Memori 2013

1:05 PTG JunAina 13 Comments


Hari terakhir 2013 esok bermula juga satu fasa lagi di dalam kehidupan kita, fasa melalui tahun 2014 yang semakin mencabar mungkin. Tiada azam baru (dah bertahun-tahun memang tak ada azam selain satu dua perkara yang menjadi keutamaan yang ingin dicapai itupun untuk jangka panjang).


Terlalu banyak pahit dan manis pada tahun ini semuanya bercampur baur. Air mata yang jatuh Allah s.w.t beri kemanisan kemudiannya. Siapa kita untuk menghalang takdirnya. Air mata tumpah dihari perginya ibu saudara tersayang pada bulan Febuari, seminggu kemudian kehilangan janin yang sedang membesar di dalam kandungan dan pada April tok (nenek) menghembuskan nafas yang terakhir mengikut jejak mak lang. Terkesan. Lemas sehingga hati tidak keruan.


Febuari juga Allah telah tetapkan rezeki kami mungkin, rumah teres yang menjadi salah satu azam untuk dimiliki telah bertukar tangan kuncinya. Bertambah manis bila rumah tersebut adalah hasil penat lelah sendiri tanpa dikongsi. 3 November 2013 kami sekeluarga mampu tersenyum kerana menerima ahli keluarga baru bila abang yang sekian lama membujang bertemu jodoh. 14 November 2013 sekali lagi Allah menghadiahkan hari gembira bila Kakak Hayani mendapat 4A1B di dalam peperiksaan UPSR semoga selepas ini kejayaan akan sentiasa bersama dia. 


Itulah antara hari besar yang akan menjadi ingatan sepanjang perjalanan kehidupan. Kenyataan kehidupan yang bakal dikenang senyum, tangis dan ketawa itulah pelengkap kitaran hidup.



13 Rider Beraksi:

Mike & Ieqa Cinta Dua Negara

10:14 PG JunAina 15 Comments


Percintaan mereka amat manis, percintaan dua negara yang berbeza adat dan budaya, cinta di penuhi rindu yang hanya bertaut melalui awan biru. Percintaan mereka moga sehingga ke Jannah. Tautan dua jiwa di malam penuh syahdu dan gilang-gemilang.



   Perkahwinan Mike & Ieqa :  Grand Ballroom, InterContinental Kuala Lumpur..



Perkahwinan Mike & Ieqa : Pre-weeding photo shoot di Filipina.




Perkahwinan Mike & Ieqa : Mak pengantin Kak Habsah.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Door gift. Jewellery box dan coklat di dalam paper beg hitam tertulis nama Mike dan Ieqa.




Perkahwinan Mike & Ieqa : Pengantin. Dara nan manis melangkah ayu di sisi teruna yang segak bergaya. Gadis Melayu bertemu jodoh jejaka idaman kacukan Filipina dan Mesir.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Makan beradab.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Grand Ballroom, Hotel InterContinental, Kuala Lumpur.


Perkahwinan Mike & Ieqa :  Grand Ballroom, Hotel InterContinental, Kuala Lumpur. Teman-teman.






 





Perkahwinan Mike & Ieqa :  Grand Ballroom, Hotel InterContinental, Kuala Lumpur.
Menu - Starter - Sup Tulang Rawan
Menu Utama - Nasi Pandan, Cauliflower dan Brokoli Bakar Keju, Kari Kambing, Ikan Merah Masak Lemak, Udang Harimau Goreng dan Ayam Pandan (tiada dalam gambar)
Pencuci Mulut - Coklat Brownies dan Aiskrim Vanilla.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Hidup tidak sempurna tanpa secawan kopi.



Perkahwinan Mike & Ieqa : Nak juga bergambar dengan lampu rambu-rambu depan pintu masuk dewan.


Akhir kalam moga kedua pengantin akan berbahagia sehingga kehujung nyawa, dapat saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan menjadi sebuah keluarga yang berjaya dunia serta akhirat. Mak pengantin sudah mula merindu anak di Filipina. Anak yang jauh juga sudah mula minta menu itu dan ini bermakna tak lama lagi jadi opah le nampaknya. Mana nak cari laksa penang kat Filipina nun!



15 Rider Beraksi:

Perkhidmatan Kerusi Roda AirAsia

8:30 PG JunAina 13 Comments


Saya cuba mendapatkan perkhidmatan kerusi roda AirAsia untuk emak semasa penerbangan dia bersama Kakak Hayani balik ke Perlis cuti Tahun Baru nanti. Ini pertama kali saya cuba menggunakan khidmat kerusi roda sebab emak demam dan mungkin pada tarikh itu kesihatan emak masih belum stabil. Biasalah orang tua akan ada masalah bila perlu berjalan jauh sebab LCCT tu agak besar dan saya bimbang kapal terbang di parking jauh dari balai menunggu. Di Alor Star saya tak bimbang sangat sebab Lapangan Terbang Alor Star kecik sahaja.



Saya cuba 'mengurus' semula tempahan untuk memasukkan perkhidmatan kerusi roda tetapi saya sangat terkejut rupanya ada bayaran yang dikenakan. Pulak tu bagi saya Rm60 untuk khidmat sebegitu agak mahal. Pandangan peribadi saya tak boleh ke AirAsia buat sedikit khidmat sosial kepada penumpang kurang upaya mereka. 


Emak saya kata tak apalah mak jalan sahajalah pelan-pelan takkan depa nak tinggai mak pulak, lebih baik Rm60 tu bagi mak je buat belanja makan bila sampai Alor Star nanti...ahahaaa...


13 Rider Beraksi:

Ulangtahun Perkahwinan

11:24 PG JunAina 24 Comments



Dia tak ingat pun. Sms yang dihantar sejak subuh juga tidak berbalas sehingga nak masuk tengahari. Cuma pagi tadi saya dapat pelukan dan ciuman mesra dari dia tanpa sepatah kata ucapan. Itupun saya sudah cukup merasa bahagia.

12 tahun bersama dia. Terima kasih sayang atas bahagia yang diberi walaupun kehidupan kita tidak sesempurna orang lain tetapi Yang tetap bersyukur dan redha kerana setiap ketentuan Allah s.w.t  pasti di penghujungnya penuh kemanisan.



24 Rider Beraksi:

Tanda-Tanda Awal?

10:30 PG JunAina 13 Comments


Seluar saya mula mengecik.

Baju-baju saya juga mula mengecut.

Berat badan saya mula naik mendadak.

Tekak mula loya-loya.

Adakah ini tanda-tanda awal?

Andai rezeki siapa yang mampu menolak...

Yang pasti sebenarnya saya memang kuat makan sekarang...tak hairanlah badan saya naik.

Hari ini selain secawan kapucino saya juga minum secawan nescafee 'o' lagi...so kalau loya-loya dan pening-pening itu adalah normal!



13 Rider Beraksi:

Petua Elak Bau Durian Di Dalam Kereta

1:57 PTG JunAina 21 Comments


Bila musim durian selalunya balik Bota pasti ada durian yang di bawak balik ke Kajang. Semerbak haruman durian dalam kereta yang tertutup rapat. Ada pulak yang tak tahan haruslah muntah-muntah sepanjang jalan yang mengalahkan orang mengandung.


Petua elakkan bau durian di dalam kereta dengan memasukkan beberapa helai daun pandan tapi kalau banyak lagi bagus dan campak ke dalam bonet kereta bersama durian tadi. Biasanya itulah yang kakak ipar saya akan buat untuk saya. Insyaallah nyaman sahaja perjalanan tanpa bau durian yang menyengat.


Sekarang pun banyak durian di jual sana-sini, pasar malam pun banyak tapi rumah mak mertua duriannya tak menjadi. Tahun ini kami hanya beli dari kebun orang dan bawak balik Kajang dan tak boleh nak makan sakan-sakanlah.


21 Rider Beraksi:

Sejak Kebelakangan Saya Banyak Berhutang

11:47 PG JunAina 24 Comments


Selain hutang bank yang bertimbun saya juga banyak hutang-hutang lain. Pening dok memikirkannya. Hutang saya dengan Allah s.w.t adalah paling banyak dan tidak terkira. Mungkin juga ada hutang-hutang dengan orang semakin saya lupa...entahlah...mungkin hutang lama yang saya sendiri tidak tahu nilainya kini. Juga orang yang menghutangkan kita pula entah pergi ke mana tanpa dapat di kesan. Sibuk urusan dunia saya harap tidak melalaikan saya kepada urusan akhirat.


Entri di blog juga banyak yang tertangguh, masih berhutang beberapa entri wajib dikongsi tetapi tiada masa hendak edit gambar-gambarnya. Dua edisi perkahwinan yang mungkin bila saya publish mereka sudah bertambah jadi 2 1/2...rezeki... Satu entri bersama anak-anak dan Bagan Lalang dan Morib menjadi tujuan setelah bajet percutian asyik 'terguna' dek kekerapan berulang balik ke Perlis tahun ini. Pecah rekod tahun ini saya balik 7 kali. Bayangkan setiap kali balik saya memperuntukkan perbelanjaan Rm1500 tak termasuk belanja raya yang mungkin lebih dari itu dan belanja balik ke rumah mertua di Bota tiap-tiap bulan. Itu saya harap akan mejadi bekalan saya di akhirat kelak. Bakti saya kepada ibu dan ibu mertua.


Saya tak boleh nak berlama sebab sejak pagi 'server down' jadinya sekarang adalah masa untuk speed drive ke enjin turbo. Sebab apa yang sedang saya buat ini mesti submit esok! Insyaallah ada masa saya melawat blog kawan-kawan.


Salam...jangan nak 'monday blues' sangat.



24 Rider Beraksi:

Pukul 12...

12:10 PTG JunAina 19 Comments


Saya senyum pada bos dalam bilik.

Saya angkat beg.

Saya lenggang kangkung dengan beg sandang dan botol air pink.

Daaaa...hari ini hari Jummat, haruslah saya balik pukul doblas.



Sehari dua lagi kami akan makan besar lagi. Sebahagian dari kami telah dan akan
meninggalkan kami. Rindu? Itu sudah pasti...



19 Rider Beraksi:

Semakin Tua Semakin Manja

8:55 PG JunAina 19 Comments


Minggu dulu tu saya balik kampung memang letih memandu sendirian. Jadi malamnya tidur saya sangat lena, kena pulak cuaca kampung yang dingin dan suasana yang sangat sunyi bertambah saya dibuai mimpi. Tiba-tiba hp berbunyi, pesanan ringkas terpampang wajah kesayangan hamba yang tak ikut bersama.

'Abang sakit lutut amat sangat. Berdenyut-denyut. Tak le tidur terlalu sakit. Mengerang. Nangis abang sorang-sorang.' - 1.46am

'Tadi merangkak cari ais demah lutut, ini merangkak cari ubat pulak" -1.54am

Pesanan ringkas yang kedua baru saya terjaga. Sebagai isteri hati saya sangat tersentuh sebab saya tiada di sisi di saat-saat dia sangat memerlukan bantuan saya. Biasanya kalau dia kena serangan gout seperti itu bermakna kami berdua memang tak dapat melelapkan mata sehingga ke pagi. Sayalah akan jadi jururawat sepanjang malam demah kaki dengan ais, gosok-gosok kaki yang sakit dan paling penting saya ada untuk tenangkan dia dalam kesakitan.


Sejak dah memasuki arena warga emas ini perangai dia semakin manja dan kadang-kadang tu mengada-ngada pulak. Perhatian kena lebih pada dia sahaja kalau tak mulalah merajuk-rajuk. Kadang-kadang tu kalau beri lebih perhatian pada hp pun boleh muncung mulutnya macam ikan puyu. Sesekali perhatian lebih pada anak-anak pun dia akan terasa seperti terabai.


Agaknya esok-esok bila saya dah mencapai umur seperti dia perasaan yang sama juga akan dirasa. Siapalah pulak yang akan layan kerenah saya ketika itu.


19 Rider Beraksi:

Lawak Pengantin Si Teruna dan Janda

10:17 PG JunAina 21 Comments


Subuh sapie yang sepi belum pun lagi berkumandang azan. Sejuk cuaca di luar mencengkam kulit sehingga ke tulang. Tidur berselimutkan selimut tebal adalah sangat selesa apatah lagi bagi pengantin baru si teruna dan janda.


Keheningan subuh di pecahkan dengan suara tangisan. Anak yang tidur sebilik menagis seperti di cubit berkali-kali oleh ibunya. Maka terkejutlah seisi rumah yang ada, masing-masing terpinga-pinga. Apakah gerangan yang terjadi di dalam bilik pengantin.


'Kenapa anak menangis tu?'
'Tak ada apa ma'k sahut si menantu perempuan yang merupakan ibu anak yang menangis tadi.
'Kuatnya menangis tak ada apa-apa?'
'Kantoi mak. Celik mata dia tidur sorang-sorang atas katil, ibu dgn ayah tidur kat bawah'


Tak tahu nak gelak ke nak kasihankan si anak tapi yang pasti siang esoknya tetap pengantin kena bahan walaupun sudah hampir seminggu majlis berlangsung.



21 Rider Beraksi:

Pengantin

8:58 PG JunAina 20 Comments


Pengantin perempuan dalam dress putih. Dah selamat ke Manila jadi pemastautin di sana.


Saya nak sangat cerita tentang pengantin ini tetapi masa terlalu menyekat, jadinya tengoklah bayang-bayang pengantin dulu ya.


20 Rider Beraksi:

Imam Istimewa Nur Di Hati Melebihi Segalanya

9:21 PG JunAina 25 Comments


Semalam saya berkesempatan solat berjemaah di Masjid Jamek, Kuala Lumpur lagi, Pak Tuan sibuk lagi hari ini. Saya memilih untuk bersolat di sana berbanding bersolat sendirian di pejabat. Wajah-wajah biasa yang saya lihat tak kurang juga wajah asing yang datang dan pergi silih berganti memeriahkan rumah Allah.


Sebaik mula bersolat hati saya sangat tersentuh menghayati setiap bait-bait bacaan imam yang merdu, sangat terang dan jelas bacaannya dan meninggalkan satu kesan yang sukar di ungkapkan. Usai bersolat diteruskan dengan zikir dan doa yang agak panjang namun terasa sangat sekejap dek bacaannya yang meruntun kalbu. Titis-titis jernih air mata jatuh satu persatu walaupun bacaannya hanya sedikit yang difahami kerana menggunakan Bahasa Al-Quran. Lantunan suaranya sangat menyebakkan dada.


Beberapa kali sudah saya berkesempatan bersolat dengan di imamkan dia. Setiap kali itu jugaklah hati bagai di pagut pilu. Itulah kelebihan dia. Allah memeberi kekurangan kepadanya tetapi memberi kelebihan yang tak terhingga kepada dia. Allah menggelapkan penglihatannya tetapi memberi nur yang sangat terang di hatinya. Kita yang celik pun tak mampu jadi begitu. Terasa kerdilnya diri ini.


Imam ini buta itulah istimewanya dia. Suatu hari mungkin saya boleh duduk dan berborak dengannya, mengutip pengalaman dan ilmu darinya.



25 Rider Beraksi:

Bila Suami Dingin

5:59 PTG JunAina 7 Comments


Apa yang sepatutnya seorang isteri buat apabila suami mula dingin dengan layanan di bilik tidur? Bukan sekadar mula dingin tetapi sebaik sah bergelar suami isteri hubungan itu sangat hambar. Tiada keterujaan dalam melalui detik-detik bersama. Lama-kelamaan langsung ia menjadi keterbiasaan untuk suami tidur memalingkan badan dari isteri.


Kedengaran sedikit ganjil dari kebiasaan kerana biasanya isteri yang dikaitkan dengan keadaan begitu. Bila mendengar permasalah sebegini saya hilang kata-kata. Semakin hilang kata-kata bila isteri juga menganggap itu adalah kebiasaan bagi pasangan lain juga. Semakin kasihan apabila ibubapa mertua mula berbunyi dan mendesak soal cucu. Desakan itu pula lebih mengarah kepada isteri yang bermaksud kesalahan tidak mendapat cucu diletakkan diatas bahu isteri dengan perbuatan-perbuatan yang kononnya dapat membantu mereka mendapat zuriat yang membuatkan isteri sangat tertekan sedangkan suami langsung tidak merasa bersalah.


Saya ingin menolong tetapi apakan daya, saya cuma mampu memberi pandangan. Menjadi pendengar agar hati dia menjadi lebih ringan dengan bebanan yang ada. Penyelesaian ada pada mereka pandangan saya mungkin sedikit sebanyak memberi idea untuk sahabat ini menyelesaikan masalah. Bila melibatkan soal ini isteri tidak boleh malu untuk membincangkannya. Walaupun perasaan malu yang sebati dengan wanita Melayu sangat tebal untuk berlaku adil kepada keduanya sahabat saya perlulah kuat.


7 Rider Beraksi:

Zon Keutamaan

10:10 PG JunAina 17 Comments




Kalau naik pengangkutan awam kita selalu dapat lihat peringatan seperti di atas. Zon Keutamaan yang di khaskan kepada ibu yang membawa anak kecil, ibu mengandung, wargaemas dan orang kurang upaya. Rata-rata pengangkutan awam akan menyediakan tempat khas ini tapi kalau bas saya tak pasti sebab sudah lama rasnya tak naik bas kecuali bas mini dari Komuter Kajang ke Kajang Utama setiap Jumaat sebab saya kerja separuh hari, bas tu memang tak ada semua ini.


Rabu 11hb Dec saya bekerja naik komuter dan LRT. Petangnya seperti biasa rakyat Selangor yang bercuti ambik peluang membeli belah di Kuala Lumpur. Sesak luar biasa! LRT pula bermasalah jadi saya berjalan dari Dang Wangi ke Komuter bank Negara (berpeluh ketiak).


Paginya saya berasak-asak naik komuter di Kajang. Turut naik bersama sepasang suami isteri dan anak kecil tapi di gerabak berlainan mungkin sebab berada di koc wanita mereka berjalan ke koc sebelah (tempat saya berdiri). Di Zon Keutamaan duduk seorang wanita yang sangat lena tidurnya mungkin perjalanan jauh dari Seremban, lelaki negro dan berbadan sasa buat muka tak bersalah dan seorang lagi lelaki Cina yang buat-buat tak faham apa yang di tulis mungkin. Tiba di perhentian seterusnya lelaki Cina turun dan lelaki Melayu yang sedang berdiri dengan selambanya duduk sedangkan suami isteri ini bersama anak kecil dibiarkan berdiri. Ikut hati nak saja saya sound!


Masihkah kita tidak perihatin? Mungkin nak kena sekolah balik depa ni.



17 Rider Beraksi:

Che Ta Punya Pukulan

9:03 PG JunAina 23 Comments



UV saya naik mendadak hampir separuh dari kebiasaan. Hanya kerana cerita perkahwinan Che Ta yang saya tulis di sini dan sini tiba-tiba ramai yang sudi singgah. Bukan mencari publisiti murahan tetapi saya memang tak sempat nak buat entri panjang-panjang jadi saya hanya pilih entri mudah sahaja. 


Salam Jumaat buat semua. Saya sangat sibuk sekarang sejak turun ke department floor, sibuk kerja dan orang pun sibuk lalu-lalang di tempat saya dan saya sangat tidak selesa. Tak sempat nak bw sesekali saya masih mencuri masa jugak jengah blog kawan-kawan.



23 Rider Beraksi:

Rozita Che Wan dan Zain Saidin - Ini Dikatakan Jodoh

5:48 PTG JunAina 15 Comments


Jodoh itu rahsia Allah. Berkawan bertahun-tahun, bercinta bagai nak rak andai bukan jodohnya terpisah jua, berkenalan hanya sebulan-dua kalau sudah tertulis jodohnya ke jinjang pelamin jua akhirnya. Bagi mereka Rozita Che Wan dan Zain Saidin ikatan dua hati janda dan teruna itu bukan penghalang untuk mereka bahagia. 


Sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua agar rumahtangga yang terbina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Cakap-cakap itu umpama doa jadi bercakap hanyalah yang baik-baik agar mereka hidup aman sejahtera.



Akad nikah Zain Saidin dan Rozita Che Wan (tapi saya tak berapa nak berkenan bila majlis nikah pengantin tak pakai tudung sebab rata-rata artis yang lebih muda kawen pun pakai tudung bukan kata hipokrit tapi hormatlah sikit pada majlis yang suci ini, majlis yang akan menghalalkan dua jiwa lebih manis jika bertudung).



Upacara membatal air sembahyang dengan menyarung cincin kahwin.


Rasa nak tengok banyak lagi gambar silalah ke Fuh.my sebab gambar ini pun di pinjam dari sana dan juga lagi di beautifulnara.com.



15 Rider Beraksi:

Gambar Perkahwin Rozita Che Wan

3:52 PTG JunAina 26 Comments



Bukan hari ini punyalah tapi lamaaaaaa...punya... hahhaaaa...Entri pengubat stress kerja yang urgent kena siapkan segera lepas cuti 2 hari (depa kecohhhh saya tiba-tiba hilang dan seksiteri kat sebelah ni lupa inform saya cuti!)


26 Rider Beraksi:

Hati-Hati Dengan Ini

10:51 PG JunAina 6 Comments



Jaga kebersihan rumah. Ades suka air bersih jadi pastikan jangan ada air bersih yang bertakung. Mood letih sebab semalam saya memandu balik dari Perlis ke Kajang hujan di satu dua tempat 2.30pm dari Changloon kerana sebelum balik terpaksa service aircond kereta sampai rumah pukul 9pm dan hari ini terpaksa datang kerja naik train sebab driver saya bercuti dia bernaung digarhayu Sultan Selangor.


6 Rider Beraksi:

Lazada - Saya Gembira Dengan Barangan Anda

12:43 PTG JunAina 17 Comments


Lazada rasanya nama yang tak asing lagi bagi yang gemarkan shopping online. Sebelum membuat keputusan membeli secara online saya buat carian jugak di internet. Ina blogger IntanBerlian kata service bagus barang pun bagus dengan diskaun menarik boleh tengok kat sini dan sini tetapi saya terlepas pandang pengalaman Eyriqazz kat sini tetapi Lazada telah meminta maaf atas kesilapan mereka boleh baca di entri ini. Jadi terpulang pada pendapat masing-masinglah untuk shopping dengan Lazada ini.


Saya buat keputusan untuk membeli sebuah tablet untuk Hikram anak bungsu saya tetapi hanya memilih tablet yang murah dengan call facility. Jadi dia boleh call dan sms mama juga, jimat tak payah beli telefon bimbit untuk dia. Saya beli tablet jenama EASTCOM dengan potongan harga 50% dapatlah Rm299 dengan penghantaran percuma. Alhamdulillah telah selamat sampai walaupun ada sedikit masalah penghantaran di mana saya terpaksa menunggu 6 hari untuk barang di hantar dari Kuala Lumpur ke Kajang entri itu boleh baca kat sini.



Janjinya GD Express nak hantar malam jadi dalam pukul 8.20pm depa pun sampai depan pintu. Hikram dah suka sangat, cepat-cepat mama buka. Ini bungkusan bahagian dalam, dibungkus kemas tanpa ada cacat celanya.



Buka sahaja Hikram dah mula senyum-senyum dan happy sangat. Tiada yang lebih membahagiakan seorang mak selain dapat menggembirakan orang yang di sayangi. 



Inilah dia rupanya tablet EASTCOM tersebut. Cantik juga design dia taklah gedabak tebal seperti saya tengok di kedai telefon tempoh hari pulak harga pun agak mahal jugak. Saya happy tengok barang dalam keadaan baik dan cantik!


Alhamdulillah setakat ini tak ada sebarang masalah lagi. Kalau ada masalah boleh pulangkan dalam tempoh 14 hari dan saya berharap tak akan ada masalahlah. Sudah masuk sim kad, boleh buat call boleh sms tanpa masalah. Internet juga smooth sahaja lagipun bukan heavy duty user pun. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk pembelian seterusnya.


17 Rider Beraksi:

Balik Kampung - Banjir Moga Mereka Tabah

8:13 PG JunAina 11 Comments


Jumaat datang lagi, kejap je seminggu dah habis. Terasa masa pantas berlalu, sikit hari lagi masuk tahun baru. Anak-anak pun cepat je membesar, tau-tau masing-masing dah nak membawa haluan hidup sendiri. Apa pun keadaannya paling penting kita harungi hidup ini dengan gembira dan positif.


Esok saya dan anak-anak akan balik ke Perlis. Kakak akan menduduki peperiksaan kelayakan dan temuduga kemasukan ke MRSM, insyaallah pada hari Isnin nanti. Doa yang terbaik buat kakak agar dia dapat menghadapi peperiksaan dan temuduga dengan tenang. Nak masuk sekolah budak-budak pandai sekarang ini memang ada peperiksaan khas termasuklah asrama penuh, MRSM dan sekolah kawalan.


Mak kat kampung dah mula risau sebab hujan tak berhenti takut perjalanan kami terganggu kerana banjir.  Kalau menggunakan Lebuhraya PLUS saya cuma risau kawasan Gurun, Kedah sahaja sebab biasanya kawasan tu cepat naik air. Saya mendoakan agar banjir di kawasan yang terjejas cepat pulih. Semoga saudara-saudara kita yang menjadi mangsa tabah menghadapi ujian ini. Allah s.w.t menguji sedikit sebagai peringatan kepada kita. Senang bagi kita bercakap tetapi berat bagi mereka yang menghadapi. Bantulah apa yang termampu sekarang banyak tabung mangsa banjir diwujudkan dan mungkin juga boleh dihulurkan melalui sukarelawan yang akan bertugas di sana.


Seperti kebisaannya saya memandu sendiri lagi, terbisa dan bagi saya tidak ada apa yg perlu dirisaukan. Moga perjalanan kami selamat. Pagi esok ke Puncak Alam ambik kakak sebab sejak mula cuti sekolah dia di sana bercuti di rumah Mummy dan Daddy...ohhhh...anak tak rindu mama ke?



11 Rider Beraksi: