Rutin balik kampung sarapan depan rumah je. Teh 'o' satu jag, kopi 'o' satu jag nasi goreng, kuih-kuih yang dibeli sarapan lah ramai-ramai termasuk rumah kakak kat sebelah kiri, rumah mak saudara sebelah kanan, jiran-jiran yang lalu lalang mahupun pelanggan JMR Motorwork. Rezeki yan sedikit dikongsi bersama. Boleh duduk berborak kat situ dari pagi sampai tengahari.
`Mak suatu hari kita pergi ya,
moga Allah s.w.t makbulkan doa setiap kali sujud Kak Yang agar kita dapat
bersama menjadi tetamunya kelak. Bersama mak, Syed dan anak-anak Kak Yang Iqbal Hadi, Hayani dan Hikram.
Insan-insan kesayangan yang sentiasa berada di hati, kalau dapat hendak mereka
bersama merasa kegembiraan beribadah di sana’.
Semalam mak pergi majlis perkahwinan di Gurun seperti biasa anak-anak lelaki mak melayan kehendak mak ke Botanical Park di Puncak Gunung Jerai.
Semalam telefon emak seperti biasa seminggu 2 kali tetapi sekiranya ada isu-isu penting dalam keluarga seminggu 7 kali telefon emak selain meredakan kerinduan sendiri sekurang-kurangnya meringankan resah di hati emak apabila ada masalah timbul dalam keluarga. Mak seperti biasa ceria bersama anak-anak lelaki yang sentiasa melayan setiap permintaan dia. Alhamdulillah. Adik-adik masih kuat memimpin tangan emak walaupun masing-masing ada tugasan dan tanggungjawab hakiki yang lain.
Emak sampaikan satu berita gembira namun dihujungnya ada satu getaran yang sangat sukar untuk diungkapkan. Telinga mendengar namun hati ini dapat menangkap sedikit kesedihan yang cuba di sembunyikan dalam perbualan. Terasa. Kawan baik emak yang merupakan saudara jauh akan menunaikan umrah bulan depan walaupun tidak berkemampuan namun rezeki Allah s.w.t hantarkan orang lain untuk memudahkan dia. Ada insan yang sanggup cukupkan perbelanjaan saudara ini untuk menunaikan umrah.
Balik mak temankan anak-anak main bowling pula.
Rezeki dia namun saya sangat
terasa. Takut andai emak berkecil hati. Saya mampu membeli rumah bernilai
ratusan ribu ringgit, saya tidak lokek membeli setiap keinginan anak namun saya
menolak ketepi keinginan emak yang satu ini. Dia tidak pernah menyuarakan
keinginan ini tetapi bukankah keinginan itu lahir dalam setiap hati umat Islam?
Saya abaikan perasaan itu dengan mendahulukan perkara lain yang pada pendapat
saya lebih penting sehingga saya terlupa mungkin semua itu mengguris hati emak
sedangkan selama ini emak sentiasa mendahulukan kami anak-anaknya. Hidup tanpa suami dengan seribu kepayanah tanpa kerja tetap untuk membesarkan 6 orang anak.
Sukar sangatkah untuk menyelam ke dasar hati emak?
Tiba-tiba Allah s.w.t jentik hati
saya. Bergetar sebuah kesedaran, mengalir seribu kekesalan dalam setiap urat
darah, nadi berdegup laju. Allah…sesungguhnya kemudahan orang lain itu memberi
pengajaran kepada aku hambamu. Suatu hari moga harinya bakal tiba emak
tersenyum manis merenung Kaabah.
Catatan Hiba :
Suatu Hari Anak Mula Terasa
Sabtu lepas balik kampung suami di Bota Kiri, kalau cerita
balik kampung kegembiraan sama saja balik Perlis ke balik Perak ke hati tetap
gembira sangat sebab dapat jumpa kaum keluarga. Lagipun sejak suami kakak ipar
meninggal ini kali pertama nak ziarah
dia walaupun dia dah pesan balik Perlis cuti Tahun Baru Cina singgah kampung
tidur sini kak dah dok sorang tetapi saya tak balik juga sebab fikirkan suami,
kalau boleh nak balik tengok kakak dengan dia.
Kami balik ke rumah kakak ke empat Pak Tuan bersiap-siap untuk ke rumah mak mertua yang di dijaga oleh kakak ke tiga yang tinggal bersama dua anak serta cucu-cucunya.
Balik Perak tentulah patin tempoyak cara orang Perak menjadi
menu utama, saya siap minta kakak ipar masak lebih untuk bawak balik. Hahahaaa…nasib
baik kakak-kakak ipar semua baik-baik serta faham yang adik ipar tak pandai
masak patin tempoyak. Kakak-kakak ipar semuanya dah sebaya emak dan ada yang
lebih tua dari emak sendiri jadi saya jatuh sayang pada mereka seperti saya
sayang emak. Bila merenung wajah mereka perasaan sayu mula berselinap di ruang
jiwa. Apa tah lagi Pak Tuan setelah emak mertua meninggal sayang itu beralih
kepada kakak-kakak. Kalau balik siap peluk-peluk cium-cium kakak. Jangan tak
tahu kadang-kadang air mata lelaki dia menitis juga.
Entah bila kakak masukkan roller blade ke dalam bonet
kereta, kalau tak boleh bawa skuter Alya sekali baru ada geng nak main-main kat
jalan. Ini kegilaan baru kakak Hayani sehingga minta dibelikan untuk dia dengan
alasan nanti kongsi juga dengan adik dan abang. Trend sekarang dah naik semula
roller blade ini lepas lama menyepi. Mana-mana pun boleh lihat anak-anak
bermain roller blade malahan ada juga tempat yang menyewakan roller blade.
Sebab mama punya waktu yang agak terhad untuk melayan kehendak kakak jadi
belikan sahaja satu, petang selepas habis sekolah dia akan keluar ke Kajang 2
bersama kawan unuk bermain roller blade.
Beli ais krim!
Jalan lenggang sebab hari cuti hujung minggu sukalah kakak.
Alya suka sangat cuci pinggan sebab singki kat rumah kakak Pak Tuan rendah habis di kutip cawan dicucinya. Kalau abah dan mama berjalan sanggup tinggalkan ayah dan ibu.
Anak perempuan nan seorang bukan mengikut kata anak tetapi bila orang lain ada jadi kasihan pulak dia asyik merengek sahaja, lagipun kalau hendak bermain diluar ambik masa mama pula belikan satu pandai-pandailah kakak urusakn masa. Kegembiraan anak-anak tetap menjadi keutamaan bukan bermakna memewahkan anak tetapi memberi mengikut kemampuan. Selain itu setiap pemberian adalah ganjaran buat mereka atas usaha mereka di sekolah juga sebagai menggembirakan hati anak-anak yang ringan membantu kerja-kerja di rumah.
Menjelang akhir tahun air di sawah, di sungai mula sedikit mengering,
padi nan menguning mula dituai, cuaca panas dan kering datang bersama angin kencang maka berterbanganlah miang padi serata bumi. Kemudaian salji hitam mula berguguran hasil pembakaran jerami beberapa minggu selepas tuaian dan jerami mula mengering. Panas serta berangin pada waktu siang dan sangat sejuk pada sebelah malam
menjelang ke pagi. Dini hari menjadi terlalu dingin sehingga ke tulang sum-sum.
Dulu zaman bersekolah menetap di rumah kampung yang telaga
berada di luar rumah dipagari oleh zink namun kedinginan itu tetap terasa. Dalam
kegelapan pagi di bawah rimbunan pohon-pohon di kampung tangan pantas mencedok air di perigi lalu dijirus kebadan. Dingin air telaga dipagi hari yang semalaman
berembun sehingga menggigil menetap bibir menahan sejuk disapa pula oleh angin
sepoi-sepoi bahasa membuat tubuh menjadi kaku. Selesai mandi kadang-kadang
tanpa sabun pun cepat berlari ke dalam rumah berkelumoih (berselimut) gebar. Itulah kenangan zaman kecil yang
tak akan kembali lagi.
Cuti Tahun Baru Cina yang lalu kami sekeluarga berkesempatan bercuti di kampung selama seminggu, kampung sebelah sayalah di Perlis. Musin angin timoq katanya sempatlah mengimbau setiap kenangan yang ditinggalkan ketika musim timoq sejak dulu. Dalam 12 bulan kalau dapat bercuti di akhir tahun sehingga bulan Mac itulah nikmat yang tak ternilai bagi saya. Kebetulan kami meraikan perkahwinan adi kedua bungsu tahun ini jadi saya berpeluang menikmati sepuas-puasnya angin timoq.
Kali ini saya sempat memberi pengalaman baru buat dua anak bujang Iqbal dan Hikram, pengalaman pertama mereka bergelumang dengan selut dan menangkap ikan! Pengalaman yang tak akan mereka dapat di mana-mana juga pun. Abang dan adik sangat 'enjoy this moment'. Adik yang dikenali sebagai seorang yang sangat pembersih, pantang ada yang kotor mula berkerut muka sehinggakan buang sampah pun boleh muntah tapi kali ini boleh bergelumang dengan selut, bermain lumpur dan berenang di dalam air berwarna coklat. Kali ini baru dapat tengok yang dua beradik ini 'Anak Kampung Yang Sebenar'.
Pengantin pun sibuk nak tangkap ikan, teruja tengok ikan berenang-renang salam selut. Orang baru belum seminggu bergelar suami isteri. Moga bahagia milik mereka selamanya.

Tengah menimba air ke bahagian yang di sekat, proses ini memang sedikit memenatkan. Kat atas masih tunggu giliran untuk mengerah tenaga.
Haaaa...tu gambar adik yang sangat alergik dengan benda-benda kotor tapi kali ini dia sangat teruja nak bermain selut, nak tangkap ikan. Tengok dia gembira sangat mengejar ikan di dalam selut.
Abang pun sama sibuk dengan serkap di tangan tapi entah dapat ikan entah tidak, main selut je yang lebih.
Antara ikan haruan yang paling besar dapat ditangkap seberat kira-kira hampir sekilogram. Menjadi habuan bakar-membakar sebelah malamnya.
Sebelum mula aktiviti menangkap ikan awalnya kami makan-makan bawah rumah. Ini adalah rumah kampung bapa kepada adik ipar kami yang baru.
Parit kecik sahaja tempat menangkap ikan ini, parit ladang harum manis. Sekat dibahagian tengah kemudian timba air kebahagian yang satu lagi sehingga kering dan tangkap ikan yang berenag di dalam selut.
Adik saya baru sahaja keluar hospital pada hari tersebut setelah dimasukkan ke hospital pada malam kenduri, jadi dia tak dapat meraikan majlis perkahwinan Shahizat tetapi tak nak lepaskan peluang tengok orang timba ikan. Tengah panas sanggup berpayung.
Walau letih berulang berkali-kali dari tengah ladang harum manis ke rumah mengambil barang di tengah terik mentari tetapi hati sangat terhibur. Satu kepuasan bila dapat melakukan aktiviti yang biasa kita buat dizaman kecik-kecik dahulu. Insyaallah tahun hadapan nak ulang lagi akiviti ini lagipun tuan tanah dah bagi green light dan bercadang untuk pagarkan parit tersebut dari dimasuki oleh memerang dan biawak. Kalau tak ada binatang dua ekor ni lagi banyak ikan dapat ditangkap. Paling penting ini juga cara Allah s.w.t mengeratkan ukhwah bersama keluarga baru adik Shahizat.
Mengejar 9/10 dari rezeki yang Allah s.w.t janjikan di dalam perniagaan dia bertungkus lumus membina perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah kemudian bila terkumpul modal dia membina bangunan sendiri di depan rumah mak. Perancangan dia sangat jauh bukan untuk setahun dua tetapi lagi jauh kehadapan. Alhamdulillah
JMR Motorworks membuka bengkel membaiki motosikal ke dua di daerah kelahiran Tambun Tulang, Perlis bersebelahan Kolej Komuniti. Kedai yang di sewa tidak sebesar mana namun itulah permulaan untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Mac 2014 sebulan pembukaan permulaan sememangnya perniagaan tidaklah memberangsangkan almaklumlah masyarakat masih tidak mengetahui wujudnya bengkel motosikal di situ. Kemudian sedikit modal dikeluarkan untuk cetak 'flyers' yang di masukkan ke dalam motor pelajar Kolej Komuniti. Strategi seterusnya naikkan 'banner' di hadapan kedai. Masuk bulan ke dua alhamdulillah tak menang tangan pula nak melayan pelanggan.
Ruang kedai yang kecil semakin sempit dibuatnya bila bilangan motor mula bertambah. Masuk bulan kedua segalanya perlahan-lahan berubah.
Kami melawat kawasan semasa pulang ke kampung sempena cuti Tahun Tahun Baru Cina pada bulan Febuari yang lalu. Mak, Yong, saya, adik dan Kakak Hayani. Mak nampak gayanya berpuas hati dengan suasana kedai. Sepatutnya kedai yang di sewa adalah lebih luas di pintu sebelah namun mak kurang berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan yang ada jadi terpaksa memilih yang ini walaupun kecik sedikit.
Kami saling menyokong antara satu sama yang lain, seorang kesusahan pasti yang lain akan dengan senang hati membantu selain soal modal juga sokongan moral yang dapat menaikkan semangat dia dalam perniagaan. Sekali-sekala saya akan telefon atau Whatsapp bertanya khabar perniagaan dia, hubungan kami adik beradik sangat rapat walapun kami berlainan bapa. Suatu hari moga cita-cita Shahizat akan menjadi kenyataan membina empayar perniagaan yang gah di Perlis namun tetap menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa bertimbang rasa pada orang di sekelilingnya. Sekarang dialah yang mengambil alih tugasan menjaga mak, menjaga adik Syafiq, menjaga anak-anak Yong yang sudah yatim.
"Ya-Allah bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buat dia."
Anak bujang dan anak dara empunya telefon bimbit dan empunya monopod. Sebab kami tak ada gambar raya yang lengkap gigih berselfie sakan-sakan untuk jadikan gambar raya. Bila anak-anak sudah besar mak pula terpaksa ikut gaya mereka.
Berempat. Kami tidak sedondon tetapi baju adik dan bang sekayu, ditempah manakala baju mama dan kakak dibeli siap bila tukang jahit tidak sempat menyiapkan baju yang ditempah. Sehari sebelum balik kampung gigih mencari.
Ikut jelah kerenah anak-anak remaja. Mak dah jadi remaja purba.
Mama dan anak bujang.
Bersama sepupu sendiri dan sepupu mama yang sebaya anak-anak.
Gambar raya yang sedikit sempurna. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Semalam saya menerima whatsapp dari teman tapi mesra saya yang bekerja di Ibupejabat Bernama berdekatan Tasik Titiwangsa, baru dipindahkan ke sini dulu dia Ketua Biro Bernama Perlis.
"Dapat berita Changkat Jawi dilanda ribut kencang"
(Changkat Jawi merujuk kepada sekolah berdekatan rumah mak saya)
Kes ribut di Perlis memang agak menakutkan bila tiba musim pertukaran monsun seperti sekarang. Kata orang tua-tua angin sedang berebut arah sebab itulah terjadinya ribut. Ku sangka panas sehingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Ini baru betul kena dengan bidalan itu kerana dalam panas terik tak hujan berhari-hari tiba-tiba angin ribut kencang pula melanda.
Sejak zaman kecil saya sudah biasa dengan ribut sebegini juga sudah biasa melihat bumbung rumah diterbangkan angin, pokok tumbang menghempap rumah dan lebih teruk rumah kayu runtuh menyembah bumi. Bila ribut kencang selalu kami adik beradik akan berlindung dirumah nenek yang lebih kukuh atau akan berkumpul di satu sudut rumah yang dikira lebih selamat. Dalam keadaan tersebut selalunya tok ayah akan melaungkan azan dan tok pula akan membaca doa (kenapa selama hanyat dia saya tak pernah tanya doa tersebut).
Pernah suatu ketika dahulu semasa ribut kayu dari rumah jiran berdekatan diterbangkan angin sehingga kerumah di depannya serta melayang mencungkil tulang selangka isteri jirannya yang sedang mengandung. Tak lama selepas itu dia mengandung dan anak itu dipanggil Mat Ribut sehingga sekarang.
Kali ini ribut merosakkan 27 buah rumah di Kampung Pida Dua Sekerat tanah kelahiran saya. Kebanyakannya melibatkan bumbung yang 'diangkat' ribut. Alhamdulillah rumah mak selamat begitu juga rumah Yong dan makcik dikiri kanan rumah mak. Cuma semalam rumah mak bergelap sebab hujan menyimbah rumah dan meter utama basah, masing-masing takut nak guna perkakasan elektrik.
Kebiasaanya juga mangsa ribut akan segera di bantu segera oleh Wakil Rakyat setempat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat. Musibah yang Allah s.w.t turunkan adalah sebagai peringatan kepada kita agar lebih lagi mengingatiNya.
Cantikkan warna buah mertajam ini, mungkin buah ini diambil sempena nama Bukit Mertajam. Buah mertajam tapi apa yang tajam? Buahnya bulat tapi mungkin daunnya yang berbentuk bujur serta agak tajam dihujung mempengaruhi nama buah ini.
Buah mertajam tidaklah sesedap durian, rambutan atau manggis tetapi buah ini mempunyai nilai yang tersendiri buat saya. Banyak kenangan zaman kecil dikampung terhimpun bersama buah mertajam ini. Dulu di depan rumah tok ayah meriah berbuah sekarang pula galak berbuah di belakang rumah mak.
Rasa buah ini agak manis serta sedikit payau mungkin. Susah nak gambarkan rasanya. Paling sedap apabila warna bertukar kehitaman bermakna buah tersebut sudah ranum. Siapa pernah makan buah ini? Mungkin lain tempat lain pula namanya.
Mama musim hujan bosan tak boleh nak main kat luar.
Bila musim luruh pula panas sangat, letih pula main kat luar.
Bila pulak le rumah mak tok dapat musim luruh dik oiii...
Mentang-mentang lah semua daun kuning berguguran ko bantai terus musim luruh ye dik...ishhkkk...
Pertama kali dalam sejarah memandu saya melalui jalan Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang-Kajang. Semalam bertolak dari Perlis hampir 11.30 pagi dengan harapan agar jalan tidaklah jem teruk sangat memandangkan orang Selangor sudah mula bekerja pada hari Isnin. Harapan musnah bila melalui Tol Sungai Dua dan Tol Juru yang sudah sesak. Jalan mendaki bermula di Changkat Jering jem teruk. Saya mengambil inisiatif untuk melalui jalan lama. Tawakkal sebab ini pertama kali.
Saya keluar di Tol Changkat Jering. Biarlah saya memandu perlahan daripada saya terpaksa berada di dalam jem yang tidak bergerak. Tambahan pula kereta pun seperti ada masalah asyik nak mati ja dalam jem.
Tak mahu juga mengulangi sejarah 12 jam memandu dalam kesesakan yang teruk. Saya redah sahaja jalan bengkang-bengkok di Changkat Jering.
Kelihatan ramai juga yang menggunakan jalan alternatif ini. Plaza tol agak sesak. Dari Tol Changkat Jering belok ke kanan menghala ke Lumut melalui Beruas dan Terong (sesetengah ejaan menggunakan Trong). Saya silap bila tidak masuk ke Parit-Tanjung Belanja-Kampung Gajah-Teluk Intan-Sabak Bernam sebab kalau dari jalan tersebut lebih dekat (lalu depan rumah mak mertua).
90km++ dari Changkat Jering ke Lumut kemudian menghala ke Teluk Intan dan bila tiba di persimpangan Teluk Intan-Sabak Bernam pilihlah ke Sabak Bernam. Trafik jalan sangat lancar cuma keadaan jalan membataskan kelajuan kereta. Kesian anak-anak kat belakang, bonet kereta pun padat dengan barang memang tak ada ruang. Mana taknya basikal pun saya bawak balik!
Pemanduan malam menghala ke Kuala Selangor dan pertama kali pulak tu memang agak mencabar tetapi alhamdulillah segalanya sangat berjalan dengan lancar. Bila tiba di Klang saya rasa lega sangat. Sampai di rumah pukul 10.30pm. Letih. Perjalanan yang sangat seronok bagi saya. Melalui kampung-kampung tetapi kalau melalui Sabak Bernam-Kuala Selangor di siang hari lagi seronok agaknya.
Hari ini masuk pejabat agak lewat uruskan perpindahan sekolah kakak di PPD Kajang, kemudian ke sekolah dan diminta datang esok pagi untuk bertemu dengan guru HEM. Juga untuk berbincang mengenai kelas kakak kerana di sana kakak berada di Kelas Rancangan Khas (KRK).
Apapun saya sedang berkira-kira untuk 'mengexplore' jajahan Kuala Selangor dan Sabak Bernam tak lama lagi.