Ramai yang berpendapat wajah Hikram saling tak tumpah seperti wajah abahnya.
Kisah cinta mereka retak dan terbelah. Bercerai menjadi jalan penyelesaian terakhir. Bertahun-tahun masing-masing membina hidup sendiri. Anak-anak menerima kehendak jodoh kedua ibubapa dengan redha. Mereka membesar dengan kasih sayang keduanya walaupun ibubapa telah berpisah. Ibu tanpa dendam mendidik anak-anak agar sentiasa menghormati dan menyayangi ayah walaupun mereka tidak bersama.
Bertahun-tahun malahan puluhan tahun mereka terpisah tetapi hubungan baik mereka tetap utuh demi anak-anak. Masing-masing membina kehidupan sendiri, berkahwin dan berkeluarga. Namun mereka tetap menjadi kawan demi anak-anak. Sehinggalah jodoh bekas isterinya sekali lagi tidak panjang bersama suaminya maka jalan akhir juga adalah perceraian.
Di usia 60an usia emas mereka sekali lagi dengan kehendak Allah s.w.t cinta lama bertaut kembali, kasih mereka yang terputus dahulu mekar semula. Mereka dihalalkan kembali dengan sebuah pernikahan. Itulah kuasa Allah s.w.t. Memberi yang terbaik buat kita. Memberi keperluan bukan memberi kehendak.
Sesungguhnya janji Allah itu benar. Siapa kita untuk menentang kehendaknya. Siapa sangka selepas 20 tahun lebih mereka berpisah akhirnya mereka kembali menjadi suami isteri. Pasti banyak kenangan manis yang mereka kenang sehingga sanggup bersama sebagai suami isteri semula.
Bertahun-tahun yang lalu mereka sepasang kekasih yang pernah berjanji untuk mengakhiri hunbungan dengan sebuah perkahwinan. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi Allah (s.w.t) juga yang menentukan. Di takdirkan tiada jodoh antara mereka. Kehadiran orang ketiga berjaya mencairkan hati si dara dan si teruna menaggung kekecewaan yang sarat.
Selepas bertahun-tahun tanpa khabar dan berita dengan takdir Allah mereka kembali berjumpa tanpa disangka. Masing-masing telah berkeluarga. Bermulalah tunding-menunding dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Sehingga satu peringkat mereka terasa seperti anak kecil yang saling bercakaran.
Pertengkaran membuatkan si lelaki telah meluahkan segala isi hatinya yang boleh membuatkan hati seorang wanita tergugat.
"Kasih, sayang dan cinta abang tak pernah berkurangan walaupun sedikit. Tetap sebegitu dulu, kini dan selamanya. Tiada sesiapa pun dapat mengisi kekosongan ruang itu."
Titik.
Sayangnya hatiku telah dimiliki. Walau kenangan itu sentiasa bermain-main dan mempermainkan aku seharusnya kita berdiri di bumi yang nyata. Simpanlah ia sebagai kenangan kerana kasih sayang aku hanya miliknya kini!.
Aku sayang budak kecik ni melebihi dari aku sayang bapaknya...opssss... Tak pasal-pasal ada yang kecit hati pulak, karang merajuk tapi mudah je nak pujuk...hehehe. Love u 2 abah Hikram....love u so much...
