Hari Ini Aku Mampu Tersenyum

6:15 PTG JunAina 8 Comments

Pagi-pagi masuk kerja terima call dari bos. Senyum-senyum dalam stress. Berdebar-debar dan berkobar-kobar. Call pagi-pagi minta datang jumpa dia untuk review appraisal yang Lead Engineer dah buat.

Akhirnya masanya sudah tiba. Jangan di pandang rendah pada orang yang hanya berada di tempat paling bawah di carta. Jangan dianggap bos memandang sepi dan tiada mengambil kira pendapat insan kerdil seperti aku. Berkira-kira apa yang harus dibincangkan. Membuat catatan ringkas isu-isu yang perlu diketengahkan.

Akhirnya dengan sedikit gementar dan suara yang tidak stabil aku mencari keyakinan. Apa yang benar harus ditegakkan. Bos so suprised dengar cakap aku. Sambil menggeleng kepala dia cakap. 'That guy declare we are good friend tapi selama setahun dia kerja kat sini pernah ke you tengok I keluar makan dengan dia.
Thanks a lot coz bagi tahu I kalau tak I memang tak tahu menahu. Cara dia cakap memang nampak he used my name to ugut u all'.

Bagi aku sebagai orang atasan berlaku adillah kepada orang bawahan. Hormat pada pendapat setiap orang dalam team kerana setiap orang mempunyai fungsi serta tanggungjawab sendiri. Bukan ingin mengaibkan sesiapa tetapi bos harus tahu kebenarannya.

Projek going smooth tapi feed back dari Lead no so good untuk orang yang kecik-kecik macam kita orang. Alhamdulillah. Bos sangat memahami. Apa yang P&C tetap akan menjadi sulit. Bermula hari ini mengharapkan yang terbaik untuk pay slip bulan Julai nanti.



 

8 Rider Beraksi:

Appraisal Time Come Again.

3:24 PTG JunAina 18 Comments

2011 yang agak suram kini berulang kembali. Appraisal kali ini memang betul-betul membuatkan hati kegeraman. Bukan seorang tetapi keseluruhan team menyimpan perasaan yang sama. Setelah bertungkus lumus memastikan projek berada di tahap paling bagus semasa Feed Stage. Kemudiannya berterusan sehingga ke Detail Design Stage masih juga mampu mengekalkan prestasi cemerlang dengan Electrical Department mendapat pujian melambung dari Project Manager dan client terasa kini segala pengorbanan sia-sia belaka.

'Meet Expectation' hanya itu yang mampu di beri oleh Lead Project sedangkan aku sentiasa berdoa ia tak berulang kembali. Setelah dulu Lead Iranian melumpuhkan semangat aku untuk terus menjaga prestasi kini Lead Project berasal dari India ini pulak membuatkan kami semua terasa useless seolah-olah apa yang kami lakukan untuk projek ini tidak bermakna langsung. Aku mempertikakan juga kena bukan 'Exceeds Expectations' kerana semua itu akan mempengaruhi kenaikan gaji dan juga bonus. Memberi alasan tak mungkin keseluruhan team dia mesti bagi 'Exceeds'. Nampak sangat aku menjadi korban keadaan. Bila habis appraisal bertanya kawan-kawan satu team rupanya mereka jugak sama hanya 'Meets' so siapa pulak yang mendapat 'Exceeds'?

Hati ini sudah membatu. Sebab ada hantu. Hantu tu jugak dah racun pemikiran Leads dalam memberi pertimbangan orang bawahan almaklumlah 'pecacai' je, mana layak dapat bagus-bagus. Hati menjadi sakit. Katanya hendak di bantu supaya semua akan diberi pertimbangan sebagusnya rupa-rupanya DIA hanya bermuka-muka. Sedang menyimpan amarah, tunggulah DIA pulang dari bercuti di kampung halamannya di INDONESIA Isnin nanti. Ada harapan peluru berpandu nak memuntahkan peluru. DIA hanya memikirkan tempolok sendiri! Huh!

Selama ini aku hanya berdiam diri dengan gelagat, perangai dan kata-katanya. Hormatkan DIA sebagai Senior Engineer. Aku cuma orang bawahan, ikut sahaja tanpa melawan (tak guna jugak coz idea org lain dengan selamba DIA mengaku idea dia depan Lead Project padahal tuan punya idea ada kat situ, punya tak tau malu). Pernah jugak DIA mencampakkan drawing bila Lead Designer tidak mahu mengikut ideanya dan dengan kasar dia berkata tidak akan menyemak drawing lagi sekiranya tidak menggunakan idea DIA. Satu kesalan kecil pasti dihebohkan sehingga satu team teruamanya Lead Project boleh dengar. Seolah-olah ingin menjatuhkan reputasi orang yang berkenaan.

DIA seolah-olah mengambil kesempatan ke atas Lead Project yang merupakan orang baru dalam syarikat (padahal dia pun cepat sebulan saja dari Leads Project). Mendesak. Mengulang-ulang ayat yang membuatkan hati aku panas. "Our Head Of Department are my best friend. I know him very well "(hanya kerana 9 bulan kerja bersama kat Miri padahal aku ni dah 5 tahun kerja di sini tak kecoh pun)" So Lead pun percayakan cakap dia takut dapat negatif feed back ikut sahaja cakap DIA sehinggakan performance feedback kita orang pun DIA inilah yang buat.

Mungkin ALLAH s.w.t sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik buat aku. Alhamdulillah dengan apa yang aku ada sehingga kini dengan rezeki yang tak pernah putus dan kesihatan yang baik tanpa penyakit-penyakit kritikal itu sudah cukup bagus. Rezeki ALLAH yang tentukan setelah berusaha kini sampai masanya bertawakkal. Pengajaran perlu dikutip disetiap perjalanan kehidupan. Berehat kelelahan di setiap perhentian kerana selepas setiap perhentian kita akan melaui perjalanan yang baru. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.

Luahan hati : Aina-3.24pm


18 Rider Beraksi:

Berita Terkini

1:01 PTG JunAina 12 Comments

Salam.

Sudah lama rasanya tak up date blog ni, rindu sangat tapi apakan daya kesibukan melampau membuatkan segala pergerakkan terbatas. Sejak akhir-akhir ini banyak pulak perkara-perkara diluar kawalan berlaku. Banyak masa terpaksa dihabiskan untuk selesaikan apa yang patut.

Rindu dengan geng blogger jangan cakap le, lama tak ketuk-ketuk pintu kawan-kawan semua. Perjumpaan kat rumah Dato LF pun tak dapat hadir. Kebetulan pulak sekarang ini tengah panas dengan appraisal jadi kena le jaga prestasi sikit...hehehheee...

Insyaallah ada masa Aina merempit ziarah kawan-kawan okeh.
 

Masuk KPJ Kajang Specialist pada 20 March lalu. Dalam sakit-sakit tu boleh senyum dapat sebakul buah dan bunga dari office. Selepas scope keesokan harinya dah boleh balik dapat 9 hari mc.

Muka tengah tahan sakit tapi layan jugak le budak pompuan comel anak Singh mana tah, layan cakap lama-lama duduk atas riba main game kat hp. Pas tu dia ambik gambar untie. Comel sesangat, foriegner sepatah pun tak reti cakap Melayu. Tapi comel betul dengan punjabi suitnya.

 Muka budak yang sakit.

Mak keluar hospital hari Rabu hari Khamis budak kecik pulak demam kuat, sebenarnya dah seminggu dia on and off demam. Takut denggi bawak pergi hospital, ambik darah. Terpaksa juga masuk wad bila sell darah putih tinggi. Keesokan harinya dia batuk tanpa henti bila doktor check memang paru-paru dia macam ada bunyi dan terpaksa buat x-ray. Malam tu jugak doktor tengok x-ray dan memang nampak paru-paru sebelah kiri dah tak nampak sangat. Confirm sebenarnya Hikram dah kena pneumonia. Kena ambil antibiotik supaya paru-paru tak bernanah. Sakit mak belum baik terpaksa berkampung lagi selama 4 hari kat KPJ Kajang Specialist.

Banyak sudah yang tertinggal untuk di kongsikan dalam blog ni jugak banyak yang tertinggal berkenaan perkembangan kawan-kawan. Insyaallah ada ruang Aina akan tepati janji. Salam ukhwah.




12 Rider Beraksi: