Pekasam Nasi
Pernah dengar pekasam nasi? Bukan nasi tu dibuat pekasam tetapi ikan dibuat pekasam menggunakan nasi sejuk. Walaupun sudah 15 tahun menjadi menantu orang Perak inilah kali pertama saya lihat kakak ipar sediakan ikan pekasam. Sebelum ini saya hanya melihat yang siap digoreng dan beranggapan setiap pekasam adalah sama cara pembuatannya.
Perjalanan lebih 3 jam biasanya sangat membataskan masa saya untuk masak-memasak di dapur, sekadar membantu atau kadang-kadang saya langsung berbaring sementara kakak ipar memasak. Memandu sejauh 255km dari Kajang-Bota Kiri membuatkan saya sangat letih dan bertambah letih sebab kebiasaannya kami akan balik semula ke Kajang pada hari yang sama. Tumpuan Pak Tuan di jalanraya semakin berkurangan berikutan faktor umur jadi saya akan menjadi pemandu setiap kali balik kampung.
Cara-cara untuk membuat pekasan ini sangat mudah. Ikan talapia hitam dicuci bersih, digaramkan. Kemudian dilumurkan dengan nasi dan dimasukkan asam keping. Apa yang saya lihat didalam perut ikan mesti ada asam keping. Rasa pekasam ini agak kurang masamnya berbanding pekasam beras goreng. Masih boleh menikmati rasa ikan, masam yang kurang dan wangi semasa menggoreng juga tidak menusuk hidung. Berbanding pekasam beras goreng yang biasa orang Perlis buat bau pekasam ini sedikit kurang berbanding pekasam beras goreng yang berbau agak kuat.
Bekalan dari kakak ipar. Sebelum menggoreng buang semua nasi yang ada di badan dan perut ikan. Saya buat kerja senang cuci sahaja terus dengan air.
Inilah hasilnya. Wangi dan sedap makan dengan nasi panas.
Kakak rasa dgn nasi ikannya lebih bersihlah Aina
BalasPadamTapi kakak tak pernah jumpa lagi.
Mak saya dulu2 mmg buat pekasam cara ini k.aina..This is Perak yow..kiki
BalasPadamTambah bawang goreng dan cili api potong...perghhhhh....
BalasPadamxpernah dgr ... kiranye mcm tapai ikan la kot ..kan ...
BalasPadambelum pernah makan. sedap tak?
BalasPadamdulu penah tgk family xtunang bt pekasam nasi nih.... bila dh goreng lahai sedapnya
BalasPadamsaya org perak pun jarang makan...aduh makan dgn nasi panas2 sedapnyaaa
BalasPadamsaya lagi tak tahu pasal pembuatan perkasam..buat dengan nasi ke beras sumpah tak tau..makan tau la.hehe..
BalasPadamSedapnya pekasam..makchaq bila kawin ngan oakchaq baru pandai makan pekasam.. La ni kalu dapat ikan sungai banyak buat jugak pekasam..
BalasPadamtapi tak pernah lagi buat yang bubuh nasik.. bubuh beras goreng ja..
Dulu kak zai tak suka sbb berbau tp pernah mkn yg elok tidak ada bau terus suka.
BalasPadamWauuu...telan ailio bila tgk rupa dh digoreng sedapnya
BalasPadamOhhh sedapnya Aina.....tapi tak boleh makan selalu kang naik pulak darah mak hihi....
BalasPadamMmg tak pernah jumpa ikan pekasam cenggini.
"Masih boleh menikmati rasa ikan, masam yang kurang dan wangi semasa menggoreng juga tidak menusuk hidung."
BalasPadamIni baru betul pekasam ikan sebab respi guna beras goreng dan pekasam ikan komersial semuanya rasa ikannya masinnya sampai hampir sama ikan kering! Terima kasih Sis Aina akhirnya saya terjumpa respi sis dan saya akan cuba buat.