Kadang-kadang emosi kita
tak stabil, ada sahaja kegusaran melanda yang membuatkan hati kita jadi tak
tenteram. Runsing. Sehinggakan perkara remeh boleh bertukar menjadi besar dan
berat untuk dipikul. Adakala kita rasa sangat gembira sehinggakan setiap
masalah walaupun sangat berat mampu ditangani dengan baik sekali dan selesai
tanpa disangka.
Membuat kebaikan memerluka
kekuatan mental dan fizikal. Walaupun ia hanyalah solat dua rakaat. Ada
ketikanya terasa sangat berat untuk melakukannya tambahan pula bila kita sibuk
dengan urusan duniawi yang membuatkan kita lalai dan meletakkan urusan kerja
sebagai yang pertama.
Dhuha. Tahajud. Antara
yang agak berat untuk dilakukan akibat pengaruh emosi. Ketika Dhuha kita akan sibuk
dengan kerja-kerja pejabat, buat ibu-ibu dirumah pula itulah kemuncak kesibukan
di dapur dan ruang tamu rumah yang bagi kita perlu didahulukan, untuk tahajud
pula kita rasa sangat sayang untuk meninggalkan bantal bimbang tidak cukup
tidur serta mengganggu tugasan ke esokan harinya.
Saya mempunyai cara
sendiri untuk memotivasikan diri dalam menagani masalah hati ketika menghadapi
situasi tersebut. Kesibukan kerja di pejabat mahupun melawan rasa mengantuk
saya akan mendidik hati berkata-kata dengan kata-kata yang memotivasikan diri.
Contohnya ketika saya sedang bekerja melihat jam di tangan pukul 9.30am terus
saya detikkan dihati “Allah sedang
memanggil saya untuk Solat Dhuha, mungkin hari ini Allah s.w.t sedang mahu
mengabulkan doa-doa saya, alangkah ruginya sekiranya saya menolak pemberian ini”.
Begitu juga bila terjaga di tengah malam bila hati berat untuk terus beradu
cepat-cepat saya kejutkan minda. “Allah
kejutkan kamu ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi mungkin Allah s.w.t
ingin memberikan sesuatu, siapa tahu esok impian akan menjadi kenyataan”. Saya selalu pasakkan hati dengan kata-kata
motivasi untuk melakukan kebaikan.
Setiap orang mempunyai
cara tersendiri untuk menjadi lebih baik. Selagi ia memberi perkembangan
positif teruskanlah dan berusahalah untuk menjadi lebih baik. Mungkin bukan
hari ini yang Allah beri mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin disimpan untuk
memberi sesuatu yang lebih istimewa. Itu rahsia Allah.
2016 walaupun ekonomi agak
suram jangan lepaskan peluang untuk bercuti menghadiahkan diri serta memanjakan
diri setelah berpenat lelah bekerja. Walau ekonomi tidak menentu hidup tetap
perlu diteruskan paling penting adalah perancangan dalam setiap apa yang hendak
dibuat. Rancang percutian sebaik mungkin entri ini “8 Things You Can StartDoing NOW For A Healthy Fund For Your 2016 Travels” boleh membantu sedikit
sebanyak perancangan tersebut, memberi idea agar semuanya berjalan dengan
lancar.
Inilah percutian yang saya
tunggu-tunggu saban tahun. Percutian di rumah mak. Habiskan masa bersama
adik-beradik walaupun hanya pi makan bihun sup, laksa dan ais kacang tepi laut
di Kuala Perlis. Itulah saat-saat yang paling berharga buat kami sekeluarga.
Tip ini di adaptasikan dari pengalaman persekitaran,
pembacaan dan dari kuliah-kulaih agama dan program motivasi yang setiap hari dapat diikuti walalupun
hanya di televisyen dalam kesibukan mengejar masa. Tip-tip yang di sesuaikan
mengikut kelapangan masa yang ada bersama anak-anak.
- Memberi nasihat ketika bersama di dalam kereta ketika
menghantar anak-anak ke sekolah atau semasa berjalan di hujung minggu bersama
anak-anak. Bukan membebel tetapi sebaliknya apa yang dibualkan bukanlah
berbentuk leteran, arahan atau meluahkan kemarahan tetapi lebih kepada apa yang
perlu mereka buat dan apa yang perlu dielakkan sebagai seorang anak, pelajar
dan ahli masyarakat.
- Setiap kali anak bersalam untuk ke sekolah bisikkan kepada
mereka kita sayang dia, minta anak jadi anak soleh/solehah, belajar dengan baik
dan jaga diri serta maruah keluarga. Selain sebagai pesanan niatkan ia sebagai
doa buat tiap-tiap hari.
- Hadiahkan Al-Fatihah setiap kali solat buat anak-anak,
sebutlah nama mereka satu persatu.
- Memberi penghargaan kepada setiap bantuan yang mereka
berikan, ucapan terima kasih amat bermakna buat mereka. Sesekali penuhilah
permintaan mereka selagi tidak melampaui batas kemampuan, anak-anak akan terasa
dihargai atas setiap pertolongan mereka. Contohnya apabila anak perempuan yang
sibuk bersekolah membantu mengemas rumah setiap hari dan menguruskan hal-hal
rumah ketika kita bekerja pada setiap akhir bulan saya akan beri ganjaran.
- Ingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka terhadap
ibu-bapa apabila mereka sudah besar dan berkeluarga sendiri kelak, masa ibu-bapa
telah tua. Saya selalu berpesan pada anak-anak bila sudah bekerja berilah
ibu-bapa duit walaupun sedikit walaupun ibu-bapa punya duit sendiri,
gembirakanlah hati mereka. Bukan nilai duit dipandang setiap ibu-bapa tetapi
nilai ingatan anak buat mereka dan kadangkala duit itu juga akan kembali kepada
cucu-cucu.
- Didik hati anak-anak supaya ada sifat ehsan pada ibu-bapa serta orang di persekitaran mereka.
Perjalanan mereka masih jauh tetapi ingatan-ingatan ini akan mempengaruhi kehidupan masa depan mereka disamping itu jadilah contoh yang baik buat anak-anak. Usah menjadi ketam mendidik anak. Santunilah anak-anak supaya mereka juga akan menyantuni kita sebagai ibu-bapa.
Salam Jumaat penuh barokah.
Doa agar kita semua akan sentiasa mendapat redha Allah s.w.t sentiasa.
Saya tewas lagi semalam dalam ujian sihat yang Allah tarik sedikit. Asthma menyerang tanpa kasihan sehinggakan hendak bergerak selangkah terasa tidak mampu tetapi disebalik kedukaan itu tanggungjawab masih di jalankan seperti biasa. Rabu saya ke klinik mengambil 'nebulizer' yang hanya sekejap membantu. Khamis seharian berbaring tanpa melakukan kerja-kerja rumah melainkan sedikit petang mula memasak untuk anak-anak. Alhamdulillah mak berada di Kajang jadinya kekuatan itu dengan sendiri datang. Dapatlah bermanja dengan emak. Di urut oleh jari-jari tua emak terasa sangat bahagia.
68 hari memulakan tugasan di syarikat baru setelah khidmat tidak diperlukan di tempat lama sudah 5 hari mengambil cuti sakit, 4 hari cuti tahunan dan semalam 1 hari cuti kecemasan sebab dah segan nak pergi ambil cuti sakit. Nampaknya tempoh percubaan selama tiga bulan seperi terpaksa dilanjutkan tetapi saya sentiasa berdoa segalanya akan berjalan dengan lancar.
Pagi ini bos kecik datang kat tempat dan bertanya khabar, sebagai orang lama dia memberi nasihat agar saya berehat sekiranya saya mengalami masalah kesihatan sehingga saya pulih sepenuhnya. Bagi dia keluarga tetap datang dahulu, sekiranya saya tidak sihat ianya akan memberi kesan kepada keluarga dan seterusnya kerja saya. Mulai minggu depan juga kami akan mula sibuk. Dia tidak mahu kesihatan saya terganggu berlarutan.
Syukur alhamdulillah. Saya di kelilingi keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang hidup saya. Punyai rakan-rakan sekerja yang sangat memahami dan bertolak ansur. Saya kekurangan di satu sisi tetapi Allah s.w.t memberi nikmat dari sisi-sisi lain dalam hidup saya. Bukankah Allah s.w.t itu maha adil.
Sekiranya kita rasa terlalu diuji pandanglah insan yang lain yang mungkin lebih teruk ujian yang Allah s.w.t berikan. Kita hanya sakit sedikit tetapi masih mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta yang selesa walaupun kita rasa sangat berat tetapi ada juga orang yang sakit terpaksa menunggu berjam-jam untu menerima rawatan. Kita rasa Allah s.w.t memberi rezeki yang hanya mencukupi buat kita tanpa ada lebihan tetapi Dia maha mengetahui memberi keperluan buat kita berbanding mereka yang terpaksa bekerja membanting tulang di tengah pnasa sedangkan kita hanya menekan keyboard di dalam hawa dingin. Jadilah kita umat yang sentiasa bersyukur.
Gambar jalan-jalan raya lagi, yang tua dihormati. Ziarah rumah adik arwah tok ayah Harun Bin Senapi dan keduanya juga telah menemui Ilahi yang tinggal isteri yang merupakan juga saudara jauh mak dan anak perempuan yang menjada Tok Ngah Leha di rumah tersebut. Rumah wajib ziarah setiap tahun.
Kalaulah semangat tu boleh kutip je di sepanjang perjalanan kita mesti saya kutip banyak-banyak masuk dalam guni. Simpan bila semangat semakin berkurang ambik je semangat yang hilang ganti yang baru.
Sehari dua ini semangat melayang
Terasa beban bertimpa-timpa
Elak ke kiri terkena elak ke kanan mengena
Kalau tak elak pun tak mengapa memang sentiasa akan kena
Redza...
Hati sentiasa berbisik...
Perkara baik buat dengan ikhlas
Allah akan permudahkan segalanya
Penggantian yang Allah beri dari arah berlainan
Tanpa kita duga
Kadang-kadang syaitan tetap tidak mahu terkalah...
Terkinja-kinja mintak kita mengalah...
Hadapi Dengan Senyuman
Artist: Dewa
(senyum le walaupun pahit)
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
Ada sesiapa nak pinjamkan bahu sekejap tak?
Berjalan terus ke hadapan kutiplah semalam sebagai kenangan dan pengajaran. Usah berpaling untuk ditangisi.
Saya berjalan tanpa menoleh ke belakang, tak ingin mengutip setiap detik yang ditinggalkan kembali juga memang tidak boleh. Biarlah ia berlalu umpama angin yang bertiup pergi. Jika hati ingin berpaling pandanglah sekabur mungkin usah di biarkan hati terbuai dengan kekecewaan lalu, kepahitan yang terpaksa ditelan atau kesakitan-kesakitan lampau yang boleh memunahkan semangat.
Menjadi lebih baik dari semalam, membina semangat baru dalam menghadapi kehidupan. Apa perlunya ditangisi masa nan lalu, membilang kesilapan diri, merenung kealpaan atau saling menyalahkan takdir. Binalah benteng kekuatan dan memusatkan fikiran untuk memperbaiki hidup di masa hadapan. Perbetulkan jalan-jalan pulang bukan berpaling pada tapak yang telah di tinggalkan.
Kenangan itu pasti sentiasa hidup, berakar dihati cuma jangan sampai tebawa-bawa di buai rasa. Kenangan manis simpan dengan senyuman, kenangan pahit jadikan pedoman semoga langkah-langkah seterusnya kita tidak lagi melalui kepahitan. Belajar dari kesilapan. Tekadkan azam kearah yang lebih positif. Nekad.
Melihat kenangan berlalu, binalah hari esok dengan lebih baik. Menjadi lebih baik dari semalam adalah yang terbaik. Berusahalah. Kenyataan hari ini yang harus kita hadapi. Jagalah ia, mantapkan setiap apa yang ada. Perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada untuk esok yang lebih baik. Tanamkan di hati tiada hari sebaik esok kerana semalam telah menjadi pengajaran.
Gagal atau berjaya bergantung kepada keupayaan diri mengenal kehebatan diri sendiri. Berusahalah untuk esok yang cemerlang.
Semangat dalam diri sentiasa turun naik tapi biasanya banyak turun dari naik. Motivasi diri tu penting tak kiralah dari siapa pun. Membaca juga boleh memotivasikan diri, kalau dak layu je. Turun naik turun naik akhirnya semangat tu tak naik-naik mati kat situ sahaja. Ini cakap pasal diri sendirilah. Orang lain tak tau, bergantung pada tuan punya badan.
Hari tu semangat berputar 360 darjah, semangat nak masak coz selalu fikir kesiankan anak-anak. Sarapan tiap-tiap hari beli, mak sibuk kerja dan paling besar penyakit 'm' untuk bangun awal pagi. Seminggu memasak tiap-tiap hari itupun masak sambal banyak-banyak masuk peti ais, hari ni cedok panaskan masuk sotong, esok goreng ayam jadilah sambal ayam lusanya masuk telur. Banyak senang lagipun sambal menjadi kegemaran anak-anak. Bila balik tengok nasi tak bersentuh, rasa down. Tabiat mereka sarapan pukul 10 pagi nak pergi sekolah tak makan dah coz dua-duanya sekolah petang. Makin layu bila adik (penjaga anak-anak bila mama kerja) balik dari bercuti selama seminggu kat kampung, dah ada tempat mengharap langsung tak masak-masak sampai hari ni.
Pagi ini sarapan sandwich tuna dan keju, tiba-tiba semangat nak bawak bekal untuk sarapan timbul. Boleh jugak sediakan sarapan mudah untuk anak-anak. Masalahnya anak-anak suka makanan berat pagi-pagi selalunya nasi lemak dan roti canai, tak apa pelan-pelanlah. Jangan semangat ni pun hilang bila anak-anak biarkan sandwich tak bersentuh atas meja. Alasan lagi!
Sejak keguguran dulu mak kirimkan banyak makanan tambahan berasakan gamat dan juga spirulina. Walaupun usia anak dah bau-bau 40 tahun mak masih mengambil berat soal kesihatan anak, itulah istimewa seorang mak. Dua jenis sebelum makan dan dua jenis lagi selepas makan. Kadang-kadang terbabas jugak tapi sebab tak nak kena soal bila mak datang dan buka peti ais benda tu masih banyak gagahkan diri jugaklah makan. Harap semangat ini tak akan lunturlah demi kesihatan diri.
Salah satu cara untuk memotivasikan diri yang boleh diamalkan. Tulis kata-kata semangat dengan kemas dan cantik paling senang guna komputer sahaja letak gambar cantik-cantik dan print. Lekatkan di workstation untuk memberi semangat ditempat kerja, gantungkan kata-kata hikmah dirumah, boleh letakkan yang sudah diframe cantik. Boleh juga susun frame kecik-kecik atas peti ais atau kat mana juga kita senang lihat. Moga dengan cara itu semangat kita tak mudah hilang.
Tayang-tayang lauk yang entah bila, ini saya masak sendiri namanya lauk orang malas.
**Pesanan buat PCL. Aina tak boleh nak komen di blog awak seminggu ni ye, mana-mana blog yang guna komen box cam tu semua tak boleh.
Jangan jelez okeh! Tadi sempat bergediks dengan dia. Phewwww...dua jam dengar dia berceloteh tak kering gusi dibuatnya. Tabik! Alhamdulillah Kamal Affandi semakin sihat. Ini adalah kemunculan pertama beliau secara rasmi di khalayak umum selepas pembedahan. Sebelum ini ada juga aktiviti tidak rasmi. Penganalisis Jenayah yang glamour. Kamal Affendi yang sentiasa tampil hebat di setiap acara yang di sertainya. Love u lah!