jakarta beberapa tahun yang lepas.

15 Rider Beraksi:

Ariani Sale 22-29 Dec 2011

2:13 PTG JunAina 10 Comments



Iklan tidak berbayar (tak der syer langsung).
Tadi Pak Tuan ambil kat office ajak makan buger kat Jalan Masjid India (burger SHARK kegemaran kami berdua).
Lalu kat situ tiba-tiba nampak banner ARIANI SALE.
Wahhh...macam best ja. Lagipun orang gomen dapat bonus hujung bulan. Tetiba dapat idea jahat...hahahaa...
Lepas makan ajak Pak Tuan jalan-jalan tengok tudung, memula tengok-tengok kat HAJRA pas tu jalan lagi sampai je kat ARIANI buat-buat terkejutlah nampak banner sale dan tudung dah turun harga (hahahaaa...taktik kotor betul).
Sale 50% all the store. Tak perlu member card pun. Promosi berlangsung di semua cawangan ARIANI seluruh Malaysia.

Pilih punya pilih punya pilih...4 helai jadi mangsa.
Masa bayar pandang belakang senyum-senyum. ABAH mana bonus MAMA (tepuk dahi pak tuan).


10 Rider Beraksi:

Mentaliti Kelas Bawahan

10:12 PG JunAina 12 Comments

photo credit : google


Kenapa hanya Malaysia yang terkena tempiasnya. Setiap isu berkaitan Malaysia akan timbul provokasi melampau waima dalam perlawanan bola sepak sekali pun. Di Arab Saudi pembantu rumah INDONESIA dibunuh dan dibuang di dalam tong sampah tidak ada pulak tunjuk perasaan di kedutaan dan tiada juga tindakan menghina kerajaan Arab Saudi.

Double standard atau memang ada UDANG DI SEBALIK MEE. Mungkin juga ada pihak tertentu MENANGGUK DI AIR KERUH!

Isu lapuk tetapi sebagai Rakyat Malaysia aku tetap marah kerana rakyat mereka hidup senang di negara kita. Makan beras subsidi, gula subsidi, petrol subsidi dan macam-macam subsidi yang sepatutnya menjadi hak rakyat Malaysia sahaja. Setelah MADU KITA BERI APAKAH PATUT DIBALAS TUBA?

12 Rider Beraksi:

Ustaz Muhammad Bin Abdullah - Facebook Edisi Kedua

9:12 PG JunAina 16 Comments










16 Rider Beraksi:

Pertemuan Blogger : Malu Tapi Mahu

3:32 PTG JunAina 10 Comments

Selasa.
Terlewat sangat untuk update entri seperti tajuk diatas.
Alasan.
1. Sakit gigi. Otak pun seolah-olah berhenti dari berfikir yang ada cuma sakit.
2. Mc. Duduk kat rumah. Kat rumah tak ada internet (wahahhaaa...mesti korang tak percaya)

3. Tak ada gambar nak share kerana kamera masuk ICU (mintak baru le tu).
4. Kamera kat hp sama je bila hp chap ayam tentu kamera chap ayam. Segan nak ambil gambar (org Perlis kata...org KeyEl kata malu!) 

Sebenarnya Aina seorang yang pemalu. Bila ada yang memulakan baru reti nak mula berborak, kalau tak kematu kat situlah. Mungkin tak pandai nak bersosial (tak reti bawak diri dalam majlis). Apapun semuanya memang best. Tuan rumah yang best (Dato' LF yang the very friendly buat saya jatuh chenta pada pada pandangan pertama...opssss...hahahaa...). Datin yang the very understanding. Teman-teman blogger yang best. Ramah dan mesra walaupun hanya pada pertemuan pertama bagi Aina.

Harap lepas ini dapat jumpa lagi dan lagi. Masih ada juga yang ingin menaja lokasi untuk seterusnya (rumah Aina kecil sangat tak seswai...hehehee...). Masih ada lagi yang mahu menawarkan diri menjadi AJK Kehormat. Berhempas pulas menjayakan majlis.

Pada semua terima kasih daun keladi. Perkenalan pertama membibitkan rasa kasih pada kalian. 

Paling mengkonpiuskan keadaan. Rupanya Uncle Gedek pandai buat lawak jadi jangan percaya pada gambar-gambar BENGIS diblognya!

Review penuh kehadiran boleh jengah ke nasikerabubuahtanjung. Terima kasih ye dik...

Harap lepas ini KakCik dan Kak Azie akan sentaisa jadi orang kuat.


10 Rider Beraksi:

Hatiku Menangis.

12:02 PTG JunAina 17 Comments

Seminggu dua ini hati Aina tak tenteram. Anak perempuan berada di kampung, sesekali merenung gambar dia hati sangat rindu. Makin bersusah hati bila dia membuat keputusan untuk tidak balik ke sini selepas habis cuti sekolah. Terkedu.

Meminta izin dari mama untuk bersekolah di kampung. Sedari kecil ditatang bila dah besar boleh menolong mama kat rumah hatinya pulak beralih arah. Bukan takut si anak tak cukup makan atau juga tak berjaga tetapi takut hati mama yang tak tahan. RINDU...

Abah...moncong. Anak perempuan seorang macam mana nak lepaskan. Mama...tersepit antara permintaan anak dan kehendak abah. Pujuk anak tetapi kemana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Keras hatinya sama je macam abah. Pujuk abah mula-mula mama kena marah. Diam. Dua tiga hari pujuk lagi, kali ini dapat respon yang agak positif.

Aina bagi alasan yang agak menyejukkan hari Pak Tuan.
1. Anak abah dah pandai berdikari. Berus baju sendiri sebaldi. Bila Pak Ngah tanya kenapa tak masuk dalam mesin nanti Mak Tok basuh. Dia Jawab. 'Mama kata kalau nak dok dengan Mak Tok jangan menyusahkan Mak Tok. Baju kena basuh sendiri'. Mak kata baju basuh sendiri, ampai sendiri, angkat dan lipat sendiri. SEDIH...bersungguh benar dia, hati mama menagis juga. Kalau duduk dengan mama semua mama buat. Sanggup sampai macam tu dia.

2. Elok kakak kat kampung. Sekolah kat kampung kalau bagus ada peluang nak masuk asrama penuh kerana status luar bandarnya. Cikgu boleh bagi tumpuan lebih kerana murid-murid tak ramai.

3. Mama susah nak kawal anak. Balik sekolah...main kat padang, pergi Cyber Cafe, berkawan tanpa kawalan. Kita kerja.

4. Biarlah ANGIN kakak tu berkurang sikit bila duduk kampung. Kalau tak masa marah mama pun di tengingnya. Duduk dengan Mak Tok tak boleh dia buat perangai macam tu lagi.

5. Anak akan lebih berdikari bila duduk dengan Mak Tok kerana didikan Mak Tok tak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang. Manjakan cucu tapi kalau buat silap masih kena hukuman sewajarnya (tapi kalau mama yang marah anak memang mama kena marah balik.) 

Bukan hendak melepaskan tanggungjawab tetapi bila tak diizinkan takut pula pelajarannya semakin merosot. Telah setahun dia merengek hendak bersekolah dikampung cuma Aina sahaja yang tak izinkan. Di sebabkan apa yang ditakutkan telah terjadi (terpaksa turun kelas dari kelas no.1 ke kelas no.2 sedangkan kebiasaanya dia antara pelajar 10 terbaik dalam kelas paling baik kat sekolah). 

Aina faham hati ABAH walaupun bukan darah daging sendiri, berada di dalam pelukannya sejak kecil membuatkan hatinya tak keruan andai puteri kesayangan jauh di mata. Terima kasih ABAH! 

Inilah budak yang nak sekolah kat kampung tu.


17 Rider Beraksi:

Berlapis-lapis Jangan Jadi Macam Kuih Lapis Sudah.

10:21 PG JunAina 17 Comments

Balik dari kampung.

Memandu sejauh 550km.

Dada terasa sedikit sesak.

Seperti ada benda yang menekan, tidak selesa memandu rasanya.

Sesekali terasa sukar bernafas.

Tolak kusyen kereta kebelakang (terasa seperti pemandu F1 le pulak)

Sedikit selesa.

Balik rumah buat operasi, baru terperasan...waaaaaaa....

Perut dah berlapis lagi sikit nak jadi kuih lapis tapi badan mentain je tak naik-naik.

Tak boleh jadi...azam...

Sebelum tido kena buat sit-up

Selepas bangun pun kena buat sit up setelah setahun meninggalkan rutin ini (terima padahnya sekarang)

Kawan satu projek dulu buat ayat tak boleh blah selepas 6 bulan tak berjumpa (lelaki ini dipindahkan ke THE INTERMARK 3 minggu yang lepas dari WISMA RKT).
'Lah...I ingat sapa tadi. Nampak dari belakang dah BESAR semacam.'

Huhhhh...!!! Tak boleh jadi!

Sebelum dan selepas.


17 Rider Beraksi:

Allah Permudahkan Untuknya

10:32 PG JunAina 14 Comments


Menerima sms agak lewat malam. Berita yang agak menyedihkan bagi cucu dan cicit serta keturunan MAIMUNAH. Tok Wa tidak sedarkan diri. Kaum keluarga dipanggil untuk sama-sama membacakan Yassin bagi mendoakan yang terbaik buat Tok Wa. Jemaah masjid turut di jemput. Selepas bacaan Surah Yassin perlahan-lahan matanya mampu dibuka.

Pada hari yang sama berlaku penolakan terhadap susu yang dimasukkan ke tiub. Sejak berminggu-minggu lepas hanya susu itulah menjadi makanan hariannya. Sewaktu menziarah dia seminggu yang lepas bila kita bercakap dia masih mampu memberikan senyuman.

Pagi ini telefon mak. Mengikut kata emak keadaan Tok Wa semakin berat. Hanya doa yang mampu diiringkan semoga dipermudahkan segalanya buat Tok Wa.


14 Rider Beraksi:

Cincin Emas

11:45 PG JunAina 14 Comments


Hari ini Aina nak bercerita pasal cincin kat atas. Bukan setakat cerita disebalik cincin emas tersebut tetapi lebih dari itu.

1. Rezeki kita yang tak akan jadi milik orang hanya akan menjadi rezeki kita juga akhirnya.

Setahun yang lepas anak perempuan Aina merengek nak pakai cincin, tiap-tiap hari ada sahaja ayat yang keluar dari mulutnya. Tak tahan dengan rengekannya Aina berikan sebentuk cincin emas (cincin kat atas) pemberian Pak Tuan sempena hari lahir Aina beberapa tahun lepas. Jari Hayani (anak perempuan) sedikit tembam jadi boleh berkongsi dengan mama (bukan setakat cincin sahaja, kasut, baju, tudung semua dikongsinya).

Seminggu kemudian kami balik ke kampung. Cincin masih di jarinya. Bermain entah ke mana. Kebetulan jalan di depan rumah Mak Tok sedang dilebarkan dan terdapat satu timbunan tanah yang tinggi sepelaung dari rumah Mak Tok. Balik dengan muka mencuka, perlahan-lahan dia bagitau cincin dah hilang! Mama garu kepala, nak bising pun tak guna tapi kalau abah tahu seminggu dileternya, 5 tahun masih diingatnya. Puas dicari tidak juga berjumpa.

Balik baru-baru ini, Mak Tok sarungkan cincin di jari Hayani. Sedikit kemek. Suatu hari pulang dari kedai Mak Tok tertinjau-tinjau di kawasan sekitar. Manalah tahu ada rezeki walaupun traktor telah menolak tanah sehingga rata. Terpandang plastik gula-gula berkilat di atas tanah. Mak Tok menguis-nguis, rupanya cincin emas yang cucu hilangkan disangkanya plastik gula-gula sudah leper. Balik Pak Usu ketuk-ketuk jadikan cincin yang tak bulat lagi Alhamdulillah... Walaupun dah berminggu-minggu rezeki Mak Tok nak jumpa cincin tu. (Mungkin masa cari dulu Aina mencari dengan emosi Allah tutup pintu hati). Balik sebelum ini Mak Tok lupa nak bagi dan dia nak bagi kat cucu jugak tak mau bagi kat Aina.

2. Emas pelaburan yang bagus.

Masa beli cincin ini dulu dalam 5 tahun lepas harganya cuma Rm160 (surat pembelian disertakan sekali oleh Pak Tuan sebagai bukti...hahahaa...). Hari Jumaat lepas semasa berjalan untuk ke SOGO, singgah ke kedai emas di bazaar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Membelek-belek cincin yang di  pamer, hajat dihati nak tukar baru. Susut nilai yang di ambil adalah 20%, nilai selepas di tolak 20% cincin tersebut adalah Rm320 dan ini bermakna cincin itu bernilai Rm400.00 mengikut harga emas semasa iaitu Rm197/gram. Tak sampai hati nak beli, sebentuk cincin sekarang ini harganya Rm900, dulu-dulu dan boleh beli rantai tangan!

Sebulan yang lepas Pak Tuan mengikuti Krusus Persediaan Bersara, sepatutnya diadakan di IPOH berbulan yang lepas tetapi ditangguhkan (Pak Tuan hanya dapat tahu bila sampai IPOH dan dewan sunyi sepi, terdapat juga dua tiga orang yang tercicir info macam dia dan termanggu-manggu kat sana). Mengikut penceramah dari Bank Muamalat seelok-eloknya wang hadiah perkhidmatan dibeli sekeping emas seberat 100 gram sebagai aset beku. Banyak sangat orang sekarang bila dapat duit yang banyak gelap mata. buat rumah besar-besar, beli kereta jugak besar dan guna duit selagi ada. Akhirnya tiada apa yang tinggal untuk menjalani sisa-sisa umur yang ada. Kalau anak-anak boleh diharap tidak mengapa tetapi sejauh mana kita nak mengharap pada anak-anak.

Sebaik-baiknya melaburlah melalui emas fizikal. Buatlah perancangan dan kiraan sewajarnya. Jangan lupa untuk membayar zakat juga.

Moral dari cerita ini. Para suami kalau isteri merengek hendak membeli barang kemas dari emas (916 atau 999), sekiranya keewangan mengizinkan turutkan sahaja. Jangan dianggap ia satu pembaziran tetapi anggaplah ia satu pelaburan.


14 Rider Beraksi:

Berpindah Hospital Kerajaan Ke Swasta - Potong Jari.

6:13 PTG JunAina 11 Comments

Entri ini merujuk kepada N3 kakcik.
Aina tak ada pengalaman berpindah dari hospital kerajaan ke hospital kerajaan juga tetapi ada pengalaman memindahkan anak dari hospital kerajaan ke hospital swasta.

3 Julai 2008. 11 .45 pagi mendapat panggilan jiran IQBAL HADI telah dibawa ke hospital kerana mengalami luka yang agak teruk kerana bermain mesin basuh.
12.00 Pak Tuan menjemput dan hantar balik ke rumah semetara Pak Tuan keluar semula menziarah sahabatnya yang telah meninggal dunia.
12.45 pm Aina sampai ke hospital. Anak tidur, tangannya pulak berbalut. Terdapat kesan ubat berwarna kuning disekelilingnya. Sabar menunggu kerena menurut Adik doktor akan melawat kemudian. Tunggu.

2.00pm masih menunggu. Intai-intai nurse tanya. Katanya TUNGGU. Sabar lagi.
2.30 rasa macam tak sabar tak ada keputusan. Pergi kaunter bagitau nak pindah hospital. Nurse panggil 'In House Doc'. Bincang dengan doc, suruh TUNGGU lagi.
 Telefon KPJ Kajang Specialist, bercakap dengan Pakar Ortho (Dr. Mazlan). Doc standy tunggu anak di pindahkan.
3.45 doc sampai tapi bukan doc pakar. Bagitau doc niat. Kene tempelak.
'Kenapa puan hospital kerajaan tak cukup bagus ke?'
SABAR...
'Bukan tak bagus doc. Saya faham kes anak saya tak serious, doc pakar banyak lagi kes yang lebih teruk tak termasuk 'emergency' kes seperti kemalangan. Sekarang saya ada kemudahan insurans (office punya je pun...) jadi saya nak guna kemudahan yang ada.'
'You boleh bawak dengan your OWN RISK. Tak ada ambulan kena bawak sendiri'
KPJ tu bukan jauh sangat sepelaung je, ikut jalan belakang lagi dekat! (menggomel dalam hati)
Aina angguk (dalam bengang).
Tunggu punya tunggu dokumntasi tak ada respon!

5.30 pergi kaunter nurse. Tinggikan suara (dah tak sabar sangat).
Terkial-kial buka komputer.
Siapkan surat.
Paling mengecewakan sesangatlah. Hanya SEKEPING surat memberitahu dipindahkan dari hospital kerajaan ke hospital swasta dengan memberitahu kecederaan yang dialami sahaj yang diberi. Bertanya juga mana x-raynya. Nurse jawab. tak boleh bawak.
Kalaulah Aina tahu begitu sahaja akhirannya memang Aina bawak keluar macam tu sahaja anak. Bil-bil kemudian cerita!

5.45 sampai KPJ Kajang Specialist. Register. Doc turun. Tengok jari. Booking OT. Tolak masuk bilik. Tunggu insurans approve. Bersedia dengan duit Rm2000.00 sekiranya insurans lambat approve.
6.45 sebelum sempat bertukar tangan duit insuran dah approved. Tolak ke bilik pra-pembedahan. Tunggu sehingga doc solat magrib. Teman anak di bilik pra-pembedahan. Pakar bius masuk, belek-belek. Tolak masuk OT. Peluk anak sehingga bius melelapkan dia sepenuhnya. Keluar.

15 minit kemudian pintu bilik pembedahan terbuka, nurse bagitau doc nak jumpa. Berdebar. Masuk doc tengah pegang tangannya, belek-belek jari yang kena. Doc minta buat keputusan. Berat. Apa yang bersambung sekarang hanyalah kulit sedangkan uratnya telah diputar dan terputus. Darah merah yang kita nampak dibilik rawatan cuma darah kering yang tidak dibersihkan. Memang sungguh pucat lesi jarinya itu.

Minta nasihat doc. Katanya seeloknya buang tetapi sekiranya Puan hendak sambung juga kita buat. Sekiranya berlaku penolakan dan jari tidak dapat bersambung semakin banyak yang harus di potong. Anak Puan akan menjalani dua kali pembedahan dan dua kali sakit. Bagi saya 10 minit untuk befikir doc. Keluar tanya Adik, menangis (itulah kerjanya dari masuk wad sampai tolak pergi OT, mungkin dia rasa bersalah kerana masa kejadian anak berada dibawah pengawasan dia). Berpusing pada adik ipar meminta pendapat, dia memulang semula kepada aku untuk membuat keputusan. Telefon mak, tiada kat rumah kerana ke masjid. Telefon Pak Tuan kat luar. 'Ikutlah nasihat doc. YANG (merujuk kepada Aina) nak potong banyak ke potong sikit?' Akhirnya dengan berat hati Aina ikut nasihat doc.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tetapi entah berapa banyak air mata Aina dan Adik gugur hari itu. Akhirnya Aina, Adik, Hayani dan Hikram bermalam kat hospital.



Inilah rupanya budak yang kena potong jari pada 3hb Julai 2008 dan pada 4hb Julai dia menyambut harijadinya yang ke-8. Majlis kesyukuran diadakan seminggu selepas itu kebetulan jugak Pak Tuan mendapat kenaikan pangkat. Alhamdulillah...



11 Rider Beraksi:

Ustaz Muhammad Bin Abdullah - Facebook

11:39 PG JunAina 11 Comments

Hari ini sekadar berkongsi lontaran kata-kata dari Ustaz Muhamad Bin Abdullah melalui Facebook beliau. Seorang ustaz yang versatile dalam berdakwah.









11 Rider Beraksi:

Lempeng Nestum

11:25 PG JunAina 12 Comments

Pagi ini singgah di CitarasaRinduan, tuan rumah sediakan sarapan menyihatkan Lempeng Oat. Teringat pula menu sarapan yang entah bila. Selalu buat lempeng kelapa je tetapi bekalan kelapa tiada pulak kat peti ais jadi buka almari ternampak nestum, capai dan terus je masukkan dalam tepung yang sudah dibancuh seta tambah sedikit gula.

Jom kita layan...


Cicah pulak dengan kuah sardin lebihan makan malam, tak berlaku pembaziran kerana kuah sardin tu habis jugak akhirnya. Walapun buat lempeng anak-anak tetap dengan permintaan dia orang coz kebiasaannya hujung minggu sarapannya agak berat, permintaan yang tak boleh ditolak adalah nasi lemak masakan mama. Macam mana sibuk pun hujung minggu mesti masak nasi lemak.


Apapun hujung minggu adalah masa terbaik untuk bersama anak-anak. Melayan kerenah dan kehendak-kehendak mereka selagi tidak melampaui batasan. Hari biasa kita sibuk di pejabat dengan tugasan yang tak pernah habis, balik kerumah masih sibuk dengan urusan rumah pula. Masa beginilah Aina gunakan sebaik mungkin supaya anak-anak tidak mencari dunia luar untuk berkongsi kisah suka duka mereka.


12 Rider Beraksi:

Amatur Tak Boleh Lawan Otai.

4:32 PTG JunAina 8 Comments

Nih nak lawan GB dan Wak. Depa menayang-nayang hasil tembakan dia orang jadi Aina pun nak tayang juga hasil tembakan amatur dari kamera chap ayam. Aina suka ambil gambar dan suka bergambar.


Di malam yang gelap gelita, tanpa sinaran rembulan tanpa kedipan bintang di langit.
Lampu-lampu neon juga enggan bersinar umpama alam merajuk menyembunyikan cahaya.
Hanya biasan cahaya hutan batu yang gah dan megah berdiri menyinari tasik sepi.

Seketika nanti mungkin hujan akan membasahi bumi...
Dan rembulan akan terus malu di balik tabir alam...

~Nukilan : JunAina~

8 Rider Beraksi:

Just Joke.

10:35 PG JunAina 7 Comments

The difference between 'COMPLETE' & 'FINISH'.


People say there is no difference between
'COMPLETE' & 'FINISH'.



But there is !
When you marry the right one, you are COMPLETE.
And when you marry the wrong one, you are FINISHED.
And when the "right one" catches you with the "wrong one", you are 





"COMPLETELY FINISHED"!!
And that is your English lesson for the day.


Sumber: email yang tersasar.


7 Rider Beraksi:

How Technology Changed Us

5:58 PTG JunAina 9 Comments



Keh...keh...
Jangan ada yang terasa laks...
Sumber : email (sori pada tuan punya gambar tiada jejak)


9 Rider Beraksi:

Wordless Wednesday - My Dream

10:54 PG JunAina 20 Comments





Gambar dari en.google


~Entah bila akan jadi kenyataan~


20 Rider Beraksi: