Selamat Hari Ibu...
Dia ibuku...
Semalam yang terlalu panjang untuk dirungkaikan, pengorbanan sepanjang hidupnya demi anak-anak tak mampu dibayar. Pemergian suami tersayang ditika anak-anak masih kecil menjadikan dia seorang ibu yg kental semangatnya, sabar menempuhi hidup dalam membesarkan anak-anaknya. Hingga kini jiwanya masih jugak begitu dalam meniti usia emasnya, terasa kecilnya diri ini bila mengenangkan ketabahannya menghadapi hidup yg berliku sehingga kini.
Tidak ada apa yang mampu aku beri kepadanya setanding pemberiannya kepada aku dan adik beradik. Duit bukan nilainya cuma aku ingin membahagiakan dia dengan cara begitu supaya dia boleh buat apa yang tidak dapat dibuatnya ketika membesarkan kami, itupun tidaklah sebanyak mana. Selagi mampu akan aku penuhi segala permintaannya walaupun ada ketikanya aku terpaksa mengorbankan keinginanku sendiri...
Sebagai kejutan pada hari ibu tahun ini adik perempuanku membelikan kek untuk ibuku, disamping sebiji kek lagi untuk ulangtahun kelahiran anak dia. Sekurang-kurangnya emak rasa dihargai...
Terima kasih kerana tidak pernah jemu mendidik kami sehingga hari ini...
0 Rider Beraksi: