Air mata masih berbaki. Ketika mencium tangannya sebelum dia lolos dari pandangan mata air mata puas diseka kala tubuh kami bertaup kemas dihati hanya terdetik Allah apakah ini kiranya dakapan terakhir aku untuknya. Jarak yang memisah takdir Allah s.w.t tiada siapa yang mengetahui. Saya menangis umpama anak kecil kehilangan ibu dalam dakapan erat dia. Hanya Allah yang mengetahui isi hati ketika itu. Lengkap berihram dengan sayu saya melepaskan dia pergi dengan doa agar kasih sayang kami moga masih panjang.
Bila dia hilang dari pandangan mata air mata masih tidak henti mengalir bahu anak pula menjadi tempat melepas kesedihan. Anak-anak merenung pilu. Air mata yang ditahan sejak petang akhirnya tumpah jua, dari petang juga Hikram asyik bertanya kenapa mata mama merah.
Senyum dalam tangisan, saya gembira dia dapat menunaikan haji tahun ini tetapi sebagai isteri yang tidak lagi berupaya menjaganya ketika di sana saya tetap rasa sangat bersedih.
Gelang pengenalan jemaah haji Malaysia tertera nama dan nombor kad pengenalan di bahagian belakang gelang. Dia berbisik abah pakai emas putih dan saya sempat mengusik kalau dulu anak lelaki bergelang begitu mesti abah marah.
Abah dengan anak bungsu, Hikram sudah terpaksa pakai cermin mata bermakna tidak lagi dapat mewarisi legasi tugas abah sebagai Pegawai Polis.
Haiii...saya Pak Usu. Pewaris katanya satu-satunya cucu lelaki dari 4 orang cucu yang ada. Dia dapat pangkat datuk tetapi saya hanya dapat pangkat opah.
Suasana persekitaran di Kompleks Haji Kelana Jaya yang menjadi tempat berkumpulnya jemaah sebelum berlepas ke KLIA. Urusan daftar masuk dilakukan di sini, hanya melalui pemeriksaan Imigresen di KLIA.
Di rumah boleh minta isteri buatkan kopi di sini hanya tekan di mesin sahajalah.
Kandid abah dan kakak.
Nampak sangat anak-anak semakin membesar semua lebih tinggi dari abah sikit hari lagi Hikram pula mengejar. Sekejap sahaja masa berlalu.
Selepas melambai abah di kompleks kami tunggu pula bas keluar dari kawasan komplek, kebetulan dia menaiki bas nombor dua. 13 biji bas keseluruhannya diiring oleh anggota polis trafik dan sebuah ambulan menuju ke KLIA.
Mengharungi 42 hari tanpa cinta hati hidup seumpama kosong, bukan tidak pernah ditinggal-tinggalkan tetapi entah mengapa kali ini terasa sangat kelainannya. Segenap hati seperti ada ruang-ruang lompong tidak terisi. Kehilangan bila teman bersarapan, makan tengahari dan makan malam tiada di sisi. Menuju ke hari berakhirnya detik itu hanya doa mampu diiring buatnya.
Rezeki Raya Korban tahun ini adalah sekilo lebih Pak Tuan bawak balik petang raya tu. Balik makan mee kari yang dimasak atas permintaan dia, makan bersungguh-sungguh malam repeat lagi. Puas hati isteri memasak. Dia tak banyak cerita bab makan ni, sedap pun makan tak sedap pun makan je. Kalau termasin pun senyap je.
Daging korban ni fresh je, jadinya tak perlu beriya-iya masak berbumbu bagai. Masak simple pun dah sedap rasanya. Terasa kemanisan daging. Saya biasanya kalau dapat daging korban ini suka goreng kunyit sahaja. Satu menu kegemaran lagi Daging Masak Asam. Masak main campak-campak sahaja. Potong daging yang super lembut dan super fresh. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis. Masukkan daging, air dan rebus sekejap sampai agak empuk. Masukkan air asam jawa serta sedikit kunyit dan masak sehingga air kering. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan cili api dan cili besar dan kacau lagi. Siap untuk di hidang.
Inilah rupanya Daging Masak Asam kegemaran saya yang dimasak dua hari lepas. Bawang goreng tu buat sendiri sebab terlebih rajin.
Pengorbananan bermaksud mengenepikan kepentingan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan orang lain terutama sekali kepentingan mereka yang di sayangi dan di cintai~Petikan dari
sini. Dari itu saya sangat-sangat berharap pengorbanan saya selama ini akan mendapat redza Allah, moga juga keberkatan akan sentiasa bersama kami dunia dan akhirat. Saya tidak sempurna tetapi sebaik mungkin saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Rasanya hampir 8 tahun juga saya meninggalkan menu mee kari dari hidangan keluarga, tak pernah memasak. Kalau teringin hendak makan pun saya cuma membeli. Entah kenapa. Biasanya Aidiladha hidangan mee kari akan menjadi menu utama 'tukang jahit' saya. Tahun ini saya penuhi permintaan Pak Tuan yang meminta saya masakkan mee kari menongkah arus dari hidangan biasa hari raya iaitu rendang dan ketupat.
Inilah hidangan ala kadar Aidiladha kami sekeluarga. Kegembiraan yang hanya dikongsi bersama jiran-jiran tanpa keluarga di sisi. Hidangan set mee kari, sepinggan pulut kuning dan rendang kerang, semangkuk laksa serta 2 potong kek oren dari jiran sebelah. Paginya ziarah jiran terdekat dan sebelah petangnya ziarah ke
Musolla Ehsan.
Terima kasih buat Kak Ita kerana berkongsi resepi yang sedap ini tetapi saya telah ubahsuai sedikit mengikut bahan mentah yang ada di dapur. Ada benda yang tidak dimasukkan kerana tiada stok di salam peti ais juga makanan laut terpaksa dikeluarkan dari menu. Juga bahan-bahan untuk karinya telah saya ubah suai mengikut kehendak sendiri.
Resepi Mee Kari
Resepi asal dari Kak Ita
8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
5 tangkai cili kering - dikisar (saya guna 5 tangkai sahaja)
6 bungkus kecil rempah kari daging
I biji kelapa diambil santannya
serai dan lengkus di titik
(halia tak ada stok jadi saya tak masukkan)
3 keping asam gelugor
ayam dipotong halus
fishball
fishcake
(tak ada seafood dan unsur kacang soya sebab Pak Tuan tak boleh makan)
Mee kuning
Tauger dicelur
Sayur sawi dicelur
Telur rebus
Limau
Bawang goreng (stok tak ada dan malas pulak nak menggoreng bawang kecil)
Cara-cara memasak:
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili dan serbuk kari yang telah di bancuh dengan santan pekat.
Masukkan juga serai dan lengkuas dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
Kemudian masukkan ayam, asam gelugur dan sedikit garam untuk menggelakkan ayam hancur.
Agak kering air ayam masukkan santan dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
Apabila ayam masak masukkan fishcake dan fisahball dan biar mendidih sekejap.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
Tutup api dan siap untuk di hidangkan.
Selari dengan Raya Korban saya tetap melakukan pengorbanan dengan cara tersendiri. Syukur dengan nikmat rezeki bahagia yang Allah beri selama ini moga pengorbanan saya saban tahun akan mendapat keberkataan dari Ilahi.
Hari ini masih bekerja dengan mood separuh hati di rumah dan separuh lagi di pejabat. Jalan lengang pejabat juga sunyi, di lantai saya ditempatkan hanya ada 5 orang hari ini bagi sayap kanan. Bukan yang merayakan Aidiladha sahaja bercuti teman-teman beragama lain juga turut mengambil kesempatan 'cuti tersepit' untuk berlibur bersama keluarga.
Pagi tadi saya sibuk memasak sebab anak-anak ada di rumah dan 'tukang jahit' pula tiada, sambil itu menyidai kain dan bersiap-siap ke tempat kerja. Bila rutin berubah jadi agak kalang-kabut almaklumlah memasak awal pagi bukanlah ruti saya. Kesibukan mengejar kerja-kerja lain menyebabkan saya lalai dengan tumisan bawang di dapur dan akhirnya sambal yang sepatutnya berwarna hijau menjadi sedikit kehitaman dek kerana bawang yang agak garing. Haihhh...harap-harap dak kecik kat rumah tu tak le buat perangai tengok warna sambal ikan tu nanti.
Menu Aidilada? Tiada yang istimewa hanya Mee Kari berada di dalam perancangan dan bahan-bahan siap dibeli sejak semalam cuma santannya sahaja mungkin akan dibeli selepas balik kerja hari ini. Kek Coklat sedang dipertimbangkan, kalau rajin insyaalah buat kalau penyakit 'm' yang besar melanda apa yang ada sahajalah. Kebetulan mak ada kirimkan peneram, baulu dan kuih karas untuk anak cucunya. Jadilah apa yang ada tu untuk sambut Aidiladha. Lagipun tahun ini 'tukang jahit' saya beraya di Kelantan rumah mertuanya jadi kami beraya anak-beranak sahaja.
Esok Pak Tuan akan sibuk di surau mengendalikan 7 ekor lembu yang bakal dikorbankan, bermakna seharian dia akan berada di luar. Juga mama hanya akan beraya dengan anak-anak sahaja. Ke Puncak Alam abah pula sibuk melapah nanti balik anak dan isteri tiada di rumah, serba salah. Tahun ini Pak Tuan seperti rutinnya setiap tahun mengorbankan satu bahagian lembu, saya pula agak terlewat membuat pesanan jadinya korban saya tertangguh ke tahun hadapan sahajalah nampak gayanya. Tak ada rezeki.
Apapun Salam Aidiladha buat semua.