Depa Dah Nikah Aidil Zafuan & Zarema Zainal
Nak meroyan menangisi perkara yang lalu pun tak guna, hidup harus diteruskan kaki harus terus melangkah. Paling penting kesilapan lalu jangan diulang, perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Jadikan pengalaman lalu itu guru yang terbaik untuk mengharungi kehidupan seterusnya.
Sama cantik dan sama padan. Dulu kahwin lari tak sempat nak merasa semua ini. Bukan gambar pre-weeding gambar kahwin pun tak ada kot. Dah jangan nak sentap! Gambar-gambar lagi meletup sila tengok kat blog Abang Nara.
Hari ini mereka selamat diijab kabulkan, ketentuan jodoh rahsia Allah. Doa agar keduanya akan berbahagia sehingga ke akhir hayat serta menjadi suami isteri yang saling bertolak ansur. Aidil Zafuan sudah ada pengalaman tak menjadi masalah rasanya dalam menjadi nakhoda terbaik.
Saya jarang mengikuti perkembangan dunia selebriti tetapi bila Aidil Zafuan berkahwin semula hati saya sedikit bergetar. Bagi saya terlalu cepat kerana masih terasa panasnya kemelut rumahtangga Aidil Zafuan dan Rita Rudani. Kita tidak boleh menghakimi sebab mereka berdua yang menghadapi kemelut tersebut dan kita tidak tahu siapa betul atau siapa salah. Tetapi sebagai wanita yang pernah diceraikan suami saya berdebar dan menggigil kaki melihat berita ini, entah kenapa. Apalah perasaan Rita Rudani ketika ini.
Dulu nak kahwin sanggup pi menikah di Songhla belakangkan mak dan bapak sendiri tapi bila nak cerai mak bapak juga yang dok backup dia. Entahlah. Paling kesian anak-anak. Harap walau dah dapat isteri lagi cantik, lagi muda dan bakal ada anak-anak sendiri anak-anak yang ada tidak di lupakan. Bukan hanya soal wang tetapi soal kasih sayang terhadap anak-anak dan tanggungjawab.
Masa suka peluk-peluk, manja-manja, senyum tak lekang. Bila tak suka tengok muka pun tak hingin buat baik pun jadi jahat. Cantik pun jadi hodoh.
Cukuplah kemerapuan saya petang ini.
nafkah jgn lupa byr
BalasPadamApa nak komen yer...life goes on...kena cari happiness jugak...
BalasPadam:( Cam x happy jer dengan berita ni... Astagfirullah...
BalasPadamAda betulnya apa yg akak cakap tu... sekarang Rita bahagian di samping anak-anaknya.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamKita doakan yang terbaik utk mereka..tak mau komen lebih2 kang "kata itu doa" huhuhuhuhu
Harapnya tak ulang lagi sejarah lama ya.
BalasPadamRedha ibu reda Allah insyaalah rumahtangga bahagia...
BalasPadamSangat kacak dan cantik :)
BalasPadamIkhlas,
profhariz.com
Tu la kan. Kesian kat ank anak je. Mak pak yang bermasalah anak ank yang jd mangsa.
BalasPadamSmga jodoh A&Z berkekalan..yang lepas tu biarlah, hidup mesti diteruskan..tapi tanggungjwab kpda anak2 jgn lupa lak..pemain bola sepak negara, gaji banyak tu...heheh
BalasPadamkisah rumahtanggan mmg ada macam macam
BalasPadamkadang-kadang kita tak terduga pun, tup tup...........memasing cakap
'tak sangka..."
kan