Memaparkan catatan dengan label ASB. Papar semua catatan

Ganjaran Pinjaman ASB

Tahun lepas akhir tahun lebih kurang saya membuat pinjaman untuk membeli sebuah rumah yang mungkin lebih selesa untuk keluarga kecil kami. Semuanya berjalan dengan lancar kerana saya mempunyai sejarah yang baik dengan pihak bank dan semua urusan keluar masuk serta pembayaran sebelum ini sangat teratur. Pihak bank telah memberi kepercayaan memberi pinjaman kepada saya. 


Sebaik sahaja pinjaman saya lulus pegawai bank telefon dan beritahu juga mempromosi 'Pinjaman ASB'. Katanya kalau dia boleh beli ASB mungkin dia akan ambik semaksimum mungkin dan macam-macam lagilah (almaklumlah nak promote). Sebelum itu pun semasa mengisi borang pinjaman perumahan dia sudah buat pengiraan tetapi saya masih mengelak. Kali ini saya termakan pujuk pula, almaklumlah saya seorang yang sangat lembut hatinya. Mudah sangat kesiankan orang (sebenarnya saya rasa terhutang budi atas kesungguhan dia mempermudah dan mempercepatkan urusan pinjaman saya). Saya setuju dengan jumlah yang dikira sebelum ini. Bayaran pun tidaklah banyak setiap bulan. Lagipun sekiranya di tolak dividen setiap tahun saya hanya perlu menambah sedikit sahaja untuk pembayaran lengkap setahun.


Tiga minggu lepas ada seorang perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai wakil pihak bank memberitahu saya terpilih untuk memenangi hadiah Rm1k dari pihak bank sempena promosi 'Pinjaman ASB' yang saya buat tahun lepas. Saya tidak terkejut sebaliknya menganggap itu hanyalah panggilan seorang penipu. Suara saya hanya mendatar sehinggakan dia minta nombor akaun pun saya tak bagi dengan alasan ada dalam telefon bimbit yang sedang saya guna. Akhirnya dia kata akan check system bank untuk cari nombor akaun saya. Dia bagi nama dan nombor telefon dan minta hubungi sekiranya dalam masa sebulan duit tidak di masukkan. 


Sehinggalah pagi 19hb Julai saya terkejut, akaun bank saya telah meningkat Rm1k. Sibuk login ke akaun ternyata ada transaksi berbunyi 'Credit Advice' yang bermakna duit itu telah di masukkan oleh pihak bank sendiri. Tiba-tiba saya rasa bersalah pada perempuan yang telefon saya dulu kerana melayan dia secara sambil lewa.


Mencari di dalam internet saya terjumpa link ini. Tiba-tiba terasa kalau dapat hadiah 2nd prize tu pun best jugakkan. Haihhh... Apa pun alhamdulillah. Raya tahun ini tak ada bonus jadinya inilah rezeki anak-anak saya, rezeki kanak-kanak dan orang tua yang bakal terima duit raya dari saya. Jadinya tahun ini tiada pengurangan budget sebab Allah s.w.t dah merancang yang terbaik buat saya.


Terima kasih CIMB. Walaupun hanya Rm1k saya tetap senyum-senyum sepanjang hari.