Voluntary Separation Scheme Tetapi Terpaksa

12:16 PTG JunAina 18 Comments

Ramai yang kehilangan kerja sejak akhir-akhir ini bukan sahaja bidang saya bekerja iaitu Oil & Gas namun bidang-bidang lain juga, ada kilang yang ditutup, bank-bank juga mengurangkan pekerja. Cuma yang tak terjejas dari segi pembuangan ini adalah bagi pekerja kerajaan yang tetap tetapi bagi pekerja kontrak tetap akan terjejas.




Sukarela tetapi sebenarnya kami di paksa secara rasmi dan terhormat. Hari ini hari terakhir bekerja tetapi barang-barang masih belum masukkan ke dalam kotak. File-file drawing masih di atas meja seperti esok akan masih ada di sini sedangkan kawan-kawan yang lain telah membawa balik barang-barang peribadi masing-masing.




Hari terakhir saya tetap tersenyum dan full of energy. Pakai cantik-cantik sebab pasti ada sesi bergambar sana-sini, sesi gelak-gelak sampai petang walaupun ada yang sibuk menguruskan hal berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri.



Saya tetap sayang dia sebab dia bos paling baik pernah saya jumpa, dari support urusan kerja sehinggalah bab-bab urusan keluarga terutama anak-anak. Selepas saya di berhentikan di syarikat lama dia bawa saya masuk ke sini. Insyaallah masih berharap agar dia masih sudi menelefon saya dan menawarkan kerja pada masa hadapan.


Sedih? Tipu kalau tak ada rasa itu kat hati namun saya tetap memandang semua yang terjadi secara positif. Allah telah mengatur sebaik mungkin buat setiap hambanya mungkin inilah masa yang Dia beri untuk saya tumpukan lebih perhatian kepada anak-anak buat sementara waktu. Insyaallah Dia akan beri yang lebih baik untuk saya di masa akan datang. No body knows tiba-tiba esok ada yang call dan tawarkan kerja.

You Might Also Like

18 ulasan:

  1. InsyaAllah, satu pintu tertutup...banyak lagi tingkap yang terbuka menunggu.. Amiin.

    BalasPadam
  2. Kita tak tahu apa yang Allah sudah sediakan untuk kita, namun keyakinan kita kepadaNya, pasti akan memberikan hasil yag baik akhirnya...

    BalasPadam
  3. Assalam.
    Syukur kami keje gomen tak effect pd individu tapi management n development budget dah kena potong almost 70%.

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan kak. Lama tak masuk sini. Smoga akak sihat2 selalu

    BalasPadam
  5. betul kak..setiap yang berlaku ada hikmahnya..Jangan pernah putus doa..moga allah sentiasa berkatimu kak..

    BalasPadam
  6. Salam oil and gas in uk lama dah bungkus..banyak kesannya di aberdeen dan scotland. That its downstream. Mainstream lagi lah.i thinknthis happened 2 to 3years ago . So memang lambat msian dapat effect

    BalasPadam
  7. Maju la sukan untuk negara.. eyh.. tetiba..

    BalasPadam
  8. Salam
    Harga minyak jatuh sbb saudi turunkan habis harga crude oil ..ni semua nak sekat fracking oil in usa. So in order to bunuh betul betul fracking they maintain low price per barrel.
    Tu yg now glut in the industries.
    But imagine saudi sendiri dah sakit treasury nya.
    Cuma rakyat dia tak bising..
    Tapi dgn perang dgn houthi syiah di yemen dan masuk bala tenteranya ke syria makanya duit banyak habis. So not sure bila dia nak teduxed pemgeluaean dan ñaik harga..

    BalasPadam
  9. Bukan mudah nak melaluinya tapi bila kita fikir positif maka hasilnya pasti akan positif.

    BalasPadam
  10. betul tuh kak... akak seorang yg sgt positif... dana salute akak...
    mcm takde gaya sedih... ntry akak pun penuh positif...
    dana doakan akak cpt2 dpt kerja lain insyallah setiap yg trjd pasti ada hikmahnya kan

    BalasPadam
  11. Takpe Aina insyaallah ada rezeki kat lain nanti amiin

    BalasPadam
  12. betul tu kak...terus kan positive...insyaAllah ada yang lebih baik menunggu akak...
    best kan kalau dapat boss yg supportive mcm tu...

    BalasPadam
  13. Senyum dalm keterpaksaan, paksa rela, kita tetap kena terima hakikat kan....moga ada benda baik yg menanti aina di hujung terowong tu....cer teropong ;)

    BalasPadam
  14. Insyaallah adalah rezeki yg menunggu nanti Aina.....
    Rasa rasanya nangis ke tidak tu?

    BalasPadam
  15. Bizi masak ke sampai tak sempat update blog hihi...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,
    semoga dimudahkan semua urusan

    BalasPadam
  17. insyallah akan ada rezeki lain yang bakal tiba. Rezeki ni datang dengan pelbagai cara! Semuanya dah Allah tentukan..

    BalasPadam
  18. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Aina

    BalasPadam