Pagi ini jam 9.30am Alya Batrisyia akan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur dari Hospital Kajang menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut. Semalam balik dari kerja terus ke hospital untuk memberi sokongan moral buat adik dan adik ipar. Harapannya agar mereka faham kami semua akan sentiasa bersama mereka tak kita susah mahupun senang.
Doktor telah memberitahu semasa scan buah pinggang sebelah kiri tidak kelihatan dan doktor mengandaikan Alya lahir dengan satu buah pinggang sahaja. Buah pinggang kanan juga agak besar dari kebisaan usia Alya dan doktor mengatakan ianya agak normal sebab buah pinggang itu melakukan kerja untuk dua buah pinggang. Sepatutnya buah pinggang normal berukuran 7.5cm dan buah pinggang Alya berukuran 9.3cm (saya lupa angka selepas titik perpuluhan).
Balik kerja anak-anak kecoh seekor dari enam anak kucing yang ada di rumah hilang, paginya saya lepas bebaskan mereka untuk bermain di luar sebab Iqbal ada di rumah. Kebiasaannya tengahari anak-anak ini akan balik ke rumah tetapi semalam seekor darinya tak balik sehingga malam.
Pagi ini pula dalam tangisan meminta makanan saya terdengar bunyi suara halus anak kucing bila saya hampiri sangkar kelihatan anak kucing yang selama ini sangat mengalah dan kecil terbaring tak mampu bergerak. Air mata saya bergenang, saya keluarkan dan letak di luar cuba suapkan air dan susu tetapi dia sudah tidak mampu untuk menerima. Akhirnya sebelum pergi kerja kucing tersebut pergi juga. Sekarang hanya tinggal empat ekor anak kucing dan seekor ibu. Patutlah ibu kucing ini hanya menunggu sangkar sejak semalm tidak berganjak rupanya dia dapat merasakan kesakitan anaknya. Sebelum ini mak pun dah bagitahu yang kucing ini tak akan mampu bertahan lama sebab bila pegang badannya sejuk.
Hati saya tetap risau memikirkan anak kucing yang hilang. Sedih dengan anak kucing yang mati. Bertambah pilu memikirkan sakit Alya yang belum ketemu noktahnya. Rawan hati saya namun saya pasakkan jiwa dengan menyerahkan segalanya pada Allah s.w.t. Perancangan Dia adalah yang terbaik buat kita. Seketika ini mungkin dia memberi mendung dan hujan siapa tahu selepas ini akan terbit pelangi mewarnai kehidupan. Allah s.w.t menguji dan Allah s.w.t juga memberi.
Pesakit asthma kebiasaannya akan alah kepada habuk, sejuk dan sesetengah makanan yang berunsur sejuk. Sebagai pesakit asthma saya alah pada kucing juga mungkin sebab bulunya serta hama yang ada bersama kucing. Dulu saya tidak menghadapi masalah dengan kucing mungkin bila bertambahnya usia imun badan juga semakin berkurangan.
Selepas bertahun-tahun saya selesa tanpa mendapat serangan asthma kebelakangan ini dada saya mula sesak. Sejak mengidap demam selsema minggu lalu dada saya sangat tidak selesa, tidur malam sangat terganggu. Tercungap-cungap dan cepat terasa letih.
Saya tahu puncanya tetapi saya tak mampu hendak berbuat apa-apa. Nak buang sayang. Nak bagi orang tak sampai hati. Kesiankan adik Hikram pun ia juga. Masa lapang Hikram dia akan main berkejaran dengan anak-anak kucing, bercakap, marah, ketawa melayan keletah anak kucing kadang-kadan tertidur dengan kucing. Sampai ke hati mak nak pisahkan kasih itu.
Mengurus enam ekor anak kucing termasuk ibunya tujuh ekor. Makan, ganti pasir, kemas sangkar dan seminggu sekali mandikan memang sangat memenatkan. Di sebabkan anak-anak ini jugalah asthma saya tidak mahu betul-betul baik. Saya tahu tetapi saya tak mampu buat apa-apa. Kisah mula-mula mereka menumpang di rumah saya pernah saya tulis di
Kisah Kembar Enam.
Tidur sambil bergayut macam tu sahaja, comel tapi nak menguruskannya memang mengambil masa. Masa main suka, masa nak mandikan letih sebab enam ekor!
Nyenyak tidur walaupun beralaskan lantai tanpa tilam empuk, comel sangat dalam lena. Selepas dua minggu bermastautin bawah katil bilik anak tiba-tiba hilang, balik kerja kecoh Kakak Hayani dan Hikram minta carikan. Dah cari dalam bilik mama pun tak ada. Abah sibuk cari lampu suluh cari bawah katil, dalam bakul, belakang langsir tapi hampa. Menung kejap. Tiba-tiba abah teringat belakang almari terus suluh-suluh kat situ, lega nampak nyenyak tidur kat situ.
Dulu masa Hikram merengek-rengek minta nak bela kucing abah tak izin tetapi sekarang dah terbalik pula sebabnya abah yang lebih-lebih. Pagi-pagi sebelum pergi kerja 2-3 kali jengah belakang almari balik kerja pun sama siap ambik anak kucing dok main-main. Tegas, cengey, keras hati tetapi dalam hati ada taman rupanya.
Hari ini nak cerita kisah
kembar enam yang tiba-tiba hadir dalam keluarga kami. Gembira sangat tetapi hati tetap gelisah, boleh ke nak jaga sampai enam sekali ni. Kisah bermula bila seekor kucing liar dengan perut memboyot hari-hari minta makan di pintu pagi dan malam, mula-mula bagi sisa ikan lama-lama beli ikan untuk dia. Tiap-tiap hari dia akan tunggu pintu dan memandang muka kita dengan pandangan sayu. Tak tahan hati ni!
Sehari dua kucing ni tak datang, tertanya-tanya jugak kemanalah dia minta makan agaknya. Selepas itu nampak kelibat dia tetapi perut dah kempis! Masuk rumah dok sekodeng bilik belakang. Saya halau dia lari keluar. Semasa sedang solat asar saya terdengar bunyi anak kucing tapi abaikan sahaja. Sedang baring-baring golek-golek tengah rumah saya nampak kucing berjalan sambil 'gonggong' leher anak masuk bilik. Menjerit kejap. Lepas tu Pak Tuan periksa bilik, nampak 4 ekor anak kucing sedap landing atas lantai bawah katil. Lepas tu angkat tilam rupanya ada enam ekor!
Saya kata 'kalau abang nak buang, saya tak nak subahat'...ahahhaaa... Ada ke patut cakap macam tu. Sebenarnya saya tak sampai hati nak buang anak kucing yang masih belum boleh buka mata tu, kesian. Walaupun saya sangat 'geli' nak pegang mahupun nak tengok tapi hati saya sangat berat nak buang. Kesian kot. Jadinya dalam rumah saya sekarang ada 7 ekor kucing!
Saya bagitahu Pak Tuan. 'Hikram minta nak bela kucing dah lama tapi abah tak izinkan, sampaikan mak tok bagi kucing seekor di kampung yang katanya kucing Hikram mak tok tolong bela. Setiap kali balik kampung kucing itulah yang dicari dulu. Hari ini Allah bayar cash atas keengganan abah. Bukan seekor sekali 6 ekor di bagiNya!' Pak Tuan gelak. Sebenarnya dia pun tak sampai hati jugak nak buang kucing tu. Sibuk dah suruh belikan sangkar kucing. Sekarang saya yang pening terpaksa handle tambahan 6 anak!
Mak kucing yang sangat eksyen sebab dah tak perlu mengemis minta makan dan ada tempat berteduh. Rezeki anak katanya kan...
Anak-anak baru saya. Cabaran selepas bertahun-tahun tak bela kucing, bertambah kerja mak.