Prosedur Airasia Bila Lupa Bawa MyKid Anak
Kisah Airasia lagi. Kali ini saya nak bercerita tentang 'prosedur Airasia bila lupa bawa MyKid atau surat beranak anak' ketika nak check in di lapangan terbang. Kadang-kadang dalam kesibukan kita terlepas pandang pengenalan anak ini. Bila sampai LCCT mulalah cemas. Oleh itu sila berada lebih awal di lapangan terbang untuk mengelakkan masalah.
Biasanya kita akan buat web check in dan print boarding pass, sampai LCCT kita akan ke kaunter scan dan daftar lagi sekali di kaunter disediakan juga untuk masukkan bagasi. Biasanya petugas Airasia akan minta boarding pass dan kad pengenalan atau surat beranak/MyKid bagi kanak-kanak. Petugas juga ada bertanya sekiranya ada sebarang pengenalan lain atau fotokopi surat beranak/MyKid sekiranya kita terlupa membawa yang original, bermakna salinan juga mereka terima.
Pengalaman sesetengah orang mungkin tak sama tetapi saya menulis atas pengalaman sendiri. Petugas meminta saya ke Pondok Polis LCCT untuk buat report pengesahan mengatakan MyKid tertinggal. Berlari mencari Pondok Polis seperti menyertai Amzing Race pon ada, tempat yang biasa tengok pun jadi lupa. Terpaksa bertanya arah.
Sampai Pondok Polis sila bagi tahu yang MyKid anak tertinggal, serahkan IC orang yang membuat report (saya IC tercicir yang ada lesen jadi dia terima jugaklah tetapi pihak Polis tetap membuat pengesahan alamat di Balai Polis berhampiran dengan alamat tertera di lesen). Setelah report siap ambil salinan report dan terus masuk ke balai berlepas (masa masuk kat dalam sana sebenarnya petugas hanya tengok boarding pass dah tak mintak IC bagai sebenarnya, jadi report yang kita buat tu sebenarnya hanya memenuhi prosedur sahaja).
Pengalaman kawan saya ke Pulau Langkawi pada November 2013 melalui LCCT pula bila bagi tahu petugas semasa check in bagasi surat beranak anak tak bawa di lepaskan tanpa masalah. Cuma bila penerbangan balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dia hanya diwajibkan mengisi borang pengakuan.
Mengikut standard yang tertulis sememangnya surat beranak atau MyKid menjadi pengenalan wajib ada untuk kanak-kanak dan mungkin ada budi-bicara bagi sesetengah kes mengikut petugas-petugas itu sendiri. Tetapi adalah diingatkan bagi penerbangan ke Sabah/Sarawak adalah wajig membawa surat beranak/MyKid sekiranya tidak anda tidak akan dilayan. Penerbangan antarabangsa pula hanya memerlukan passport antabangsa sebagai pengenalan.
Hmm.. nampak macam senang, tapi tang nak mencari tempat lain nak buat report tu memang payah. Lagi² kalau kejar masa.
BalasPadamBerpeluh jugak le hari tu berlari dah le org ramai.
Padambetul tu sis.. Mykid/ surat beranak anak mmg penting utk domestic flight. Dats why mykid anak3 saya, saya akan makesure sentiasa simpan dlm purse saya. Alhamdulillah so far selalu gi travel domestic & antarabangsa saya tak pernah ada masalah tertinggal IC/ passport mahupun Mykid ;)
BalasPadamKalau dah procedure mereka nak-tak-nak kena ikut jugalah. Ikutkan kalau dan ada boarding pass nak buat apa tengok mykid bagai tu kan...
BalasPadamsaya pernah tertinggal mykid anak masa g kelantan, tapi yelah, atas budi bicara petugas juga, lepas
BalasPadamSepatutnya Air Asia perlu upgrade system... Jangan menyusahkan pelanggan mereka...
BalasPadamooo kena buat report lah eh kak.ok ok.tq kak for info.
BalasPadamsalam. sy bawa mykid n surat beranak yg ori lg...takut gak x leh naik flight..
BalasPadamDokumen2 penting ni memang wajib periksa bila nak keluar rumah. Risau jugak jadi masalah masa dekat airport nanti
BalasPadamsalam singgah. sebenarnya saya pun baru tau pasal prosedur flight ni semua. mungkin sebab tak pernah naik flight. hehehehhehehehehe
BalasPadamentry yg amat2 informatif kak...boleh dijadikan rujukan pada mereka2 yg terlibat.....lg pun bile dah kelam kabut mmg ade ajek yg tertinggal kan kak.....mujur prosedurnye mudah...tapi kalo ke luar negara jgn berani2 nak tinggal kan payah plak .....lagi2 kalo passport yg tertinggal...abis laaaa plan percutian ekekeekekekekeke
BalasPadamX pernah face problem macam ni...tp thanks akak for sharing..mana tau..i ni makin lama makin tua..pas tu ada penyakit lupa plak kan...
BalasPadamsebelum terjadi perkara2 yg bakal menyusahkan di airport, elok la buat persiapan betul2 di rumah...
BalasPadamaritu ada sekali acu nak fly balik dari Penang ke KL. ada penumpang tu terlupa atau sengaja tak nak bawa surat beranak/ mykid acu tak pasti tapi dia tunjuk kan gambar surat beranak yang dia snap dlm tab and tunjuk pada petugas AA. mgkn nasib dia baik, petugas AA lepas kan dia & anak2 nya.
BalasPadamJun, akhir-akhir ni je prosedur nak naik AirAsia ni susah... dulu saya pernah bawa anak-anak saya naik Air Asia dari KB ke KL... mudah tak da tunjuk myKid/ surat beranak.. cuma tunjuk boarding pass tu je.
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamterima kasih atas peringatan ini
info yg bagus tu makk.,
BalasPadamohhh...baru tahu tapi saya tak pernah naik flight...info bagus ni, tapi mengikut kata anak saya yang bertugas kat Sabah, kalau army tak perlu isi semua tu.....ntah ler.....
BalasPadam