Memaparkan catatan dengan label Review Makanan. Papar semua catatan

Tapas Bistro & Bar Micasa Hotel And Resort

Meneruskan rutin suka belanja anak buah makan di tempat baru kami di bawa makan ke Tapas Bistro & Bar di Micasa Hotel & Resort. Hanya bersebelahan pejabat. Harganya sangat berbaloi hanya Rm33++ dan selepas ++ harganya menjadiRm40. Bagi saya sangat berbaloi dan antara buffet makan tengahari termurah bagi hotel sekitar Kuala Lumpur.


Sejak dari syarikat lama sehinggalah kami sama-sama berkhidmat di syarikat baru sifat pemurah dia tak pernah luntur. Dulu bahagian kami sangat terkenal dengan majlis makan-makan. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja yang kami raikan, kahwin, dapat baby, jamuan perpisahan mahupun meraikan sesuatu perayaan tidak termasuk yang dibuat atas permintaan seseorang mahu pun belanjawan yang dapat dari projek.


Dua minggu sebelum saya menerima surat pemberhentian kerja dia telefon saya meminta saya emailkan CV kepadanya. Walaupun agak keberatan namun saya tetap emailkan dalam masa 5 minit, sebagai menghormati dia sebagai bekas bos dan juga sebagai orang tua. Bila saya dapat surat pemberhentian hati saya tidaklah gundah kerana dalam masa tersebut saya telah di panggil temuduga yang hanya membincangkan soal gaji dan halatuju masa depan kerjaya saya selebihnya hanya berborak pasal anak-anak dan kehidupan. Memang sangat santai.


Kali ini kami makan-makan sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Agak lewat tetapi yang penting bos tetap ingat.



Hujung sekali berambut putih bos yang belanja kami makan ramai-ramai satu bahagian lebih kurang 20 orang. Bercermin mata pula adalah my immediate bos. 



Saya mulakan dengan 'soup of the day' sup cauliflower yang sangat sedap rasa macam nak tambah lagi, makan dengan baguette. Nikmat.



Saya hanya ambik 2 sudu nasi selebihnya adalah lauk-pauk dan sayur-sayuran.



Saya juga mencuba 'seafood fetuccini' bersama udang, sotong serta kupang (mussels) disempurnakan dengan sos yang sedap kemudian letak cheese banyak-banyak sikit. Sedap!



Pencuci mulutnya saya ambil dua potong kecil blackforest kek, kastard pisang dan kek pisang berperisa kayu manis.



 Penutup wajib adalah secawan kopi panas. Saya kan penggila kopi!


Sesi makan-makan yang mengeratkan silaturrahim serta mewujudkan kemesraan bagi keluarga baru kami. Bagi saya inilah cara dia menarik pekerja baru untuk mempercayai serta berasa selesa dengan kehadiran dia. Boleh kongsi samaada masalah kerja mahupun masalah keluarga dengan dia biasanya dia akan membantu sebaik mungkin. Terima kasih Willem De Vos.



Redup Rimbun Corner


Hari Sabtu saya jarang memasak sebab sepanjang minggu saya sudah masak untuk anak-anak sarapan dan makan tengahari. Jadi kebiasaannya hari cuti saya beli sarapan dan tengahari kalau rajin saya masak nasi dan lauk-pauk, kalau terasa tak rajin saya goreng nasi tetapi kalau dah malas memang makan luar. Tempat makan kegemaran kami buka tempat mewah tetapi hanya gerai tepi tasik iaitu Redup Rimbun Corner, di Tasik Cempaka yang bersebelahan Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi.


Beberapa kali saya pernah menulis tentang gerai ini antaranya cendol dan laksa sedap Bandar Baru Bangi. Kemudian ais kacang nikmat. Setelah mendapat info dari blog Kak Rahmah mengatakan di Redup Rimbun Corner satu ketika dulu sudah menghidangkan menu-menu lain selain laksa dan cendol kami terus mencuba dan sejak itu hati terus terpaut. Kalau nak makan-makan luar anak-anak terus ajak makan di sini sambil bersantai tepi tasik nikmati pemandangan.



Kueyteow goreng sangat sedap kerana cara masak dipengaruhi oleh masakan orang utara, jadi masakannya sangat kena dengan selera kami anak-beranak. Portion pun banyak. Dimasak bersama hirisan ayam, sayur sawi serta kubis dan pecahan telur. Tidak terlalu pedas terasa kelemakan terhasil dari telur yang dikacau bersama kueyteow. Hidangan kat atas tu dah kena tolak sana-sini dek anak-anak untuk kurangkan kepanasan supaya boleh cepat makan.



Abang Iqbal tak boleh lari dari Nasi Goreng Kampung sangat typical seleranya. Saya tak pandai nak bagi berbintang-bintang tetapi bagi kami sekeluarga memang memenuhi selera. Nasi goreng kampung ini ada kelainan sedikit sebab biasanya digoreng bersama ikan bilis tetapi nasi ini di goreng bersama hirisan ayam, sayur kangkung dan ada ikan bilis juga. Pedas cili api yang tidak menyengat. Masa kami pergi ini yang lain-lain order laksa dan minumannya cendol, cendol pulut dan adik hikram sangat typical dengan milo ais.


Pendapat peribadi saya makanan di sini memang berbaloi untuk dibayar. Cuma saya berharap mereka mengekalkan rasa, kualiti serta presentation makanan mereka walaupun sudah terkenal. Entah kali keberapa saya pergi cara mereka hidangkan cendol agak tidak menarik tetapi rasanya tetap sama dan apa yang saya perasan pekerja yang biasa ambil pesanan sudah berganti. Saya cuma berkongsi tempat makan ini untuk faedah bersama. Pandangan saya juga tidak mewakili lain-lain pendapat sebab lain orang lain seleranya lain pendapatnya.



Ais Kacang - Nikmat




Terik mentari menyinari bumi, pijar terasa muka. Berjalan di atas jalan raya bahang jalan pun sama naik ke muka. Ini kepanasan dunia tak dapat nak bayangkan kepanasan atas dosa-dosa kita di akhirat kelak. Allah. Panas-panas nikmat dapat makan ais kacang sedap macam nikan? Sejuk lalu ke tekak sampai ke perut.


Gula merah adalah daya penarik untuk saya mencuba ABC sedap ni. Memang kena sangat dengan tekak saya sebab ais kacang ni saling tak tumpah seperti ais kacang yang saya makan zaman kecik-kecik dulu. Ais disagat halus tak le kasar seperti makan cendol mamak tu. Ceduk gula berwarna merah (gula putih masak dengan pewarna merah) dan simbah pula gula hitam (gula merah yang di masak).


Tempat saya panggil ais kacang sebab dalam tu penuh dengan kacang-kacang. Wajib ada kacang merah yangkecik-kecik tu bukan kacang buah pinggang ye, kacang tanah dan jagung yang lain2 tak ada pun tak apa kalau ada lagi siyokkk... Nama lain yang terkenal juga ais sagat. Pasai apa ais sagat sebab ais ketul tu kena sagatlah!


Nak rasa? Jom kita ke Taman Tasik Chempaka, Bandar Baru Bangi. 



Melur and Thyme KLCC


Makan tengahari meraikan jamuan perpisahan Ann teman sepejabat yang akan berhijrah di tempat baru. Mula-mula memilih Madam Kwan tetapi disebabkan lambat membuat tempahan tempat telah penuh, hanya boleh walk in sahaja. Tengahari masa sangat suntuk. Sejam sebelum pergi saya tanya encik google tempat makan lain di KLCC. Terjumpa Melur and Thyme di Ground Level KLCC. Terus telefon dan buat tempahan untuk enam orang.



Kami ramai-ramai melapak kat sini. Masing-masing pertama kali datang ke Melur and Thyme ini. Jadi masing-masing tak tahu nak oder apa. Specialiti di sini adalah hidangan itik. Menghidangkan makanan halal sebab tanya dulu sebelum tempah meja dan pekerja dia gelak dengan soalan tersebut.



Dalam lif dari pejabat sempat lagi berposing. Kami berenam Mariam, Kak Habsah, Aina (sayalah tu), Christine, Ann dan Zai. 


Selfie pulak, tangga bergerak LRT Dang Wani...dan lagi bergedik...ahahahaa...

Menu di Melur and Thyme tak ada gambar hanya tulisan jadi tak boleh nak agak yang mana best jadi kami belasah sahaja oder. Kat sini ada served nasi dan wetern food. Jadi masing-masing boleh pilih ikut selera tersendiri.


Rm13.00
Hot Cappucino saya punya. Kopi dan saya terpisah tiada.



Rm12.00
Lemon Grass Tea - Hot.



Rm12.00
Watermelon. Memanglah menggoda warnanya.



Rm18.00
Ice Blended Chocolate. Phewwww...mengancam kepekatannya.
Satu lagi Passion Fruit Chill terlupa pula nak ambik gambar Rm10.00



Rm37.00
Plancha Seafood Spaghetti. Memang kaya dengan cheese yang lemak berkrim, sesuai untuk yang suka cheese. Ini Kak Habsah punya.
(Pasta cooked with homemade plancha sauce, served with grilled prawn and ower crab)




Rm17.00
Chorizo AL Diablo - Small. Christine punya.
Boleh pilih nak nasi atau roti.
(Chicken chorizo sliced and cooked with garlic and spicy tomato sauce)





Rm21.00
Gambas In Salsa-S. Zai punya.
Boleh pilih nak nasi atau roti.
(Grilled tiger prawns cooked with homemade plancha sauce)




Rm17.00
Lamb Rosemary-S. Oder oleh Mariam (sedap tak ada rasa kambing sangat).
Boleh pilih nak nasi atau roti.
 (Marinated lamb balls with rosemary, then braised with homemade lamb stock)



Rm27.00
RmGrilled Lamb Cutlet-S. Saya punya.
Boleh pilih nak nasi atau roti.
(Grilled lamb with red pepper marmalade and topped with melted goat cheese)




Rm42.00
Beef Tanderloin. Ini permintaan orang yang diraikan Ann.
(Grilled beef tenderloin marinated with Asian spices served with grilled vegetables and salad)




Rm12 - New York Cheese Cake (sedap sehingga terpejam mata menikmatinya).
Rm10.00 Pandan Creame Caramel (bagi saya biasa-biasa sahaja rasanya).



Akhir sekali kami lagi. Kami yang sentiasa histeria bila nampak kamera...ahahhaaa...


Kebanyakan kami ambik set Tapas - Small. hanya Kak Habsah dan Ann ambik Main Course. Kalau nak betul-betul makan jangan ambik Tapas sebab portion agak kecik dan mungkin terlebih kecik sebab kami ambik hidangan kecik. Paling tak best kat menu tak ada gambar jadi kita tak dapat nak agak hidangan itu bagaimana rupanya. Total damaged Rm301.60 termasuk 10% service charge Rm26.00 dan tax Rm15.60. Sesekali bolehlah ubah selera kalau selalu bocor purse.



G03H-I Level Ground, Suria KLCC,
City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
Phone : 03-21818001

Opening Hours
8:00AM to 10:00PM
7 days a week 
Open on public holiday.


Cendol Dan Laksa Sedap Di Bandar Baru Bangi


Saya jumpa 'port' cendol dan laksa sedap di Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Kebetulan kami lepak sekeluarga menemani adik ipar memancing dan anak-anak pulak ada ruang untuk berlarian di taman permainan berhampiran. Bila dahaga mak minta bungkuskan cendol rupanya sedap jadi kami 'lepakking' dekat gerai selepas itu.


Gerai ini terletak di Taman Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi, bersebelahan perpustakaan. Parking luas tak menjadi masalah. Boleh pilih makan di bahagian hadapan atau untuk lebih santai ke bahagian belakang berhadapan tasik. Minum cendol dan makan laksa sambil menikmati pemandangan, tau-tau habis semangkuk.



Teruja tak? Ini cendol pulut saya punya. Kuahnya tu tidaklah terasa susu sahaja ada rasa lemak santannya. Kena dengan selera kami sekeluarga.



Cendol biasa. Meriahkan warnanya. Anak-anak teruja tengok warna-warni dalam mangkuk cendol. Kacang  besar-besar dan jagung tu banyak pulak diletaknya. Cendol pun banyak jadi terasa makan cendolnya berbanding sesetengah tempat hanya kuah sahaja banyak cendolnya adalah seurat-dua.



Saya teruja tengok cara dia hidangkan laksa ini. Dalam mangkuk bertutup! Buka sahaja mangkuk bau laksa semerbak mewangi.



Close up sikit lagi. Laksa kedah yang tak banyak beza dengan laksa Perlis tanah kelahiran saya. Laksa yang pekat kuahnya berwarna agak pucat kecoklatan dengan ulam daun selom, timun dan bawang besar. Boleh tambah 'cabai melaka' dan otak udang yang didatangkan secara berasingan.



Kami sekeluarga, mula-mula oder 4 mangkuk laksa kononnya nak share sorang sikit, bila rasa sedap masing-masing oder seorang semangkuk. 


Puas hati makan kat sini. Laksa Rm3.50, cendol biasa Rm1.70 dan cendol pulut rasanya Rm2.50 (saya agak sahaja sebab dah lupa). Kat sini makannya hanya ada laksa dan pau. Minum banyak pilihan sejuk dan panas selain cendolnya yang sedap tu. Saya lupa nama kedai ini nanti kalau jumpa bisnes kad gerai ini saya akan lekatkan kat blog. Gerai ini cuma cawangan sebab depa ada kedai di Teras Jernang.


Berbuka Puasa Zamzam Restoran


Zaman sekarang semua orang mengejar masa umpama 24 jam yang ada tu tak pernah cukup. Tambahan pulak hari ini 1 Ramadhan, semua bekejaran hendak balik kerja cepat. Jalan pun teramatlah sesaknya. Bagi yang rasa tak mahu menambahkan kesesakan sedia ada mestilah mencari-cari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa.

Apa kata jom berbuka di Restoran Zam Zam yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasi sangat senang untuk di cari sebab restoran ini satu bangunan dengan Hotel Frenz. Nak pergi pun senang kalau pejabat sekitar Kuala Lumpur, gunakan sahaja LRT turun di Masjid Jamek dan berjalan sahaja ke Jalan TAR. Kedudukan kedai ini agak bertentangan dengan Coliseum.




Boleh oder murtabak. Sedap. Murtabak ni kaya dengan daging, kulitnya pun tak tebal sangat. Padan dengan harga yang di bayar. Awas ya kalau makan berdua memang tak terhabis. Ini kami makan berenam. Murtabak ini sebenarnya dua lapi, sebiji yang dilipat dua serta dihidangkan bersama sepiring timun, bawang yang dimandikan dengan sos.



Special kt sini adalah berianinya. Ini beriani kambing yang sangat marbeles. Portion yang sangat banyak. Saya makan separuh bungkus separuh. Di hidang dengan kuah dalca. Ada juga beriani ayam yang nampaknya tak kurang kehebatannya. Serta makanan lain mengikut menu.



Sehari sebelum puasa, geng kat pejabat ajak makan-makan. Kami berlima menjemput seorang lagi kawan yang telah tamat perkidmatan akhir Jun yang lalu. Gambar hanya ini yang ada. Saya lupa nak bawak kamera.    
Telefon tangan saya tidak dapat memberi khidmat dengan baik. Kalau tak mahu saya posing banyak-banyak.

Di sini juga banyak pilihan makanan yang lain. Buka menu dan pilih sahaja mengikut rasa hati. Rasanya tak mungkin akan menghampakan. Hidangan air sahaja sudah cukup untuk membuat kita rasa ingin cepat menjamah hidangan. Longan, sirap selasih dan bandung selasih antara yang terbaik. Longan suam penuh kewangian pandan, manis dan sangat fresh. Pada mulanya saya membayangkan air longan berwarna sedikit kehitaman seperti air cincau tetapi jangkaan saya meleset. Air longan yang sampai, jernih dengan dihiasi longan segar lagi putih.

Sekiranya kesuntukan masa untuk berbuka ketika berada di Kuala Lumpur restoran ini mungkin boleh menjadi pilihan. Kereta boleh diletakkan di belakang bangunan KWSP dan berjalan sedikit ke Jalan TAR.  Restoran ini nampak agak sesak tetapi untuk lebih selesa silalah ke tingkat atas, ruang berhawa dingin yang selesa dengan hiasan minima. Hidangan di sini pasti tidak akan mengecewakan.




Masa Operasi


Sarapan : 7am - 10am 

11am - 10pm

Alamat :


Zam Zam Restaurant
135 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603 - 2692 7272





Borak Kedai Kopi - Makan-makan Lepas Penat Berjalan

Kisah beberapa minggu lepas. Aktiviti asal membeli selipar si kakak. Abang dengan senyum sengih menarik diri dari acara, motor ada kat rumah jadi panjanglah langkah dia nanti. Hanya adik, kakak, Alya dan emak yang mengikut. Kemudian ke Romantika di Metro Point, Kajang kerana membeli hadiah untuk sepupu yang akan berkahwin. Masing-masing sudah lapar. Adik sudah mula merengek. Di sebabkan selepas tu nak pergi Kamdar Aina terus pusing setereng kereta ke Prima Saujana. Menyusur ke kawasan perumahan membawa mak jengah-jengah rumah baru (ambik berkat mak). Senyum je orang tua tu. Pusing cari kedai makan pulak. Mak Aina sedikit cerewet kalau bab memilih kedai, merayau-rayau dengan kereta sekitar kawasan Prima Saujana dan akhirnya jumpa kedai ini.

Borak Kedai Kopi. Lokasi rumah kedai bersebelahan Giant Prima Saujana. Sampai je mak terus pergi ke bilik air. Jangan ingat dia saja-saja pergi coz kebiasaannya toilet kat belakang jadi bila lalu akan nampak dapur. Dari situ mak menilai kebersihan sesebuah kedai makan. Bila balik ke meja dia senyum. Bersih katanya.


Menu.

Mak gigih melihat menu yang akhirnya dia sendiri pening nak order. Kami hanya duduk di bahagian luar. Dekorasi kat dalamnya memang nampak best, ala-ala kedai kopi zaman dedulu atau kopitiam.

Kakak dan adik pun sibuk buka menu.


Mak suka jus buah-buahan. Hari tu mak minum jus epal hijau dan asam boi. Nama kat menu lupa sudah coz kat menu depa dah letak nama komersial.

Typical...milo ais. Pergilah mana pun. Kalau tak milo ais 100 plus.


Sepesen tak reti oder air lain. Teh ais.

Mama punya. Soya cincau. Entah kenapa tiba-tiba hari tu order ais pulak. Selalu kalau makan Aina just share minum je dengan anak-anak. Kalau Pak Tuan ada kami share je kopi o (sama-sama hantu kopi).

Alya dengan favoutite colournya. Bandung cincau. Tak habis pun tapi tak nak membazir punya pasal terus buka bekas air masak dia dan tapau bawak balik.

Mee kari. Adik punya. Banyak dan sedap. Rencah kat dalam pun banyak.
Mee udang. Kakak kata bolehlah tapi lagi sedap mee udang mak tok! Senyum-senyum mak tok kat sebelah cucunya puji. Udang dah siap kopek kulit. Kalau nak lagi cantik letak je udang tu sekor-sekor jangan buang kepala pun.

Ini nasi goreng Adam aka nasi goreng cina. Agaknya tuan kedai ini ada anak nama Adam kot yang tak makan pedas. Dihidangkan dengan keropok dan sambal.

 
Mak sama jugak typical. Kalau tak nasi goreng cendawan mesti order nasi goreng ikan masin!

Harga makanan kat Borak Kedai Kopi ini tak le mahal sangat. Semua yang kami makan hari tu hanya Rm35.00. Kebanyakan makanan bermula dengan Rm5.50. Pekerja kat sini pun ramah, mudah senyum. Sejuk je hati. Service pun cepat. Masa kami sampai orang tak ramai, sangat selesa. Makanan tak le sedap sangat tapi bagi Aina yang tak cerewet bab makan kira sedaplah cuma ikan masin dia sedikit kurang rasanya.

Borak Kedai Kopi ini pernah masuk jalan-jalan cari makan tapi dah lupa edisi bila. Rajin-rajinlah korang google cari info. Mak dah bunyi-bunyi bila balik hari tu. Katanya agaknya sedap kot minum kopi ala-ala kopitiam dengan roti bakar untuk sarapan atau minum petang. Maknanya dia dah hint-hint nak pergi lagi le tu.