Bila balik kampung agenda makan-makan tetap menjadi agenda utama. Terasa apa yang terhidang bagaikan sangat lazat. Bihun sup utara yang sangat super sedap, laksa perlis yang maha likat, ABC yang manis berlemak, char kueateow yang super duper sedap dan lauk pauk yang tersangat membangkit selera semuanya ada. Lalu acara makan-makan menjadi sangat meriah dan acara yang sangat penting dalam kalendar balik kampung.
Saja nak tayang-tayang Jeli Kelapa yang sangat sedap ini. Dihidangkan di dalam sebiji kelapa dan didatangkan khas dari Padang Besar Perlis denga harga Rm3 sebiji. Sambil mencedok jeli sesekali cedok isi kelapa arghhhh...nikmat bila sejuknya jeli melalui tekak dalam cuaca panas!
Masih cerita di Padang Besar. Hari yang tersangat lenggang. Boleh membeli dengan aman tanpa himpitan dan geselan. Boleh tawar menawar hingga harga paling rendah. Boleh exsyen dengan peniaga-peniaga kerana pelanggan yang tidak ramai. Kalau hujung minggu tengok kita orang tempatan sebelah mata sahaja. Kalau cakap luar sikit memang senyum hingga ke telinga peniaga kat sini.
Tujuan utama mak kat sini nak membeli ikan bilis. Sebelum tu dah terbeli orkid tiga pokok. Bawak banker 2 orang jadi mak cuma pilih-pilih sesedap rasa. Menteri Kewangan ikut belakang tolong bayar-bayarkan. Kalau banker satu sengkek dia pusing banker nombor dua.
Gila murah ikan bilis kat sini. Siap kopek dan cantik-cantik. Mau juling mata memilih. Produk seperti biasa dari Siam. Nama pun dok kat sempadan jadi kebanyakan barang memang dibawa dari Thailand.
Mak gigih memilih ikan bilis. Disebabkan gigi sudah banyak yang hilang mak memilih ikan bilis berkepala yang kecil-kecil jadi dia masih boleh makan. Harga ikan bilis yang mak sedang pegang tu Rm18 sekilogram. Kualiti bagus, bersih dan cantik. Nampak ikan pun macam stok baru. Puas hati beli.
Antara ikan bilis siap kopek yang ada. Aina pilih yang nombor tiga dari depan. Comel-comel je ikan bilis yang dibeli. Putih bersih macam orang Siam. Harga ikan bilis siap kopek yang Aina beli Rm13 sekilogram. Paling best semua yang ada dalam gambar tu tidak melebihi Rm20 pun sekilogram rasanya paling mahal Rm18 untuk sekilo. Hambik jenuh makan ikan bilis.

Tengok buah ini hati menjadi terlalu rindu padanya. Buah kegemaran arwah Tok Ayah (Senapi Man). Setiap kali pi nat (pekan sehari) kalau ada buah ini memang dia akan beli. Al-Fatihah buatnya setelah 18 tahun meninggalkan kami dalam kenangannya. Korang tau dak ni buah apa? Cer teka.
Sapa ada anak perempuan masuk sini gila memilih. Tak ada brand. Brand cikai lah made in Thailand tapi memang cantik-cantik gaun cotton tu. Nasib baik anak perempuan dah besar. Harga memang sangat-sangat murah. Pas tu si hero sulung nak beli t-shirt pi kedai dalam gambar tu tak ada yg berkenan last-last pi gerai bahagian luar. Teruja jap tengok pelbagai beg bergantungan. Terjebak sebijik. Cantik dan murah. Brand? Ada aku kesah.
Lepas penat habiskan duit layan tekak yang dah kering. ABC tu Aina punya, Iqbal dan ayahnya minum air kelapa. Niat dihati nak makan pulut ayam tapi tak jadi pasai dok teringat ikan talapia bakar tepi Empangan Timah Tasoh (nanti cerita lain kali). Akhirnya tak menjadi jugak balik rumah goreng ikan bilis.
Padang Besar sangat sinonim dengan barang-barang dari Thailand/Siam. Buah-buahan, makanan ringan, pokok bunga, pinggan mangkuk, periuk, sudu, garfu, kelambu, toto, narita, kain baju sehingga barang perhiasan rumah semuanya ada. Barang perhiasan wanita seperti kerongsang, rantai dan cincin juga ada kat sini. Pandai-pandailah tawar menawar dan biasanya kalau hujung minggu memang harganya agak tinggi berbanding hari biasa.
Jom shopping!
Rasanya sudah 2 tahun tak menjengah Padang Besar walaupun setiap tahun balik ke Perlis. Cuti kali ini kami pergi jugak atas permintaan mak. Walaupun mak kurang sihat kerana menjaga tok yang sakit kami ikutkan sahaja permintaan dia. Demam tak cukup tido dan rehat. Hajatnya mencari ikan bilis tetapi rupanya ada hajat tersembunyi.
Isnin Padang Besar sangat lenggang. Pukul 11 pagi masih banyak kedai-kedai yang belum dibuka. Kedai hanya dibuka awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Destinasi pertama hanya sekitar market (pasar). Segala jenis makanan ada jual kat sini tetapi rupanya mak ada hidden mission.
Inilah tempat pertama di tujunya. Terus lega demam. Senyum-senyum sambil pilih pokok orkid. Kegilaan mak yang baru. Berbaloi beli kerana orkid yang sudah berbunga di jual dengan harga hanya Rm8 atau Rm15 untuk dua pokok sedangkan di nursery sekitar Kangar dijual dengan harga Rm18-25. Mak beli 2 pokok orkid yang sudah berbunga dan satu pokok yang belum berbunga. Semuanya hanya Rm20.
Spesis orkid yang ada di sini. Semuanya dibawa masuk dari Siam. Harga memang berpatutan.
Orang Thailand memang kretif. Hanya dengan sabut kelapa mereka mencuba kelainan. Cantik selepas di varnis. Teringin juga hendak gantungkan didepan rumah bersama sepohon orkid.
Inilah dia hasilnya sabut kelapa tadi. Menjadi pasu gantungan. Di jual dengan harga Rm5. Harga sama sahaja antara yang telah di varnis atau tidak.
Tempurung kelapa disangkut diseludang kelapa. Cantik digantung andai punya halaman yang luas. Punya taman berkonsep tropika ala bali.