Jumaat seperti biasa rutin balik kerja 12 tengahari, di sebabkan Pak Tuan bertugas berdekatan seminggu dua ini dia ambik pergi makan tengahari dan selepas solat Jumaat hantar ke Stesen Komuter Bank Negara. Selepas ambik tiket saya terus turun ke bawah seperti biasa mengambil hujung platform di bawah bangunan sebab nak duduk kat last coach, senang nanti keluar dekat dengan pintu keluar Stesen Kajang tak perlu jalan jauh-jauh.
Saya tidak duduk di kerusi terakhir sebaliknya memilih kerusi berhadapn lif tetapi sekitar tu agak gelap sebab bawah bangunan. Leka dengan game di telefon bimbit, saya memang tidak peduli persekitaran, tempat awam apa nak dibimbangkan. Sebelah sana platform berhadapan saya ramai sahaja orang tetapi di sebelah sini memang saya seorang sahaja.
Tak lama seorang lelaki duduk selang satu kerusi dari saya di kanan, sambil-sambil menggoncang botol airnya. Orangnya mungkin sekitar pertengahan 20an.
'Akak kerja ke?'
'Kerja tapi hari ini separuh hari, dah nak balik' saya jawab acuh tak acuh mata tetap melayan telefon di tangan.
'Saya ini nasib baik ada untie tu bagi air'
Saya senyum ja, malas nak layan.
'Segan saya nak mintak tolong orang ni'
Mata saya masih di telefon bimbit.
'Barang saya semua hilang'
'Awak nak pergi mana'
'Nak pergi Sabah'
'Sabah?'
'Saya dari Johor, akak tahu Kepong Sentral?'
"Entah' jawab acuh tak acuh sebab malas nak layan dan dah dapat agak apa tujuan dia.
'Saya bawak kereta semua hilang, saya bukan nak balik Kubang Kerain tapi nak balik KK (fahaman saya mungkin dia nak bagitau dia nak guna duit yang banyak)'
Saya senyum tapi tak pandang dia pun.
'Tak dapat nak balik KK dapat untuk balik JB pun jadilah'
'Awak nak pergi mana sekarang ni?'
'Balik Sabahlah!' suara dia agak meninggi.
'Yelah sekarang ini, naik train pergi mana'
'Nak pergi Bandar Tasik Selatan'
Saya gelak.
'Kenapa akak gelak?' tanya dia agak stress.
Tetiba komuter sampai, penyelamat keadaan.
'Awak tak ada kawan di KL ke?'
'Tak ada'
Saya bangun, tengok train dan baru saya perasan di kiri saya ada lagi seorang lelaki sedang duduk hanya berselang dua kerusi! Laju-laju saya masuk train dan berjalan tergesa-gesa ke ladies coach. Dapat tempat duduk saya termenung. Ya-Allah bertapa kejamnya aku tak tolong dia. Kesian. Rasa nak patah balik dan hulur sahaja duit yang ada dalam beg. Terkenang kalaulah anak-anak kita atau ahli keluarga kita kena macam tu siapa nak tolong. Saya hanya mampu berdoa andai betul dia di dalam kesusahan Engkau pertemukanlah dia dengan orang yang mampu menolongnya Ya-Allah. Sebelum itu hati saya berbelah bahagi sebab saya cuma ada dua keping duit Rm50 yang saya keluarkan di ATM selepas beli tiket komuter.
Sambungan ke bahagian 2...