Appraisal Time Come Again.
2011 yang agak suram kini berulang kembali. Appraisal kali ini memang betul-betul membuatkan hati kegeraman. Bukan seorang tetapi keseluruhan team menyimpan perasaan yang sama. Setelah bertungkus lumus memastikan projek berada di tahap paling bagus semasa Feed Stage. Kemudiannya berterusan sehingga ke Detail Design Stage masih juga mampu mengekalkan prestasi cemerlang dengan Electrical Department mendapat pujian melambung dari Project Manager dan client terasa kini segala pengorbanan sia-sia belaka.
'Meet Expectation' hanya itu yang mampu di beri oleh Lead Project sedangkan aku sentiasa berdoa ia tak berulang kembali. Setelah dulu Lead Iranian melumpuhkan semangat aku untuk terus menjaga prestasi kini Lead Project berasal dari India ini pulak membuatkan kami semua terasa useless seolah-olah apa yang kami lakukan untuk projek ini tidak bermakna langsung. Aku mempertikakan juga kena bukan 'Exceeds Expectations' kerana semua itu akan mempengaruhi kenaikan gaji dan juga bonus. Memberi alasan tak mungkin keseluruhan team dia mesti bagi 'Exceeds'. Nampak sangat aku menjadi korban keadaan. Bila habis appraisal bertanya kawan-kawan satu team rupanya mereka jugak sama hanya 'Meets' so siapa pulak yang mendapat 'Exceeds'?
Hati ini sudah membatu. Sebab ada hantu. Hantu tu jugak dah racun pemikiran Leads dalam memberi pertimbangan orang bawahan almaklumlah 'pecacai' je, mana layak dapat bagus-bagus. Hati menjadi sakit. Katanya hendak di bantu supaya semua akan diberi pertimbangan sebagusnya rupa-rupanya DIA hanya bermuka-muka. Sedang menyimpan amarah, tunggulah DIA pulang dari bercuti di kampung halamannya di INDONESIA Isnin nanti. Ada harapan peluru berpandu nak memuntahkan peluru. DIA hanya memikirkan tempolok sendiri! Huh!
Selama ini aku hanya berdiam diri dengan gelagat, perangai dan kata-katanya. Hormatkan DIA sebagai Senior Engineer. Aku cuma orang bawahan, ikut sahaja tanpa melawan (tak guna jugak coz idea org lain dengan selamba DIA mengaku idea dia depan Lead Project padahal tuan punya idea ada kat situ, punya tak tau malu). Pernah jugak DIA mencampakkan drawing bila Lead Designer tidak mahu mengikut ideanya dan dengan kasar dia berkata tidak akan menyemak drawing lagi sekiranya tidak menggunakan idea DIA. Satu kesalan kecil pasti dihebohkan sehingga satu team teruamanya Lead Project boleh dengar. Seolah-olah ingin menjatuhkan reputasi orang yang berkenaan.
DIA seolah-olah mengambil kesempatan ke atas Lead Project yang merupakan orang baru dalam syarikat (padahal dia pun cepat sebulan saja dari Leads Project). Mendesak. Mengulang-ulang ayat yang membuatkan hati aku panas. "Our Head Of Department are my best friend. I know him very well "(hanya kerana 9 bulan kerja bersama kat Miri padahal aku ni dah 5 tahun kerja di sini tak kecoh pun)" So Lead pun percayakan cakap dia takut dapat negatif feed back ikut sahaja cakap DIA sehinggakan performance feedback kita orang pun DIA inilah yang buat.
Mungkin ALLAH s.w.t sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik buat aku. Alhamdulillah dengan apa yang aku ada sehingga kini dengan rezeki yang tak pernah putus dan kesihatan yang baik tanpa penyakit-penyakit kritikal itu sudah cukup bagus. Rezeki ALLAH yang tentukan setelah berusaha kini sampai masanya bertawakkal. Pengajaran perlu dikutip disetiap perjalanan kehidupan. Berehat kelelahan di setiap perhentian kerana selepas setiap perhentian kita akan melaui perjalanan yang baru. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.
Luahan hati : Aina-3.24pm
assalmualikum kak jun..
BalasPadamtak apalah kak..
janji kak diberi kesejahteraan y baik2 drnya..
lg 1 kak tak ganggu orang..
have a day n days
dh lama x dtg sini. pekbr kak?
BalasPadamsy pon penah rs mcm akk tp sy reda je la..xmo sesak2 kn kepala
BalasPadamBerdebar-debar nak tau hasil "Appraisal". Hehe.
BalasPadamAssalamualaikum Jun
BalasPadamAlhamdulillah
Syukur
Alhamdulillah Ayu...apa yang ada sekarang mencukupi, setakat ini tak mau sakitkan hati org coz suatu hari mungkin org lain akan sakitkan hati kita pulak.
BalasPadamHai Azzey...aka pun dah lama tak jengah kawan2 sibuk sangat.
BalasPadamAnies...akak terima dengan hati yg terbuka. Terus cakap it's ok, no issue...terus sign. Tapi ada satu coloum tu dia bagi 2 je...tak pernah di buat org...huhuhuuu...
BalasPadamKCE...tak sabar jugak. Nanti bulan July kita tayang2 ok...hehehee...
BalasPadamAtuk..Alahmdulillah...memang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki itu datang dariNya.
BalasPadamAlhamdulillah...Aina dah diberikan rezeki dan kesihatan yang baik, biarlah Allah swt yang membalas segala perlakuannya.
BalasPadamhmm...
BalasPadammusim diuji nampaknya ni.
takpe kak. Allah punye perancangan adalah yang terbaik.
appraisal tu apa kak..pasti ini kemelut dalam pekerjaan kan
BalasPadamcuba baca & hayati tak masih tak dapat tangkap dengan jelas lagi isi keseluruhan. mungkin sebab bidang kita yang berbeza
BalasPadamGB...ini akan menentukan kenaikan gaji dan bonus untuk tahun ni. So gaji baru bulan 7...hehehee...
BalasPadamMamaEma...appraisal tu adalah penilain kerja kita sepanjang tahun. Bagi syarikat tempat Kak Aina kerja ni Financial of the year closed on June so Julai dah masuk gaji baru...
BalasPadameelobor..hahahaa...terima kasih kerana sudi baca walaupun tak faham. Memang berbeza skop kerja kita dah jadi macam ayam dgn itik...heheee...
BalasPadamsalam,
BalasPadameh agak terlambat nak tinggalkan komen..heheh
sabo je la..nak buek camne. kita pon sama gak. alasan boss bagi, nnti HR tanya apsal semua orang exceed expectation. sebab logiknye, kalo orang exceed expectation patutnya dah kena bagi naik pangkat. tapi takkan nak naikkan pangkat semua orang..hmm..tah hape2 nye alasan..
tapi at least tpt kita takde boss macam kat tpt u la..kiranya mmg HR tpt kitorang yg hampeh, bukan bos..boss pon takleh wat ape..