Tajuk Englishhh la sangat!
Mula minggu lepas projek kecik yang saya buat tahun lepas bersambung lagi tapi atas tajuk lain tapi lagi platform sama cuma tambah barang lain pulak. Jadi job nombor pun lain jugak.
My partner pun dah tak ada, berhijrah. Saya redha jelah berhempas pulas dengan orang baru, saya ok je. Membuli dan dibuli perkara biasa...opssss...
Lamaaaaa...saya makan gaji buta, goyang kaki suka-suki update blog. Dua bulan lepas tolong cuit projek orang sikit tapi tak best sebab orang yang handle tak best jugak...ngeee... Kali ini sendiri punya projek kena berdikari sebab yang dok atas saya orang baru tukar dari pejabat Miri. Harusss...banyak benda saya kena jawab dan kena ambik tahu dari projek lama...huhuhuuuu...
Sesi warming up kena laju-laju tapi alahaiiii...bayangkanlah berbulan-bulan saya tak ada kerja tiba-tiba kena terus masuk gear 5 haihhhh...semput tau. Tak sempat lagi nak cuci karat-karat yang ada!
Sibuk macam mana pun blog tetap kena update!
Hari ini Jumaat saya kerja separuh hari sahaja, jadi sempena cuti sekolah yang dah nak habis saya pun ambik cuti tapi tak ada plan apa-apa pun. Hanya nak rehat-rehat di rumah dengan anak-anak lagipun Iqbal Hadi akan mengikuti kem di Hulu Langat selama 3 hari 2 malam anjuran surau tempat tinggal saya. Selepas Jumaat bertolak jadi ambik masa untuk uruskan dia jugaklah.
Ada angan-angan untuk buat muffin atau brownies sebenarnya, ingat nak bawak balik ke rumah mak mertua hari Sabtu nanti. Sebulan sudah tak balik menjengah emak mertua yang semakin uzur. Kejap ingat kejap lupa, moga Allah s.w.t permudahkan segalanya untuk dia.
Buat semua selamat beristirehat di hujung minggu. Sabtu dan Ahad enjoy your weekend tapi lagi sekali nak tanya mak-mak ni boleh ke nak rehat-rehat lentang bagai bila hari minggu? Sekian bebelan saya yang kekurangan idea.
Hari ini nak cerita kisah
kembar enam yang tiba-tiba hadir dalam keluarga kami. Gembira sangat tetapi hati tetap gelisah, boleh ke nak jaga sampai enam sekali ni. Kisah bermula bila seekor kucing liar dengan perut memboyot hari-hari minta makan di pintu pagi dan malam, mula-mula bagi sisa ikan lama-lama beli ikan untuk dia. Tiap-tiap hari dia akan tunggu pintu dan memandang muka kita dengan pandangan sayu. Tak tahan hati ni!
Sehari dua kucing ni tak datang, tertanya-tanya jugak kemanalah dia minta makan agaknya. Selepas itu nampak kelibat dia tetapi perut dah kempis! Masuk rumah dok sekodeng bilik belakang. Saya halau dia lari keluar. Semasa sedang solat asar saya terdengar bunyi anak kucing tapi abaikan sahaja. Sedang baring-baring golek-golek tengah rumah saya nampak kucing berjalan sambil 'gonggong' leher anak masuk bilik. Menjerit kejap. Lepas tu Pak Tuan periksa bilik, nampak 4 ekor anak kucing sedap landing atas lantai bawah katil. Lepas tu angkat tilam rupanya ada enam ekor!
Saya kata 'kalau abang nak buang, saya tak nak subahat'...ahahhaaa... Ada ke patut cakap macam tu. Sebenarnya saya tak sampai hati nak buang anak kucing yang masih belum boleh buka mata tu, kesian. Walaupun saya sangat 'geli' nak pegang mahupun nak tengok tapi hati saya sangat berat nak buang. Kesian kot. Jadinya dalam rumah saya sekarang ada 7 ekor kucing!
Saya bagitahu Pak Tuan. 'Hikram minta nak bela kucing dah lama tapi abah tak izinkan, sampaikan mak tok bagi kucing seekor di kampung yang katanya kucing Hikram mak tok tolong bela. Setiap kali balik kampung kucing itulah yang dicari dulu. Hari ini Allah bayar cash atas keengganan abah. Bukan seekor sekali 6 ekor di bagiNya!' Pak Tuan gelak. Sebenarnya dia pun tak sampai hati jugak nak buang kucing tu. Sibuk dah suruh belikan sangkar kucing. Sekarang saya yang pening terpaksa handle tambahan 6 anak!
Mak kucing yang sangat eksyen sebab dah tak perlu mengemis minta makan dan ada tempat berteduh. Rezeki anak katanya kan...
Anak-anak baru saya. Cabaran selepas bertahun-tahun tak bela kucing, bertambah kerja mak.
Pesanan penaja. Awai-awai lagi dah dok ingatkan. Haihhhhh...mengalahkan orang baru kahwin! Pesanan seorang kawan buat suaminya bukan pasai apa pasai bagi upah ada makna. Hujung minggu bolehlah buat permintaan berganda. Tak ke namanya bergeliga otak isteri tu.
Kat pejabat ni pun sama pantang angkat beg awal petang Khamis mesti jadi bahan. Kadang-kadang tu sebelum sempat orang kata lebih baik bagi statement dulu selamatkan diri. Bukan kita yang Melayu sahaja yang pandai buat gurauan 'malam Jumaat' kawan-kawan yang berbangsa Cina dan India pun pandai.
Tadi dah ada dok 'whatsapp' buat lawak malam Jumaat jugak.
"Yang dah lama tak makan cekodok". Bini buat-buat tak faham.
"Malam nilah Yang buatkan nak cekodok manis ke, cekodok bilis ke atau cekodok jagung?"
.Almaklumlah 2 hari bini sibuk dengan cerita
7th Grade Civil Servant kemudian sibuk dengan urusan sekolah anak-anak dan uruskan bahan nak masak esok paginya jadi tak sempat nak layan bapak budak.
Macam le malam Jumaat je boleh, malam lain tak boleh ke? Tapi bagi saya tiap-tiap malam pun malam Jumaat...ahakkksss...
Hari inilah depa nak submit drawing kita ni dah le mula ambik mood weekend sejak dari rumah lagi...ahahaha... Hari ni jugak nak kemas barang-barang. Apa lagi pindah lagilah. Hari Isnin masih ada masa tapi file yang berjuta lemon dikosongkan perlu jugak masuk kotak dan seal kalau tak bising movers nanti.
Hati dah berbunga-bunga sebab petang ini boleh goyang kaki kejap kat rumah. Masak? Goreng ikan cicah sambal belacan yang buat Sabtu lepas masih berbaki dalam peti ais sudahlah...ahahhaa... Kesian kat laki. Sanggup ke buat macam tu?
Hati semakin berbunga-bunga ate anak teruna dan anak dara kat kampung tu nak balik katanya Sabtu malam. Rindunya kat depa dua tu walaupun bila ada selalu ja gaduh-gaduh. Bising-bising tu la buat mak sentiasa senyum.
Pagi ini hujan selebatnya dari Kajang sampai ke KL, merempit dalam hujan berdualah. Pakai baju putih pulak. Walaupun berbaju hujan tirislah jugak, elok je jalan ke LRT tengok-tengok t-shirt bertompok-tompok kena kekotoran. Wahhhhh...bikin layu mood nak pergi kerja jelah! Sabar jelah tapi senyum balik sebab pukul 12 masa untuk pulanggggg.... Yehaaa...
Jumaat.
Berangan-angan nak sambung tidur lama sikit sebabnya hari ini saya cuti! Esok Deepavali jadinya tempat saya cari rezeki akan bercuti pada hari sebelumnya rutin cuti umum yang jatuh hari Sabtu. Tapinya saya hanya cuti dari kerja-kerja pejabat, kerja-kerja sebagai isteri dan ibu tetap berjalan seperti biasa. Terasa nak terbang jauh-jauh dan landing-landing atas katil di hotel sepanjang hari tanpa gangguan!
Hari ini banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya bertolak balik kampung esok. Ahadkan majlis kahwin abang saya! Alhamdulillah perjalanan kali ini akan ditemani suami tersayang, dah lama kami tak balik Perlis bersama-sama. Bahagia. Walaupun dia akan duduk kat sebelah sebagai co-pilot sahaja tetapi perasaan tu tetap lain dari balik dengan anak-anak sahaja.
Sekejap lagi nak kemas-kemas rumah sebab saya tidak suka tinggalkan rumah dalam keadaan bersepah sedapat mungkin biarlah balik semula nanti rumah tersusun rapi sahaja. Nanti nak jelaskan bil Celcom yang bill collector asyik calling-calling kerana Rm125 tu. Sampai nak ambil tindakan mahkamah bagai. Layannnn jelah... Cerita itu ada kat
sini tak mau fikir-fikir sekarang nak ambik mood happy nak balik kampung.
Nampak bantal...nampak bantal...tidur kejaplah....zzzzz...
Kisah dulu-dulu masa belajar di Besut, toyol bermaharaja lela di Kuala Besut sehingga meresahkan mak saudara seorang kawan. Pelbagai usaha di lakukan tetapi tetap tidak berhasil. Biasanya kehadiran toyol ini mengikut musim, panas tak lama diam. Agaknya tuan punya toyol tu dah kaya kejap dia pun mintak toyol dia berehat nanti bila pulus dah kering dia suruh toyol dia bekerja semula
Sejak akhir-akhir ini gempar kat kampung mak kisah toyol yang menyerang dalam masa yang sama Ladang Tebu (Felda Chuping) tengah panas kisah toyol. Mula-mula dapat kesan di rumah makcik yang terletak agak ke tengah bendang, duit selalu hilang. Kalau ada 3 keping akan hilang sekeping, sebab kawan-kawan anak dia selalu keluar masuk rumah setiap hari dia tak ambik kisah sangat. Manalah tahu budak-budak tu yang ambik.
Satu hari tok menakan dari Yan, Kedah singgah ke rumah makcik dan bersolat di ruang tamu. Tok menakan ni perempuan dan mengamalkan Seni Silat Gayung. Sudah solat dia ternampak di hujung mata seperti benda bergerak cepat dan langsir sliding door seperti ditiup angin. Bangun mengintai dia nampak budak kecik berbogel tengah main batu-batu hiasan kat halaman rumah. Sekali lagi kat rumah mak, budak-budak selalu lepak sehingga dinihari dihadapan bengkel membaiki motosikal adik di depan rumah mak. Mereka nampak budak kecik melompat-lompat dan turun naik Toyota Hilux milik bapa saudara sebelah rumah mak (boleh kata bertemu dinding je pun rumah mak dan rumah mak saudara ni, rumah arwah toklah). Kadang-kadang kebiasaan juga anak kakak dan anak pakcik main sehingga lewat malam jadi depa ni berjalan ke depan rumah kononnya nak tegurlah suruh masuk rumah. Sekali sampai tak ada orang pun kat situ.
Secara logiknya budak-budak memang suka main jadi toyol ni bersifat budak-budak jugak, kalau dia nampak apa yang boleh main dia akan main-main kat situ. Contohnya jumpa batu hiasan kat rumah makcik, budak-budakkan suka lambung-lambung batu tu. Pas tu melompat-lompat dan turun naik Toyota Hilux, budak-budak kat rumah pun suka buat macam tu.
Mengikut kata pengamal perubatan tradisional toyol ini dilepaskan mengikut masa tertentu sahaja terutama magrib dan dinihari sekitar 12-1am. Jadi berhati-hatilah dalam masa tersebut. Cara penyelesaiannya bolelah ambik biji kacang hijau tabur kat depan rumah, sebab bila jumpa benda-benda bulat macam tu toyol akan leka bermain sehingga habis waktu dia akan balik kepada tuannya. Petua-petua lain campak bangkai mengkarung atas bumbung rumah (tak tahulah apa hukumnya sebab dah jadi bangkai). Cuma petua sahaja.
Korang pernah tengok toyol? Teman idok le dan tak ada keinginan pun untuk melihat toyol ini. Mintak dijauhkanlah tak teringin nak berkenalan pun dengan toyol ini. Korang nak beli toyol? Mengikut seorang penduduk utara tanah air toyol ni boleh di beli kat Siam semurah Rm300 seekor. Sapa mahu? Sila carik sendiri.
Sesegar tulip...
Selembut carnition...
Seceria bunga matahari...
Seharum mawar...
Sewangi lavender...
Semoga hari-hari seterusnya seceria bunga-bunga di atas, terus kembang mewangi cantikkan alam gembirakan insan. Hati saya turut berbunga-bunga...penuh warna-warni penuh kewangian. Kawan-kawan macam mana hari Jumaat ini?
Saya kerja separuh hari hari ini, esok cuti lusa pun cuti semakin berbunga-bungalah hati!
Menghabiskan hari-hari terakhir di Vista Tower dengan mood bekerja
semakin baik. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami semua menjadi
pemastautin Tingkat 16 yang sebelum itu telah di kerah untuk keluar dari Tingkat
14. Masih berbaki 10 orang yang bakal ditinggalkan di sini tetapi dari bahagian
lain kerana masalah workstation yang tidak mencukupi. Kami bakal di tempatkan
di Tingkat 13, terpisah dari bahagian kami yang berada di Tingkat 9. Terbiasa
dengan keadaan pindah randah sudah sebati. Lepas ini lebih happening coz
kawan-kawan ramai kat sana.
Rutin kerja juga seperti biasa cuma kini kerja-kerja semakin
perlahan kerana projek berada di penghujung. Tak banyak yang tinggal. Banyak
masa terluang. Mengadap komputer tanpa arah tuju. Nak update blog idea seolah-olah
tersekat. Bermula tetapi tiada pengakhiran, yang idea di akhir pula tidak tahu
di mana harus di mulakan. Sudahnya tiada yang selesai.
Berkira-kira juga untuk mengemas kini resume. Bercita-cita
juga untuk mengubah angin. Mencuba benda baru di tempat baru. Masih ada peluang
lagikah? Rasa sudah tua untuk menghadiri temuduga lagi. Semangat kawan-kawan
turut mempengaruhi mood berhijrah. Sementelah tidak akan ada projek baru
sehingga bulan Jun ditempat sekarang. Tiada bayang-bayang pun! Ramai juga
kawan-kawan yang mengambil keputusan untuk pergi. Sama ada merasa tidak selamat
atau sememangnya mendapat tawaran yang lebih bagus. Mana biasa di tolak andai
tawaran belipat kali ganda.
Bila rezeki bertambah bermakna kita juga semakin senang. Bila
senang bererti semakin banyak amal jariah yang boleh kita buat dari lebihan
yang semakin banyak. Owh…berangan lagi! Tapi itulah niat di hati itupun andai
ada rezeki. Asyik tengok orang lain terasa juga ingin jadi seperti mereka
memberi, memberi dan memberi. Moga Allah s.w.t memberkati. Rezeki yang
sememangnya untuk dikongsi.
Mulai hari ini Aina menggantungkan title 'Rider Sejati' buat sementara waktu. Pagi agak sibuk mengejar komuter sehingga KL Sentral dan berlari-lari ke LRT pula. Rutin rempit mungkin akan di sambung semula bila dapat pengganti baru. Mood serik bila tiba-tiba motor yang dah uzur tu mati ditengah jalan yang sibuk. Nasib baik masih di tengah Kuala Lumpur dan rezeki juga bila terjumpa seorang teman lama yang sanggup menumpangkan ke LRT terdekat.
Pada suatu ketika kita akan merasa terlalu sedih. Tanpa sebab. Tiada punca. Hati menjadi sayu. Jiwa menjadi celaru. Minda menjadi kosong. Tiada arah yang hendak di tuju. Terasa sepi walaupun dalam kesibukan kerja atau dalam hiruk pikuk kota. Kita merasa sendiri. Hidup di dunia sendiri. Keseorangan.
Jangan dibiarkan perasaan menguasai fikiran. Bertindaklah keluar dari kepompong perasaan. Andai setiap tindakan dikuasai perasaan semakin banyak kebodohan akan kita lakukan.
Didiklah akal supaya dapat menguasi perasaan. Akal sepatutnya menjadi pembimbing kepada perasaan agar setiap keputusan sentiasa berada di dalam kawalan. Keputusan juga akan lebih adil bagi semua pihak.
Coretan Sabtu tanpa tujuan!