Memaparkan catatan dengan label IOI Mall City Putrajaya. Papar semua catatan

Boboiboy The Movie Tertunai Hasrat Di Hati

Hujung dua minggu lepas beria-ia anak-anak nak tengok Boboiboy The Movie tetapi kecewa sebab tiket semua penuh kecuali sebelah malam cerita ada kat Kecewa Dengan Boboiboy. Jadi Ahad lepas gigih juga lah mama bawak anak-anak ke Alamada, Putrajaya. Sampai je terus berbaris tetapi di monitor dah nampak pukul 3.40pm dan 5.55pm dah berwarna kuning bermaksud hanya selected seat yang tinggal.


'Puan hanya malam yang ada kosong, sebab yang petang ini semua hall kecil. Saya cadangkan puan ambil pukul 8pm lebih selesa'

Terus senyum walaupun mula-mula tu dah rasa macam frust sikit. Bila dilayan dengan baik mood kita pun jadi baik. Belilah tiket pukul 8pm kemudian terus keluar dari Alamanda ke IOI Putrajaya sebab Kakak Hayani sibuk nak ke sana, nak jalan-jalan. Cuaca yang panas jadi ramailah orang yang memilih untuk beriadah di dalam shopping kompleks. Lagipun di situ ada ice skatting dan indoor aktiviti lain seperti di District 21 menjadi tumpuan ramai tempat-tempat sebegitu.











Selepas penat berjalan kami balik ke rumah masing-masing siapkan kerja sekolah, kemas barang-barang yang perlu sebab esoknya persekolahan dah bermula. Mama pula memasak makan malam perlu awal sebab lepas magrib hendak terus ke Alamanda for movie time. Alhamdulillah masuk panggung cerita baru sahaja nak start sebelum tu sempat beli air dan popcorn. 










Boboiboy The Movie keseluruhannya memang filem yang menarik bukan anak-anak sahaja yang gelak-gelak dalam panggung wayang tetapi mak bapak pun tumpang juga. Inilah masa untuk enjoy moment bersama anak-anak, saat manis yang pasti mereka kenang sehingga dewasa. Tangan mereka di genggam erat ketika kecil sehingga dewasa pasti genggaman itu sukar untuk mereka rungkaikan.







District 21 IOI Mall City

IOI Mall City Putrajaya terletak hanya 10 minit perjalanan dari Kajang menjadi antara tempat yang mendapat perhatian umum akhir-akhir ini. Selain menjadi tempat membeli belah yang terdapat banyak pilihan juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan restoran. Antara yang menarik perhatian adalah Ice Skating dan District 21 IOI Mall City Putrajaya.


Bagi yang meminati sukan lasak bolehlah ke District 21 yang berada di tingkat 3 bersebelahan Ice Skating (sila rujuk website rasmi). Dengan bayaran Rm160++ untuk 4 orang anda boleh menjalani aktiviti lasak di dalam kawasan tersebut. Bagi yang ingin melihat dahulu anda boleh meninjau dari tingkat atas. 
















Keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kadang panas melampau, ada ketikanya hujan tidak berhenti IOI Mall City memberi pilihan kepada kita untuk beriadah bersama keluarga di dalam keadaan yang lebih selesa. Menghabiskan masa bersama keluarga dengan lebih berkualiti.