Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan

Kuasa Duit 'Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh'

Kuasa duit boleh menukarkan kebiasaan menjadi luar biasa. Luar biasanya Dato' Sri Vida meluaskan kuasanya bukan hanya sebagai taikun kecantikan melangkaui di arena hiburan kini mula meluaskan sehingga ke padang bola sepak yang kebanyakannya di kuasai oleh kaum lelaki. Ke anehan, kegedikan atau apa sahaja gelaran yang diberi kepadanya tidak langsung menjadi kudis. Malah semua itu semakin membantu melakar empayar kegemilangan beliau.






Stadium Kelantan bertukar pink itulah realitynya, pemain Kelantan bakal menggunakan jersey berwarna pink juga inilah kenyataannya. Kekayannn, kejayaan meletakkan Dato' Seri Vida layak meminta apa sahaja atas harga sebuah pengorbanan untuk bola sepak Kelantan. "Ehh,..saya keluar duit saya boleh minta apa sahaja". Saya suka ayat dalam loghat Kelantan tersebut. Orang berbudi kita berbahasa begitulah adatnya.



Suka atau tidak penyokong Red Warrior perlu menerima segala syarat yang dikenakan demi memberi nafas kepada masa depan bola sepak Kelantan. Bukan warna menjadi taruhan namun kebajikan pemain perlu menjadi keutamaan.


Walaupun ramai yang mengkritik cara Dato' Sri Vida berpakaian mahu pun ketika menggayakan "tag line' produk bagi saya itulah kelainan beliau. Kelainan yang membuatkan kita ingat kepada dia sehingga bila-bila. Rezeki Allah s.w.t beri kepada beliau pasti ada sebabnya. Kalau dapat jumpa Dato' Seri Vida saya cuma nak tanya tak nak ke 'pre love' baju-baju yang sudah penuh sebilik tu. Teringin pulak nak pakai baju lip-lap lip-lap macam Dato' Sri terutama baju blink-blink untuk iklan Millenia. Nak menjadi protege Dato' rasanya saya tak ada pula ciri-ciri yang dikehendaki.





Saya menyokong produk keluaran bumiputra muslim, jihad ekonomi muslim. Moga semakin ramai akan lahir usahawan-usahan yang berjaya bukan sahaja berjaya dunia tetapi masih tetap tidak melupakan akhirat.



Bengkel Motor Kena Pecah


Cabaran orang berniaga memang tak dapat dijangka terutama sekali dalam bab sakit hati serta dengki mendengki. Sebagai peniaga seharusnya bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran yang satu ini kerana kita tidak mampu untuk merubah sikap manusia. Paras dengki itu akan bertambah tinggi seiring dengan kejayaan setiap peniaga, semakin berjaya semakin ramai yan sakit hati dan sakit mata melihat. Maka bermula juga tindakan-indakan yang tidak sepatutnya berlaku yang berlawanan  dengan hukum mahupun undang-undang.



Pemegang mangga kena ketuk. Operasi mungkin sebelum subuh sebab kedai sebelah menyebelah beroperasi sehingga 1am dan gerai burger kat depan pun 2-3am baru tutup.



Adik saya Muhammad Shahizat tuan punya JMR Motorwork di Perlis tak terkecuali menghadapi situasi sakit hati dan dengki ini walaupun perniagaannya tidaklah segah Chin Hin Motor yang terkenal di Kedah/Perlis. 27hb Oktober 2015 bengkel kecil berdekatan Kolej Komuniti Tambun Tulang dipecah masuk, pelbagai barangan hilang dan paling menghairankan stok spare part motosikal tak di usik, duit sewa kedai yang terselit di celah-celah resit masih ada yang hilang adalah perkakasan untuk bekerja seperti spanar dan lain-lain. Nampak dia sangat tenang namun dia luahkan juga rasa kecewa kepada anggota yang mengambil keterangan di balai. Katanya `Saya tak kisah kalau masuk ke kedai ambik barang-barang lain tapi dia ambik pancing macam mana saya nak mengail lagi?’.




 



JMR Motorwork Tambun Tulang spare part tak terjejas tetapi barang-barang untuk buat kerja yang hilang.



Spanar yang hilang adalah barangan kesayangan dia tanpa spanar kerja tak boleh nak buat, selain itu ada 3-4 barang lain lagi hilang yang harganya setiap satunya melebihi seratus ringgit. Satu set spanar berjenama SATA yang hilang pula bernilai lebih Rm1800, barangan kesayangan dia pulak. Kesemua barangan yang dicuri adalah yang boleh dibawa dengan tangan kemungkinan pencuri itu datang dengan motor, pecahkan pemegang mangga di pintu depan ambil barang dan pergi dalam keadaan tergesa-gesa sehingga lupa menutup pintu.



JMR Motorwork kedai utama di Pida Dua Sekerat kedai ini depan rumah mak sahaja.


Semua barang kena beli semula kalau dapat dana seperti ni tak apa juga `10 Super Awesome MalaysianBusinesses: Which One Do You Think DeservesRM250,000?’ boleh berangan untuk mulakan perniagaan yang lebih besar tanpa perlu memeningkan kepala. Bukan setakat berangan boleh terus mulakan besarkan perniagaan di kedai baru yang lebih bagus. Adik saya pun bermula dari rumah, kemudian buat bangunan depan rumah mak jadikan bengkel daftar perniagaan secara sah, hadiri kursus anjuran pelbagai agensi kerajaan terutama MARA. Kemudian mendapat pinjaman dari TEKUN dan MARA. Semua itu bukan terbina sekelip mata semua itu memerlukan usaha dan kerja keras. Bila mula berjaya sedikit timbul iri hati, dengki kianat sedangkan mereka enggan berusaha.


Perkara mula-mula bila tengok keadaan kedai dia bagi tau mak yang ada bersama. Allah s.w.t sedang mengatur yang terbaik buat dia, moga siapa yang ambik barang-barang dalam begkel dia mendapat petunjuk tanpa ada riak kecewa di wajah dia tetapi hati menangis siapa yang tahu. Sebagai kakak perkara yang sama saya bagitahu insyaallah ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui dan Dia tak akan menganiaya hambanya dan tidak akan juga menguji kepada yang tidak mampu menaggung.



Walaupun kecewa semangat tetap tak hilang JMR Motorwork di Kampung Pida Dua Sekerat dan Tambun Tulang tetap beroperasi seperti biasa.