Saya kini menjadi pengguna tegar perkhidmatan awam sejak seminggu lepas dan akan berlarutan sehingga bulan November. Parking kereta di depan masjid di Jalan Reko kemudian berjalan 1km ke Stesen KTM Kajang naik tangga, turun tangga tunggu komuter. Sampai di KL Sentral bergegas naik LRT kemudian berjalan lagi 1km ke pejabat. Saya bersenam setiap hari kini.
Bagi memudahkan perjalan saya menggunakan kad Touch & Go, jimat masa. Hari Jumaat yang lalu saya menambah nilai Rm50 malangnya sebaik sahaja saya mengimbas kad untuk keluar baki hanya tinggal Rm29 dari Rm48 yang masih ada di dalam kad. Pagi ini sekali lagi saya menggunakan kad dan baki menyusut dengan ketara.
Saya menuju ke kaunter Touch & Go KTMB di KL Sentral dan katanya saya tidak menimbas kad semaa masuk di Stesen KTM Kajang dan dikenakan penalti sebanyak Rm17.00. Sekiranya terdapat apa-apa masalah saya di minta pergi ke Pejabat Touch & Go yang berdekatan sahaja dengan Kaunter Tiket KTMB. Dua hari perjalanan langsai Rm50 dengan baki terkini Rm7.20.
Palang masuk untuk ke Komuter memang sentiasa terbuka jadinya bila kita meletakkan kad mungkin kita tidak perasan yang mesin pengimbas hanya membunyikan sekali 'beep' berbanding 2 kali yang sepatutnya. Jadi kita terus masuk dan mengimbas di stesen berikut jadi kita akan dikenakan penalti. Berbanding LRT yang sentiasa tertutup dan bila kita mengimbas akan terbuka atau sekiranya mesin tidak dapat membaca kad ia tidak akan terbuka jadi adalah lebih selamat.
Bagi saya KTMB perlu lebih memandang berat perkara sebegini, patutlah saya tengok dari Stesen KTM Kajang jarang pengguna komuter menggunakan kad Touch & Go. Hari Isnin beratur panjang dikaunter tiket mungkin mereka menggunaan pas seminggu atau tiket pergi balik. Pejabat Touch & Go hanya buka pada pukul 8.30am sedangkan saya mengejar masa untuk pergi semula ke sana saya perlu mengutamakan kerja saya yang lebih penting. Jadinya saya anggap itu bukan rezeki saya. Insyaallah akan ada rezeki lain.
Hati-hati menggunakan kad Touch & Go di mana-mana juga Stesen KTMB. Jangan sampai kita menjadi mangsa tidak efisyennya sesuatu perkidmatan. Kesilapan berlaku di mana-mana cuma untuk membetulkan semula memang mengambil masa.
Isninkan Monday Blues gitu (ini cerita Isnin lepas). Mood nak pergi kerja pun ala-ala suam kuku. Tunggu datang pemusnah je langsung tak pergi kerja. Kata orang cari sebab je. Tapi pemilik kereta ini memang layan blues betoi! Kereta bukan cap local punya, siap angkat wiper lagi tu tapi boleh dia tak perasan kepelikan di situ. Bertuah punya budak (ke bapak budak ke mak budak?). Bila menghala ke stesyen dia mesti lalu kat anak panah besar tu, pon dia tak nampak. Lampu terang benderang kot!
Kereta yang nak masuk dah tersangkut terpaksa mengelak dari kereta yang di parking kat tengah jalan tu. Alahaiiii...sapa punya keretalah tu.
Anak panah punya besar dia boleh tak nampak tapi parking di Komuter di Jalan Reko ni memang lane dia bertindih tapi yang baru tu terang sikit dan kat drive way tu ada sebesar alam anak panah. Bersangka baik mungkin dia pi kereja pukul 6am kot tapi saya balik kereja pukul 8.30am nampak ja anak panah drive way tu. Bersangka baik lagi mungkin tak biasa di situ dan tengah rushing kot.
Kadang-kadang kita pun tersasul tak dapat dinafikan sebab semalam masa nak keluar dari parking saya nampak palang diturunkan dan tertulis 'automatik gate'. Blur kejap. Macam mana nak keluar bukan ada orang tunggu. Undur kereta ketepi termanggu-manggu kejap. Datang kereta lain elok je depan palang terus terangkat. Terasa bodoh kejap! Padahal ini bukan pertama kali pon parking kat situ.
Pagi-pagi kejar train, terpaksa beli tiket di Stesyen Kajang secara manual. Sebelum ini ada mesin dalam kaunter sekarang tulis tangan pulak. Punya panjang berbaris. Semalam balik kerja kaunter T&G di Stesen Dang Wangi off-line dan di KL Sentral pulak dah tutup tapi bila ada sorang budak India hulurkan T&G elok ja petugas tu ambik dan tambah nilai. Saya segan sebab dah tulis tutup nanti dikata tak faham bahasa.
Berlari naik tangga turun tangga akhirnya saya dapat train pukul 7.45am tapi tak sempat dah nak berlari ke coach wanita hanya sempat sampai ke pintu bahagian kepala terpaksa berhimpit-himpit di coach biasa. Ada ruang di bahagian kerusi roda saya tersepit di situ dengan seorang lagi perempuan dan sebelah kiri saya seorang lelaki berbadan agak besar duduk di kerusi.
Mula-mula keadaan aman sahaja, lama-kelamaan kepala lelaki tersebut mula dah lentok-lentok kat peha saya. Bab ni paling menyampah. Saya gerak ke kanan sikit. Lama-lama lagi kepala dia semakin condong ke peha saya jugak. Mungkin dia benar-benar tertidur tapi sikap dia tu buat saya tak selesa. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Bila ada penumpang turun saya beralih tempat membelakangi dia dengan jarak yang lebih antara kami. Boleh dia terlentok menggesel punggung saya pulak. Rasa nak pusing baling je dengan botol air.
Saya minta maaf dengan budak perempuan sebelah saya kerana terpaksa menghimpit dia sedikit sebab lelaki sebelah tu sedap-sedap gesel peha saya semasa tidurnya. Dia angguk dan senyum. Esok tobat tak masuk dah coach bercampur ni biar kena tinggal train tak apa asal dapat naik coach wanita dan rasa selamat.
Bagi penumpang-penumpang train mahupun bas dalam keadaan berhimpit-himpit tolonglah faham sensetiviti orang lain jugak. Jangan nak fikir mengantuk serta letih kita sahaja. Jangan kerana kita orang lain rasa tak selesa walapun perkara itu terjadi tanpa kita sedari. Tak pasal-pasal nanti kena sumpah-seranah sia-sia.