Market Value Rumah Meningkat

11:55 PG JunAina 21 Comments


Bulan November genap setahun urusan membeli rumah kami di Taman Taming Impian. Alhamdulillah semu a urusan jual beli berlangsung dengan baik walaupun proses pinjaman sedikit memakan masa di mana akhirnya bank yang sudi bagi adalah bank tempat tiap-tiap bulan gaji saya dimasukkan. Sebenarnya saya tak cuba dibanyak bank pun cuma 3 sahaja tu pun dah rasa penat. Allah s.w.t permudahkan urusan dari berjumpa agen (adik tuan rumah saya agak sebab Sir namenya sama) sehinggalah urusan dengan peguam semuanya very smooth. Saya bersyukur sangat sebab mendapat perkhidmatan dari sayarikat guaman yang sangat efisyen dan banyak membantu dalam urusan jual beli dan pada akhirnya penjual turut menggunakan peguam yang sama. Pegawai bank tempat saya uruskan pinjaman suggestkan saya guna khidmat syarikat guaman ini dan ini adalah pilihan yang terbaik!




Saya pernah bercerita di banyak entri di blog saya termasuk Panduan Membel  Rumah, Tip Membeli Rumah, Catatan Kenangan Impian Kami Sama, Impian Kami Sama Jumpa Peguam Untuk Urusan Seterusnya dan Rumah Baru Kami. Itulah antara kisah perjalanan yang memberi satu pengalaman baru kepada saya dalam urusan pembelian rumah memandangkan suami menyerahkan segala urusan pada saya. Lagipun inikan rumah saya!


Saya sangat beruntung kerana dapat membeli rumah tersebut dengan harga kurang dari Rm300k. Alhamdulillah. Mengikut harga kebanyakan rumah kawasan tersebut yang diikalankan adalah lebih Rm300k. Dalam masa 4 bulan dari tarikh saya membeli saya sudah boleh menjual rumah tersebut dengan harga tambahan  sebanyak 50k dari harga asal. Saya beli bukan nak invest tapi untuk duduk jadi nilai tersebut saya letak ke tepi.


Semalam saya intai-intai market value untuk rumah sekitar Taman Taming Impian yang diiklankan di internet. Gosok-gosok mata saya tengok, kalau saya tak grab rumah tu tahun lepas memang saya tak mampu lah nak beli tahun ini. Itulah di namakan rezeki. Rumah kalau naik sekitar Kajang sekarang memang tak ada yang murah lagi. Kajang 2 juga sudah tiada pembinaan rumah teres cuma yang ada semi-d dan super link yang berharga Rm750k dan ke atas. Gulp!



Tengok tu harga rumah semua melebihi Rm300k di taman perumahan yang sama, ada satu rumah tu saya tak dapat nak upload gambarnya Rm380k dan terjual pulak tu tapi mungkin yang tanah belakangnya ada 10 kaki kot rumah saya cuma ada 5 kaki tapi orang masih sanggup beli. Iklan penuh boleh tengok kat sini.




21 Rider Beraksi:

Mini Tasbih Comel

8:17 PG JunAina 18 Comments


Yang di tunggu telah tiba. Apa tu jom kita tengok. Suka...suka...suka... Comey ja. Ini hasil kerja tangan blogger Anyss Gadis Kampung Separa Bandar. Al kisahnya saya tempah dalam keadaan tergesa-gesa serta dalam jumlah sedikit pulak tu nasib baik tuan punya badan boleh bertolak ansur. Alhamdulilah. Dah tertulis rezeki dapat Mini Tasbih ini.



Didatangkan dalam pek yang kemas seperti  kat bawah. Terima kasih Anyss sanggup beli manik-manik baru semata-mata nak kenakan dengan tema pink biru tu walaupun saya tak kisah warna apa pun sebab saya tempah sikit sahaja. Itu pun dah bersyukur sangat sebab dia sanggup buat.




Sekotak dah sampai semalam, laju-laju lari naik Tingkat 18 nak tengok hasilnya. Memang berbunga-bunga hati saya nih. Insyaallah akan jadi cenderahati buat jiran-jiran dan kaum keluarga yang membantu dalam majlis 3hb November 2013 nanti. Teringin nak tempah jom klik kat sini.







18 Rider Beraksi:

My TopUp Giveaway By Iezwa Razk

5:48 PTG JunAina 6 Comments


Saya dapat jemputan sertai GA By Iezwa Razk, jom sama-sama support dia.





Giveaway ini dianjurkan oleh IEZWA RAZK dengan kerjasama daripada blogger-blogger awesome MAWAR BERDURIMOHD NOOR SHAWALANA AHMAD dan ASHYA AZIZ
SENARAI HADIAH :-
Topup RM 5 (10 Pemenang)
Topup RM 10 (2 Pemenang)

Tarikh Tamat : 5 NOVEMBER 2013

MUNGKINKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI??
JOIN JANGAN TAK JOIN YE!!



6 Rider Beraksi:

Lawak Katak

12:00 PTG JunAina 21 Comments


Balik kerja dalam hujan lebat dari Kuala Lumpur dan sejuknya sehingga bisa membuat jari-jari mengecut lalu orang dihadapan menjadi mangsa pelukan ganas orang belakang...ahahhaaa...

Balik rumah ikut jalan belakang bawah jambatan keretapi.
Katak-katak bersorak riang bermain hujan.
Ounnnkkkk...ounnnnkkkkk...ounnnkkkkkk...
Tetiba orang depan bersuara.
"Katak ni petang-petang lagi dah minta tak sempat malam"
"Minta apa?"
"Tu haaaa...serounnnkkkkk...serounnnkkkkk...."
"Hahh! Jauh bunyinya abang oi...haaa...tak payah nak hint-hint la"

Ahahaaaaa...adeh... Boleh pulak bunyi katak tu dia kata dok bunyi seround...serounddd...katanya.

Lawak ini adalah 18sx. Kalau anda tak faham sila abaikan sahaja.





21 Rider Beraksi:

Mengopi?

8:07 PG JunAina 15 Comments




Coklat Extreme satu dengan cream satu tanpa cream, satu untuk dia satu untuk saya yang penting beli satu dapat dua.




15 Rider Beraksi:

Ujian Hidup

1:50 PTG JunAina 9 Comments


Hidup tanpa ujian adalah hambar, tak ada warna-warni kehidupan. Ujian yang Allah s.w.t berikan akan mematangkan kita dalam menghadapi kehidupan juga sebagai pengajaran supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ujian di dalam kehidupan akan menjadi guru yang terbaik buat kita bagi yang menerima ujian itu secara terbuka serta redha.


Setiap ujian hidup itu ada hikmah terkandung di dalamnya cuma yang membezakan cara kita menerima serta mengatasinya. Allah s.w.t memberi ujian setakat kemampuan kita sahaja tidak lebih tidak kurang sebab Dia Maha Adil. Sekiranya kita merasa ujian yang diberi sangat berat tetapi di sebalik itu masih ada ramai lagi yang menerima ujian yang lebih berat. Kadang-kadang kita perlu memandang orang yang lebih hebat ujiannya jangan pula kita hanya membezakan orang yang sangat bernasib baik di dalam hidup mereka kerana walaupun mereka kelihatan bernasib baik tetapi mereka punya ujian cuma dalam cara yang tersendiri.


Ujian Allah s.w.t memberi kekuatan kepada setiap dari kita, mengajar kita erti ketabahan. Mendidik hati kita supaya lebih bersyukur. Membuatkan kita lebih berusaha tanpa ada rasa putus asa. Beruntung bukan mereka yang di uji? Sebab bila Allah s.w.t uji bermakna Dia sayang kita, ujian akan membuatkan kita semakin dekat denganNya. Sentiasa mengingatiNya, memohon bantuan padaNya. Beruntungnya kita.


Saya menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan redha. Kehilangan abah ketika berusia 2 tahun, kami hidup dengan susah payah mak. Bila dewasa dan berkahwin Allah sekali lagi meguji bila jodoh kami hanya 4 tahun bertahan. Kini saya masih diuji dan saya tetap tanam di hati redha adalah jalan terbaik. Sebaik mungkin saya berusaha untuk membuat semua orang disekeliling saya tersenyum walaupun saya tidak mampu untuk membuat mereka ketawa.



9 Rider Beraksi:

Bangga!

10:12 PG JunAina 26 Comments


Dia foreigner dia berbual-bual mengenai Bajet 2014.
Membandingkan dengan apa yang pernah dia tempuhi ketika tinggal di Singapura.
Malaysia better katanya.
Saya? Banggalah tentu...



26 Rider Beraksi:

Sebenarnya Saya Isteri Dia - Anak Tuan Kerja Kat Mana?

3:56 PTG JunAina 33 Comments


Kisah 7-8 tahun lepas. Pagi-pagi kami berdua pergi kerja bersama, disebabkan Pak Tuan masuk kerja pukul 8am dan saya masuk pukul 8.30am jadinya pagi-pagi kami akan ke Kuala Lumpur dahulu dan saya akan merempit ke Petaling Jaya Selatan sendirian selepas itu. Melalui NPE (New Pantai Expressway) sempatlah saya sampai sebelum pukul 8.30am.

Setiap pagi saya hanya hantar sehingga ke pintu pagar pejabatnya. Salam cium tangan dan kiss sikit...ahahhaaaa...tak boleh blah betul lepas tu saya merempit ke Petaling Jaya melalui Jalan Bangsar ke NPE.


Satu hari lepas tukar uniform Pak Tuan bergegas nak ke mesyuarat. Masuk lif ada seorang anggota di dalam lif. Senyum kemudian dengan yakinnya dia tanya. 
"Tuan! Anak tuan tu kerja kat mana?"
Dengan muka selamba dia pun jawab.
"Kerja kat PJ"


Rupanya ada orang dok sekodeng kami jugak tiap-tiap hari. Ishhkkk buta hati betul orang tu salam sampai kiss-kiss bagai dia boleh kata anak! Ahahahaa... Kesian...


Nak tambah sikit lagi... Nasib baik Pak Tuan tu bukan jenis yang nak jeles-jeles bagai tapi saya suka usik-usik apa boleh buat saya memang banyakkkkk muda dari abang dan memang akan sentiasa muda...ahhahhaaa...




33 Rider Beraksi:

Buah Yang Menyihatkan Mata

11:57 PG JunAina 10 Comments


Saya rabun, rabun tahap gaban. Bila saya buka cermin mata saya separuh buta, nikmat mata yang Allah s.w.t tarik sedikit demi sedikit sejak berusia 14 tahun. Tanpa bantuan cermin mata saya tidak dapat menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna. Setiap detik saya akan berkacamata tetapi saya bukanlah 'Budak Kacamata'. Waima nak tidur kekadang saya tertidur dengan kacamata di mata dan biasanya anak-anak akan cabut dan letak dihujung kepala. Asal celik mata benda pertama yang dicari tentulah kacamata. Keluarga saya yang perempuan akan mendapat masalah mata yang lelaki tidak, mungkin faktor keturunan.

Marilah sama-sama kita jaga kesihatan mata. Bantulah mata kita untuk terus sihat.

Wartapedia - Vitamin A merupakan salah satu jenis vitamin larut dalam lemak yang berperan penting dalam pembentukan sistem penglihatan yang baik. Selain terdapat di sayuran, Vitamin A ini juga banyak terkandung di beberapa jenis buah.

Buah-buah yang boleh kita amalkan sebagai penjagaan kesihatan mata yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C :

1. Tembikai

2. Rock Melon

3. Kiwi
Kandungan lutein dalam buah kiwi dapat mencegah penyakit katarak.

4. Strawberi
Kandungan vitamin C pada strawberi berfungsi untuk memperkuat jaringan ikat dan memelihara kesihatan pembuluh darah pada mata.

5. Limau
Dikenal sebagai penghasil vitamin C, serat, folat, kalsium, dan kalium, limau dipercaya dapat menjaga kesehatan mata.

6. Tomato
Bukan hanya sekedar bahan masakan , sebuah tomato  mengandung banyak vitamin A.

7. Pepaya
Buah pepaya banyak memiliki kandungan nutrisi, salah satunya vitamin A yang melimpah. Selain baik untuk pelawasan.

8. Mangga
Salah satu jenis buah bermusim ini juga sangat kaya dengan Vitamin A.

9. Apel
Selain baik untuk diet, kandungan vitamin A pada apel membantu dalam menjaga kesihatan mata, sehingga mata tetap jernih.

10. Belimbing
Selain memiliki kandungan air yang banyak, buah yang satu ini memiliki kandungan vitamin A dan C yang baik untuk mata.


Saya lupa di mana saya salin rencana ini. Saya berkongsi di sini supaya sama-sama dapat kita amalkan agar yang belum mempunyai masalah mata mampu menjaga nikmat Allah s.w.t yang satu ini. Mata saya semakin teruk sebab 12 jam saya akan bekerja menggunakan komputer dan balik ke rumah 2-3 jam pula saya akan mengadap tv.


Saya terbaca petua di satu laman yang menggunakan minyak habastussauda dan di campur maud lalu dititik ke dalam mata sehari dua kali bagi membantu memulihkan rabun. Sama-samalah kita berusaha.




10 Rider Beraksi:

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

12:00 PTG JunAina 29 Comments


Alkisahnya insyaallah dengan rahmat Allah s.w.t yang amat luas buat hambanya mak akan menerima menantu perempuan pertama tidak lama lagi. Majlis pertunangan sudah diadakan sebulan yang lalu cumanya saya tidak sempat hendak ambil gambar dari adik-adik kat kampung. Abang saya akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi. Alhamdulillah setelah 41 tahun Allah s.w.t telah buka pintu hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita sebagai penyeri hidupnya.


Mak orang yang paling gembira kerana bakal dapat menantu lagi dan menantu perempuan pulak tu. Sejak dari Angah (panggilan untuk abang) mula berkenalan dengan bakal kakak ipar mak merupakan orang yang bersungguh-sungguh supaya parancangan ini menjadi. Alhamdulillah Angah pun terima semuanya dengan baik dan sanggup melalui semua prosedur yang ditetapkan Majlis Agama Islam Perlis. Semuanya selesai sudah cuma menunggu masa dan hari langsungnya sahaja.


Sekarang mak sedang sibuk membuat persiapan majlis tetapi cuma majlis kecil-kecilan sahaja. Jemputan hanya jiran-jiran sekampung serta saudara-mara dari sebelah mak dan arwah abah. Walaupun nampak tak ramai bila dikira tetaplah ramai juga. Bagi mengelakkan pertembungan majlis mak memilih untuk mengadakan majlis di luar cuti sekolah.


Saya dengan rendah diri dan sukacita ingin menjemput semua kawan-kawan dan kenalan ke Majlis Perkahwinan abang saya Affendi Bin Abdullah dan Norlily Binti Ali pada 3hb November 2013. Majlis ini akan diadakan di rumah kecil tepi sawah tempat kami membesar di Perlis. Pada kawan-kawan yang duduk di utara jemputlah datang juga kawan-kawan yang kebetulan akan berada di sana saya dengan bebesar hati menjemput semua memeriahkan majlis kecil-kecilan ini nanti.



Inilah peta ke rumah mak saya, landmark paling mudah adalah Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi. Kalau dari sekolah tu boleh nampak rumah mak saya. Paling senang tanya je rumah Hazizah atau rumah Shahizat yang ada bengkel motor. Insyaallah masyarakat sekitar kenal.


Majlis adalah sangat sederhana tanpa persandingan, tanpa kompang, tanpa goodies bag beria-ia. Hanya makan-makan menyambut menantu dan bunga telur sebagai buah tangan buat tetamu yang hadir. Menu pula hanya menu biasa termasuklah Kurma Daging (asalnya nak buat kurma ayam tetapi diganti daging atas faktor kesihatan sebab sebelah utara banyak kes samolena), Gulai Nangka Ikan Kering dan Acar Mentah (jelatah) dan Bubur Kacang.


Sebagaimana biasa kenduri rumah mak memang murah rezeki kerana Makcik Uji (adik bungsu mak) menaja Acar Mentah, Pakcik E (suami makcik) menaja beras dan ikan kering. Lain-lain akan di ketahui kemudian. Bubur kacang katanya akan di taja oleh suami Makcik Yati iaitu Pakcik Li. Bunga telur pula seperti biasa perkahwinan dalam keluarga mak adik beradik akan sediakan bunga telur lebih kurang 100 setiap keluarga. Alhamdulillah...


Buat Kak Anim dan Kak Inda Marya sudi-sudilah ye datang rumah kita. Mak Chaq kalau balik Penang singgah la, McK kalau rajin lajak Perelih singgah la no...:)


29 Rider Beraksi:

Photo Print Pixajoy

8:15 PG JunAina 14 Comments


Pixajoy sibuk buat promotion saya pun sibuk pilih gambar. Sebelum ini ada promo lain tapi tak pernah jadi beli kali ini tetiba pulak terasa nak beli sebab hanya print gambar bukan buat photobook bagai. 3 sekali beli untuk setiap kupon 24 keping gambar. Jumlah saya bayar untuk 72 keping gambar tu cuma Rm20.70. Sekarang tengah pilih-pilih gambar percutian keluarga ke Padang, Indonesia dulu.



Tengok tu Rm0.25 sahaja untuk sekeping gambar. Berbaloi sangatlah. Tak payah nak pergi ke kedai nak keluarkan tambang dan berpeluh-peluh. Duduk depan komputer pilih je gambar mana nak print.




Ini dah siap dua projek jap lagi nak pilih-pilih lagi. Cumanya saya tersilap agak sepatutnya saya ambik je yang 96 keping terus jimat Rm4. Tapi tak apalah percubaan kali pertama, lain kali boleh buat lagi. Nanti bila saya dah dapat salinan gambarnya saya tayang-tayang kat sini.







14 Rider Beraksi:

Sebu Hati

5:44 PTG JunAina 10 Comments


Bila orang yang kita sayang bersedih hati...
Bila org yang kita sayang telefon nangis-nangis, tersendu-sendu...
500km bukannya dekat...
Kalau dapat ingin sahaja kuterbang memeluk dia ketika ini...
Sabarlah sayang itu pilihanmu...
Berjauhan sehingga membuat hati ini panas umpama di atas bara...
Kita yang jauh juga jadi tempat mengadu...
Apa yang mampu dibuat?


Telefon kena lock, email dan password sebab orang lain buat semua tak tahu...
Pak Ngahnya yang sangat mengambil berat soal anak-anak perempuan dalam rumah buat spot check telefon...
Berkali-kali tekan password sampai kena lock...
Apa mama nak buat nak...
Kakak di sana tanggungjawab semua di sana...
Mama hanya mampu memandang dan mendengar...
Sudahnya duit lagilah untuk fomart telefon...
Alahai...anak...


Menangis sebab telefon tak boleh guna...
Menangis sebab sakit hati privacy diganggu...
Saya sedikit terbuka dalam soal menggunakan telefon...
Mempercayai anak-anak sepenuhnya...
Saya didik mereka dengan kasih sayang, hormat-menghormati dan saling percaya-mempercayai.
Itu cara saya.



10 Rider Beraksi:

Rindu Dari Doha

11:45 PG JunAina 13 Comments


Geng saya nan sorang ni dah tercampak kat Doha sebulan yang lalu, masih ada dua bulan berbaki sebelum dapat balik ke tanah air. Kesian dok tempat orang sendirian ehhh tak ada sorang lagi tapi tetap rasa sunyi sebab jauh dari isteri dan anak-anak. Tiap-tiap hari dia akan skype dengan isteri dan anak-anak. Masuk opis pulak apa lagi dok berchatting jelah dengan kami kat KL Office, nasib baik le ada office system ni kalau dak kering le rindukan kita orang...ahahhaaa...



Gini le hari-hari. Lenguh jari dok menaip melayan kesunyian dia kat sana, asyik tup-tap-tup-tap ja keyboard saya ni bagai nak tercabut dah. Kesian punya pasal saya layan jelah...ahahhaa... Mampus kalau dia baca entri ni. Haiiii...>sambil lambai-lambai orang kat Doha.


Paling sedih selama dah berkahwin dan beranak pinak inilah kali pertama dia beraya berjauhan, ala raya haji je pun... Sebagai bapa mithali perasaan sedih tu tetap ada bila memikirkan keluarga yang ditinggalkan. Lagi-lagi dia ada debab kecik yang ditinggalkan, mau tak sedih! Sabarlah kawan tak lama lagi dah nak balik tu tapi jangan lupa buah tangan untuk kita orang. FM Doha satu! Ekekkekeee...



Sebab kesian nak tunjuk gambar tengah ngadap megi yang seksi tu jadinya akak letaklah gambar yang tengah control hensem ni eh...ahahaaaa... Mau nangis dia kat Doha kalau baca entri ini.


Buat kerja memolek kat sana, jangan pergi sensorang kang tetiba balik bawak Minah Arab balik pulak, mau nanti jadi perang saudara kat sini...ahahhaaa... Balik cepat sikit ai dah tak ada teman nak bergossip ni. Teman nak gurau senda pun tak ada semua yang ada bisu je senyap.



13 Rider Beraksi:

BE Terbaru Dari Nuffnang

8:05 PG JunAina 15 Comments


Hari tu dah bersedih-sedih sebab tengok blog kawan-kawan sana-sini dok tunjuk BE yang beribu lemon kat blog dia orang, sedih...sob...sob...sebab saya hanya ada satu iklan yang tengah ongoing. Hati ini lemau je nak update blog. Sedih-sedih tetap update juga sebab dah jadi makanan jiwa dan terapi minda bila boleh menaip kat sini. 


Minggu lepas buka le akaun Nuffnang tiba-tiba tengok ada iklan baru, hari ini pun tengok ada lagi satu iklan lagi. Hati terus berbunga-bunga, ada harapan boleh buat tabung raya tahun depan ni...heheheee... 



Jadilah ada 3 iklan yang sedang on going walaupun earning tak seberapa. Kalau nak banyak kena kerja keraslah naikkan traffik lagi dan lagi...



15 Rider Beraksi:

Jeli Kelapa Padang Besar

4:33 PTG JunAina 16 Comments


Bila balik kampung agenda makan-makan tetap menjadi agenda utama. Terasa apa yang terhidang bagaikan sangat lazat. Bihun sup utara yang sangat super sedap, laksa perlis yang maha likat, ABC yang manis berlemak, char kueateow yang super duper sedap dan lauk pauk yang tersangat membangkit selera semuanya ada. Lalu acara makan-makan menjadi sangat meriah dan acara yang sangat penting dalam kalendar balik kampung.


Saja nak tayang-tayang Jeli Kelapa yang sangat sedap ini. Dihidangkan di dalam sebiji kelapa dan didatangkan khas dari Padang Besar Perlis denga harga Rm3 sebiji. Sambil mencedok jeli sesekali cedok isi kelapa arghhhh...nikmat bila sejuknya jeli melalui tekak dalam cuaca panas!






16 Rider Beraksi:

Peperiksaan Akhir Tahun Adik

12:00 PTG JunAina 16 Comments


Cerita periksa adik tak habis lagi. Letih nak mengadap kerenah dia tapi sabar jelah. Semalam adik keluarkan kertas soalan peperiksaan untuk Lukisan minta mama tengokkan. Ada empat soalan pilihan dan ada soalan yang perlu buat persediaan awal contohnya nak buat corak guna baatang pisang, bendi atau kentang. Keduanya guna bahan terbuang untuk buat hasil kreatif. Jadi ibu-bapa boleh buat persediaan awal untk anak-anak.


Tanya dia solalan mana nak buat tapi dia kata semua susah! Saya tahu dia tak minat lukisan sebab bagi dia melukis mengikut arahan adalah susah berbanding melukis ikut kata hati dia sendiri. Semalam mama balik kerja lambat dah tu sakit kepala pula jadi melayan dia dengan separuh hati sahaja sebab takut tetiba mama naik angin. Sabar...sabar... Saya faham kesukaran dia untuk merealisasikan apa yang tertulis.


Pagi ini saya tulis nota buat abang.

1. Tolong ajar adik buat lukisan soalan nombor 1 (lukis gambar kampung).
2. Ajar adik dengan lembut jangan tengking-tengking (kalau marah-marah semua akan jadi huru-hara silap haribulan gaduh dua beradik tu kalau tak pun otak adik terus jem).


Rasa susah sangat jadi ibu bekerja bila tiba keadaan seperti ini. Kalau saya ada di rumah mungkin adik akan sedikit terjaga. Akhir-akhir ini pun saya memang agak culas dalam memantau sekolah anak-anak. Semalam juga dia hulurkan kertas soalan Matematik untuk peperiksaan Penggal Pertama dulu (garu-garu kepala saya kenapalah cikgu baru bagi sekarang). Tamparan hebat buat saya. Cuti sekolah ini nampak gayanya saya kena sediakan jadual khas pembelajaran dia untuk sifir, tak boleh biarkan leka dengan tv, game dan main-main dengan kawan-kawan sahaja. Kalau tidak saya akan menyesal kemudian hari.


Periksa apa hari ini (tanya jugak walaupun dah tahu)?
English...
Boleh buat tak?
Muka depan tak buat langsung yang lain siap.
Kenapa?
Adik lupa anggur dalam English apa.
Grape.
Bakul dalam English apa mama?
Basket.


Alahaiiii...anak!


16 Rider Beraksi:

Rindu Sarat Di Hati

8:12 PG JunAina 24 Comments





Penantian suatu penyiksaan. Kamu tetap ratu kat hati mama. Dalam senyum ada tangisnya.


24 Rider Beraksi:

Majlis Kahwin Dulu-Dulu

11:57 PG JunAina 41 Comments


Setiap tempat di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri dalam amalan adat serta budayanya, kita boleh lihat kepelbagaian adat walapun kita satu bangsa. Teringat zaman kecil-kecil dulu kenangan yang sentiasa manis di jiwa tatkala ada kenduri besar-besaran di rumah Tok Ayah yang tentunya majlis perkahwinan.


Beberapa bulan sebelum majlis berlangsung satu lori kayu yang bakal jadi bahan api akan dibeli, diletakkan di depan laman berpanas. Kayu getah ataupun reja kayu kata orang tempat saya akan menjadi pilihan. Kalau kayu getah ada harapan nak kutip cendawan sisir! Persediaan lain termasuklah lembu yang bakal di korbankan dan stok beras. Bila semakin dekat harinya barulah barang-barang kering yang bakal digunakan dibeli.


Persediaan pengantin tidaklah beria-ia seperti zaman sekarang, sederhana mengikut kehendak keluarga. Baju pun hanya sepasang untuk nikah dan sepasang untuk majlis kenduri keesokannya itu pun tak adalah blink-blink macam pengantin zaman sekarang tapi saya suka songket bunga tabur zaman dulu tu (biasanya majlis nikan diadakan sebelah malam). Hantaran pun kebiasaannya kain pasang, sejadah, telekung, Al-Quran dan yang banyaknya manisan dengan harapan moga-moga perkahwinan pengantin nanti pun manis sahaja.


Paling seronok 2-3 hari sebelum majlis berlangsung rumah Tok Ayah akan dipenuhi saudara-mara Tok Ayah dan Tok yang datang bermalam serta membantu mana yang patut. Meriah sangat. Masing-masing datang bawak keluarga, masa itulah nak bermain dengan sepupu-sepapat bagai sepertinya kenduri 3 hari 3 malam. Zaman dulu susah tak ada kereta sendiri yang ada hanya bas dan 'perebet sapu' sahaja jadi perlulah datang awal bagi yang tinggal jauh.


Pada hari langsung biasanya diuruskan secara gotong-royong, orang kampung akan bermesyuarat seminggu sebelum majlis dan membahagikan tugas. Sehari sebelum kenduri akan dibina balai di depan rumah (pondok kayu tanpa dinding) yang akan menjadi tempat makan lelaki, kaum ibu pula akan makan di dalam rumah. Pada sebelah pagi akan diadakan Majlis Marhaban dan bezanya ianya hanya untuk kaum lelaki. Biasanya kalau kita lihat sekarang kebanyakan kumpulan marhaban terdiri dari kaum wanita. Marhaban akan diadakan di atas balai.


Buah tangan buat tetamu pula hanyalah bunga telur. Biasanya telur tu hanya dibalut dengan plastik lip-lap yang di stepler kat hujungnya. Simple sangat. Baru-baru ini saya ada terlihat tempat telur sebegitu di Nilai. Kenangan mengusik jiwa betul! Biasanya juga kenduri akan di adakan sama sehari jadinya rombongan pengantin lelaki akan datang 'menyambut'  pada sebelah tengaharinya kemudian bawa balik pengantin perempuan ke rumah sana. Malamnya pula pihak perempuan akan ke rumah pengantin lelaki untuk acara 'makan besan'. Esoknya lagi sekali rombongan dari pihak perempuan akan ke rumah penganti lelaki untuk membawa balik kedua-dua pengantin sebagai tanda menerima dan meraikan penagantin keduanya.


Tiada majlis persandingan apatah lagi menepung tawar bagai, hanya salam mohon restu dari kedua ibu-bapa.  Pengantin akan di bawa oleh mak andam ke halaman ambik kerusi dan duduk sahaja ala-ala sanding  untuk di tunjukkan pada tetamu (kadang-kadang kerusi pun berkarat je) kemudian ke 'kedehoq' atau tempat orang dapur yang memasak dan menghidang.


Bila majlis berlangsung saya selalu duduk di balai sambil merenung bulan. Agaknya bila tiba masa saya nanti mesti indah seperti bulan, sambil letak tangan atas dahi dan pejam mata...ahaahahhaaa....





Ini selendang yang mak saya guna ketika majlis pernikahan dia bersama arwah abah hampir 44 tahun yang lalu. Masih cantik dan elok keadaannya sebab mak simpan berbalut surat khabar agaknya begitulah mak simpan sayang pada arwah abah yang merupakan cinta pertamanya. Cinta selepas kahwin!



41 Rider Beraksi:

Kamal Affendi I Love You

8:08 PG JunAina 17 Comments


Ahahahaaa...pepagi bila tengok benda-benda gini rasa nak gelak guling-guling, sekurang-kurangnya mood kerja mula dengan senyuman. Ada ka pulak dok pi cari benda macam tu kat blog saya ni. Apapun saya memang pernah bercerita tentang 'dia' di sini dan di sini.




Salam pagi Selasa penuh senyuman yang manis.



17 Rider Beraksi:

Anak Lambat Belajar

11:36 PG JunAina 36 Comments


Hari ini bermula Peperiksaan Akhir Tahun bagi adik dan abang, seorang di sekolah rendah seorang di sekolah menengah. Anak-anak rileks sahaja, tengok tv, main game dan bila petang main bola kat padang mau adik maupun abang sama sahaja perangainya. Sebagai ibubapa tentunya kita mahukan yang terbaik buat mereka, jadinya tak berhenti jugalah mulut bercakap tetapi anak begitulah juga suka ambil ringan setiap perkara.


Adik merupakan kategori anak lambat belajar. Mula membaca sepenuhnya bila berada di Tahun 3 tetapi tahap pemahamannya masih lemah. Setiap butir bicara kita adalah perlu kepada penjelasan yang lebih terperinci, begitu juga bila dia membaca penerangan yang lebih dalam adalah perlu. Tulisan juga sangat-sangat perlu di perbaiki.


Semasa ketiadaan penjaga selama seminggu setiap pagi saya akan meletakkan nota di atas meja sebagai pesanan kepada adik dan abang supaya mereka tidak leka apabila berada di rumah. Biasanya saya akan meletakkan dalam bentuk angka. Contohnya:

1. Rm5-belanja sekolah abang, Rm3 belanja sekolah adik, Rm 7 potong rambut adik, Rm5 sarapan (contoh perbelanjaan)
2. Jangan buli adik (ditujukan buat abang).
3. Jangan bergaduh dengan abang (ditujukan buat adik).
4. Jangan ponteng sekolah.


Jumaat saya berkerja separuh hari dan saya sangat tersentuh bila balik kerja terdapat satu nota tulisan tangan adik berbunyi 'Kenapa mama tiap-tiap hari tulis pesanan jangan ponteng sekolah?'. Walaupun ayatnya sangat tidak teratur dengan tulisan tangan yang sangat comot.


Adik nampak aktif seperti anak-anak lain tiada cacat cela dan kekurangannya. Di sebalik itu dia ada kelemahan tersendiri iaitu sukar untuk mengingati apa yang kita ajar. Dia akan 'hidup' dalam duninya yang tersendiri, boleh bermain denga kereta kecilnya seharian tanpa kawan, menonton tv seolah dia berada di dunia tv tersebut, bermain dengan belalang mahupun serangga lain yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol. Bila bercakap selalunya ayat-ayat yang di keluarkan sangat teratur tidak seperti anak-anak lain yang bercakap dengan lebih santai. Setiap arahan adalah perlu di beri dengan jelas umpanya perlulah menyebut namanya diikuti dengan arahan kalau tidak sampai esok pun dia hanya buat tak tahu.


Dia anak saya, buah hati dan bunga cinta kami. Kekurangan itu kami terima dengan redza. Mencuba untuk menjadi ibubapa terbaik buat dia. Mungkin nampak saya sangat memanjakan anak-anak dimata orang lain tetapi itulah cara saya terutama sekali dalam soal adik. Anak bongsu yang Allah beri sedikit kekurangan untuk menguji saya mungkin.


Saya pernah juga menulis tentang adik di sini, di sini dan sini.



Handsome tak saya? Ramai saudara mara dan kawan-kawan mama kata muka saya copy-paste muka abah tapi saya tetap sayang mama lebih dari abah tapi abah pun saya sayang lebih jugak.



36 Rider Beraksi:

Kite-Kite Aje

12:00 PTG JunAina 44 Comments


Rindu sangat saat-saat ini. Bila kita nak gather-gather lagi eh? Kalau gather-gather jangan lupa saya eh, kebelakangan ni no FB hanya blog je tempat melepas rindu dengan kawan-kawan so jangan lupa roger kita. Sejak dua menjak ni kan mesti dah bertambah ahli keluarga bertambah anak, bertammbah menantu, yang sorang dah jadi berdua yang berdua dah jadi bertiga tapi yang dah berbini tak mau nakal-nakal tambah bini ye.












Ukhwah yang terjalin moga kekal sehingga ke akhir hayat, rindu kamo, kamo dan kamoooo....muahhhhsss...
Tetiba gedik di hari Jumaat. Cowcin caw saya nak balik...horeyyyy Jumaat datang lagikkkk!!!! 



44 Rider Beraksi:

Daging Masak Asam Rezeki Korban

9:03 PG JunAina 20 Comments


Rezeki Raya Korban tahun ini adalah sekilo lebih Pak Tuan bawak balik petang raya tu. Balik makan mee kari yang dimasak atas permintaan dia, makan bersungguh-sungguh malam repeat lagi. Puas hati isteri memasak. Dia tak banyak cerita bab makan ni, sedap pun makan tak sedap pun makan je. Kalau termasin pun senyap je.


Daging korban ni fresh je, jadinya tak perlu beriya-iya masak berbumbu bagai. Masak simple pun dah sedap rasanya. Terasa kemanisan daging. Saya biasanya kalau dapat daging korban ini suka goreng kunyit sahaja. Satu menu kegemaran lagi Daging Masak Asam. Masak main campak-campak sahaja. Potong daging yang super lembut dan super fresh. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis. Masukkan daging, air dan rebus sekejap sampai agak empuk. Masukkan air asam jawa serta sedikit kunyit dan masak sehingga air kering. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan cili api dan cili besar dan kacau lagi. Siap untuk di hidang.




Inilah rupanya Daging Masak Asam kegemaran saya yang dimasak dua hari lepas. Bawang goreng tu buat sendiri sebab terlebih rajin.



Pengorbananan bermaksud mengenepikan kepentingan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan orang lain terutama sekali kepentingan mereka yang di sayangi dan di cintai~Petikan dari sini. Dari itu saya sangat-sangat berharap pengorbanan saya selama ini akan mendapat redza Allah, moga juga keberkatan akan sentiasa bersama kami dunia dan akhirat. Saya tidak sempurna tetapi sebaik mungkin saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.



20 Rider Beraksi:

Mee Kari Mudah Aidiladha

12:32 PTG JunAina 40 Comments


Rasanya hampir 8 tahun juga saya meninggalkan menu mee kari dari hidangan keluarga, tak pernah memasak. Kalau teringin hendak makan pun saya cuma membeli. Entah kenapa. Biasanya Aidiladha hidangan mee kari akan menjadi menu utama 'tukang jahit' saya. Tahun ini saya penuhi permintaan Pak Tuan yang meminta saya masakkan mee kari menongkah arus dari hidangan biasa hari raya iaitu rendang dan ketupat.


Inilah hidangan ala kadar Aidiladha kami sekeluarga. Kegembiraan yang hanya dikongsi bersama jiran-jiran tanpa keluarga di sisi. Hidangan set mee kari, sepinggan pulut kuning dan rendang kerang, semangkuk laksa serta 2 potong kek oren dari jiran sebelah. Paginya ziarah jiran terdekat dan sebelah petangnya ziarah ke Musolla Ehsan.






Terima kasih buat Kak Ita kerana berkongsi resepi yang sedap ini tetapi saya telah ubahsuai sedikit mengikut bahan mentah yang ada di dapur. Ada benda yang tidak dimasukkan kerana tiada stok di salam peti ais juga makanan laut terpaksa dikeluarkan dari menu. Juga bahan-bahan untuk karinya telah saya ubah suai mengikut kehendak sendiri.





Resepi Mee Kari
Resepi asal dari Kak Ita

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
5 tangkai cili kering - dikisar (saya guna 5 tangkai sahaja)
6 bungkus kecil rempah kari daging
I biji kelapa diambil santannya
serai dan lengkus di titik
(halia tak ada stok jadi saya tak masukkan)
3 keping asam gelugor
ayam dipotong halus
fishball
fishcake
(tak ada seafood dan unsur kacang soya sebab Pak Tuan tak boleh makan)

Mee kuning
Tauger dicelur
Sayur sawi dicelur
Telur rebus
Limau
Bawang goreng (stok tak ada dan malas pulak nak menggoreng bawang kecil)


Cara-cara memasak:

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili dan serbuk kari yang telah di bancuh dengan santan pekat.
Masukkan juga serai dan lengkuas dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
Kemudian masukkan ayam, asam gelugur dan sedikit garam untuk menggelakkan ayam hancur.
Agak kering air ayam masukkan santan dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
Apabila ayam masak masukkan fishcake dan fisahball dan biar mendidih sekejap.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
Tutup api dan siap untuk di hidangkan.


Selari dengan Raya Korban saya tetap melakukan pengorbanan dengan cara tersendiri. Syukur dengan nikmat rezeki bahagia  yang Allah beri selama ini moga pengorbanan saya saban tahun akan mendapat keberkataan dari Ilahi.


40 Rider Beraksi:

Salam Aidiladha

12:01 PTG JunAina 24 Comments


Hari ini masih bekerja dengan mood separuh hati di rumah dan separuh lagi di pejabat. Jalan lengang pejabat juga sunyi, di lantai saya ditempatkan hanya ada 5 orang hari ini bagi sayap kanan. Bukan yang merayakan Aidiladha sahaja bercuti teman-teman beragama lain juga turut mengambil kesempatan 'cuti tersepit' untuk berlibur bersama keluarga.


Pagi tadi saya sibuk memasak sebab anak-anak ada di rumah dan 'tukang jahit' pula tiada, sambil itu menyidai kain dan bersiap-siap ke tempat kerja. Bila rutin berubah jadi agak kalang-kabut almaklumlah memasak awal pagi bukanlah ruti saya. Kesibukan mengejar kerja-kerja lain menyebabkan saya lalai dengan tumisan bawang di dapur dan akhirnya sambal yang sepatutnya berwarna hijau menjadi sedikit kehitaman dek kerana bawang yang agak garing. Haihhh...harap-harap dak kecik kat rumah tu tak le buat perangai tengok warna sambal ikan tu nanti.


Menu Aidilada? Tiada yang istimewa hanya Mee Kari berada di dalam perancangan dan bahan-bahan siap dibeli sejak semalam cuma santannya sahaja mungkin akan dibeli selepas balik kerja hari ini. Kek Coklat sedang dipertimbangkan, kalau rajin insyaalah buat kalau penyakit 'm' yang besar melanda apa yang ada sahajalah. Kebetulan mak ada kirimkan peneram, baulu dan kuih karas untuk anak cucunya. Jadilah apa yang ada tu untuk sambut Aidiladha. Lagipun tahun ini 'tukang jahit' saya beraya di Kelantan rumah mertuanya jadi kami beraya anak-beranak sahaja.


Esok Pak Tuan akan sibuk di surau mengendalikan 7 ekor lembu yang bakal dikorbankan, bermakna seharian dia akan berada di luar. Juga mama hanya akan beraya dengan anak-anak sahaja. Ke Puncak Alam abah pula sibuk melapah nanti balik anak dan isteri tiada di rumah, serba salah. Tahun ini Pak Tuan seperti rutinnya setiap tahun mengorbankan satu bahagian lembu, saya pula agak terlewat membuat pesanan jadinya korban saya tertangguh ke tahun hadapan sahajalah nampak gayanya. Tak ada rezeki.


Apapun Salam Aidiladha buat semua.



24 Rider Beraksi:

Semangat Yang Hilang

12:09 PTG JunAina 13 Comments


Kalaulah semangat tu boleh kutip je di sepanjang perjalanan kita mesti saya kutip banyak-banyak masuk dalam guni. Simpan bila semangat semakin berkurang ambik je semangat yang hilang ganti yang baru.

Sehari dua ini semangat melayang
Terasa beban bertimpa-timpa
Elak ke kiri terkena elak ke kanan mengena
Kalau tak elak pun tak mengapa memang sentiasa akan kena
Redza...
Hati sentiasa berbisik...
Perkara baik buat dengan ikhlas
Allah akan permudahkan segalanya
Penggantian yang Allah beri dari arah berlainan
Tanpa kita duga
Kadang-kadang syaitan tetap tidak mahu terkalah...
Terkinja-kinja mintak kita mengalah...


Hadapi Dengan Senyuman
Artist: Dewa 

(senyum le walaupun pahit)

Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi 
Biar terjadi . 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua... Kan baik baik saja 

Bila ketetapan tuhan 
Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah 
Dan takkan bisa berubah 

Relakanlah saja ini 
Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
Menyerahlah untuk menang



Ada sesiapa nak pinjamkan bahu sekejap tak?





13 Rider Beraksi: