Memaparkan catatan dengan label cuaca. Papar semua catatan

Rahmat DiSebalik Dugaan


Kemarau, panas, krisis air, jerebu dan paling kritikal kehilangan MH370 tanpa kesan. Dugaan yang Allah berikan kepada kita akhir-akhir ini amatlah sukar untuk ditelan tak kurang pelbagai telahan dibuat bila berhadapan dengan perkara tersebut. Kita sebagai orang Islam masih terus berpegang pasti ada 'Rahmat DiSebalik Dugaan'. Bila semuanya telah pulih seperti sediakala pasti kita akan dapat lihat rahmat yang terselindung, cuma masnya belum tiba.


Panas yang berdeting memberi rahmat serta rezeki melimpah ruah kepada penjual air, krisis air melambakkan rezeki kepada penjual tong-tong air dan penjual air mineral, jerebu memberi rezeki kepada klinik-klinik di mana Allah menarik rezeki kesihatan sedikit dari kebanyakan kita. Rahmat buat mereka yang berkenaan dan ujian buat kita yang terpilih untuk mengharunginya.





Panas, tanah kering dan tanah merekah tetapi pokok belimbing buluh ini berbuah lebat, ada yang sudah boleh di petik, ada yang masih kecil dan ada juga bunga-bunga baru yang berkembang. Rahmat buat kami sekeluarga dan rezeki buat jiran-jiran yang dapat merasa. Konsep kecil "Rahmat DiSebalik Dugaan".


Jerebu Di Mata dan Jerebu Di Hati



Jerebu dari tingkap pejabat saya.


Pagi ini jerebu sedikit kuat di Kuala Lumpur. Bangunan sebelah-menyebelah pun nampak samar-samar, hidung pedih, mata pun turut berair. Sebolehnya gunakan penutup hidung sekiranya mempunyai urusan di luar tetapi kalau dapat elakkan cuba elak dari terdedah.



Bacaan index pencemaran udara bermula pukul 6am selang masa sejam, jadi dalam gambar tu dari pukul 6am-9am.


Itu jerebu di mata tetapi jerebu di hati tiada siapa yang tahu. Bertambah kuat jerebu bila banyak perkongsian tak sepatutnya berlegar-legar di alam maya sehingga membuatkan hati-hati mereka yang kehilangan bertambah pilu. Berhentilah buat lawak bagi kita yang mungkin sangat tak lawak bagi keluarga mangsa. Jangan jadi sumber penyebar fitnah.


#Pray For MH370


Haze Shrouds Kuala Lumpur City Centre


Safety & Health Alert dari syarikat tempat saya cari makan. Sama-sama kita jaga kesihatan dalam keadaan cuaca yang pans dan kering sekarang. Jaga diri dan keluarga. Saya harap pihak sekolah pun akan hadkan aktiviti luar buat sementara waktu.







Indahnya Kuala Lumpur


 Pemandangan di Kuala Lumpur pada 24 June di entri Jerebu Di Kuala Lumpur.




Masih dari tingkap yang sama pada 27 June 5.15pm. Cerah. Mentari bersinar garang. Tiada lagi kabus putih tidak sihat menyelubungi alam. Terima kasih Allah kerana memberi kami nikmat ini sekali lagi. Ujian dari Mu Ilahi kami tempuh dengan redha.



Pesanan buat kawan saya. Dr. Singa sila jangan cemburu dengan view ini. Bila saya mula sibuk bekerja di hari Sabtu saya akan undang awak ke sini. 2 menara yang awak suka nampak jelas dari sini. Boleh menembak di mana-mana tingkat yang awak suka. Pilih sahaja dari 7 sehingga 25.


Jerebu Dalam Mendung


Jerebu Di Kuala Lumpur
Masih live dari tingkat 14 Vista Tower, The Intermark pada jam 3.30pm. Cuaca mendung yang melambatkan sedikit pergerakkan angin yang membawa jerebu ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Sedikit cerah berbanding pagi tadi dalam keadaan cuaca yang terang benderang.


Jerebu di Kuala Lumpur


Pemandangan dari tingkat 14 Vista Tower, The Intermark Jalan Tun Razak pada pukul 10.12am. KLCC nampak kabur tidak seperti hari-hari biasa. Hujung minggu ini elaklah dari melakukan aktiviti luar. Kualiti udara yang kurang bagus ini boleh menjejaskan kesihatan.