Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan

Kehilangan Kerja Pemberhentian Sukarela

Selepas satu tahun 9 bulan berkhidmat segalanya ternoktah di sini, dengan berat hati dengan seribu kesedihan mengiringi sebuah perpisahan. Walaupun tak lama namun saya cepat serasikan diri di syarikat ini. Selepas kehilangan kerja di tempat lama saya mendapat tawaran di sini melalui Head Of Department Wim de Vos yang telah berhijrah di syarikat tempat saya bekerja sekarang. Tak sempat berehat tamat sahaja di tempat lama cuti seminggu terus masuk kerja di tempat baru. Ada yang telah lama saya kenal ada juga yang baru pertama kali berjumpa namun semuanya cepat mesra.


Ekoran kejatuhan harga minyak yang menjunam, krisis ekonomi yang berpanjangan telah melebihi 18 bulan semua itu memberi kesan yang agak drastic kepada syarikat. Walaupun ada kontrak selama 5 tahun namun client juga menghentikan projek atas alasan keewangan. Satu lagi projek juga ditangguhkan oleh client yang berlainan. Workshare dengan sebuah syarikat di Arab Saudi yang diharap dapat membantu juga tergantung tanpa ada penyelesaian.


Akhirnya syarikat tidak lagi mampu untuk membayar pekerja yang tidak ‘charge’ pada projek. Cashflow semakin meruncing dan memaksa syarikat mengeluarkan pilihan VSS kepada staff dan department saya merupakan antara yang tertinggi charge `overhead’ jadi kami tidak ada pilihan lain. Beramai-ramai kami isi VSS form sebab sekiranya nama berada di dalam ‘retrenchment list’ dan kami tidak mengisi VSS form kami akan rugi sebulan gaji. Saya pilih untuk isi VSS dengan alasan saya memang sudah tak charge project sejak sebulan yg lalu.


Mula-mula rasa sedih, rasa stress tetapi saya masih kawal supaya anak-anak tidak terasa, suami tidak bertambah stress. Sehingga sekarang saya sudah mampu menerima semua yang terjadi. Allah s.w.t sedang merancang yang lebih baik buat saya. Itu ubat jiwa saya. Suami juga menyokong keputusan saya. Kami sama-sama merancang tindakan selanjutnya sekiranya saya masih menggangur dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang memang agak mustahil untuk saya mendapatkan pekerjaan secepat mungkin dengan gaji yang saya miliki. Namun semua itu hak Allah, sekiranya Allah berkehendak maka jadilah ia.


Kali kedua dalam dua tahun namun itu bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Berakhir di sini Allah akan buka jalan-jalan lain buat kita. Allah buka ruang untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru, mencuba bidang baru dan belajar dari pengalaman. Saya insan terpilih untuk diuji. Saya bertambah kuat. Semua yang berlaku dengan izin Allah s.w.t juga. Dia tahu yang terbaik buat setiap hambanya.







Walaupun emosi tidak stabil sebagai seorang ibu turut rasa terhibur malihat anak-anak gembira. Menerima pelawaan sahabat baik untuk sama-sama bercuti di Grand Lexis Port Dickson untuk menenangkan hati yang sedang bersedih.

Rindu Dari Doha


Geng saya nan sorang ni dah tercampak kat Doha sebulan yang lalu, masih ada dua bulan berbaki sebelum dapat balik ke tanah air. Kesian dok tempat orang sendirian ehhh tak ada sorang lagi tapi tetap rasa sunyi sebab jauh dari isteri dan anak-anak. Tiap-tiap hari dia akan skype dengan isteri dan anak-anak. Masuk opis pulak apa lagi dok berchatting jelah dengan kami kat KL Office, nasib baik le ada office system ni kalau dak kering le rindukan kita orang...ahahhaaa...



Gini le hari-hari. Lenguh jari dok menaip melayan kesunyian dia kat sana, asyik tup-tap-tup-tap ja keyboard saya ni bagai nak tercabut dah. Kesian punya pasal saya layan jelah...ahahhaa... Mampus kalau dia baca entri ni. Haiiii...>sambil lambai-lambai orang kat Doha.


Paling sedih selama dah berkahwin dan beranak pinak inilah kali pertama dia beraya berjauhan, ala raya haji je pun... Sebagai bapa mithali perasaan sedih tu tetap ada bila memikirkan keluarga yang ditinggalkan. Lagi-lagi dia ada debab kecik yang ditinggalkan, mau tak sedih! Sabarlah kawan tak lama lagi dah nak balik tu tapi jangan lupa buah tangan untuk kita orang. FM Doha satu! Ekekkekeee...



Sebab kesian nak tunjuk gambar tengah ngadap megi yang seksi tu jadinya akak letaklah gambar yang tengah control hensem ni eh...ahahaaaa... Mau nangis dia kat Doha kalau baca entri ini.


Buat kerja memolek kat sana, jangan pergi sensorang kang tetiba balik bawak Minah Arab balik pulak, mau nanti jadi perang saudara kat sini...ahahhaaa... Balik cepat sikit ai dah tak ada teman nak bergossip ni. Teman nak gurau senda pun tak ada semua yang ada bisu je senyap.



Sahabat Lama Di 2 Syawal


Syawal 2 pada hari Jumaat jadinya masa agak suntuk untuk kaum kerabat yang lelaki nak pergi solat Jumaat, masing-masing lepak di rumah sahaja. Petang baru tengok schedule raya masing-masing balik, ada yang nak balik sebelah mertua pulak hari ini. Saya? Kat rumah mak lagilah. Kemudian mak siap-siap ajak pergi rumah kawan dia, katanya sekejap sahaja lagi pun tak jauh dari rumah dalam 5-6km sahaja pun.



Kenalan mak semasa satu majlis keraian untuk ibu tunggal yang disertai semasa Ramadhan, selayaknya umur seorang anak. Mak ajak pi menegok (orang tempat saya kata menengok ni macam pergi risik-risik keluarga perempuanlah tapi lebih kepada nak kenal-kenal). Kami dijamu laksa ikan segar yang baru naik dari laut, kemanisan ikan luar biasa. Mak dah berkenan sangat nak buat menantu. Berkenan dengan sikap hormat orang tua Cik Lily dan ramah pulak tu. Insyaallah berkat doa mak di bulan Ramadhan mana tahu kali ini Allah makbulkan. Abang saya pun dah 41 tahun umurnya.

Cik Lily dulu junior kat sekolah saya beza 4 tahun jugaklah bermakna bila saya dah Tingkatan 5 dia baru masuk Tingkatan 1 tapi saya memang tak kenal dialah. Sembang punya sembang rupanya mak menakan dia kawan sekolah saya. Keciknya dunia.



Selepas habis sekolah menengah inilah kali pertama kami berjumpa kembali, bayangkan selama 21 tahun tak berjumpa of coz la happy dan banyak cerita nak di kongsi. Dia kata saya tak berubah cuma sedikit kurus dan Dina pula anak perempuan saya kata cantik dan sangat lembut dan saya bersetuju dengan pendapat anak saya. Dina jugak tidak berubah masih lembut dan sentiasa senyum macam dulu. 



Pagi tu dapat jemputan melalui FB adik untuk majlis rumah terbuka seorang kawan lama, junior setahun dari saya merangkap saudara sebelah mak jugak. Kali akhir jumpa dia masa dia Darjah 6 lepas tu dia berpindah ikut mak kandung dia duduk di Ipoh. Norazawati Daud walapun lama terpisah tetap ramah melayan kami. Beropen house di rumah baru tapi ini hanyalah rumah hinggap sebab mereka menetap di Kelana Jaya. Terima kasih Makcik Wati kerena jemput kami. Awak semakin cantik!

Masa sampai dia hanya mengenali adik, lama kemudian baru dapat recall saya. 'Jun! Laaaa...dulukan badan besaq dan tembam-tembam ja, awat jadi lagu ni'? Hahhaaa...ambik ko. Masa merubah segalanya.



Malam pulak aktiviti geng Sekolah Menengah Syed Ahmad, Tambun Tulang (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad). Reunion. Adik ajak saya pi, sebenarnya tiada seorang pun dari batch saya yang pi saja temankan tukang jahit saya tapi dua-tiga orang tu saya kenallah jugak.

Makan-makan steamboat buffet di Reenas Restoran, di Jalan Raja Syed Alwi. Murah gila kot buffet dia Rm9.90 sahaja tapi awas makan sampai habis kalau tak depa akan charge harga makanan tak habis ikut timbangan. Sungguh saya lupa nak snap gambar restro dan makanannya, kalau tak boleh buat entri khas untuk review makanan kat sini.

First time pi sini saya memang tercangak-cangak sikitlah. Gambar tu oren ja pengaruh cahapa lampu warna-warni restro dan pengaruh kamera tak canggih. Konsep restro open. Dak pompuan tu berbisik tanya saya ni sapa? Hahhaaa...kesian kat dia.


Cerita Syawal 2 bersama rakan-rakan lama. Teringat zaman sekolah dulu-dulu tapi saya budak baik jadinya tak banyak kenangan pahit-manis sangat setakat kena berdiri kat tepi selepas perhimpunan kerana kasut tak berkapur tu biasalah!