Memaparkan catatan dengan label parking. Papar semua catatan

Parking Kat Driveway Boleh?

Isninkan Monday Blues gitu (ini cerita Isnin lepas). Mood nak pergi kerja pun ala-ala suam kuku. Tunggu datang pemusnah je langsung tak pergi kerja. Kata orang cari sebab je. Tapi pemilik kereta ini memang layan blues betoi! Kereta bukan cap local punya, siap angkat wiper lagi tu tapi boleh dia tak perasan kepelikan di situ. Bertuah punya budak (ke bapak budak ke mak budak?). Bila menghala ke stesyen dia mesti lalu kat anak panah besar tu, pon dia tak nampak. Lampu terang benderang kot!





Kereta yang nak masuk dah tersangkut terpaksa mengelak dari kereta yang di parking kat tengah jalan tu. Alahaiiii...sapa punya keretalah tu.


Anak panah punya besar dia boleh tak nampak tapi parking di Komuter di Jalan Reko ni memang lane dia bertindih tapi yang baru tu terang sikit dan kat drive way tu ada sebesar alam anak panah. Bersangka baik mungkin dia pi kereja pukul 6am kot tapi saya balik kereja pukul 8.30am nampak ja anak panah drive way tu. Bersangka baik lagi mungkin tak biasa di situ dan tengah rushing kot.


Kadang-kadang kita pun tersasul tak dapat dinafikan sebab semalam masa nak keluar dari parking saya nampak palang diturunkan dan tertulis 'automatik gate'. Blur kejap. Macam mana nak keluar bukan ada orang tunggu. Undur kereta ketepi termanggu-manggu kejap. Datang kereta lain elok je depan palang terus terangkat. Terasa bodoh kejap! Padahal ini bukan pertama kali pon parking kat situ.



Parking Khas Wanita


(Saya cuba rotate gambar tetapi gagal)


Saya sangat berbesar hati dan sangat gembira dengan inisiatif MBPJ yang perihatin kepada pemandu wanita dengan menyediakan parking untuk wanita. Kita semua sedia maklum peningkatan jenayah terutama melibatkan kaum wanita, sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah terhadap wanita tetapi kita seharusnya berwaspada dan lebih perihatin kepada keadaan sekeliling. Kadang-kadang tempat yang palin selamat seperti di rumah pun jadi tempat yang paling tidak selamat.


Saya cuma bimbang dengan penguatkuasaan yang bakal dilaksanakan. Mungkin pihak MBPJ ada perlaksanaan tersendiri yang telah dipersetujui dan telah diperhalusi. Sebagai pemandu wanita saya sangat kecewa dengan pemandu berlainan jantina yang selalu mengambil kesempatan akan kemudahan ini. Contohnya di Econsave, Bandar Baru Bangi terdapat pink parking yang khusus untuk wanita yang terletak betul-betul di depan pintu masuk tetapi ada juga yang tidak perihatin dengan selambanya masuk ke parking ini sedangkan dia adalah lelaki (mungkin lesennya ada wanita kat sebelah). Tak faham atau tak nak ambil faham atau pentingkan diri sendiri?


Jadi sebagai peringatan buat semua fahamilah setiap kemudahan yang di sediakan punya fungsi tersendiri, dibuat atas alasan-alasan dan sebab tertentu. Jika kita salah guna bermakna tidak tercapailah matlamatnya.