Memaparkan catatan dengan label peraduan. Papar semua catatan

Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.com.my





Zaman serba canggih dan moden kata orang zaman cyber segalanya bermula dihujung jari sahaja. Rasanya fenomena shopping online tak kurang hebatnya mempengaruhi dunia sekarang. Terbaca mengenai nile.com.my di blog kujie.com terus hati saya terpikat bila melihat blouse yang menarik hati dan saya jatuh cinta dengan hand beg yang dijadikan hadiah oleh Kak Jie buat adik iparnya. Harganya pulak agak berpatutan. Terus saya melayari web nile.com.my.


Bila masuk ke sana sahaja hati saya terus terpikat dengan baju yang murah berbanding dengan online shopping yang lain. Klik sana klik sini intai sana intai sini saya telah memilih 6 helai baju tetapi terpaksa ‘hold’ 3 helai dan membeli yang paling saya berkenan dahulu dengan harapan selepas ini saya boleh beli yang lain-lain itu kemudian. Nak raya kan jadinya saya memilih baju yang boleh saya gayakan pada Syawal nanti.



Rm53.50



Rm47.90


Rm18.00
Inilah tiga helai baju yang telah saya beli.


Baju yang saya beli telah pun sampai tak sabar nak gayakan hari raya nanti. Paling saya gembira hari ini beli esoknya barang telah sampai ke pintu rumah. Baju-baju pula berada di dalam keadaan yang baik. Quality pula sepadan dengan harga. 


Rupa-rupanya nile.com.my sedang mengadakan peraduan ‘Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.Com.My'. Hadiah yang di tawarkan adalah 2 pemenang bertuah akan mendapat Rm300 tunai dan 4 pemenang bertuah akan mendapat Rm100 tunai. Banyak jugak tu hadiahnya. Siapa tak nak kan.


Saya kalau menang peraduan nile.com.my tentulah nak beli 3 helai baju yang telah saya masukkan dalam ‘wishlist’ tu. Rm300 tu banyakkan jadinya lebihan tu bolehlah saya pilih baju untuk anak-anak di nile.com.my sebab anak-anak saya semuanya sudah besar dan gunakan lebihannya sebagai duit raya untuk anak-anak serta anak buah serta sepupu-sepapat saya yang ramai tu. Mesti meriah raya tahun ini dapat duit raya dari nile.com.my dapat shopping dan dapat agihkan duit raya.


Penyertaan adalah mudah sahaja.

1. Tajuk : Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada nile.com.my

2. Letakkan banner serta link http://www.nile.com.my/page.php?cd=76.

3. Tulislah entri dan ceritakan impian kita dengan Rm300 yang bakal dimenangi.

4. Emailkan ke ke give_away@nile.com.my

Raya giveaway (nama penuh)
a. Link blog :
b. Nama penuh :
c. H/p Number

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 21 Julai 2014 jam 11.59pm. Pemenang akan dipilih berdasarkan random.org. Jom sama-sama memeriahkan giveaway ini dan selamat berjaya semua. Saya nam menang. Saya nak menang....


Keputusan akan diumukan pada 23 Julai 2014 jam 4.30pm. Pemenang bertuah akan dihubungi melalui email dan panggilan telefon.


Never a dry moment with NIVEA’s In-Shower Skin Conditioner


Seiring peningkatan usia kulit akan menjadi lebih kering, perubahan cuaca yang tidak menentu dan kurang meminum air memburukkan lagi keadaan. Selain itu penyakit 'malas' menggunakan losyen pelembab juga antara faktor. Terima kasih kepada NIVEA In-Shower Skin Conditioner yang banyak membantu melembabkan kulit menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Produk dengan inovasi terbaru dalam memberi perlindungan kepada kulit wanita. NIVEA In-Shower Skin Conditioner juga dapat menjimatkan masa kerana penggunaannya sangat efektif. Mandi seperti biasa, cuci badan menggunakan 'shower foam' pilihan, bilas dan sapukan NIVEA In-Shower Skin Conditioner di seluruh bandan anda dan bilas lagi sekali. Lap dengan tuala lembut dan rasai kelainan kulit anda! Produk ini sangat lembut, tidak berbuih, tidak melekit, wangi dan paling penting ia menghilangkan kekeringan kulit dengan segera serta bertahan lama. Selepas mandi kulit terasa lembab, lembut dan mulus. Semua kekeringan pada kulit akan hilang sekelip mata.



NIVEA In-Shower Skin Conditioner dalam tiub yang mudah digunakan. Harga pasaran Rm16.90 tetapi saya membeli dengan harga diskaun Rm15.90.



Kulit sebelum menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner. Jelas kelihatan liang-liang roma, kulit kelihatan kering dan tidak sekata.



Krim berwangian lembut, buka penutup dan tuang di tapak tangan. Sekali lagi saya ingin tekankan ia tidak berbuih.



Bilasan pertama selepas menggunakan 'shower foam' nampak bintik-bintik air di lengan.



Selepas disapu dengan NIVEA In-Shower Skin Conditioner kelihatan lebih licin dan sekata.



Lengan selepas dibersihkan dan dilap sehingga kering. Liang roma tidak kelihatan, kulit nampak sekata dan paling penting kulit sangat lembut tanpa perlu memakai losyen. NIVEA In-Shower Skin Conditioner sangat membantu untuk menghilangkan kulit kering dan kusam, 2 in 1 service hanya lakukan semasa mandi tanpa perlu membelek diri untuk menyapu losyen selepas mandi. Sapuan semasa mandi NIVEA In-Shower Skin Conditioner juga meliputi keseluruhan badan jadi seluruh badan terasa lembab, lembut dan segar. Menambah keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai terutama bagi wanita berkerjaya. Bagi surirumah NIVEA In-Shower Skin Conditioner akan membantu melembut dan melembapkan kulit kesan dari sibuk dengan kerja rumah.




Dunia serba moden kita mengejar masa sehinggakan 24 jam yang ada seolah-olah tidak cukup, NIVEA In-Shower Skin Conditioner membantu menjimatkan masa yang ada supaya kita dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting. Tak salah menggunakan kemudahan yang ada bukan? Zaman berubah jadi penggunaan produk juga turut berubah mengikut masa. Dengan penggunaan NIVEA In-Shower Skin Conditioner kulit tidak lagi kering, bergembiralah dengan momen-momen indah kulit lembab, lembut dan berseri. Jadikanlah NIVEA In-Shower Skin Conditioner sahabat sejati anda.



Jom Like Gambar Saya


Jari saya walaupun sibuk tetap ada masa nak klik sana-sini kat internet. Atas ada drawing tapi kat bawah drawing tu saya buka sahaja intenet, bila letih sangat memikir saya klik yang bahagian bawah baca blog kawan-kawan mahupun buat carian lain kat internet. Lega sat. Sempat juga saya sertai peraduan 'AirAsia 200 Million Memories Contest'. Nak cuba jom ramai-ramai hantar penyertaan, mudah sangat hanya upload gambar. Ikut sahaja arahan yang diberi tapi diingatkan gambar tu tak boleh lebih dari 2MB sahaja.


Apa kata jom ramai-ramai tolong like gambar saya kat sini. Gambar saya kecik sahaja yang mana dah besar tu maksudnya dah dapat banyak like. Saya pertaruhkan gambar percutian sekeluarga ke Bukit Tinggi, Indonesia pada March lepas. Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila dapat bawa mak jalan-jalan makan angin. Ikut bersama makcik dan pakcik yang jadi mak dan ayah kedua buat saya tempat menumpang kasih.



Gambar-gambar yang telah mengambil bahagian. Kita boleh hantar sebanyak mana juga penyertaan jadi peluang menang pun lebih banyak jugak.



Saya pertaruhkan gambar ini. Di kelilingi oleh insan-insan tersayang dalam percutian memang saat-saat yang sangat membahagiakan. 


Apa kata jom ramai-ramai like gambar saya dan kemudian sama-sama sertai peraduan ini. Siapa tahu andai rezeki tiba-tiba boleh terbang percuma ke tempat percutian idaman anda.



Fuelled By Fans Powered By Primax



Saya sudah anda bila lagi? 24hb November tarik akhir jom laju-laju masukkan borang dalam kotak di setiap stesen Petronas seluruh negara. Saya pilih siapa? Biarlah rahsia...ahhahaaaa...
Manalah tahu tiba-tiba nak jadi rezeki saya pulak haruslah ada makan besar nanti.