Memaparkan catatan dengan label perkahwinan. Papar semua catatan

Raikan Cinta Shahizat & Mardhiyah


Bermudik ke hulu di Pekan Baru
Bermudik dari Sungai Dua
Manis sungguh pengantin baru
Bagai pinang di belah dua

Si cantik manis berwajah sugul
Mengenang jejaka si buah hati
Saat sudah terijab qabul
Cinta bersemi sehidup semati








Syukur alhamdulillah dalam penuh kesederhanaan tiga majlis berjalan lancar, majlis pernikahan di Masjid Tambun Tulang pada Jumaat tanggal 6hb Febuari bererti kisah cinta mereka bermula secara rasmi, 7hb Febuari majlis menyambut menantu di sebelah pihak perempuan berlangsung di homestay di bandar Kangar dan majlis menerima menantu di sebelah lelaki meriah seadanya pada 8hb Febuari 2016 di Kampung Pida Dua.



Hati-hati Menggunakan Debit Kad

Semalam saya berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama Pak Tuan dalam misi mencari baju kemeja sutera warna sedondon untuk majlis perkahwinan adik pada Febuari akan datang. Rata-rata kedai menunjukkan peningkatan harga kerana kebiasaannya kemeja sutera yang biasa dibeli ini berharga Rm195 selepas tawar menawar dapatlah Rm180. Kali ini dengan kualiti kain yang sama harganya mencecah Rm295 dan harga tetap. Boleh tahan mahal jugak harganya jadi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini saya dan suami memilih untuk mencari pilihan lain.


Tempat kedua mejadi tujuan adalah Wisma Yakin dengan deretan kedai menjual baju Melayu serta kelengkapan seperti songkok dan sampin. Kedai pertama yang kami masuk harga sepasang baju Rm245 dan sekiranya tempahan Rm300 sepasang. Meninjau-ninjau baju di dalam kedai tiada warna yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang saya akan pakai. Keluar ke kedai seterusnya kami mendapat sepasang baju dengan harga Rm145, oleh kerana saya hendak membeli 3 pasang untuk Pak Tuan, Iqbal dan Hikram saya mendapat potongan harga sehingga Rm110 sepasang. Bila dicongak kembali ianya lebih menjimatkan berbanding membeli kemeja sutera, lagi pun baju Melayu ini boleh digunakan untuk hari raya nanti.


Memilih warna yang sesuai pun memakan masa sebab warna yang saya kehendaki cuma ada saiz untuk Pak Tuan. Tuan kedai keluarkan warna terqoise kehijaun sedangkan saya berkeras hendakkan warna terqoise kebiruan sedangkan saiz untuk Hikram tak ada dan terpaksa juga beli bila Pak Tuan tak habis-habis berkata boleh…boleh… Hikmahnya bila balik rumah rupa-rupanya baju tersebut memang sama dengan baju saya yang telah siap dijahit. Alhamdulillah.


Peringatan buat semua yang biasa menggunakan debit kad atau kredit kad juga. Semasa membuat bayaran saya menggunakan kemudahan debit kad sebab tak bawa cash, pelan asal cuma nak tengok-tengok sebaliknya terbeli terus pula. Jadi swep Maybank ATM kad. Dua pasang baju untuk Pak Tuan dan Hikram bersama 2 set butang baju Melayu berharga Rm225 dan kali ini saya sangat cuai. Terus sign resit dan masukkan resit satu lagi ke dalam beg duit yang mana kebiasaannya saya akan teliti dahulu setiap bil tetapi kali ini tidak. Hanya 2-3 orang pelanggan yang ada jadi saya menganggap tidak akan berlaku kesilapan sebaliknya kad saya telah di charge Rm250. Saya bernasib baik kerana juruwang seorang yang jujur semasa sedang berjalan mereka memanggil dan memulangkan duit tunai sebanyak Rm25 sebagai ganti.


Manusia memang begitu suka mengambil kesempatan bila terasa selamat maksudnya kebiasaannya bila ramai pelanggan saya kan periksa dengan teliti bil-bil sebelum bergerak dengan menganggap tak ramai pelanggan jarang berlaku kesilapan saya hanya terus simpan reset begitu sahaja. Bernasib baik sekiranya kita boleh minta balik duit tetapi sekiranya jauh pula tempat kita membeli barang memang akan terasa ralat. Jadi hati-hatilah dalam apa juga keadaan terutama bila melibatkan keewangan yang menggunakan duit plastic. Mudah dan cepat tetapi sekiranya cuai buruk padahnya.


Bab baju pengantin, baju untuk keluarga sudah selesai satu perkara yang masih di dalam penelitian adalah jurugambar. Keewangan agak terhad jadi mustahil untuk mengupah jurugambar profesional masih berkira-kira untuk mencari jurugambar khas untuk majlis yang mengenakan bayaran yang berpatutan. Mungkin boleh menggunkan tip dari "Here’s How To Take Amazing #Travel Photos For Your Instagram".



Bermain Dengan Bunga, Kain dan Agar-agar Kering

Masih berbaki 23 hari sebelum majlis berlangsung, persiapan sudah semakin rancak dilakukan. Perancangan majlis berjalan dengan lancar kecuali satu dua perkara yang melibatkan menu. Keluarga besar jadi bila ada kenduri-kendara pastinya ada yang ingin tumpang kenduri. Sepupu di kampung dengan senang hati ingin menyediakan acar rebung untuk kenduri, seorang emak saudara pula berniat untuk sama memeriahkan majlis dengan gulai ikan kering bersama nangka. Jadi menu sedikit bertukar dari gulai daging kepada masak putih daging kata orang tempat saya tetapi orang luar sebut kurma daging. Selagi majlis tidak berlangsung selagi iulah pasti ada perubahan-perubahan kecil menu kerana di kampung masih mengamalkan masak secara gotong royong. Seperti biasa mak akan serahkan bab dapur kepada adik-adik dan ipar duai sahaja.


Baju pengantin masih di dalam pembikinan, kata tukang jahit nak buat baju pengantin perlu berada dalam mood yang baik. Tak boleh serabut dengan masalah nanti idea lambat datang. Nampak gaya baju sudah mula digunting setakat semalam. Tukang jahit adalah adik saya sendiri yang lebih di kenali sebagai Cik Ja dalam keluarga, kami tinggal di tingkat yang sama jadi tiap-tiap hari kakak akan buat spot check lepas tu membebel. Baju pengantin package sekali dengan simple viel.


Baju untuk kakak-kakak pengantin pula juga berlaku sedikit perubahan, hajatnya nak menggunakan warna mint green tetapi bila ke Laila Fabrika yang menjual kain secara borong warna tersebut sudah habis. Terpaksa memilih warna lain. Kami menggunakan warna yang kontra dari pengantin untuk majlis di rumah emak. 9 pasang untuk anak serta cucu perempuan menggunakan sekayu kain, untuk lelaki beli sahaja ready made kecuali untuk adik bungsiu Syafiq yang akan menjadi pengapit, memilih warna yang sama bila buah hati telah menyiapkan baju berwarna ungu mengikut tema.



Ini dah lebih tukang jahit siapkan baju dia dulu kali ini, warna pilihan kedua atas persetujuan bersama. Umi nak warna kuning tapi kakak Hayani tak berkenan, last-last pilih warna mam jelah.


Masih berkira-kira hiasan untuk goodies walaupun sudah ada idea asal namun saat-saat begini terasa ingin mengubah idea asal pulak. Mak pun sudah memulakan projek agar-agar kering yang saya cadangkan untuk goodies, semampu mak jelah buat kalau tak cukup akan ditambah dengan benda lain seperti kerepek atau kacang-kacang. Yassin yang ditempah telah siap hanya menunggu masa untuk ambil sahaja. Harap semua dapat disiapkan sebelum tarikh tersebut. Kerja-kerja akhir goodies akan dibuat di kampung tapi saya tidak risau sangat sebab bila balik sudah ramai pembantu-pembantu yang menunggu.


Hendak menaja pembantu-pembantu cilik dengan baju seorang sepasang memang tak mampu walaupun niat tu ada. Jadi mungkin saya hanya akan menyediakan bunga kepala buat mereka, hanya untuk menggembirakan mereka dan memeriahkan majlis. Sepupu-sepupu sebelah rumah mak 4 orang anak dara itulah yang akan jadi pembantu tetap nanti. Dari menyiapkan goodies, memasang meja beradab, membuat mini pelamin dan memberi goodies kepada tetamu. 


Agar-agar kering dalam pembikinan, cuaca panas dan kering di Pelis mempercepatkan proses mengeringkan agar-agar.



Berangan nak buat ‘flower crown’ tapi menggunakan warna mengikut tema, bab ni kena gigih sikit sebab saya keras tangan.


Tak sabar menunggu cuti Raya Cina walaupun terpaksa menempuh jem yang panjang tetapi semangat tetap kuat untuk percutian seminggu di kampung. Doa yang terbaik agar mak sihat pada tarikh tersebut begitu juga anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu mak agar semua orang dapat meraikan majlis dengan pnuh gembira dan meriah.




Sirih junjung ‘trail version’ sudah siap Cuma nanti pasangkan daun sirih tulin, pinang dan kapur. Bunga pun sudah siap digubah untuk kegunaan majlis. Emak memang pandai bab  gubah mengubah, menjahit sehinggalah memasak. Sampai sekarang pun masih suka masuk pertandingan berkaitan. Warna tema awal purple putih dan mak tetap kata dia pilih purple dan pink sedangkan kain dah beli purple dan putih. Hentam sajalah labu.


Persiapan Majlis Perkahwinan



Bila adik lelaki yang kahwin tentunya yang bertungkus lumus buat kerja kakak-kakak sebab adik lelaki nak buat apa-apa semua tanya kakak-kakak. Dapat pula bakal adik ipar yang memang sangat simple dan tak suka sangat melaram jadi sikit-sikit tanya Kak Yang, tanya Cik Ja. Jadilah kami perunding majlis untuk kali ini.


Persiapan dibuat perlahan-lahan, dari beli kain serta tempahan semuanya Cik Ja yang uruskan. Bawa bakal pengantin shopping di Kuala Lumpur kerana majlis sebelah perempuan nak pakai songket sebelah lelaki pula lebih simple hanya menggunakan kain chiffon berwarna ungu. Masih tertangguh baju untuk majlis akad nikah sebab keluarga pengantin minta majlis pernikahan dilangsungkan pada hari Jumaat sedangkan mak pula minta majlis diadakan pada hari majlis di rumah pengantin perempuan. Lagipun Jumaat kami yang jauh masih bekerja.Fesyen designer by Hasniza Abdullah Couture dari pembelian kain, design baju, jahit sehinggalah hiasan di baju. Alhamdulillah ada kakak yang pandai menjahit jimat kos.



Songket dah yang ditempah telah sampai stok jadi bolehlah mula design baju, warna ni sangat hot di pasaran jadi selalu taka da stok ini pun terpaksa booking dahulu.


Langsir untuk ruang tamu rumah,mini pelamin, meja makan beradab dan untuk bilik sudah siap dibeli hanya menunggu tukang jahit menjalankan kerja-kerja seterusnya. Bahagian ini masih tertangguh adalah cadar untuk bilik pengantin dan bunga-bunga serta hiasan-hiasan lain untuk pelamin dan meja makan beradab.


Goodies pula hanya mencari yang simple dan meninggalkan kenangan buat yang datang meraikan pengantin. Kebiasaanya adik beradik emak akan menyediakan bunga telur tetapi sebab kali ini kami merancang untuk memberi 'goodies' emak memnita adik-beradiknya menyediakan kuih atau lain-lain barang yang boleh digunakan pada hari kenduri.



Cadangnya letak makanan dalam beg kertas macam ini sahaja, mungkin akan tambah sedikit benda lain untuk keluarga terdekat dan orang kampung yang bergotong royong.


Baju untuk sekeluarga kami merancang untuk menggunakan warna yang agak kontra dari warna tema pengantin. Setakat ini warna 'mint green' menjadi pilihan dan mungkin akan berubah mengikut kesesuaian keadaan. Masih mencari-cari warna tudung yang sesuai mungkin 'dusty pink' atau 'peach'. Bagi lelaki pula mungkin hanya akan beli kemeja siap sedia sahaja.


6 minggu lagi untuk membuat persediaan. Moga majlis akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan hendaknya. Harap mak juga sihat pada tarikh perkahwinan adik nanti. Dengan usia yang hampir menginjak 65 tahun dan kesibukan menguruskan majlis takut juga emak kehilangan tenaga. Berilah yang terbaik kepada kami Allah.



DiRenjis-Renjis DiPilis


Rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan Allah s.w.t yang tentukan. Semampunya kita merancang sebaik mungkin namun Allah jua yang lebih mendahului segalanya. Walalupun segalanya telah dirancang akan berlangsung pada Dec 2016 namun jodoh itu rahsia Allah. Dengan izin Allah dua bulan dari sekarang kami bakal menerima ahli keluarga baru. Suntuk namun kami sekeluarga terima ketentuan Allah dengan berlapang dada. Walaupun mengejut namun itulah yang terbaik bagi kedua belah pihak, bertolak ansur.

Tiga minggu yang lepas bapa kepada tunangan Shahizat yang bertunang pada hari raya ke tiga yang lalu menyuarakan kegusarannya. Memandangkan dia semakin uzur, selalu sakit-sakit jadi dia mita dipercepatkan urusan perkahwinan. Dia juga dengan rela hati ingin memudahkan urusan pernikahan anaknya. Emak menerima dengan tenang namun jauh di sudut hatinya tetap gusar namun bila mengenangkan tahap kesihatan bapa tunangan adik emak tetap menerima dengan redha. Semua itu janji Allah. Insyaallah akan dipermudahkan.


Dua bulan dari sekarang segalanya perlu disiapkan dari urusan baju, doorgift, kad jemputan, hantaran dan urusan kenduri. Perancangan awalnya perkahwianan Shahizat hendak diraikan dengan sedikit lebih meriah darpada perkahwinan Angah tetapi bila masa sudah suntuk sebegini kami hanya mampu berbuat apa yang termampu sahajalah. Kakak-kakak jugalah yang akan menjadi lebih sibuk dari biasa.


Pembahgian tugas telah dibuat bagi memudahkan keadaan. Baju, langsir, cadar, doorgift saya dan adik yang duduk di Kajang akan uruskan, mak dan Yong (kakak sulung) akan uruskan manisan yang akan dimasukkan ke dalam beg doorgift. Urusan kenduri-kendara pula mak akan uruskan untuk membeli bahan-bahan kering dan jemputan. Kad jemputan Shahizat akan uruskan sendiri dan Angah serta adik bungsu Shafiq akan menguruskan khemah serta kerusi meja untuk hari kenduri. Daging akan diuruskan oleh Abang Long suami kakak. Pada hari kenduri bahagian masak-memasak serta hidangan akan diserahkan sepenuhnya kepada Makcik Uji dan Pakcik E adik bungsu mak dan suaminya.




Harapan saya agar majlis ini akan berjalan dengan lancar serta sempurna, moga Allah s.w.t memudahkan urusan perkahwinan Shahizat, melancarkan majlis kenduri juga. Belajar dari kesilapan kali ini majlis sebelah perempuan diadakan berlainan hari supaya tidak sesak masa. Nikah, majlis sebelah lelaki dan majlis sebelah perempuan diadakan pada hari yang berlainan. Dalam ghairah menguruskan segalanya hati tetap menitip seribu kesyukuran kerana masih dapat menggembirakan orang sekeliling dengan sedikit kudrat yang ada.



Walimatul Urus Sam & Zura


Tarikh lupa sudah bulan Disember tapi.... Bertempat di Kampung Titi Kerbau, Changlon, Kedah. Kebetulan semasa majlis berlangsung saya berada di Perlis dan kampung tersebut pula hanya bersempadan dengan negeri Perlis. Jadinya saya mengangkut rombongan Cik Jah memenuhi undangan teman sepejabat meraikan majlis perkahwinan adik bongsunya.



Lepas makan-makan kami masuk rumah jengah bilik pengantin, saya suka hiasan bilik pengantin yang simple dan paling suka bunga ros besar-besar tu. Kemas dan tak berserabut.



Kemudian kami ambik peluang bergambar di pelaminan yang indah pulak walaupun waktu ini pengantin belum rasmi lagi. Anak dara saya, mak long dan Kakak Mimi.



Pengantin yang ayu dalam warna terang. Saya suka design dan warna baju pengantin, memang bangkit sangat.


Inilah dia teman sepejabat saya Rosmawati, ayu mengalahkan pengantin. Keluarga pengantin meriah dengan warna pink.


Alhamdulillah selamat sudah. Doa yang terbaik buat pengantin agar dapat membina sebuah keluarga yang bahagia dan hidup bersyariat. Majlis meriah, makanan sedap dan layanan pun sangat bagus. Terima kasih teman! 



Mike & Ieqa Cinta Dua Negara


Percintaan mereka amat manis, percintaan dua negara yang berbeza adat dan budaya, cinta di penuhi rindu yang hanya bertaut melalui awan biru. Percintaan mereka moga sehingga ke Jannah. Tautan dua jiwa di malam penuh syahdu dan gilang-gemilang.



   Perkahwinan Mike & Ieqa :  Grand Ballroom, InterContinental Kuala Lumpur..



Perkahwinan Mike & Ieqa : Pre-weeding photo shoot di Filipina.




Perkahwinan Mike & Ieqa : Mak pengantin Kak Habsah.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Door gift. Jewellery box dan coklat di dalam paper beg hitam tertulis nama Mike dan Ieqa.




Perkahwinan Mike & Ieqa : Pengantin. Dara nan manis melangkah ayu di sisi teruna yang segak bergaya. Gadis Melayu bertemu jodoh jejaka idaman kacukan Filipina dan Mesir.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Makan beradab.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Grand Ballroom, Hotel InterContinental, Kuala Lumpur.


Perkahwinan Mike & Ieqa :  Grand Ballroom, Hotel InterContinental, Kuala Lumpur. Teman-teman.






 





Perkahwinan Mike & Ieqa :  Grand Ballroom, Hotel InterContinental, Kuala Lumpur.
Menu - Starter - Sup Tulang Rawan
Menu Utama - Nasi Pandan, Cauliflower dan Brokoli Bakar Keju, Kari Kambing, Ikan Merah Masak Lemak, Udang Harimau Goreng dan Ayam Pandan (tiada dalam gambar)
Pencuci Mulut - Coklat Brownies dan Aiskrim Vanilla.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Hidup tidak sempurna tanpa secawan kopi.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Nak juga bergambar dengan lampu rambu-rambu depan pintu masuk dewan.


Akhir kalam moga kedua pengantin akan berbahagia sehingga kehujung nyawa, dapat saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan menjadi sebuah keluarga yang berjaya dunia serta akhirat. Mak pengantin sudah mula merindu anak di Filipina. Anak yang jauh juga sudah mula minta menu itu dan ini bermakna tak lama lagi jadi opah le nampaknya. Mana nak cari laksa penang kat Filipina nun!



Lawak Pengantin Si Teruna dan Janda


Subuh sapie yang sepi belum pun lagi berkumandang azan. Sejuk cuaca di luar mencengkam kulit sehingga ke tulang. Tidur berselimutkan selimut tebal adalah sangat selesa apatah lagi bagi pengantin baru si teruna dan janda.


Keheningan subuh di pecahkan dengan suara tangisan. Anak yang tidur sebilik menagis seperti di cubit berkali-kali oleh ibunya. Maka terkejutlah seisi rumah yang ada, masing-masing terpinga-pinga. Apakah gerangan yang terjadi di dalam bilik pengantin.


'Kenapa anak menangis tu?'
'Tak ada apa ma'k sahut si menantu perempuan yang merupakan ibu anak yang menangis tadi.
'Kuatnya menangis tak ada apa-apa?'
'Kantoi mak. Celik mata dia tidur sorang-sorang atas katil, ibu dgn ayah tidur kat bawah'


Tak tahu nak gelak ke nak kasihankan si anak tapi yang pasti siang esoknya tetap pengantin kena bahan walaupun sudah hampir seminggu majlis berlangsung.