Jabatan Imigresen Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta
Hanya tinggal dua minggu lagi sebelum misi rahsia bermula. Sebelum ini ingat nak renew passport on line sahaja tetapi Pak Tuan pulak mintak pergi dengan dia sahaja kerana passportnya juga akan tamat tempoh pada bulan Jun. Menimbang-nimbang untuk ke Kajang sahaja tetapi memikirkan Imigresen Kajang sentaisa sibuk dan kadang-kadang kehabisan nombor giliran jadi kami tak ingin mengambil risiko. Lepas solat Jumaat Pak Tuan ambik di pejabat dan terus ke Jabatan Imigresen Bandar Pusat Damansara. Sekali pergi papan tanda semua dah tak ada. Sunyi! Rupa-rupanya Jabatan Imigresen telah berpindah ke Jalan Duta sejak Oktober 2011. Macam mana boleh ketinggalan nih.Berpusing semula dan mengikut gadis yang kami tanya Jabatan Imigresen berpindah dekat Istana Negara yang baru. Menyusur dalam keadaan berhati-hati takut pulak terlepas jalan. Ternampak papan tanda Kementerian Dalam Negeri berhadapan dengan Duta Solaris. Korang jangan pulak cari papan tanda Jabatan Imigresen kerana sampai tahun depan pun tak akan berjumpa. Jabatan Imigresen berada di Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Di sini jugak letaknya Jabatan Pendaftaran Negara. Parking agak sesak tetapi masih mudah untuk mencari tempat meletak kereta kerana kawasan yang lebih luas dan tidak sesak dengan jabatan-jabatan lain. Disebabkan kita orang merempit dengan mudahnya mendapat parking.
Masuk sahaja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri nampak agak lengang. Papan tanda menunjukkan Jabatan Imigresen berada di tingkat 1 sebelah kanan manakala tingkat bawah menempatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Ramai betul orang. Beratur ambil borang dan kembali semula untuk mengambil nombor giliran apabila selesai mengisi borang.
Korang tengok ada dua nomor satu untuk Jun dan satu lagi untuk Pak Tuan. Garu-garu kepala pergi semula ke kaunter nombor giliran dan bila Pak Tuan datang semula katanya 2079 itu adalah khas untuk warga emas. Hahahaaa...Jun dah mula gelak guling-guling. Rupanya my hubby tergolong dalam warga emas macam mana boleh lupa! Hanya seorang berada di depan dia lepas tu giliran Pak Tuan. Nombor Jun pulak 1396 dan di depan nya ada 77 orang lagi. Giliran Pak Tuan pulak gelak guling-guling. Bila tiba giliran Pak Tuan kami meminta ehsan dari petugas kaunter untuk buat sekali harung. Alhamdulillah petugas Imigresen tersebut tersangatlah bertolak ansur tidak seperti petugas semasa kami mengambil nombor giliran tapi lupa pulak apa nama petugas di kaunter 20 pada hari tersebut.
Selepas selesai urusan membuat passport dan membayar kami menunggu untuk mengambil passport di kaunter 25. Lebih kurang sejam sementara menunggu kami turun makan kat cafe di sini. Banyak pilihan makanan tetapi agak mahal jika hendak dibandingkan dengan cafe di pejabat kerajaan yang lain. Mee goreng dan seangkatan Rm3.80. Nasi dan ayam Rm5 kalau tambah sayur Rm1.50 lagi. Ini udah rupanya makan kat International Food Hall, The Intermark. Mahal mungkin sebab selesa dan tiada pilihan lain. Jun makan kueteow goreng (memang le tak sedap...tak bersyukurnya aku) dan Pak Tuan makan bubur chacha - Rm3.
Pemandangan ruang legar di tingkat bawah. Memang selesa dan cantik. Kalau kebetulan kita ada urusan lain dan terpaksa membawa anak-anak jadi masih ada tempat untuk mereka berehat. Pokok paku-pakis yang bergantungan memang menarik perhatian. Kat bawah tu adalah Jabatan Pendaftaran.
Disebabkan Jun menggunakan jalan pintas (kemudahan untuk warga emas yang Pak Tuan dapat) maka urusan kami teramatlah cepat selesainya. Hanya mengambil masa 1 jam 15 minit. Kaunter ini jugak memberi layanan khas buat OKU, ibu mengandung dan kanak-kanak serta bayi. Keseluruhannya service cepat tetapi bilangan orang yang ramai memang membuatkan kita terpaksa menunggu agak lama. Dalam keadaan pejabat yang lebih selesa dan luas membuatkan kita lebih selesa untuk menunggu.
Satu lagi nak ingatkan bawaklah gambar berukuran passport yang berlatar belakang biru yang terbaru. Jangan cuba-cuba nak mengelat. Hari tu disebabkan malas nak ambil gambar (sebenarnya sayang nak bazirkan gambar lama tu) Jun bagi je gambar 2 tahun lepas yang manjadi masalahnya gambar itu sama dengan passport lama...hahahaaa... Tak pasal-pasal kena ambik gambar baru tapi jangan risau kat tingkat bawah ada kedai gambar hanya Rm10 untuk 4 keping gambar berukuran passport. Kedai-kedainya pun lebih teratur dan selesa dari tempat lama.
Mana-mana Jabatan Imigresen sekarang memang sesak dan ramai orang. Memang agak penat menunggu. Itu menunjukkan ekonomi rakyat Malaysia berkembang pesat sebab tu ramai yang mampu nak ke luar negara.
Alhamdulillah. Dah selesai satu urusan. :)
BalasPadamkakak...mau ke mana kakak....? :D
BalasPadamseb baik boleh buat sekali kan..
BalasPadamsalam kenal kembali :)
nasib baik akk merempit..senang cari parking..kalau takk..hehee
BalasPadamxpernanh p jab imegresen kt sini... mesti besarkan...
BalasPadambagus kalau petugasnya memahami dan mudah bertolak ansur kan.. kalau dapat yang jenis sombong macam jabatan tu pak dia yang punya kita pun rasa macam nak jerkah je..hihi..
BalasPadamsaya pun nak rene passport ni...
BalasPadamkena lah bagi wife saya mengandung, baru boleh dapat guna kaunter khas..ekekekeke...
waahhh konsep sangat rahsianye...
BalasPadamHa... itulah memula nak ketawakan Pak Tuan last Jun tumpang sekaki cepatlah sikit kan kalau tak Pak Tuan kena tunggu Jun...
BalasPadambunyi mcm jauh je nk berjalan ye kak
BalasPadamkat melaka pun macam tu juga.. kt kompleks kementerian dalam negeri..mmg sentisa sesak..sana sini sama je kan..? huhu.. :)
BalasPadamda follow... sila2 kn la menjenguk ye
BalasPadamazmengs.blogspot.com
macam jauh je nak makan angin :p
BalasPadambila lak giliran cik pulau nak ke luar negara ni?? hee~
BalasPadamdatang sini kena banyak bersabar...
BalasPadamjalan jauh yup...
wah... kemanakah destinasimu nanti?
BalasPadamayu suka bila kawan2 syer pengalaman mereka dengan hal2 kehidupan seharian..
dari tak tahu,jadi tahu.. so tambah ilmu...
semoga segalanya d permudahkan ya kak June... (",)
BalasPadamacu selalu berurusan di Kajang je
BalasPadamsebelum pintu buka, acu dah tercongok kat imigresen...tapi sekarang dah senang sikit kan since ada kiosk KIPPAS utk renew passport...tak payah beratur lagi kat dalam :)
owh dah berpindah erkh..ema pun baru tahu..
BalasPadamkena standby 'perut' palsu la nampaknya setiap kali nak berurusan ngan jabatan kerajaan.. kekeke..eh tak, tak tipu, kreatif je...
BalasPadamjun, umur 40 kategori warga emas tak? kalau ye, then tak payah la perut palsu.. kehkeh..