Inilah duniaku...

2:49 PTG JunAina 1 Comments

Inilah duniaku...


Anak-anak pembakar semangat dalam menghadapi hidup, dikala hati berlagu sendu kalian hadir membawa senyuman menjadi ubat paling mujarab menghadapi hidup yg terlalu banyak cabaranya. Tidak ada sesuatu apapun yg dapat mengganti kehadiran kalian di dalam hidup ini walaupun cinta seorang lelaki. Setiap senyuman kalian membawa seribu kebahagiaan dihati, bunga-bunga rindu dihati hanya utk kalian...



Tiga serangkai yg tak boleh berpisah tapi selalu bergaduh bila bersama, tersangat menguji kesabaran. Si sulong lebih bertanggungjawab dalam menguruskan adik-adik dan membantuku, perempuan melayu terakhirku pulak selalu sahaja merengek tak bertempat dan si bongsu yg terlalu manja sehingga kadang-kadang abang dan kakak terpaksa mengalah pada kehendak dia.



Terlalu banyak dugaan dalam membesarkan anak yg satu ini Iqbal Hadi, sehingga pada suatu ketika aku hampir kehilangannya, keluar masuk hospital sudah menjadi kebiasaan. Dua tahun lepas sekali lagi kami diuji, satu ruas dari jari manisnya terpaksa dipotong apabila putus semasa memasukkan tangannya kedlm mesin basuh. Sudah kering air mata...tapi sekarang alhamdulillah dialah yg banyak membantu menguruskan adik-adiknya...



Inilah dia perempuan melayu terakhirku gelaran buat puteri tunggal Nurfatihah Hayani,
setiap kemahuannya harus dipenuhi kalau tidak dia boleh meraung sekuat hati dan memberontak. Tak banyak kerenah dalam membesarkan anak ini tapi sedikit manja dan suka merengek, kadang-kadang membuatkan aku sakit jiwa. Anak yang satu ini ulat buku sanggup bergaduh denganku andai permintaanya utk membeli buku tidak dipenuhi.



Si kecilku yg sudah besar, Syed Mohamad Hikram dan aku lebih senang memanggilnya adik atau junior sahaja. Tak mampu ditolak setiap permintaannya, sekiranya membeli belah dan kehendaknya tidak dipenuhi dia akan meniarap dilantai dan memeluk kakiku...alahai anak...
Paling aku suka anak yg satu ini ringan sgt tulangnya tak pernah menolak sekiranya aku memerlukan pertolongan. Kalau tidur mesti nak cari ketiak mama....

You Might Also Like

1 ulasan: