Memaparkan catatan dengan label cenderahati. Papar semua catatan

Handbag Cantik Pilihan Hati


Beli handbag tangan terakhir secara rasmi adalah pada tujuh tahun yang lalu, setelah mula membawa beg sandang ke pejabat nafsu untuk membeli handbag seolah-olah telah mati. Handbag yang ada sesekali sahaja dibawa ke majlis-majlis tertentu. Bersantai di hujung minggu mahupun bercuti lebih selesa menggunakan beg sandang. Semua barang memang ada di dalam beg tersebut jadi tak timbul isu terlupa barang atau tertinggal barang. Beg yang sama untuk pelbagai situasi.


Ini merupakan tahun kelapan jadi rasanya sudah terlalu ketinggalan zaman handbag yang ada, kadang-kadang terasa malu pula hendak dibawa ke majlis-majlis keramaian. Bukan soal mampu atau tidak tetapi kadang-kadang terasa sayang sangat nak belanjakan duit kepada perkara yang tidak perlu sebab handbag sedia ada masih boleh digunakan dan masih elok tanpa cacat cela. Lagi pun duit itu perlu disalurkan ke tempat yang lebih diperlukan.


Sejak akhir-akhir ini hati teringin sangat nak memilikihandbag yang baru, hajat di hati hendak beri ganjaran kepada diri sendiri atas penat lelah bekerja. Bila difikirkan handbag pun satu keperluan juga, bukan semua keadaan boleh dibawa beg sandang. Terdapat dua tiga handbag yang sedang dipertimbangkan semampu poket sendiri tetapi masih ditapis agak tidak berlaku pembaziran. Bagi yang berkemampuan bolehlah pergi ke butik pilih-pilih dan bayar, bagi saya perlu banyak pertimbangan sebelum membeli sesuatu barang.






Semua yang menjadi pilihan adalah dari material kulit sebab ianya lebih tahan lasak. Tidak cepat rosak jadi alah membeli menang memakai. Beg tangan pun mempunyai `value’ yang tersendiri kadang-kadang kita boleh menjual dengan harga yang lebih baik dari yang kita beli tetapi biasanya untuk model keluaran khas.











Tetapi zaman sekarang ni perlu berhati-hati bila membeli barang sebab banyak sangat barangan tiruan, ada pula yang kata barangan lari cukai pada hal semua itu kategori barang seludup. Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya? Bila dah baca baru kita faham dengan kenyataan barangan seludup ini. Jangan menyesal kemudian hari bak kata pepatah Melayu `Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya’. `Bila terhantuk baru tergandah’ selagi belum kena pada diri sendiri selagi itulah kita tidak sedar kesan terhadap barang seludup ini. Begitulah lumrah hidup kita sebagai manusia.



Dari London, Paris ke Kajang



Bos kecik datang kat workstation dengan wajah serius.
'Awak bawak kereta tak?'
'Bawak tapi datang kerja tak bawaklah'
'Kereta apa?'
'Saga BLM je En. Rashid'
'Ohhh...ambik ni gantung kat kunci kereta lepas Tol Kajang je awak akan sampai ke London tak payah buang duit beli tiket MAS'
Fuhhhh...cuak kejap. Terus ketawa dan diketawakan dek budak-budak lain.

Bos saya baru balik dari London atas urusan kerja, alang-alang dah sampai sana dia sambung cuti seminggu dan bawa isterinya bersama. Menyelam sambil minum air. Keychain Paris tu pula pemberian kawan sepejabat yang pergi bercuti ke sana bersama isterinya, selepas bertahun-tahun menunggu akhirnya mereka bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi tetapi bukanlah jadi di Paris sebab masa ke sana doktor sahkan isterinya mengandung 3 minggu.


Farah - Mrs Secretary Dan Hadiah Yang Seksi



Kurniaan sempena pengomen terbanyak tapi nombor berapa tah. Terima kasih Farah untuk hadiah gitar yang seksi tu. Sukanya akak sekarang dah selamat bersama rakan-rakan di komputer kat pejabat, tak boleh letak di rumah nanti hilang.



Lieya FM Biru Kuning



Buat empunya FM yang terbang dari Bali dan kemudian berlarian pulak ke Kajang terima kasih daun keladi, kalau bercuti beli lah lagi....ahahhaaa... Hamboiiii...tau la tu warna bendera kesayangan negeri kita. FM pun dia beli biru kuning!



Dah selamat lekat dengan geng-geng yang lain kat pejabat fungsi bukan lagi sebagai fridge magnet tapi pc magnet. Tak banyak yang tinggal sebab yang lain masih dalam kotak sebab selalu sangat pindah-randah. Boleh la buat jamu mata kala penat buat kereja.



Haaaaa...ni la dia adikkk manissss yang belikan FM tersebut dikala bercuti di Bali lepas CNY hari tu. Terima kasih Lieya.