Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan

Tukar Pemegang Pintu Saga BLM 1st Edition


Sudah sampai masa agaknya pemegang pintu kereta ini, mula-mula pemegang pintu bahagian pemandu reput dua hari lepas tu bahagian penumpang pulak patah ganas sungguh siapa yang tarik pemegang pintu tu. Terpaksa bawak ke kedai juga gamaknya sebab nak jalan-jalan Kelantan takkan nak bawa kereta dalam keadaan macam tu, lagi pun tali pinggang keledar pun dah tak boleh digunakan 'roller' bahagian dalam sudah tak berfungsi, hon kereta pun sudah lama senyap. Jadi package baiki kereta sebelum bercuti. Kata suami sudah sampai edah kena tukar baru, tahun ini sudah tahun kelapan berkodmat untuk kami sekeluarga tanpa ada masalah besar


Pintu bahagian penumpang.



Pintu bahagian pemandu.



Gigih budak tu buka hon kereta yang sudah tidak berfungsi, tukar baru masih tak berbunyi akhirnya terpaksa tukar tapak setereng sebab ada wayar putus di situ. Dulu pandai sangat nak tukar setereng kecik sikit inilah kesannya. Rupanya hon yang baru ini satu set ada dua ketul berbanding yang asal cuma satu lepas ni kena hati-hati gunakan hon sebab kalau hon orang sakit jantung boleh rebah dibuatnya. Kuat bunyinya!



Teknik gantikan pemegang pintu sebenarnya selepas tengok You-Tube saya sangat yakin untuk menukar sendiri pemegang pintu tersebut tetapi suami pula membantah dengan alasan banyak lagi benda lain nak diperiksa sebelum berjalan jauh.



Esoknya masa bawak kereta baru perasan setereng kereta lopong nampak semua wayar-wayar kat dalam. Haihhh...masa bawak balik tak pulak nampak. Penyudahnya tunggulah balik dari Kelantan baru bawak semula ke kedai.


Jumlah keseluruhan Rm175.50 telah dibayar. Pemegang pintu Rm28 satu jumlah Rm56, hon kereta Rm60, lambang proton bahagian depan Rm15 (lambang asal jatuh semasa satu kotak melayang dari sebuah Hilux dilebuhraya nasib baik tak kena cermin depan), tapak setereng Rm35, klip tali pinggang Rm9.50. Masalah tali pingggang belum selesai hanya letak klip buat sementara waktu sebab untuk menggantikannya ambik masa dan kos yang lebih sedikit.


Bila ada kereta duit kena asingkan sedikit setiap bulan untuk kos menyelenggara kereta membaiki mana yang perlu juga paling penting penyelenggaraan berkala termasuk juga kos insurans dan cukai jalan. Sibuk kereta dibaiki mata melilau melihat cukai jalan yang kononnya tamat pada 30hb April, akhirnya tepuk dahi sendiri. Rupanya cukai jalan tamat tempoh pada 10hb April lagi sudah 2 minggu berlalu. Mujurlah dalam masa tersebut tidak terjadi perkara buruk kalau tak menangis!


Cermin Kereta Baru Claim Insuran


Bila memperbaharui cukai jalan semasa ambil insuran sila masukkan insuran untuk cermin sekali bagi mengelakkan terpaksa menaggung kos berlebihan apabila cermin mengalami kerosakkan sama ada retak (senaja atau tidak), pecah atau dipecahkan. Masa tu bolehlah tukar cermin kereta baru calim insuran yang mengurangkan sedikit perbelanjaan.


Pastikan anda membawa polisi insuran (saya menggunakan Kurnia Insuran), geran kereta, kad pengenalan dan lesen memandu untuk proses di kedai cermin. Sila pastikan juga lokasi kedai panel insuran yang diambil sekiranya kereta di bawa ke kedai bukan panel insuran sila bayar dahulu dan claim kemudian. Sila pastikan juga anda mengambil insuran cermin untuk keseluruhan kereta. Bagi kereta Saga BLM ianya berharga Rm600 dengan bayaran insuran Rm90. Insuran cermin juga boleh ditambah kembali dalam masa 10 hari dari tarik kita menggantikan cermin.


Cermin kereta saya mengalami keretakan mungkin di sebabkan oleh panas yang berlebihan, lagipun mutu barangan zaman sekarang tak sama dengan 10 tahun lepas. Satu perkara yang tidak dapat dielakkan saya masih terpaksa membayar Rm100 kepada tuan kedai. Berniaga memerlukan modal jadinya menunggu claim kemungkinan lambat jadi sebagai pengguna hendak atau tidak saya tiada pilihan. Satu kedai yang saya tanya Rm450 untuk cermin hadapan dan claim kemudian. Jadi saya tetap memilih panel insuran dengan harga cermin baru Rm400 + Rm100 (cash bayaran tambahan). Hanya hanya mengambil insuran Rm400 untuk cermin dengan bayaran Rm70.


Saya juga ke salah sebuah panel insuran yang terletak di Bandar Teknologi Kajang yang mana tuan kedai meletakkan harga Rm600 untuk cermin Saga BLM. Selepas berbincang kami membuat keputusan untuk pergi ke satu lagi kedai panel insuran dan itulah hasilnya. Di kedai kereta yang diparking semua kereta mahal-mahal.



Dari Car Medic di Bandar Teknologi Kajang kami mencari One Car Auto Glass di Sungai Chua, puas berpusing sebab nama syarikat yang terdapat di laman web adalah Roovers di Jalan Wan Siew rupanya kedai ini hanya sebaris dengan KFC Sungai Chua.



Cermin sudah di tanggal, lopong sekejap.



Proses meletakkan gam untuk melekatkan cermin.


Masa yang diambil untuk menggantikan cermin kereta sekitar 1 jam 30 minit. Kebetulan semasa sampai pekerja mereka baru sahaja menyiapkan sebuah kereta Honda City jadi rezeki kami tidak perlu menunggu lama. Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan bila menukar cermin. Pada hari pertama elakkan dari terkena hujan lebat dan dalam masa tiga hari elakkan dari mencuci kerata. Selepas siap pasang, proses mengambil gambar kereta dan tandangan segala borang kami sudah boleh balik, tak perlu tunggu untuk mengeringkan gam dan sebagainya.



Retak Menunggu Belah


29hb Mac saya balik ke Bota Kiri ziarah mak mertua, cuaca panas terik. Di kampung tak ada tempat yang redup nak letak kereta, pokok-pokok semua berada di kawasan tak sesuai untuk masuk kereta. Panas terik tiba-tiba hujan sangat lebat semua tingkap kereta tertutup rapat udara panas dari dalam tak dapat keluar. Penyudahnya keesokan hari saya dapati cermin kereta bahagian depan mula retak, nasib baik bukan retak seribu.


6hb Mac saya balik kampung lagi ziarah mak mertua yang meninggal. Cuaca panas kereta letak tepi jalanraya tingkap buka sedikit penyudahnya retak tu semakin memanjang. Terpaksa tukar juga nanti tetapi tunggu Pak Tuan balik umrah.




Tampal tape macam boleh tahan...ahahhaaa... 

Tahun ke enam guna kereta ini selain servis berkala hanya sekali saya terpaksa keluar duit lebih bila terpaksa tukar 'break drum'. Berkali-kali bagitahu break berbunyi Pak Tuan kata dia tak dengar pun, akhirnya break tekan besi ja masa tu kat Tesco dengan mak dan anak-anak terpaksa berhati-hati bawak kereta balik rumah guna 'hand break'. Bahaya memang bahaya tetapi apa nak kata akhirnya kopak Rm560. Tak lama guna berkarat pulak kata pakcik saya yang merupakan seorang mekanik tuan kedai guna barang tiruan. Haihhhh...terus saya tak pi kedai tu dah. Masa tu workshop kepercayaan Pak Tuan tutup. Terpaksa cari kedai lain. Kadang-kadang niat kita nak tolong orang Melayu menaikkan perniagaan sesama Islam tetapi bila kena macam ni jadi serik.