Desak segerakan siasatan

10:24 PG JunAina 17 Comments

~KLANG: Kementerian Luar mendesak pihak berkuasa Indonesia menyegerakan siasatan berhubung kes pembunuhan pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Adrian Jay Pereira, 22, pada Isnin lalu supaya suspek dapat dibawa ke muka pengadilan.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, pihaknya menganggap pembunuhan pelajar perubatan tahun tiga itu terlalu kejam yang memerlukan tindakan tegas segera oleh pihak berkuasa negara berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, menerusi pemantauan wakil Wisma Putra termasuk pegawai pendidikan dan atase mendapati situasi pelajar yang menuntut di Indonesia masih dalam keadaan terkawal.

“Saya difahamkan kes pembunuhan membabitkan pelajar kita di negara itu adalah yang pertama kali berlaku.


“Memang ada laporan seperti kemalangan atau jenayah curi berlaku namun masih dalam kawalan, justeru kita meminta pihak keluarga penuntut yang lain tidak bimbang dengan situasi keselamatan di Indonesia.


“Apapun, saya akan menghubungi rakan sejawatan di sana untuk mendesak pihak berkuasa Indonesia mengambil perkara ini dengan serius melalui siasatan segera supaya suspek pembunuhan mendiang Adrian itu diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga mendiang Adrian di rumah mereka di Taman Klang Jaya, di sini, semalam.


Menurutnya, Wisma Putra menasihatkan penuntut luar negara khususnya dalam kes ini di Indonesia supaya segera melaporkan apa-apa yang mencurigakan kepada Wisma Putra atau wakil pelajar.

Selain itu, beliau turut menyarankan penuntut di sana bergerak secara berkumpulan dan mengelakkan diri daripada berjalan seorang diri.


Turut hadir semalam, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, Naib Ketua Bahagian Umno Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar dan saudara mara, jiran serta rakan rapat mendiang. Tinjauan mendapati suasana di rumah keluarga mangsa hening walaupun tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang mengucapkan takziah terutama ibunya, Mary Catherine De Cruz, 52, dan dua adik perempuan mangsa.~

Sumber : Harian Metro

Kalau rakyat depa yang kena macam ni siaplah Kedutaan Malaysia kena baling dengan tahi. Pelajar-pelajar Malaysia kena ancam dan pelancong Malaysia yang berada kat sana dalam ketakutan. Bila rakyat kita kena semua buat-buat tak faham. Tak ada pulak rakyat Malaysia pi dok tunjuk perasaan depan kedutaan depa.

Pelik. Kadang-kadang isu-isu remeh pun boleh jadi isu besaq pada depa. Walahal tiap-tiap tahun adik beradik depa dan saudara-mara depa dok hantaq balik hampir Rm5.3 bilion duit kita pi dok pekaya rakyat depa. Berapa juta pulak rakyat depa dok tumpang cari makan kat sini tanpa ada prasangka dari rakyat kita. Aman tak pernah di cuit pun.

Baru beberapa amah depa di dera depa dah naik angin tak tentu hala. Tak pulak depa pikiaq berapa ramai rakyat depa yang masuk negara kita jadi penjenayah. Menyamun, merompak tak kurang jugak sampai membunuh! Ada ka kita ambik tindakan sendiri pada rakyat depa yang bebas berjalan kat Malaysia ni?

Mengikut hati ini bukan saja di kalangan penduduk kampung yang tak berpelajaran tapi yang berpelajaran tinggi pun sama. Dulu masa isu sempadan ramai pelajaq-pelajaq Malaysia menerima layanan tidak sepatutnya dari pensyarah dan doktor senior bagi doktor pelatih kat sana. Teringat orang sebelah partition Cik Puan nih, sama jugak dia punya perangai. Senior Engineer tentunya keluaq universiti tapi selalu pelekehkan Malaysia ikut-ikut mulut Cik Puan yang tengah panas hati mau ja suruh dia balik cari makan tempat sendiri. HUHHHH...!!! Satu statement yang buat Cik Puan hangin masa tu dia tengah sembag-sembang dengan sorang foriegner kat opis ni jugak.'Kampung Baru asalnya dibuka oleh orang Indonesia bukan Kampung Melayu, sampai sekarang pun still di penuhi dengan orang Indonesia'. Berdesing telinga Cik Puan nih.

Serumpun tak tak sama haluan. Sebenaqnya negara-negara barat tidak senang melihat Malaysia dan Indonesia berbaik-baik. Salah satu isu dulu pun di sebarkan oleh media Singapura. Kenapa? Sama-samalah kita renung-renungkan.

Nukilan rasa tengah marah: Memang keluaq bahasa ibunda le...


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Assalam Aina..memang merisaukan ibu2 yang anaknya ada belajar diluar negara.

    BalasPadam
  2. Kalau pelajar depa yang kena lagu tu kat sini, tak tahu la macamana depa punya naik minyak! :(

    BalasPadam
  3. Sekarang hubungan dua hala antara M'sia-Indonesia bagai sekam dalam api. Nampak aje ok. Sejak kes pembantu rumah, marine, pulau rebutan dan kini kes bunuh timbul jadi isu... kerajaan kita selalu mengalah sedih:(

    BalasPadam
  4. betul la tu...ramai yg sakit hati dgn keakraban Malaysia & Indonesia..

    yg memberontak tu...haya segelintir je...jenis yg tak sedar diri...

    BalasPadam
  5. kadang2 malas nak ambil tahu lagi...pening

    BalasPadam
  6. biasalah... masing2 dah tahu hak masing2... sampai terlupa hak orang lain...

    salam kenal dan kunjungan balas dari khai

    BalasPadam
  7. Mereka mai malaysia pun ramai yang buat kerja tak seninih... mencuri merompak dan sebagainya....

    BalasPadam
  8. konpem diaorang tgh busy ni..nasib baik walaupun satu kementerian tapi bahagian berlainan

    BalasPadam
  9. Busuk2 M;sia.. sini jugak depa tumpang rasa hidup kaya. Depa memang la skang mcm kaduk naik junjung.. tak reti terima kasih & kenang budi

    BalasPadam
  10. Kak Erna...gundah hati mak ek akak. tapi itulah pelaung untuk mereka menuntut ilmu, kita doakan yang baik2 aje ye kak...

    Kakcik...sebelah rumah aina dah berapa generasi berganti2 org2 sana menyewa, semuanya melanjutkan pelajaran kat UKM samaada peringkat MASTER mahupun PHD. Kalau kita busuk hati boleh aje buat sesuka hati kita...

    BalasPadam
  11. KhaiRin...pasti keluarganya sangat bersedih. hilang sudah harapan keluarga yg bakal bergelar doktor.

    Kakzakie...
    terbalik tu "api dalam sekam". tengok atas canti je sekam pijak je terjerlus dalam api...

    Lepas satu ke satu kes yang tak sepatutnya di bangkitkan. Paling geram pasal buluh runcing dulu...Rakyat dia nak datang Malaysia pun takut pasal kes ni, takut2 kita buat lagu tu jugak kedepa.

    BalasPadam
  12. nabila...
    Kadar kemiskinan yang tinggi di Indonesia membuatkan mereka sanggup buat apa sahaja demi sesuap nasi. Dikatakan mereka ini kebanyakannya di upah utk buat demo...

    Dah le rakyt ramai, politik tak stabil makin merudumlah ekonomi.

    BalasPadam
  13. cma...
    Malaysia negara Islam, Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar selain China so kalau boleh bagi depa biarlah sesama Islam ni bercakaran.

    Daddylicious...
    Memang pun tp kekadang benda depan mata cam ner tak nak ambik tahu...

    Khai...
    Bila lupa hak org buat kita naik gerammm...

    Terima kasih kerana sudi singgah...

    BalasPadam
  14. erm..abg dlu hampir2 nk kena bunuh msa kt jepun

    BalasPadam
  15. JA--sound laser jet la si minah indon kt ofis tu...bkn niat nk sakitkn ati, tp nk sedarkn dia spy bsyukur dok kt negara org

    BalasPadam