Sahabat Lama Di 2 Syawal

11:30 PG JunAina 28 Comments


Syawal 2 pada hari Jumaat jadinya masa agak suntuk untuk kaum kerabat yang lelaki nak pergi solat Jumaat, masing-masing lepak di rumah sahaja. Petang baru tengok schedule raya masing-masing balik, ada yang nak balik sebelah mertua pulak hari ini. Saya? Kat rumah mak lagilah. Kemudian mak siap-siap ajak pergi rumah kawan dia, katanya sekejap sahaja lagi pun tak jauh dari rumah dalam 5-6km sahaja pun.



Kenalan mak semasa satu majlis keraian untuk ibu tunggal yang disertai semasa Ramadhan, selayaknya umur seorang anak. Mak ajak pi menegok (orang tempat saya kata menengok ni macam pergi risik-risik keluarga perempuanlah tapi lebih kepada nak kenal-kenal). Kami dijamu laksa ikan segar yang baru naik dari laut, kemanisan ikan luar biasa. Mak dah berkenan sangat nak buat menantu. Berkenan dengan sikap hormat orang tua Cik Lily dan ramah pulak tu. Insyaallah berkat doa mak di bulan Ramadhan mana tahu kali ini Allah makbulkan. Abang saya pun dah 41 tahun umurnya.

Cik Lily dulu junior kat sekolah saya beza 4 tahun jugaklah bermakna bila saya dah Tingkatan 5 dia baru masuk Tingkatan 1 tapi saya memang tak kenal dialah. Sembang punya sembang rupanya mak menakan dia kawan sekolah saya. Keciknya dunia.



Selepas habis sekolah menengah inilah kali pertama kami berjumpa kembali, bayangkan selama 21 tahun tak berjumpa of coz la happy dan banyak cerita nak di kongsi. Dia kata saya tak berubah cuma sedikit kurus dan Dina pula anak perempuan saya kata cantik dan sangat lembut dan saya bersetuju dengan pendapat anak saya. Dina jugak tidak berubah masih lembut dan sentiasa senyum macam dulu. 



Pagi tu dapat jemputan melalui FB adik untuk majlis rumah terbuka seorang kawan lama, junior setahun dari saya merangkap saudara sebelah mak jugak. Kali akhir jumpa dia masa dia Darjah 6 lepas tu dia berpindah ikut mak kandung dia duduk di Ipoh. Norazawati Daud walapun lama terpisah tetap ramah melayan kami. Beropen house di rumah baru tapi ini hanyalah rumah hinggap sebab mereka menetap di Kelana Jaya. Terima kasih Makcik Wati kerena jemput kami. Awak semakin cantik!

Masa sampai dia hanya mengenali adik, lama kemudian baru dapat recall saya. 'Jun! Laaaa...dulukan badan besaq dan tembam-tembam ja, awat jadi lagu ni'? Hahhaaa...ambik ko. Masa merubah segalanya.



Malam pulak aktiviti geng Sekolah Menengah Syed Ahmad, Tambun Tulang (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad). Reunion. Adik ajak saya pi, sebenarnya tiada seorang pun dari batch saya yang pi saja temankan tukang jahit saya tapi dua-tiga orang tu saya kenallah jugak.

Makan-makan steamboat buffet di Reenas Restoran, di Jalan Raja Syed Alwi. Murah gila kot buffet dia Rm9.90 sahaja tapi awas makan sampai habis kalau tak depa akan charge harga makanan tak habis ikut timbangan. Sungguh saya lupa nak snap gambar restro dan makanannya, kalau tak boleh buat entri khas untuk review makanan kat sini.

First time pi sini saya memang tercangak-cangak sikitlah. Gambar tu oren ja pengaruh cahapa lampu warna-warni restro dan pengaruh kamera tak canggih. Konsep restro open. Dak pompuan tu berbisik tanya saya ni sapa? Hahhaaa...kesian kat dia.


Cerita Syawal 2 bersama rakan-rakan lama. Teringat zaman sekolah dulu-dulu tapi saya budak baik jadinya tak banyak kenangan pahit-manis sangat setakat kena berdiri kat tepi selepas perhimpunan kerana kasut tak berkapur tu biasalah!


You Might Also Like

28 ulasan:

  1. sekali sekala jumpa kwan lama..mmg x puas nak sembangnya....sronok...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak cerita zaman dolu2 nak di ungkap.

      Padam
  2. Kakak turut mendoakan moga hajat mak kali ini kesampaian Aina. Yelah mak mana tak risau dah 41 tahun tapi lelaki ok aje Aina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak, lama kami semua menunggu untuk hati Angah terbuka pada perempuan. Mungkin ini jodohnya...

      Padam
  3. Balasan
    1. Mau tak behnya jumpa kawan lama weyyyy...

      Padam
  4. Manja berposing ambil gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia memang gitu sejak dulu lagi, manja lembut ate namanye anak bongsu...

      Padam
  5. Salam K.Juneaina..


    seminggu raya dh d[t gahtjering dgn kawan2 walaupun rata2 enal2 gitu jer.. mesti seronokkan?
    insyaAllah..jika dua2 dah berkenan,moga allah permudahkan urusan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni gathering kawan2 sekolah yg dah bertahun2 tak jumpa,

      Insyaallah mak tengah pulaun sakan tu ha nak bagi jadi jugak.

      Padam
  6. kalau jumpa member lama, 7hari 7 malam pun tak habis bercerita... semuanya nak bercakap, hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaahaa...itulah pasal dari satu cerita ke satu cerita tak habis2.

      Padam
  7. ttp meriah yer raya2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah memang meriah sgt almaklumlah bukan senang nak jumpa2 nih.

      Padam
  8. memang macam2 kisah akan keluar bila jumpa kawan yang dah lama terpisah.

    BalasPadam
  9. heheheh .... kena gak denda dulu yaaa..... saya selalu kena .... hahahahah

    BalasPadam
  10. lama tu kak.. 21 tahun baru jumpa semula...

    *akak, td akak ada komen dkt blog saya gtau akak rezeki setakat 3 bulan je kan... akak ada buat entry tak pasal tu.. saya nak tahu gak kenapa.. sakit apa.. kalau ada, nanti akak bagi link yer.. saya baca

    thanks kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak ada buat entri pun nanti kalau senang2 akak tulis eh.

      Padam
  11. Wahh tak lama lagi dpt kak ipar laa yer..

    Bestnya dpt jumpa kawan sekolah.. siap ada reunion lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah...kakak ipar pertama ni Rinna akan jadi menantu perempuan pertama mak.

      Padam
  12. Seronok balik raya dapat jumpa sedara & kawan2 yang lama tak jumpa... makchaq semenjak mak tak dak lebih kerap balik Taiping.. tak dak la kawan2 lama & sedara mara sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki semua tu mak chaq, ada hikmahnya.

      Padam
  13. syawal pertama dgn family kan kak...syawal kedua ngan teman2 sekolah plak...mmg seronok kak...bagus nye sampai skrang keep in touch lagi...lieya ngan geng2 sekolah dah lame lost contact...pakkal ade fb jek....tu pun bace fb dieorg jek, jumpe2 mmg dah takde sgt dah kak...

    oo ye ke kak jun dulu bam2...skrang dah kurus .... ape tipsnye kak...mesti ramai yg nak tau ni kak...

    BalasPadam
  14. Memang seronok bila berjumpa kawan lamakan JA , sedikit sebanyak mengimbau kenangan lama gak tu... tak terjumpa bekas marka ke ? Hehe

    BalasPadam
  15. Reunion time masing2 dh dewasa ni....mesti best dan bnyak benda yg dikongsi...semoga jodoh abg akak dipermudahkan

    BalasPadam
  16. time raya ni la blh jmp kwn2 yg dh lama terputus hubungan...

    BalasPadam