Rezeki datang dan pergi tanpa kita jangka kerana semua itu
ketentuan Allah s.w.t kerana Dia sebaik-baik perancang. Berkeluh kesah adalah
sifat manusia jadi bila berlaku sesuatu kehilangan jiwa akan resah, meratapi
sebuah kehilangan walaupun kita tahu apa yang hilang akan Allah s.w.t gantikan
dengan yang lebih baik. Resah akhirnya akan hilang bersama masa yang terlekat
di hati redha dengan kehendak Ilahi.
Cincin yang bertahun disarung di jari kenangan hari lahir
lama dulu hilang entah ke mana begitu juga cincin yang di tukar beli bila yang
lama patah semakin terkilan baru tiga bulan sempat dipakai. Tersalah letak
mungkin. Hati gusar. Hati gundah. Sedih. Menyesal. Namun akhirnya perasaan
redha itu menyapa juga dengan memegang ‘Allah akan menggantikan yang lebih baik’.
Hilang tanpa di kesan mungkin itu yang terbaik.
Allah tidak pernah mungkir janji, rezeki itu
akan datang tepat pada alamatnya tidak akan tercepat tidak juga akan terlewat
dan datang dengan yang lebih baik. Alhamdulillah. Sebulan menghadam kehilangan
dua bentuk cincin pada akhir Ramadhan akhirnya Allah s.w.t gantikan dengan
sesuatu yang lebih baik. Walaupun yang hilang masih dirindu namun hai tetap
riang menerima rezeki baru
Cantik design gelang tangan emas ini berat 30 gram ++ kena dengan tangan orang yang memakainya.
Inilah rezeki pengganti cincin yang dah hilang entah ke mana, Alhamdulillah Allah s.w.t ganti dengan yang lebih baik. Paling penting yakin dengan qada dan qadar yang telah Allah tentuka selebihnya berserah kerana sesungguhnya jajni Allah itu benar.
Saya beli rantai tangan ini pada 8hb Ogos 2015 dengan harga emas semasa Rm138 sedangkan di kedai-kedai lain harga emas masih lagi tinggi sekitar Rm150-Rm160. Saya masih mendapat tambahan diskaun sebab kawan sepejabat dulu belajar satu tempat dengan tuan punya kedai. Kedai ini pula adalah kedai emas kepunyaan bumiputera jadi sama-samalah kita membangun ekonomi orang Islam.
Emas Baroqah
No. 5, Ground Floor Wisma Yakin
Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur
Wanita dekat dengan perhiasan
terutama barangan kemas walaupun kadang-kadang kita kata tak suka tapi kalau
tiba-tiba seseorang hadiahkan mesti kita gembira. Ada juga yang kegemarannya
mengumpul barangan kemas selain tukar-tukar pakai boleh di jadikan aset manalah
tahu tiba-tiba suatu hari kita terdesak memerlukan duit tak perlulah tebalkan
muka minta pinjam sana-sini. Hari esok tiada siapa pun tahu di mana rezeki
kita. 1 April bermula GST atau Good & Service Tax sebanyak 6% yang tengah
hangat di perkatakan sana-sini. GST Emas pun ada tau…
Cuma nak kongsi tak perlulah hari
ini berpusu-pusu pergi kedai emas berebut-rebut sampai pitam sebab nak beli
barangan kemas untuk elakkan GST esok. Bagi yang nak tukar barang kemas lama
dan beli yang baru tak perlu risau sebab yang tu tak ada GST kalau ada kedai
yang charge GST untuk `trade in’ sila report. Ada juga kedai emas yang
mengamalkan win-win situation di mana tuan kedai boleh memberi kelonggaran unuk
mengelakkan GST bagi emas baru. Nak tahu kedai mana sila email saya dan saya
akan bagi alamat supaya anda dapat membeli barang kemas tanpa perlu emmbayar 6%
tersebut selepas 1 April terutama sekali buat bakal-bakal pengantin.
Masa muda-muda saya tidak suka memakai barangan kemas tetapi bila umur mula meningkat
kalau keluar rumah tak pakai cincin rasa serba tak kena rasa tidak sempurna.
Saya tidaklah menjadi pengumpul tegar barangan kemas sekadar serba satu sahaja
yang ada tetapi kalau saya banyak duit mungkin saya akan beli juga yang lain
bagi menambah koleksi yang ada. Agaknya itulah tanda-tanda penuaan bila suka
kumpul barangan emas.
GST adalah benda baru yang
terpaksa kita hadap tetapi setiap satu perkara mesti ada pro dan kontranya, ada
kebaikan ada keburukan tidak semua perkara buruk dan tidak semua perkara baik
seperti kita juga. Jadi membacalah supaya kita dapat menambah pengetahuan
tentang GST. Ilmu mengelakkan kita dari menjadi dungu mahupun didungukan oleh
orang lain. GST Emas? Tak perlu risau sebab bukan tiap-tiap hari kita beli emas
seperti kita makan nasi berlaukkan ikan mahupun ayam.

Cincin baru saya tukar cincin lama sebab patah beli design yang simple tak perlu berkerawang bagai untuk mengelakkan patah lagi. Orang lasak macam saya tak boleh pakai design yang canggih-canggih ikut hati beli sahaja cincin belah rotan. Cincin ini tak ada GST ya sebab tukar yang lama beli yang baru cuma tambah duit sikit supaya dapat beli yang padu dengan harapan tak akan patah lagi.