Ruang Dapur Dapur Idaman
Penyewa sudah memberi notis sebulan untuk pindah keluar jadi
dalam masa terdekat ini rumah akan kembali kosong. Hampir tiga tahun penyewa
ini duduk tanpa maslah besar dan berpindah keluar sebab rumah sendiri di
Semenyih 2 telah siap. Hajat di hati nak sahaja pindah masuk almaklumlah rumah
teres lebih selesa dengan anak yang semakin membesar, anak-anak pun akan dapat
seorang satu bilik berbanding sekarang terpaksa bilang anak tangga ke tingkat
dua dan anak-anak terpaksa berkongsi bilik. Nanti bolehlah hiaskan rumah ikut
kehendak hati dah lama teringin nak ada taman kecil di depan rumah.
Bila di fikirkan pro dan kontranya pula rasa sayang nak
tinggalkan rumah yang di duduki sekarang, walaupun rumah kecil tetapi banyak
kelebihannya. Jiran-jiran yang sangat baik serta sentiasa mengambil berat dan
tolong menolong ketika kita di dalam kesusahan. Masa anak-anak masih sekolah
rendah boleh sahaja minta tolong jiran tengok-tengokkan mereka di rumah semasa
kita keluar bekerja. Sekolah kebangsaan, sekolah menengah hanya sebelah
menyebelah boleh berjalan kaki sahaja. Kedai runcit, pasaraya, dobi pun dekat,
Klinik 1Malaysia pun ada. Pulak tu dekat sangat dengan Pekan Kajang dan ada
kemudahan bas.
Warna kuning antara warna kegemaran tetapi untuk kabinet dapur mungkin tidak.
Masa dibeli dulu rumah ini telah siap dengan cabinet dapur
berwarna coklat, walaupun ini bukan warna kegemaran saya biarkan sahaja sebab
keadaannya masih baik dan rumah tersebut memang nak disewakan sementara waktu.
Bagi saya dapur adalah tempat yang sangat penting selain ruang tamu dan bilik
tidur. Bila dapur cantik keinginan untuk berada di dapur sangat tinggi dan mood
untuk memasak pun pasti berbunga-bunga. Jadi bila berpindah masuk perkara utama
yang saya ambil kira adalah untuk mengubahsuai dapur. Saya menginginkan
ciri-ciri dapur moden yang tampak simple tetapi amat praktikal.
Saya mencari idea-idea segar dari beberapa pasaraya terkemuka
di Malaysia yang membekalkan cabinet dapur, ingin mengolah sendiri kabinet dapur
mengikut kehendak serta kemampuan sendiri serta haruslah bersesuaian dengan bajet.
Banyak laman web yang boleh membantu untuk mendapatkan dapur idaman yang
penting perlu sedikit kerja keras dan luangkan masa yang lebih untuk memenuhi
kehendak hati. Bila semua dilakukan sendiri ini akan memberi lebih kepuasan. Saya
juga merujuk ke `4 Steps To Create The Kitchen Of Your Dreams. It’s As Simple As ABC’ bagi merealisasikan impian dapur
terbaik untuk kami sekeluarga.
Warna merah yang garang dan pink yang menarik sangat memikat mata. Gambar rujuk di sini.
Beli rumah sudah mengeluarkan modal yang besar, nak pindah rumah
pula terpaksa fikirkan apa yang nak diisi ke dalam rumah pula. Nak selesa
kenalah berkorban sebab di situlah banyak masa yang akan dihabiskan, mungkin
hanya sekali itu sahaja kita membeli barang-barang mahupun membuat perubahan di
dalam rumah mengikut selera kita. Menghasilkan sentuhan-sentuhan magic yang
boleh membuatkan hati kita tenang setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah.
