Hilanglah senyuman...

10:00 PG JunAina 0 Comments

Hilanglah senyuman di pagi hari tatkala mendengar celoteh dan merapunya di corong radio ketika memandu ke pejabat, rasa tidak sempurna hari. Walaupun aku bukanlah peminat setianya tetapi sesekali ada kesempatan terhibur jugak dek perangai gila-gila empunya diri.
Al-fatihah buat arwah Din Bramboi semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Sesungguhnya daripadanya kita datang dan kepadanya jugaklah kita kembali.

Sebetulnya bukan kisah itu menjadi pokok utamanya, hanya ingin mengingatkan teman-teman dan juga diri sendiri perihatinlah pada tahap kesihatan diri kita, suami atau isteri kita, jugak anak-anak serta orang disekeliling kita. Penyakit zaman sekarang memberi terlalu banyak kejutan-kejutannya yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menghadapinya.
Jangan dipandang ringan pada perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita dan orang yg kita sayangi.

Kita selalu mengambil ringan andai demam, paling senang pergi keklinik ambil ubat dan makan. Adalah lebih baik pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut nadainya demam berlarutan lebih tiga hari. Biarlah berlama menunggu giliran dihospital dari kita mederita kemudian hari dan orang disekeliling kita bersedih dengan keadaan kita. Pekalah pada persekitaran dan kejiranan andai terdapat kes-kes sakit berjangkit yang mungkin kita jugak berisiko utk mendapatnya.

Memang janji Allah (s.w.t) andai sampai waktu kembalilah kita mengadapnya tetapi kita jugak harus berusaha dan berikhtiar. Mungkin hari ini kita ketawa tetapi tak mustahil esok kita akan menangis atas kelalaian kita sendiri.


JunAina

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: