Cita-cita

11:07 PG JunAina 12 Comments

Semua orang ada cita-cita. Masa zaman sekolah rendah kalau cikgu tanya cepat-cepat Aina jawab nak jadi doktor! Bila masuk ke sekolah menegah pulak cita-cita bertukar selari dengan pencapaian kat sekolah (tak berapa nak pandai). Guru menjadi pilihan kerana kalau kerja cikgu kerja separuh hari, cuti sekolah panjang, boleh kerja kat kampung duduk celah ketiak mak saja (mind set yang dah tak boleh diguna pakai untuk guru zaman sekarang!). Pergi ujian, pergi temuduga tak jugak dapat jadi cikgu!

Bila habis SPM, kawan-kawan semuanya sambung ke tingkatan 6 tetapi Aina pula terumbang ambing kerana tak berminat menyambung persekolahan (konon nak kerja bantu emak). Desakan bapa saudara menyambung pelajaran dalam bidang lukisan tetapi bukan senilukisan (kerana tangan ini langsung tidak berseni). Mendalami lukisan kejuruteraan, melukis garisan, melukis enjin dan paling tak tahan belajar 'LETTERING' sahaja mengambil masa 6 bulan! Masa tu BOSAN (ada ke patut belajar menulis ABC sehingga berbulan-bulan)!

Tersasarlah cita-cita dari doktor, kepada guru (jadi guru untuk anak-anak sahaja sekarang) dan apa yang ada sekarang tak pernah termasuk dalam senarai langsung (dulu tak tahu pun ada orang buat kerja macam ni). Itulah REZEKI!

Masih juga menaruh harapan dan menyimpan cita-cita selepas cita-cita yang asal lebur harap yang ini juga tidak kabur. Ingin menjadi tukang masak sehebat IBU (walaupun tidak sehebat Chef Wan). Mengikuti kelas masak memasak yang banyak ditawarkan (tak sempat lagi). Mengasah bakat yang ada mengharap aura tukang masak IBU turun kepada anak (boleh ke macam tu?).

Sedari kecil dididik hidup perlu ada cita-cita. Hidup perlu ada matlamat. Bila sudah ada cita-cita, ada matlamat hidup kita ada tujuan!

 Inilah zaman mengejar cita-cita yang tersasar , zaman muda (sekarang pun masih muda!) Cuba teka yang mana satu tuan punya diri!


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. saya dulu tak pernah bercita2 nk jadi doktor & guru. haha. pernah bercita2 nak jadi peguam dan nak kerja ofis. haha.

    BalasPadam
  2. zura...

    itu cita2 yg tak kesampaian...la ni dok mengadap hat tak termasuk dalam senarai, kira lampu, kira besi...penaik pelantaq tengah lait...hehheee...

    BalasPadam
  3. saya tidak dapat meneka mana anda .. yang pasti anda adalah salah seorang dari murid2 itu.

    cita-cita saya dan tentunya orang lain juga adalah untuk mati dalam iman. amin.

    BalasPadam
  4. tuan haji...

    insyaallah, matlamat sudah ada usaha pula untuk mendapatkannya.

    BalasPadam
  5. kakpah dulu pun bercita-cita nak jadi doktor. Sekarang pun dokdor jugak.. doktor dapur hehe..

    BalasPadam
  6. xpa andai cita2 yg diharapkan tak tercapai..aslkan skrg pom kita sudah berjaya dlm hidup..

    BalasPadam
  7. kak pah...

    nasib baik jadi doktor dapur, budak2 zaman sekarang ramai yg jadi doktor yang cucuk diri sendiri...minta di jauhkan anak2 kita...

    BalasPadam
  8. sarahhh...

    alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang, sekurang2 kita juga berjaya menjadi manusia walaupun gagal mengejar cita-cita asal...

    BalasPadam
  9. JunAina..memang kalau sekolah dulu macam2 yang keluar bila di tanya cita2 kan..akhirnya mesti lain dari cita2 yang disebut..

    BalasPadam
  10. Walaupun tersasar dengan cita2 yang asal tapi sekarang tetap berjaya.

    BalasPadam
  11. junaina

    kak ayu dari dulu nak mengajar.
    nampaknya kak capai tujuan kak..
    mengajar 2 tahun

    tapi..
    now kak ambil alih perniagaan mertua..
    syukur, mengajar pekerja memasak pulak

    kak doakan awak dapat belajar masak sebaik ibu kamu

    dan.. nak teka.
    kamu no 4 dari kiri..pengawas sama mcm kak dulu2

    BalasPadam
  12. terasa diri semakin muda...tak pasti perlu memanggil kak ayu atau ayu sahaja kerana umur aina juga sudah semakin menuju petang...

    terima kasih kak ayu...

    BalasPadam