Pakistan Mendominasi Jalan TAR
Kalau dulu-dulu sebut sahaja Jalan TAR pasti kita membayangkan sebatang jalan yang di penuhi peniaga Melayu kerana barang-barang yang dijual di situ lebih kepada barangan keperluan orang Melayu selain supermarket yang ada. Syurga membeli belah buat wanita. Berjalan sepanjang laluan tersebut mata menjadi rambang dengan segala yang terhidang terutama kain pasang, pelbagai tudung, telekung, kain batik, kain pelikat, jubah serta keperluan lain.
Hakikatnya kini walaupun pemandangan yang sama kita lalui tetapi kehadiran mereka sedikit mengubah persepsi kita kini. Jalan TAR di dominasi oleh peniaga-peniaga luar terutamanya Paksitan. Dulu mereka hanya menjual karpet dan kain menggunakan motosikal dari rumah ke rumah tetapi kini mereka punya perniagaan sendiri.
Menjadi tandatanya adakah terlalu longgar undang-undang negara kita sehinggakan mereka yang bukan rakyat Malaysia berniaga tanpa ada sekatan malahan telah mendominasi perniagaan di kawasan tersebut dan mula membunuh satu-persatu usahawan Melayu. Kita bukan tidak berdaya-saing tetapi kita kalah dek kekuatan mereka menyokong bangsa sendiri di tempat kita sedangkan peniaga Melayu masih ramai yang mengekalkan sifat PHD. Adakah mereka layak mendapat lesen perniagaan? Atau ada antara rakyat kita sendiri mengambil jalan mudah mendapat duit mencalar maruah dengan menyewa lesen kepada mereka?
Dewan bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya membuka mata dengan lebih luas dengan isu ini. Jangan hanya sibuk hendak menyaman kenderaan yang diletak di bahu jalan. Gunkanlah 'kanta' untuk melihat peniaga-peniaga di sepanjang Jalan TAR. Bangunan pentadbiran DBKL hanya terletak sepelaung dari situ jadi tiada alasan untuk 'orang-orang besar' tidak ambik tahu. Jangan hanya duduk baca akhbar di dalam kereta yang di pandu pemandu kemudian turun di depan pejabat dan masuk ke bangunan pejabat sejuk ber hawa dingin tanpa mahu menoleh sekeliling!
