Pernah dengar pekasam nasi? Bukan nasi tu dibuat pekasam tetapi ikan dibuat pekasam menggunakan nasi sejuk. Walaupun sudah 15 tahun menjadi menantu orang Perak inilah kali pertama saya lihat kakak ipar sediakan ikan pekasam. Sebelum ini saya hanya melihat yang siap digoreng dan beranggapan setiap pekasam adalah sama cara pembuatannya.
Perjalanan lebih 3 jam biasanya sangat membataskan masa saya untuk masak-memasak di dapur, sekadar membantu atau kadang-kadang saya langsung berbaring sementara kakak ipar memasak. Memandu sejauh 255km dari Kajang-Bota Kiri membuatkan saya sangat letih dan bertambah letih sebab kebiasaannya kami akan balik semula ke Kajang pada hari yang sama. Tumpuan Pak Tuan di jalanraya semakin berkurangan berikutan faktor umur jadi saya akan menjadi pemandu setiap kali balik kampung.
Cara-cara untuk membuat pekasan ini sangat mudah. Ikan talapia hitam dicuci bersih, digaramkan. Kemudian dilumurkan dengan nasi dan dimasukkan asam keping. Apa yang saya lihat didalam perut ikan mesti ada asam keping. Rasa pekasam ini agak kurang masamnya berbanding pekasam beras goreng. Masih boleh menikmati rasa ikan, masam yang kurang dan wangi semasa menggoreng juga tidak menusuk hidung. Berbanding pekasam beras goreng yang biasa orang Perlis buat bau pekasam ini sedikit kurang berbanding pekasam beras goreng yang berbau agak kuat.
Bekalan dari kakak ipar. Sebelum menggoreng buang semua nasi yang ada di badan dan perut ikan. Saya buat kerja senang cuci sahaja terus dengan air.
Inilah hasilnya. Wangi dan sedap makan dengan nasi panas.
Sabtu lepas balik kampung suami di Bota Kiri, kalau cerita
balik kampung kegembiraan sama saja balik Perlis ke balik Perak ke hati tetap
gembira sangat sebab dapat jumpa kaum keluarga. Lagipun sejak suami kakak ipar
meninggal ini kali pertama nak ziarah
dia walaupun dia dah pesan balik Perlis cuti Tahun Baru Cina singgah kampung
tidur sini kak dah dok sorang tetapi saya tak balik juga sebab fikirkan suami,
kalau boleh nak balik tengok kakak dengan dia.
Kami balik ke rumah kakak ke empat Pak Tuan bersiap-siap untuk ke rumah mak mertua yang di dijaga oleh kakak ke tiga yang tinggal bersama dua anak serta cucu-cucunya.
Balik Perak tentulah patin tempoyak cara orang Perak menjadi
menu utama, saya siap minta kakak ipar masak lebih untuk bawak balik. Hahahaaa…nasib
baik kakak-kakak ipar semua baik-baik serta faham yang adik ipar tak pandai
masak patin tempoyak. Kakak-kakak ipar semuanya dah sebaya emak dan ada yang
lebih tua dari emak sendiri jadi saya jatuh sayang pada mereka seperti saya
sayang emak. Bila merenung wajah mereka perasaan sayu mula berselinap di ruang
jiwa. Apa tah lagi Pak Tuan setelah emak mertua meninggal sayang itu beralih
kepada kakak-kakak. Kalau balik siap peluk-peluk cium-cium kakak. Jangan tak
tahu kadang-kadang air mata lelaki dia menitis juga.
Entah bila kakak masukkan roller blade ke dalam bonet
kereta, kalau tak boleh bawa skuter Alya sekali baru ada geng nak main-main kat
jalan. Ini kegilaan baru kakak Hayani sehingga minta dibelikan untuk dia dengan
alasan nanti kongsi juga dengan adik dan abang. Trend sekarang dah naik semula
roller blade ini lepas lama menyepi. Mana-mana pun boleh lihat anak-anak
bermain roller blade malahan ada juga tempat yang menyewakan roller blade.
Sebab mama punya waktu yang agak terhad untuk melayan kehendak kakak jadi
belikan sahaja satu, petang selepas habis sekolah dia akan keluar ke Kajang 2
bersama kawan unuk bermain roller blade.
Beli ais krim!
Jalan lenggang sebab hari cuti hujung minggu sukalah kakak.
Alya suka sangat cuci pinggan sebab singki kat rumah kakak Pak Tuan rendah habis di kutip cawan dicucinya. Kalau abah dan mama berjalan sanggup tinggalkan ayah dan ibu.
Anak perempuan nan seorang bukan mengikut kata anak tetapi bila orang lain ada jadi kasihan pulak dia asyik merengek sahaja, lagipun kalau hendak bermain diluar ambik masa mama pula belikan satu pandai-pandailah kakak urusakn masa. Kegembiraan anak-anak tetap menjadi keutamaan bukan bermakna memewahkan anak tetapi memberi mengikut kemampuan. Selain itu setiap pemberian adalah ganjaran buat mereka atas usaha mereka di sekolah juga sebagai menggembirakan hati anak-anak yang ringan membantu kerja-kerja di rumah.
Pagi saya publish cerita kami sekeluarga
menziarah kakak Pak Tuan yang sedang sakit di Hospital Changkat melintang dan kemudian dipindahkan ke Hospital Baling kerana lebih dekat dengan anak yang akan menjaganya. Tanggungjawab seorang anak, istei serta ibu tetap perlu digalas dalam waktu yang sama. Itulah jalan terbaik.
Pukul 3.00 pm saya dapat panggilan dari kakak nombor 3 Pak Tuan mengatakan Chor sedang tenat sedang semalamnya diberitakan yang dia semakin sihat. Bantuan pernafasan sudah mula diberi secara berkala bukan lagi 24 jam. Dia juga sudah mula makan bubur nasi dengan agak banyak serta sudah mampu bercakap. Rupanya dia hanya menyedapkan hati insan-insan di sekelilingnya. Tepat 3.45pm telah sampai hukumnya Siti Robeah Syed Jamalid telah pergi menemui penciptanya. Kesedihan memenuhi ruang di hati, ibu mertua telah kembali ke rahmatullah 5 bulan yang lalu sedih masih terasa kini kakak ipar pulak pergi. Kesedihan berganda.
Bertolak dari rumah dengan anak-anak pada pukul 8.30 malam, tiba di Kampung Ekor, Bota Kiri pada pukul 12 malam. Tak mampu rasanya kaki melangkah. Hening. Suram bukan seperti selalu. Jenazah terbaring kaku. Semuanya telah disempurnakan di rumah menantunya di Kroh, dimandiakn, dikafankan dan disolatkan di sana dan dibawa balik ke Bota Kiri atas permintaan Pak Tuan. Hanya bahagian muka dibuka keesokan harinya untuk memberi peluang kepada anak-anak serta saudara dan jiran-jiran memberi penghormatan terakhir. Sekali lagi di solatkan di masjid berdekatan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di belakang masjid.
Usai majlis pengkebumian awan hitam mula berarak, cuaca yang tadi cerah tiba-tiba menjadi gelap. Sebaik sampai kembali ke rumah Chor hujan membasahi bumi, lebat kemudian renyai-renyai dan berhenti. Cuaca yang tadi hanagt tiba-tiba menjadi sejuk. Semoga Allah s.w.t memudahkan urusan dia di alam barzakh.
Cerita duka dua kehilangan ahli keluarga suami tahun ini sedangkan tahun lepas kami juga di uji dengan berita sedih di pihak keluarga saya. Kehilangan ibu saudara, seminggu kemudian saya keguguran dan selang tiga bulan nenek pula mengikut emak saudara menemui sang pencipta. Al-Fatihah buat semua keluarga yang telah dahulu mengadap Ilahi. Hanya doa dan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu dikirim buat mereka. Moga Allah s.w.t mempermudahkan urusan mereka dan urusan kita kelak.